Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

tak sempat wish pada kawan2 semua
sibuk sgt semalam
kul 3 pagi baru tido
sibuk siapkan juadah utk arini
alhamdulilah... dgn ada nya kawan2 kurang sket rasa sedih tu
ramai yg perantau tegar di sini rupanya
sama cam kami
dan arini juga berjaya mengumpul sedikit kekuatan
utk buka fb dan tivi, tp bab takbir tu terpaksa la ubah ke channel lain
sambutan di sini, not bad !!!
tapi tak de la mercun
mostly iban kan, so mlm jap gi mungkin baru dgr bunyik mercun kot sambut merdeka

actually rini... kitorang wat mini open house ...mini ????
ye nenanti la aku share kan
arini gak jadual pack... gi umah ketua kampung.menyelami nasib org kampung di sini
suker !!! dalam suke masih teringat keluarga di kampung
tp ni la pengalaman, pengalaman beraya di perantauan
di kesempatan ini, aku menyusun 10 jari memohon maaf pada kawan2 semua
sekiranya ada yg terasa hati sepanjang penulisan aku


SELAMAT HARI RAYA dari kami berdua


semoga lebaran kali ni yg terindah buat korang semua
take care...



Sunday, 28 August 2011

crying

perkara ini dah sinonim dgn aku sejak akhir2 ini
naknya bila dapat .....


kiriman dari mama n abah, aku bt kejutan pd derang, derang balas blk


terus laju gugel tiket flight, tp jgn arap la last2 minute gini
semunya dah abes...nan ado
rupanya aku mmg tidak cukup kuat
utk beraya tanpa mama n abah
tahun ni terpaksa aku elakkan diri dari tgk tv, buka radio...
fb pun jarang blogwalking pun tidak
aku buka blog utk tulis catatan diari ni je
sori kawan2... bukan aku tak mau menjenguk kalian
tetapi hati aku sedih+sebak bila ngenangkan hari raya
ya aku tau aku tak patut bersedih, tp aku mmg gagal mengawal perasaan yg satu ni
ckp dgn mama pun dah cukup wat air mata ni mengalir laju
memang dasar CENGENG !!! aku benci kau
mlm ni, di setiap pelusok mungkin bergema takbir raya
aku tak tau nak menyorok mana lagi
cuma satu dalam hati, aku tak sabar nak tunggu ramadhan 2012
sungguh aku dah start countdown dah
itu pun kalu diizinkanNya
dan yg pasti time tu bukan lagi di perantauan
dah cakap dgn en somi, ni last dan terakhir
insyaallah....



Saturday, 27 August 2011

buttercup

terkejut dengar mama citer buttercup kat semenanjung  harga RM 2.50...
sini, tau bape seketul RM 4.90....dua kali ganda....tak aci
nak bagi tau en blog... tentang perkembangan terbaru tuan umah
raya ni tuan rumah jadi bisneswoman tau
ok, update next entry

Thursday, 25 August 2011

silent mode

banyak yg nak di ceritakan
tp sengaja tak on internet, blogwalking pun tak
mood weng weng



sedih bila tgk org sonok nak sambut raya
tp bagi aku, makin nak raya... makin sayu jadinya
tah apa2 tah
dan
harini...air mata seakan tak dapat dibendung lagi
akhirnya mengalir ke bumi


cik P pulak seakan jeles dgn aku
keluar tepat pada waktunya
langsung tak kasi chance aku verangans
jenuh la thn ni...byk btoi kene ganti...
sbb cik P dtg di awal n akhir ramadhan
dtg la salu cik P i suka :(


pada kawan2 sekalian...hati2 balik kampung
jgn pandu kete laju2
pada kawan2 yg sekapal pulak
jgn lewat2 kang kene tinggal flite
derang mesti dah dok kat epot

flite kul 2 lebih jap gsemoga lebaran korang lebih bermakna dari thn lepas
ok... ni bukan last entry sebelum raya rasanya
sbb aku tgh mengumpul kekuatan utk wat e-card...
tp tah bilenya...



Wednesday, 24 August 2011

conversion gram to cawan

motif tempek ni ??? skang ni kan sibuk membaking...kadang2 curik resepi dari en gugel...dia bagi sukatan dlm gram...kat umah tak de tmpt nak timbang.nak beli tak mampu....pangggg bagi... so...aku rasa benda ni sgt berguna utk aku...tempek je la utk rujukan masa akan dtg...
All-purpose Flour and Confectioners' Sugar (Icing or powdered Sugar)
Cups to Grams
1/8 cup=15 grams
1/4 cup=30 grams
1/3 cup=40 grams
3/8 cup=45 grams
1/2 cup=60 grams
5/8 cup=70 grams
2/3 cup=75 grams
3/4 cup=85 grams
7/8 cup=100 grams
1 cup=110 grams

Granulated, Superfine or Caster Sugar
Cups to Grams
1/8 cup=30 grams
1/4 cup=55 grams
1/3 cup=75 grams
3/8 cup=85 grams
1/2 cup=115 grams
5/8 cup=140 grams
2/3 cup=150 grams
3/4 cup=170 grams
7/8 cup=200 grams
1 cup=225 grams

Butter or Margarine
Cups to Grams
1/8 cup=30 grams
1/4 cup=55 grams
1/3 cup=75 grams
3/8 cup=85 grams
1/2 cup=115 grams
5/8 cup=140 grams
2/3 cup=150 grams
3/4 cup=170 grams
7/8 cup=200 grams
1 cup=225 grams

Light, Golden or Dark Brown Sugar
Cups to Grams
1/8 cup=25 grams
1/4 cup=50 grams
1/3 cup=65 grams
3/8 cup=75 grams
1/2 cup=100 grams
5/8 cup=125 grams
2/3 cup=135 grams
3/4 cup=150 grams
7/8 cup=175 grams
1 cup=200 grams

