Saturday 26 November 2011

gud bye ... (',)

doakan kami selamat pergi dan balik
peninggalan en blog agak lama kali ini
sbb yg esok ni adalah pre honeymoon sajork
sebelum honeymoon yg sebenar benarnya
semoga segala perancangan berjalan lancar
dan semoga percutian kali ini membuahkan hasil
walaupun tanda2 bendera berkibar di angkasa dah ada :)


sapa nak ikut jom
jom raikan cinta bersama kami di.......... :)






(*________*)




p/s thanx pada kawan2 yg bg cadangan pasal money changer smlm...info kamu sgt berguna...
sori pada kawan2 yg dah bt contest tp belum submit...sesungguhnya, aku rasa sgt2bersalah pada kalian....tiada niat utk mempermainkan kalian
sori juga sbb tak dpt blog walking kamu beberapa minggu ini
daaaaaaaaaa...



Friday 25 November 2011

money changer :(

aku tgh bingung tentang money changer
dalam minggu ni leh kata tetiap ari kitorang kuar
abes pusing satu bintulu
cari duit negara yg aku nak gi ni
last choice esok try cari di miri pulak
sapa leh tolong carikan... angkat tgn !
aku rasa kalu sampai KL baru gegeh nak tukar jenuh la
naknya kalu terpaksa tukar kat lcct takpun klia
dah la mahal ya amat
last year aku tukar area masjid india



eh sapa tau tmpt yg dpt rate murah utk tukar2 duit ni sila bg tau ye
bayangkan ae, flight aku dari bintulu ke klia kul 2
so, sampai kl lebih kurang kul 4 ++ camtu la
itu pun kalu tak delay
tapi kalu mas jarang la nak delay
noneng noneng nak amik lugage
pastu
dari klia nak kene gerak ke lcct lagi
oh ya, aku naik air asia utk destinasi bulan madu  kali ini


persoalannya....????
sempat ke atau berbaloi ke kalu aku nak kuar g mesjid india pulak semata2 nak tukar duit
n kene ada kat lcct balik dlm kul 8 pm, 3jam sblm berlepas
sbb flight kul 11pm... aku taw, time tu time kemuncak kan
time org balik keje


cupp dari klia ke lcct, selain drp naik teksi
cara apakah lebih murah...huh nak jimat gila aku ni
aku ni mengong sket bab2 transfer ni
naknya kat kl... idok le aku biasa dgn jalan2nya
tolong ye...segala cadangan anda amatlah saya hargai
tq

Thursday 24 November 2011

projek masa cuti



agak2 apa yer??? sapa pandai cer teka
????????
kopiah la, tapi bukan utk budak ni...




untuk bapa mertuaku...ehehhe...tak siap lagi tu, tu yg benang berjurai tu.
hah berjurai bkn utk air mata ke
nak siap dah, sikit je lagi
tp model tu tak sabar2 nak try
agak2 bapa mertua ku suka tak ae???
mula2 cari kaler kelabu, tp takde la pulak
eh adakah aku pembodek... tak kan?!

tak pepasal dpt gelaran cikgu pink

aku percaya setiap org punya warna favourite masing2...which kita akan nampak dari penampilannya atau decoration rumah dia...yg mana warna lebih byk tu mesti kaler feveret dia, betul tak... korang penah tak tgk, ada kawan2 yg taksub sgt dgn sesuatu warna... cthnya... seseorang tu suka kaler pink eh kenapa cth nya pink ye bila ank dia lahir, gegel pulak tu...confirm jadi pink...abes sume kaler pink....dari kasut sampai ke topinya...mmg sgt comel la utk pencinta pink cam aku. ahahhah... dan bila besar nanti, gegel tu otomatik tersuka pink. kenapa ae? tp ada juga yg tak kan. pada pendapat korang...warna kesukaan tu dipengaruhi oleh apa ye... adakah seseorang yg menjadi idolnya suka kaler tu... atau rakan sebayanya kah? atau apa ?? pengalaman aku sbg guru kelas... pada asalnya aku tgk budak kelas aku mmg anti pink. tp lantak la.di kelas aku yg berkuasa.abes notis board aku decorate dgn kaler pink... yg budak laki pun terpaksa redha jer... lama kelamaan, derang cam tersuka pink...aku perasan benda ni dah lama. bila aku tgk brg2 derang such as pencil box, stationary n buku nota pun kaler pink... penah gak aku tegur


sampai kan ada sorang budak tu yg ala2 tomboi bak kata org utara, yg kasaq kedegaq... pun ada koleksi pink sendiri. terkejut aku...balik tu terus terpikir adakah disebabkan aku derang ni suka pink....??? aduh...rosak ank org aku kerjakan... tp tak kan disebabkan aku. aku nak tanya korang, korang dulu, suka sesuatu warna disebabkan pandangan mata hati atau terpengaruh dgn faktor sekeliling.