Unsweetened Cocoa Powder
Cups to Grams
1/8 cup=15 grams
1/4 cup=30 grams
1/3 cup=40 grams
3/8 cup=45 grams
1/2 cup=60 grams
5/8 cup=70 grams
2/3 cup=75 grams
3/4 cup=85 grams
7/8 cup=100 grams
1 cup=125 grams

Cake Flour
Cups to Grams
1/8 cup=10 grams
1/4 cup=20 grams
1/3 cup=25 grams
3/8 cup=30 grams
1/2 cup=50 grams
5/8 cup=60 grams
2/3 cup=65 grams
3/4 cup=70 grams
7/8 cup=85 grams
1 cup=95 grams

Sliced Almonds
Cups to Grams
1/8 cup=10 grams
1/4 cup=20 grams
1/3 cup=25 grams
3/8 cup=30 grams
1/2 cup=40 grams
5/8 cup=50 grams
2/3 cup=55 grams
3/4 cup=60 grams
7/8 cup=70 grams
1 cup=80 grams

Ground Almonds
Cups to Grams
1/8 cup=25 grams
1/4 cup=50 grams
1/3 cup=65 grams
3/8 cup=75 grams
1/2 cup=100 grams
5/8 cup=125 grams
2/3 cup=135 grams
3/4 cup=150 grams
7/8 cup=175 grams
1 cup=200 grams

Flaked Coconut
Cups to Grams
1/8 cup=10 grams
1/4 cup=20 grams
1/3 cup=25 grams
3/8 cup=30 grams
1/2 cup=40 grams
5/8 cup=45 grams
2/3 cup=50 grams
3/4 cup=60 grams
7/8 cup=65 grams
1 cup=75 grams

Grated Coconut
Cups to Grams
1/8 cup=10 grams
1/4 cup=25 grams
1/3 cup=35 grams
3/8 cup=40 grams
1/2 cup=50 grams
5/8 cup=60 grams
2/3 cup=65 grams
3/4 cup=75 grams
7/8 cup=85 grams
1 cup=100 grams



1/2 oz = 15 g
1 oz = 30 g = 1/4 cawan = 60 ml
2 oz = 60 g = 1/3 cawan = 100 ml
3 oz = 90 g= 1/2 cawan =125 ml
4 0z = 125 g = 150 ml
6 oz = 185 g = 3/4 cawan =180 ml
8 oz = 250 g = 1 cawan = 250 ml
12 oz = 375 g = 1 1/4 cawan = 310 ml
16 0z = 500 g = 1 1/2 cawan = 370 ml
24 0z = 750 g = 2 cawan = 500 ml
32 0z = 1000 g = 2 1/2 cawan = 625 ml
3 Ib = 1500 g (1 .5 kg)

1 tahil = 38 g
3 tahil = 100 g
1 kati = 600 g

1 cawan metrik = 250 ml
4 cawan metrik = 1000 ml (1 liter)
1 sudu teh metrik = 5 ml
1 sudu meja metrik = 20 ml

Lain-lain Sukatan (anggaran) :

1 cawan gula/gula halus = 7 oz / 200 g
1 cawan beras = 6 oz / 185 g
1 cawan tepung = 4 oz / 125 g
1 cawan sagu = 5 oz / 140 g
1 cawan serbuk koko = 3 oz / 100 g
1 cawan horlicks = 3 oz / 100 g
1 cawan serbuk coklat = 3 oz / 100 g
1 cawan oats = 2 oz / 80 g
1 cawan cornflake = 30 g

Tuesday, 23 August 2011

keputusan yang dicapai

entry ini adalah entry emo...keputusan sepakat telah dicapai...sila rujuk entry ini utk tahu kisah sebenar...disebabkan tahun ni tahun en somi membuat keputusan, raya di mana???  maka scr rasminya en somi memutuskan tahun ini adalah....beraya di sarawak....terkojut den...wat pengetahuan, sebelum kawen en somi penah raya di sini jugak... dia kata seronok... plus ada aktiviti amal melawat golongan kurang berkemampuan, tolong distribute kan apa yg patut di kawasan pedalaman... so dia decide tuk thn ni, nak raya sini sebelum kami pindah, mean thn dpn dah balik semenanjung...yoyo o...macam dapat transfer....


persoalannya...mampukah aku??? beraya di perantauan. kalau benar... inilah kali pertama aku raya di tempat org... aku sbg isteri hanya taat dan menghormati keputusan suami...lagi pun...ni tahun dia...dia berhak menentukan segalanya...kalu turn aku dia wat camtu harus aku mogok kalu balik semenanjung pun, raya 1st mesti umah dia... sama jugak mesti berendam air mata teringatkan ayahbonda di kampung...so aku terima keputusan en somi dgn hati terbuka disamping memikirkan kekangan2 yang aku ckp sebelum ni.plus waran aku ditarik balik demi membayar bonus pada kakitangan kerajaan...boleh pulak buruk siku..dah bagi amik balik...haissssyyy...tp tak kisah la...sbb en somi mmg nak raya sini kan...skang ni otak aku mmg weng weng


aku sedih bila tiap kali dengar lagu raya
aku sedih bila kawan2 sekapal dok countdown berapa hari lg nak balik semenanjung
kalu tahun lepas aku lah org pertama excited nak balik, siap bt 'pengumuman' bape ari lg nak blk
aku sedih setiap kali buat kuey raya, mama tiada disisi aku
aku sedih gurau senda mama ketika di dapur sediakan juadah berbuka/sahur
aku sedih sbb aku tak dapat buat rendang ketupat padad en somi... sbb akulah satu2nya spesis tak mkn rendang.tak tau kenapa.tp ni fakta, aku mmg tak makan makanan yg masuk serai+lengkuas...
aku sedih setiap kali tgk baju raya
aku sedih bila kawan2 menyatakan hasrat...eiiiii tak sabarnya nak balik kampung !!!
aku sedih bila teringatkan suasana hari raya

keadaan semua dah berubah

aku rindukan riba dan pelukan mama
aku rindukan usikan abah
aku rindukan masakan mama
aku rindukan lampu raya abah di depan rumah kami
aku rindukan saat2 shopping baju raya dgn mama abh
aku rindukan kerang rebus yg menjadi feveret aku dgn abah
aku rindukan saat bgn pagi raya then lawan dgn mama tgk inai sapa paling merah..sob sob
aku rindukan semua detik2 indah ketika aku bergelar anak
aku milik mereka sepenuhnya, apa saja dgn mereka
tidak...aku bukan menyesal bergelar isteri pada en somi
lambat atau cepat aku pasti berhadadpan dgn situasi sperti ini...
ini merupakan thn pertama utk aku...
aku harap dapat biasakan diri dgn situasi spr ini untuk tahun akan datang
aku tau, mama dgn abah turut bersedih bila takbir bergema
oh bukan saja takbir, sejak bulan ramadhan lagi,
mereka tahu, thn ini mereka akan KEHILANGAN anak tunggal mereka
aku yang mereka anggap tak ubah seperti anak kecil yg masih mentah
walaupun dah besar panjang harus akur...
abah mama perlu terima hakikat aku kini seorang isteri.
aku tidak boleh pentingkan diri sendiri...
hidup berumah tangga harus ada tolak ansur...
kalau tahun lepas en somi boleh korbankan utk aku, kenapa aku tidak...
oh tuhan... tabahkan hamba mu ini..
semoga aku dapat mengharungi hari yang ditunggu2 oleh umat islam




aku pasti rindu saat bersalaman dgn mama n abah



sob sob lagi  !__!




~sekian...rintihan hati si anak tunggal~

Monday, 22 August 2011

kalau ini ramadhan yg terakhir :(

sedar tak sedar, ramadhan dah sampai ke penghujungnya... alhamdulilah diberikan peluang sekali lagi untuk menunaikan ibadahNYA..cuma cukupkah bekalan yg aku perolehi... bila ditilik, masih banyak yang perlu dibaiki... jadi dalam beberapa hari sahaja lagi, marilah kita sama2 menghayati ramadhan yg sebenar...gunakan sebaiknya bulan yang penuh keberkatan ini, insyaallah...


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. 



ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR……


Sunday, 21 August 2011

kalu dulu kedai buku

skang kedai kek lak jadi tempat lepak aku...
tiap2 minggu menempek kat kedai tu
utk beli ingridients wat biskut
sampai malu dgn tokey kedainya
sbb pelanggan tak ramai
rasanya dia dapat scan cam
sampai satu aritu tokey kedai tanya
"u ada amik order ke"
kenyataannya idok le sampai amik order
tp ada la 2-3 org mitak tolong aku buat kan
so skang ni specially wiken keje kami suami isteri adalah
membaking
actually aku ni tak la pandai mana pun
berbekalkan ilmu masa ank dara dulu 
dok jenguk mama kat dapur
setiap kali bt biskut
terus jadi minat
nak kata sedap tu idok la
boleh la nak mkn


Friday, 19 August 2011

mana mak

aku minta jasa baik kawan2 baca sampai ke titisan terakhir...sumpah.. tanpa disedari aku menangis bila baca entry ni...sedih sgt...

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Satu masa dulu

Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang



Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.


Ayah tanya Along, “Mana Mak?”


Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”


Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”


Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
.
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
.
Ateh menjawab, “Entah.”
.
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.


Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.


Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"


Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.
.
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombr 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."
.
Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
.
Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.


Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
.
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.
.
Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
.
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 


kredit info from axim 

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


 besar sungguh nilai kasih sayang ibu bapa kpd anaknya



semoga, aku tidak tergolong anak2 seperti di atas... kadang-kadang aku risau juga, sejak dah kawen ni, aku terpaksa lebih kan suami. dulu nak gi mana2 aku bagi tau mama abah... kata anak tunggal kan... nak gi kedai secoet pun bagi tau... skang derang nombor 2 tahu hal aku... dan kadang2 aku dah sampai tmpt kejadian, baru aku ckp,sedangkan dulu aku mitak izin dari derang dulu. aku takut derang terasa... so far...ok la... since derang leh bertepuk tampar dgn en somi dan aku nampak derang pun anggap en somi cam ank derang sendiri. tp kita tak tau dalam hati mereka apa yg terbuku... harap2 derang tak de la simpan terasa hati ke apa ka... sayangilah mereka sebelum terlambat...sob sob...


"ya allah ya tuhan ku  ampunilah segala dosaku dan dosa ibubapaku .kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil... "



Thursday, 18 August 2011

kad raya

tiada entry diterbitkan smlm... 1 ari pusing bintulu cari kad raya, pada ayah bonda... tak byk la kad raya zaman skang... ke sbb komuniti melayu tak ramai kat sini... ke tmpt korang pun sama... ye la skang kan zaman dah berubah...nak wish pun thru mms n fb... yg peliknya, kad raya susah nak jumpa, tp lagu raya awl betul ke udara. masa1st ramadhan lagi dah dgr lagu raya kat mall :) terus tingat kat parent di kampung halaman... pusing punya pusing, dapat la kad raya yg tak memenuhi citarasa... tp ada bunyi muzik dan lampu lip lap lip lap... mesti mama abah suka... aku beli je, better dari takde terus...insyaallah minggu dpn sampai, sbb pas solat jumaat jap gi, en somi nak pos lajukan kad itu...kang kad lom sampai, takbir dah bergema



kad raya utk en somi ??? korang beli tak? susah la bagi aku nak beli kad raya kat dia.doplohpatjam ada dpn mata dok ngekor...canne nak wat surprise.ala tayah la kad2 raya ae...leh tak darling???