ini antara brg yg ank murid aku bg masa baru2 ni


sbg kenang-kenangan katanya... pasni kan derang dah masuk form 1... tq taw!!! bila ditanya, apasal kaler pink semua... cikgu kan suka pink... penah aku terdengar...masa aku jalan, budak tegur, "hai cikgu pink"... ggrgrgrrrrrrr...aku dulu penakut dgn cikgu. apatah lagi kalu nak melawak2 camtu.nak angkat muka kat cikgu pun takut weh



penemuan baru !!!

eh tak la baru mana pun.aku yg ketinggalan kot...dapat info dari sini. rasanya semua org dah tahu hal ni

Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan yang mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil 'Mole People' hidup 20 batu di bawah tanah. camne ae derang hidup bawah tu. makhluk ni menggunakan terowong rahsia untuk memasuki US! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi, setahu aku NASA dok kat space  je, upanya dalam tanah pun derang korek juga ye... pada mulanya penemuan ni nak dirahsiakan, tp tak boleh sbb makhluk ni makin ramai







:: berdasarkan pembacaan aku tadi, apa yg aku faham, 

-makhluk ini tinggal di bawah tanah / gua
-anggaran 2000 dan boleh jadi terlalu ramai sehingga berjuta juta
-siap ada bandar di bawah tanah. 
-derang ni boleh jadi merbahaya utk kita
-ada persamaan dgn manusia spr berjalan. 
-tingginya lebih kurang 8-10 kaki. 
-Jari-jari mereka seperti kuku binatang. 
-tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed)
-direka untuk menggali
-Kulit mereka sangat kuat.
-otot-otot yang sangat besar



identiti mereka masih belum dapat dikenalpasti, sama ada ....
-mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?
-mereka golongan Yetis (BigFoot)  ?
-mereka makhluk asing dari angkasa ?
-mereka saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang  ?
-mereka musuh dan suka berperang  ? 
atau
-mereka peramah dan sanggup bekerjasaman  ? 
kerana
dipercayai makhluk ini mampu bertindak ganas. “Apabila salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau”. “Mereka mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu”.


sekiranya mereka manusia seperti kita, bagaimana dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang patut memilikinya mereka atau kita?
 




DARI SURAH AL KAHFI:

Allah menceritakan kisah lelaki itu seperti firman-Nya dalam surah itu: 

“Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.

“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)

“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).

“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu

orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.

“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98)
.

Demikianlah secebis kisah mengenai Zulkarnain. Dalam rentetan perjalanan hidupnya, lelaki itu bertanggungjawab membina tembok bagi menghalang bangsa Yakjuj dan Makjuj mendatangkan angkara kepada manusia. Tembok binaan Zulkarnain itu hanya akan runtuh apabila dunia terlalu hampir dengan kiamat..

Apa pandangan atau pendapat anda tentang peristiwa di atas ?





apa itu yakjuj dan makjuj ????

-berasal dari zuriat Nabi Adam a.s dan Hawa a.s. Mereka lahir dari keturunan Yafith bin Nuh a.s
-Dari Abi Sa’id al-Khudriy r.a dari Rasulillah s.a.w bersabda : (( Allah berfirman kepada Adam (pada hari Kiamat) : Wahai Adam! Adam menjawab : Aku menyahut seruanMu. Firman Allah: Keluarkan (dari zuriatmu) rombongan ke neraka. Adam bertanya: “Apakah rombongan (penghuni) neraka?” Allah berfirman : “Dari setiap satu ribu, sembilan ratus sembilan puluh sembilan” Maka di saat itu berubanlah anak-anak kecil, gugurlah bayi dalam kandungan dan kamu melihat manusia seakan-akan mabuk padahal mereka tidak mabuk akan tetapi azab Allah sangatlah keras.)) Para sahabat lantas bertanya : “Siapakah di kalangan kami yang termasuk dalam bilangan satu tersebut? Rasulullah s.a.w menjawab : ((Bergembiralah, bahawa sesungguhnya (rombongan penghuni neraka itu) satunya dari kalangan kamu dan sembilan ratus sembilan puluh sembilan dari kalangan Yakjuj dan Makjuj)) Riwayat Bukhari


hari penyerahan RM 100 kpd murid sekolah

semalam, dpt emergency call dari pihak sekolah. suh turun utk serahkan duit pada ibu bapa...aku dgn br bgn tidonya....kelam kabut la...mandi ala2 koboi then terus gi sekolah...