Wednesday, 17 August 2011

aku rasa....

misi nak 
SAY NO TO BAZAR
dah batal la...sbb semalam dah jejakkan kaki ke bazar... :)
niat hati nak beli kurma... tp terbeli benda lain juga
walaupun tak beli lauk pauk nasi bagai...
tp, rasanya dah tak leh pakai lagi la...
sbb retu kan dah mkn luar
kawan aku kata, mkn luar = beli kat bazar
takpe kita sambung azam ni utk thn dpn ae
sapa kat sini yg masih lagi bertahan... cayalah korang
kita tgk siapa juara bertahan the end of ramadhan ye
k la ae... nak masak memasak, baru lepas bt daging masak hitam
kat semenanjung panggil apa tah...ni nak bt nasi minyak pulak...ngeee
mengiurkan... dah lama tak mkn nasi myk taw

Monday, 15 August 2011

ALLAH IS GREAT

ALLAH HAS NO BLACKBERRY OR AN iPHONE,
BUT HE IS MY FAVORITE CONTACT.
HE DOESN`T HAVE FACEBOOK,
BUT HE IS MY BESTFRIEND.
HE DOESN`T HAVE TWITTER BUT I FOLLOW HIM.
AND...
HE DOESN`T HAVE INTERNET,BUT I AM CONNECTED TO HIM.
 
 
thanx frend, atas suntikan semangat yg diberikan di dalam entry sebelum ni. aku insan kerdil, ada up n down nya... kadang2 ter meroyan + emo dgn ujianNYA... hina nya ku rasakan.... walau bagaimana pun, bersyukur kerana... kamu semua memang terbaik... huggg... terima kasih sekali lagi atas nasihat yang diberikan... terima kasih kerana mengingatkan kekuatan dan keagungan sang pencipta.... terima kasih kerana mendoakan eka...  terima kasih for everything

yes, im P.R.E.G.N.A.N.T

 sumpah, teringin sangat nak sebut perkataan itu dpn en suami... mesti dia happy... malangnya....... aku
tak pernah 
merasa saat indah seperti itu...bilakah???????? aku sendiri pun tak pasti. sedih mengenangkan nasib diri sendiri... tp setiap org diberi ujian...dan ini ujian aku dariNYA. sikit sgt berbanding dgn org lain. allah menyayangi aku, sbb tu DIA turunkan ujian supaya aku tidak lupa dan berhenti berdoa kepadaNYA....  kebelakangan ini... ramai ttc geng berjaya pregnant... tahniah uolls. im happy for you... doakan kami2 ni pulak ye... dah... dah... tak mau emo emo... utk tidak merasa kecewa...



aku nak pakai baju2 cengini.cam ibu mengandung


atleast org akn bersangka aku pegnant... cakap tu kan umpama doa :)


nak tunggu pegnent tak tau bila,so verangans je la dulu. tp, pada hakikatnya????????????



ya allah ya tuhan ku, berikanlah aku peluang utk menjadi seorang ibu...


balik-tak-balik-tak

skang ni tgh 50-50 nak balik raya ke tak... waran tiket tu dah ada. dari BTU -KL-PNG, return. cuma lom tetapkan hari. haisssssyyy setiap kali cuti perayaan, mesti isu ni yg ditimbulkan. hmmmm... dah survey tiketnya... tapi ari ahad baru ada flight.yg lain dah full booked.pastu tiket balik ke borneo hari sabtu je yg tinggal. makna kata kalu aku balik, aku akan berada di peninsular selama  6 hari je lebih kurang... belum masuk masa di atas jalan...  (harap maklum sorang utara sorang selatan, takkan nak bt ko raya umah ko, aku raya umah aku)  masa di udara kejap je. berdesyup sampai... bolos kan saja awan itu...ceh tetiba






ikut kan perancangan thn ni, kene beraya umah mother in law... thn pertama kan dah raya umah aku...so kene fair n square la. kata aku !!! tp, kenapa tah, aku pun sebok2 nak raya kat umah aku gak... bila bt drama dgn en somi, en somi setuju... sbb kesian kan si anak tunggal ni. tp raya 1st dia nak di rumah dia... baik... asal aku 'punch in' umah mama-abh cukup la... tiket pun ritu dah book sampai penang. tup2 di saat akhir byk benda yg memeningkan kepala...mampu membuatkan kami dua berbelah bahagi


 ::: kete aku yg accident itu hari dijangka belum siap di repair...so, nak tak nak, kalu nak gerak terpaksa berebut pinjam kete abah... time nak balik ke umah mertua. tp bila difikirkan balik, dah namanya raya, derang pun mesti nak berjalan juga ye dak??? melawat sanak saudara sume tu. bila jadi cenggini baru sedar akan kepentingan kereta. hmmm...


::: jarak dr png - jhr jauh sgt...sedangkan dok di semenanjung 6 hari je...secoet je . penat tayah kata la...cuti 2 minggu itu hari pun, dok ulang alik kutub utara-selatan...  penat nak mam***  ni kan pulak seminggu. katakan balik ahad...

ahad : sampai penang dah ptg
isnin : 1 hari je dok penang pastu kene gerak ke umah en somi sbb mungkin esk raya
selasa :raya
rabu :raya
khamis :raya
jumaat : kene balik png dah sbb esknya flight dari png
sabtu : png ke borneo

abh pun ckp tayah balik la, nanti berebut rebut atas jalan


::: otherwise, ubah destinasi, terus balik ke umah en somi...... burn tiket ke png, berenti sampai KL, mitak mertua amik... tp jauh la dia nak gerak ke KL... kalu amik tiket ke senai lagi jauh... dah la posa2 nak driving...sian my FIL dgn tak bape nampak mlm2 ni... mengagau dia driving... tp kalu ikut route camni, cam tak de ruang je aku nak jumpa mama-abh di kampung...huhuhu...nehi hey


eii..kenapa ye aku camni...kadang2 benci dgn diri sendiri. rasa cam takmo kalah dgn en somi... kalu en somi blk jhr, aku pun nak blk penang....tp masa raya retu dia tak gaduh pun nak berebut dgn aku..redha je dia raya umah aku... korang penah tak ada perasaan camtu... ke sebab aku cengeng ae...sungguh... kadang2 rasa cam aku tak adil utk en somi... spatutnya dalam kehidupan rumah tangga, kene la tolerate... dari pelbagai aspek, termasuk la dlm kehidupan harian...cthnya, tiap2 bulan dpt gaji mesti aku nak any stuff utk diri sendiri, baju ke kasut ke, seluar ke.apa2 je la. utk reward diri sendiri... tp dia tak de pun gitu... penah aku ckp, beli la baju...asyik baju yg sama jer... tp dia tanak. tu dalam kehidupan harian... dalam bab raya pun gitu... last year dia dah berkorban sepenuhnya raya di penang.thn ni should be turn dia.tp aku.... ??? bukan dengki.... tp rasa cam ada yg tak kene...dah alang2 balik semenanjung.tak jenguk kampung...kalu dulu, nak ke jhr tu rasa cam jauh sgt.tp sejak kawen ni, kitorang wat macam dkt je.. walaupun badan penat...haii nak balik ke tak ni.... berbelah bahagi sudah... kalu jarak tu dekat takpe... ni dgn masalah transport lagi...buntu nya aku........

Sunday, 14 August 2011

ramadhan 13 : serah diri di pizza

first time di bulan ramadhan menjejakkan kaki ke pizza... aku ni... bln2 pose kurang sket western food...dah namanya tekak melayu...buka/sahur mesti cari nasi punya... bila berbuka dgn western food ni... rasa serba tak kene je...dan confirm balik tu cari mknan lagi...teruk kan...ye aku ngaku...aku mmg kuat mkn nasi.... dan cpt lapar. dulu masa zaman belajar... salu org tegur...ko ni membela ke eka...ayoooo.... tidak. saya mmg spesis mkn byk... sampai skang ni... aku lg prefer mkn nasi utk thn lama...rutin life aku, pagi mkn nasi, tghari nasi, mlm pun nasi.... unless kalu keluar mkn tmpt western. tp disebabkan en somi dok sebut2...rindukan 'si topi merah' tu...hm baiklah...kita pegi ye kanda...



 suka!!! sampai2 je dah sedia terhidang...



tp sebelum tunggu nak berbuka tu sempat jalan2 cari baju raya lagi. oh sebut pasal baju raya... baju sgt mahal lah di sini...mebe campur dgn shipping kos kot. tp melampau la sampai 2 kali ganda jadinya. manik sikit je pun dah 200 +++ belum kira manik yg crowded n baju yg lawa2... even kain cotton pun 90 hinggit, kualiti lbh kurang kat jln tar yg aku dpt 25 hinggit. ada satu baju tu, manik sikit tu sebijik cam baju kat first lady aku beli last year.rege RM 60...material pun sama... tp kat sini...tepuk dahi tgk harga...seb baik niat aku cuma hendak menambah collection baju raya....bt nya mmg tak de lagi baju raya...cenna????  satu baju raya dah 300 ++. menjadi kebiasaan aku kalu raya baju 3-4 pasang...kalu 4 pasang mau tak 1k +++ ayooo... canne la org kat sini survive ae...specially golongan sederhana tu....siannya ai....k dah takmo emo2. disebabkan frust tgk baju mahal, turun bawah g carik bhn mentah



nampak tak moo moo atas tu...sgt annoy taw.sakit mata tgk.nape perlu dok ats tu


pas bayar2... tgk jam dah 6.30...laju je masuk pizza terus mkn...selamat berbuka semua



 spr yg aku ckp, setakat mkn pizza, mesti ada mknan tambahan utk tgh mlm.kang lapar taleh nak tido




(*____________*)
sekian sahaja laporan si kuat makan

Friday, 12 August 2011

bila mood malas masak menyerang

penah tak korang rasa apa yg aku rasa... dulu bujang, senang je... agak2 malas tahap dewa...jerang air panas, rendam maggi... siap !!! tp skang kene pikir perut yg satu lagi tu...sambil jeling pada en somi... tak kan ko nak jamu laki ko mkn maggi. bising mama (mertua tak bising pun) en somi pun tak kisah sgt. dia kata la.... tp bila mama call jap lagi, tanya mkn apa... kalu jawab maggi, tadah je telinga dgr dia pot pet pot pet... pastu pikir punya pikir, sambil melangut kat peti ais apa je yg ada... aku decide wat  ni je sahur td

nasi goreng sbb nasi mlm td ada lagi + sotong celup tepung + susu


cukup la kan utk sahur, walupun nampak cam tak kena je menu dia... biarlah...tema sahur kali ini adalah 'hentam kromo'