aku kene bhg pemeriksaan dokumen, 


manakala en somi bhg penyerahan wang... 


 itu bukti en somi serahkan duit pada ibu2 ye


gambar nampak cam kejam... tp kami terpaksa...kamu tau...mula2 kami dirempuh sampai tertonggeng meja. disebabkan ketidak sabaran mereka...di suruh beratur pun taknak. kalau budak2, mudah la...boleh dimarah2.ni pangkat makcik2,atok2 dah... takkan nak kene marah kot. bukan apa, org suruh beratur nak mudah kan keje... ni tak...tanak bagi kerjasama.akibatnya...terpaksa la ubah tempat spy mereka tak boleh boloskan diri...


jadi, pada ibu2 di luar sana, dah dapat belum duit RM 100... rasanya semenanjung dah dapat lama pun. suka diingatkan... masa nak amik duit tu nanti, sila bawa bersama

-sijil beranak yg original (murid)
-IC penjaga
-surat serah kuasa utk yg berkenaan sahaja (sebenarnya WAKIL tidak dibenarkan, sekiranya keadaan terdesak, sila sertakan surat serah kuasa bersama )


pasal surat wakil tu satu hal, kami diherdik, dimarah... sbb mitak yg bukan2 katanya... kami hanya menjalankan tugas...kalu tak bt mcm tu kang... ada yg nak menyamar.buktinya, dah ada kat tivi nun... dan semalam...ada org cuba bt camtu juga...masalahnya camne dia boleh dapat sijil beranak yg original tu...tu yg kami musykil. bila bapak yg betul dtg tuntut. mula timbul isu... dia kata dia tak dtg amik lagi, padahal namanya dah di sign...ha sudah...nak tak nak, utk tenangkan keadaan, terpaksa la cikgu keluarkan duit sendiri utk ganti balik duit 100 tu...kalu tak kang, gi repot...tak pepasal spr berkampung di sini... susah la.apasal tak masuk je ke akaun masing2...

Tuesday 22 November 2011

percutian budget saya

entry ni tak penting sgt actually... utk kepentingan penulis semata2... dan juga sehabat handai utk dijadikan rujukan, sbb baru2 ni ada kawan tanya tmpt2 menarik kat sabah. aku pun tak igt lg dah...so jenuh godek2 dalam blog lama...paham2 la entry aku ni kan berterabur. main sedap je nak tulis.so, untuk kesejahteraan sejagat bersama.eloklah aku compile kan semua sesetengah percutian yg pernah aku jejak scr ber part2... spy senang nak refer...mana tau ada keinginan nak pegi lagi, tak la teraba2... eh ada hari nak revisit kan.


 buat pengetahuan tak semua percutian aku tulis dalam blog ni, disebabkan aku spesis pemalas tahap dewa. well u know me :)  cth kalu ramai sgt blogger yg review ke satu2 destination, aku malas la nak letak kat blog lagi dah.ye la uols boleh rujuk blog derang kan. ini hanya selected vacation yg aku rasa penting utk dikongsi bersama.


1. BEIJING

catatan penuh di sini



2. KOREA

catatan penuh di sini


3.HONG KONG 



4.MACAU

 

5.DISNEYLAND



6.BRUNEI







8.SABAH



9.PULAU MANUKAN/MAMUTIK/SAPI/SULUG/GAYA

part1



10. PULAU PERHENTIAN


part 9 
part 10
part 11


11.PULAU REDANG


part 1
part 2
part 3
part 4


12.PULAU LANG TENGAH


part 1
part 2
part 3



Aku rasa yg itu aje la kot,yang lain tak lengkap lg, dan tak sesuai dijadikan rujukan... dengan ini rasmi lah label baru di side bar kanan nun.... segala jenis percutian akan ku masukkan di bawah 'percutian budget saya'. sbb percutian yg aku pegi, sumenya budget2 sajork. ye la poket kecik selera besar.mau tak kene bajet. actually entry ni dah lama terperap dalam draft, ni baru gegeh nak  publish...utk menhangatkan lagi suasana ulang tahun yg bakal muncul tak lama lagi :) jom raikan cinta EKA n DAUS...