Thursday, 11 August 2011

say NO to bazar

harini masuk hari ke 12 kita berpuasa di bulan ramadhan.... masih bertahan sbb belum lapor diri di bazar. suker + kagum dgn keupayaan diri sendiri......aku nak tgk lama mana bertahan. kalu tahun lepas, terpaksa jamu suami sendiri dgn makanan di bazaar. tahun ni hepi sgt... dapat beri makanan secukupnya dgn air tgn sendiri... bak kata kawan aku, nak tambar hati suami, mesti lah dari perutnya... walaupun aku sedar aku ni bukan pandai masak pun dan kadang2 rasa tu ke laut sbb bln posa, namun... en somi sgt supportive... tak penah pun komplen dan sama2 membanting tulang di dapur... ni antara menu yg sempat di snap. aku bahagikan menu2 ini kpd beberapa kategori



 menu pemalas sbb kejap je nak siapkan, asam pedas + ikan goreng+ sayur campur + bubur jagung


 ni pulak menu sayangkan suami sbb berhias bagai : sweet sour + sotong celup tepung


 menu ala kampung sbb ada sambal belacan : kari ayam + telur dadar + ulam2an + sambal belacan


 menu sampingan sbb ini bukan makanan utama


 menu sabtu ahad sbb tak keje sempat la bt nasi2 cenggini : Nasi ayam


jadi...korang nya menu jatuh menu yg mana????? agagga... aku tau... walaupun menu aku sangat2 simple... tp dia makan je...kadang2 aku tak buat kuey pun... tp aku akan replace dgn benda lain as a pencuci mulut... cam fruit ke atau apa je yg ada dpn mata...ehehhe...bijak bijak...actually...dia tak kisah pun...katanya la... tp kita sbg isteri rasa kesian kan dia...tak kan nak makan nasi semata2. sbb aku mmg dah diajar, kalu berbuka...mmg complete...dgn kueynya... buahnya... menu utamanya.... hmmm...


apa2 pun, prinsip aku... MESTI makan nasi... baik sahur mahupun berbuka...tak lengkap rasanya kalu tak dijamah dgn nasi. dah nama perut org kampung. itu sbb, tadi en somi nanya...eh bulan ni kita tak jejak kan kaki ke pizza lagi ae... perli la tu... salunya sminggu 2-3 kali dok cari western food.... oh ya sebelum entry ni berakhir, nak tunjuk apa jadi dgn ikan besar dlm previous entry



SWEET SOUR yg penuh muatan...pas ni kene beli pinggan besau sket...abes tumpah kuahnya



pengalaman masak ikan besar

lamanya tidak update ini blog... mood merudum bila taleh nak transfer gambar dari camera...ampagas betol...  bukan aku la kalu wat entry takde gmbr...utk permulaan... nak tempek gambar ini dulu :)


rasanya 1st time cik ikan dok dlm blog aku. glemer u



setiap org mempunyai pengalaman atau dalam istilah lain.... first time...begitu juga aku...rata2 yang ada fb tau la kot...misi aku mencari siakap beberapa hari lepas.malangnya tidak kesampaian...puas pusing kws sini...sampai ke muara sungai aku pegi...sbb kat situ tmpt nya org load ikan... tp dah namanya tak de rezki kan... mmg tak dpt juga la merasa siakap...sudahnya. siakap diganti dgn si bawal.... tu... gambar ats tu


sepanjang kawen dgn en somi ni la 1st time beli ikan besar...salunya ikan keli, ikan kembung, bawal yg kecik tu je...seb baik la kat situ ada khidmat siang ikan...kalu tak...aku sendiiri pun tak tau canne nak siang ikan ni.umah aku sume pisau 'comel2'. kalau beli ayam pun yg dah siap potong.ngeee...tiba masa nak goreng...terkial2 kial la aku...dah la berat kan... kata posa... pastu terus serah pada en somi utk goreng ikan...


 ikan ni harganya RM 18.50...melopong aku dgr... ye la sbb 1st time kan...tak tau la rate harganya...lagi pun selama ni en somi yg beli ikan...aku igt kan bawal ni murah, ala2 sardin, kembong gitu....tp lebih kurang dgn siakap juga dia. nak tau apa yg aku bt dgn ikan ni.... tunggu next entry...tp jgn budget aku ni cam cheff...aku ni di tahap try n eror je berdasarkan pengalaman :)

Monday, 8 August 2011

♥♥ air berani di p.perhentian

ayo dah lama sgt, citer pasal percutian di pulau tu pending. rini baru ada kekuatan sket nak sambung. sbb balik awal.tak de kelas tambahan.maklumlah upsr dah dekat kan...makin galak la kelasnya... entry ni sambungan dari sini ... pas balik dari pulau lang tengah, boat terus berdesyup ke pulau perhentian...kali ni, kitorang di bawa ke tempat yg lebih unik...


 ni heronya...ganteng banget kan....tgk air dia...jernih nau...berkilauan cam kristal


heroinnya pula... ala2 pemalu.bwerkkkkkkk



buat pengetahuan, di pulau ini terdapat satu attraction yg mungkin tempat wajib bagi setiap pelancong iaitu air berani.... femes sgt tmpt ni... sejuk gila... cam air dari peti ais. pada zaman dahulu dan skang juga aku rasa, ramai nelayan berehat dan mendapatkan sumber air di sini.



 nampak tak org tu siap bawa balik berbotol2 air utk jadikan mineral water


Menurut penduduk di Pulau Perhentian, sumber air ini sangat unik kerana tidak pernah kering walau di musim panas dan ia sangat jernih, segar dan tawar, sesuai untuk diminum terus tanpa dimasak. Ia juga tidak berasa masin, walaupun sumber air ini sangat dekat dengan pantai.


en somi pelik dari mana datangnya air ni...dari celah2 batu tu ke


ada kisah Udang Kara di Air Berani ini. katanya udang2 ni mmg tinggal di dalam Kolam takungan Air Berani. Ketika disuluh dengan lampu di waktu malam, dapat dilihat banyak udang yang bersaiz sederhana dan besar lari berlindung ke celah-celah batu. Menurut cerita nelayan tempatan, pernah seorang nelayan menangkap udang-udang di situ dan menggorengnya, tetapi udang itu tidak mati, malah bergerak-gerak di dalam minyak panas itu, lalu nelayan itu menghantar semula udang-udang tersebut ke Air Berani.boat man ada juga pesan, jg diri di tmpt ini..jgn celupar mulut tu...hmmm...apakah maksud tersirat di sebalik pesanan pihak penaja itu yer...nak tau lebih sbenarnya.tp tak sempat nak korek....


kami bertiga berebut rebut nak rasa air berani



budak tecik ni dengki...aku dok senyap je kat situ. sekali dia mandi kan aku. 



saja nyakat bini nya yg takut air. rujuk entry 'mandi' sebelum ni.... ngeeeee...masa kat sini juga kitorang disajikan dgn buah tembikai...fuhhh... mmg nikmat gila la... cuaca panas kat luar. pastu kene buah tembikai yg merah menyala tu... hilang segala penat dan dahaga lepas snorkeling... thanx to adik/abg boat man yg memberikan buah tersebut....pas mkn buah tu terus balik ke hotel. aku pecut boat laju gila


 eh nape??? tak percaya ke...betulllllll la....


 ehehhehe.... main2 je... kasi kecik sket gambar ni ;)


'mandi'

psttttt... ada satu benda nak share... jgn gelakkan ae... malu taw. tp perlu, mana tau leh jadikan rujukan org lain jugak... walaupun ni tahun ke-2 jadi isteri org...tp aku masih confuse2...disebabkan itu juga aku batalkan projek mega smlm...hehehe gatai. almaklumlah, skang masa aku bertelur.mana tau ada rezeki kan... usaha saja. tahun lepas rasanya ada juga 'projek mega' di bulan puasa ...tp  sedikit terbatas... sbb maleh nak mandi mlm2...sejuk...penakut air. so thn ni terpaksa gugel mengugel cari berkaitan isu yg sama... terpaksa letak kat blog. nanti leh refer sini balik... kitorang ni cpt lupa...ni aku kopipes balik je...layannnnnn





Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?  

 
 
JAWAPAN
Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

 
Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-
 
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
 
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yang paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )
Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh. 



 maknanya, mlm ni leh la teruskan projek mega ni... ehehehhehe....gataiii....igt, sah ye kalu mandi waktu subuh dapat dari sini 

Bonus setengah bulan untuk penjawat awam

berita baik buat penjawat awam yang makan gaji mcm aku... mesti korang suka kan... walaupun CUEPAC minta 2 bulan gaji, namun bersyukur lah kita...pertama kali dapat berita ni, terus cakap, alhamdulilah... rezeki mama n abh kat kampung nun.






pastu tertanya2, 1/2 bulan gaji tu dari basic salary ke termasuk elaun... kalu campur elaun... sedap la sket. pastu ada yg jawab kat fb kata basic salary... dalam hati ckp... "alor... kalu basic salary dpt 1k ++ je la...ciketnya..." cer tgk... hasutan syaitoooooonnn... eh dia kene rantai da... diri sendiri yg salah. tak bersyukur lagi...ni la yg dikatakan manusia  tak pernah bersyukur... astaghfirulahalazim... aku bersyukur dgn rezeki yg diberiNYA.... alhamdulilah

::::::::::::::::::::::::::


KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA





detail di sini

resepi oreo cheese cake

wah semangat nya...ari senin dah beresepi bagai.actually dah ada dlm draft sejak semalam lg...tp rini baru publish. posa2 tayang gambar kek...bagus sgt la kan...takpe...ni utk persediaan raya.sapa nak cuba boleh la. sebelum tu............ sori sangat2 pada yg menunggu tu, eka janji last week. tp lambat la pulak... sibuk + keterlupaan... semalam baru mengarang.dah lama hutang ni...sori yer. tanpa membuang masa, bahan2 yang diperlukan adalah



BAHAN UNTUK BASE
20 keping biskut oreo
2 sudu besar mentega


BAHAN CHEESE
250g philipedia cheese / cream cheese
2 sudu besar serbuk gelatin + 5 sudu besar air digaul bersama
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan yogurt
1 cawan oreo yg dicincang



CARA- CARANYA




1- asingkan biskut oreo dgn krim di tengahnya... tgk gambar atas.krim tu jgn dibuang ye, leh masuk dlm cheese jap lagi. hancurkan biskut tersebut.aku pecahkan then masuk dlm blender.kisar sampai halus. akan jadi cam serbuk


2- dalam bekas lain, cairkan mentega atas api.bila dah cair masukkan serbuk oreo yg di blander tadi.pastu, mampatkan dalam dulang/acuan kek... masuk oven dalam 15 minit pada suhu 160 C.

3- amik mixture, pastikan cheese berada dlm suhu bilik...jgn dari peti ais terus ko putar. berabad nak tunggu dia cair...agak2 cheese dah kembang sket, masukkan gelatin + air, gula halus, esen vanilla, yogurt dan krim biskut oreo td

4- kacau sebati seperti gambar 4. then pecahkan biskut oreo, tp jgn sampai dia jadi serbuk.aku belah 4 bg setiap biskut... biskut ni akan dimasukkan di dalam adunan cheese tadi... so bila ko mkn, akan terasa cheese n oreo nya la..sengaja bg besar spy tanak rasa cheese sgt


5- Akhir sekali, tuang adunan cheese di atas oreo yang dimampatkan gambar 2. simpan dalam peti ais selama 4 jam.itu sajer...selamat mencuba


bhg base rasa oreo, bhg ats rasa cheese + oreo. sedap dimakan sebaik saja keluar dr peti ais


Friday, 5 August 2011

seputih salju di bulan ramadhan

di hari yang baik, bulan baik... mari kita sucikan diri, dekatkan diri dgn pencipta...semoga ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...



Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna


kerna aku tidak pasti kedatangannya untuk kali kedua


ibadah zakat dan juga puasa..tidak dapat menghapus dosa


seorang hamba kerdil + jahil + dhaif lagi hina..


yang sentiasa mendamba kasih rahmat maha Esa..

 
ku berserah segalanya


berlindung di sebalik kekuasaanNya


kasih dan rahmat Tuhan yang maha kaya


menumpang keberkatan bulan yang mulia


agar ibadat dapat dijalankan dgn sempurna





pst : tak tau apa motif letak gambar kanak2 ribena ni... tah apa2 tah... ayat mcm insap...tapi gambar langsung tak menunjukkan keinsafan... buat pengetahuan... ini baju baru, baru dan terakhir kali aku pakai... sbb tu nak abadikan dalam blog byk2. ada cerita disebalik ini =(


Thursday, 4 August 2011

malu eden

alhamdulilah berjaya posa utk hari pertama... tq cik P kehadiran anda kejap je bln ini.so that tak byk ganti posa :) suker suker.... dan paling aku suka sbb dapat masak. kejayaan yg patut dibanggakan. permulaan yg baik berbanding thn lepas.... walaupun ini je yang dapat diberi pada en somi


 sayur camput + asam pedas + ikan goreng + bubur jagung. sgt2 simple


 tu pun dgn bantuan org ini siap pakai baju skolah lg...thanx laling kerana sama2 sediakan juadah berbuka kita


tetapi, jauh di sudut hati aku masih kecewa dgn performance utk hari pertama...balik je dari skolah.bum tidoooo... lembik je dpn tivi. pastu kul 5 bgn... masak... aku salute dgn para isteri di luar sana yg rajin gila masak bln2 posa ni... naknya yg keje office hour. rasa malu dgn kamu semua...


hari ni juga 1st time gi terawih... hari yang ditunggu2 actually, ye la...org lain dah dpt merasa 4 hari...aku baru hari ni. masuk je mesjid... ank murid dah sambut... "cikgu woi cikgu woi..." walaupun dia berbisik pada kawan dia, aku dgr je. pastu siap ajak geng beratur kat pintu lagi... ... aku ni, dari tahun lepas... mmg trawih takat 8 je...pastu chaw balik. maklumlah "rajin".masa nak kuar pintu masjid tu, ank murid kejar... cikgu nak balik dah ke... nape tak sambung sampai 20 rakaat...glurp...telan air liur tak tau nak jawab apa...maluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu... tp aku berlalu pergi sambil ckp, cikgu ada hal jap gi...hai la budak...jgn la tanya soalan cepumas tu dpn org ramai...


budak2 ni, derang mmg igt cikgunya perfect serba serbi...walhal...aku ni... cam org biasa je...lebih tepat lagi... tak layak pun jadi cikgu... sbb byk sgt weakness aku. tp aku akn cuba berubah jadi cikgu yang CIKGU... cer tgk cikgu2 zaman dulu dihormati dan dikagumi... dan aku jd cikgu ni pun sbb admirer sgt dgn salah sorg cikgu aku masa darjah 3 dulu... dia idola aku waktu itu...masih terbayang wajah dia + gerak geri dia + kelembutan dia...apa khabar lah dia skang... hanya doa je dpt ku utuskan

pengetahuan baru tentang R.E.Z.E.K.I

entry ini adalah kesinambungan entry lepas . thanx pada kawan2 yg mengomen




terkojut baca komen2 ni...ada petandanya ye... eka baru tau... kalu pakai baju terbalik... tandanya... nak dapat rezeki.... sangat suka dengar statement ini... sehingga membuatkan eka senyum sorang2 dpn lappy... smoga bulan baik ini, rezeki kami laki bini melimpah ruah... amin... harap2 rezeki itu...cik P, please...tayah datang lagi pasni...dtg semula pas 9 bulan boleh??? wat pengetahuan...ari ni, ari 1st puasa dlm ramadhan...jgn igt sesajer tak posa taw try utk masak.kalu tak mampu kita mkn luar sajork.........ngeeee...eh pandai bt conclusi sendiri.tanpa berbincang dgn housemate...ala tu bisa diatur...bt drama sket...mesti on punya.housemate kan baik




::::::::::::balasan komen secara pukal utk entry lepas::::::::::::

eida : ya mari kita gelakkan dia secara berjemaah.ahahahhahaahahahhhhhhhh
hikari : semoga betul lah petanda itu :) alhamdulilah
kekda : canne leh hilang tu kekda...alamak *frust*
k.izan : akak org kedua ckp cengitu...semoga ia menjadi kenyataan.amin
Anie : tu la asal...eka pun gelak besar bila tgk baju en somi
QJ : eh camne dia pakai baju dari dlm tu...tak dpt eka imagine...
mrs zaidi : bukan akak...housemate tu yg buat lawak...hmmm

Tuesday, 2 August 2011

baju terbalik

nak tanya korang2 di luar sana, pernah tak pakai baju terbalik... secara jujur nya aku pernah alami situasi seperti ini...tp cepat tersedar. maksud aku lom sampai tahap keluar umah then baru perasan baju yg dipakai terkalih...tp, ada la org tu kan... dah berjalan merata, driving, posing...baru perasan...eh eh baju abg terbalik la



ni bukti kami dok posing dgn yakinnya. sebelum perasan baju en somi


sampai kete, aku tgk...eh lain mcm je baju laki aku ni, bila ditelek..ayoyoyoyoo


nampank jelas sgt benang jahitan sumer tu... masing2 tergelak... ada org perasan ke tak sebelum ni tah la.yg pastinya aku sendiri baru perasan. punya la lama dia pakai baju gitu...isk isk isk... tanpa melengahkan masa, kepala en somi terus pusing 360 darjah, cari toilet. nak salin baju. malangnya takde. so en somi nekad salin dalam kete... laki, senang la...cer kita salin baju dlm kete...mau  histeria org kat luar tu



suami.... cpt salin baju... isteri cover line ye



ha..... ni baru betul ...


moral of da story... masa lipat baju, alih siap2... so bila sarung dalam keadaan kelam kabut tak de la cenggini... actually baju ni baru diambil dari ampaian, amik2 terus masuk dalam lugage. tak sempat lipat...en somi ni kalu pakai baju mmg tak tgk dah. terus pakai je...kan dah kantoi !!!