Monday 21 November 2011

setan gred dabel A

ketawa besar bila aku dengar perkataan ni keluar dari mulut en somi
setahu aku dabel A tu kan jenama kertas...agaggga

tah kenapa sejak 2 menjak ni en somi suka sgt nak tido time maghrib
aku bebel2 la... kan tak elok tido time2 tu
so masa aku tgh wat keje
tetiba terpacul perkataan tu dari mulut dia
aduh lucu betul, dengan mata separuh buka nya, dia ckp
sayang, setan gred dabel A dah mai kacau abg ni, tolong



adoiii kenapa perlu dabel A, nak menunjukkan betapa kuatnya syaitan tu kah
korang, masa kecik dulu penah tak korang imagine camne rupa bentuk syaitan
dulu kan ada org penah tunjuk gambar syaitan kat aku, tak tau la betul ke tak
katanya, pakcik dia ambil di gua hirak, wallahualam...aku tak tau sejauh mana kebenaran citer ni, 
sbb pikiran budak2 lagi time tu... tu pn takut2 masa kawan tu tunjuk...



untungnya kaum hawa :)

Beruntungnya perempuan yang mempunyai rahim... 
1.) Dia bekerja denganTuhan..jadi 'kilang 'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. 
2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 
 3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,itu dianggap mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. 
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami:seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 
5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 
6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA........ Wallahu'alam.............

 eh...tetiba keluar gambar ni pehal...oh mood anniversary sudah mari!!!

Sunday 20 November 2011

ok tak

kamu kamu...lihatlah baju ini




cantik kan...kalu si pendek ini pakai...sambil menunjuk ke arah diri sendiri...ok kah? dan satu lagi... baju cenggini leh cover utk suhu 0-5 tak...agak2 la...sbb tuan hamba tak penah rasa cam mana suhu 0... mau try dok dlm peti ais, baru tau canne rasa kot...sapa yg berminat baju ni...cer kelik sini.murah

agak2 lagi kan, snow house kat genting tu bape suhu dia ye...cer bagi tau




oh bila tgk gambar ni... rasa cam cepatnya masa berlalu... ni masa pre hanimun dulu :)


psiko betul...

bila kawan2 sekapal dgn aku dah balik semenanjung
actually aku ada 2 kapal, satu lagi kapal geng ttc sdn bhd...wink2
tp sekapal yg aku maksudkan di sini adalah kawan2 aku yg dah balik semenanjung
masing2 dok shout
'home sweet home'
adeh bila la aku nak jerit home sweet home ni
lambat nya rasa...

ok, psiko no 2, sapa tgk citer payung emas smlm
serius, aku jadi takut dgn citer melayu skang ni
last week citer senyawa
pun berkisar yg sama
sume sbb anak


 anak omputih mana la aku amik...cute kan


bila takde ank, hasben kene kawen lain
perlukah wat citer camtu
macam bagi idea pada lelaki2 diluar sana je
takut + risau +semua ada tiap kali tgk cite camni
sbb aku membayangkan, kalu benda camtu jadi pada aku...??? canne
sungguh.. takleh tido aku dibuatnya, mmg betul2 psiko
pastu mulut ni tak henti2 cakap, abg jgn bt sayang camtu tau
please frend...doakan kami cpt2 dikurniakan anak

Friday 18 November 2011

haccheww !!!

akhirnya !!! ku sangka kan badan ku sekuat badang
ternyata aku mudah ditawan oleh virus yg berada di sekeliling ku



en flu, cepat la baik
oh bukan flu saja, batuk semua ada... complete package
baru bln lepas aku ckp
lamanya tak demam, hamik kaw...len kali jgn ditegur
aku tak suka keadaan begini
nak nya nak cuti2 ni
sgt tak selesa ok...naknya bila cuaca sejuk
rasa cam tak leh bernapas...


ada petua nak share ni, pernah korang rasa cam nak bersin tapi tak jadi??
at da same time still gatal hidung nak bersin
tau canne nak bagi bersin balik, korang tgk lampu
mesti bersin punya...petua ni sgt mujarab utk aku ok !
cuba la...


Thursday 17 November 2011

result upsr

alhamdulilah syukur... upsr tahun ni,sekolah aku meningkat 10 peratus...lega...happy sume ada...risau o...takut kene hentam dgn ppd bila result merosot...tahun ni nampaknya ramai budak yg kantoi math n BI... dan science pulak macam biasa senang utk lulus tp susah dapat A


sedar tak sedar esok adalah hari terakhir persekolahan...yippieeeeeee... tapi terpikir2 lagi nak cakap apa dgn budak2 ni...takut air mata je yg meleleh. mesti sedih pasni tak dapat jumpa derang lagi. kejap je tamat sudah persekolahan sesi 2011... rasa cam baru je lagi bln 1tahun 2011...tu la kan masa... berlalu tanpa kita sedari...dan tahun ni apa je yg aku achieve...takde apa kot...apa2pun kene rujuk balik la azam 2011. tak sabar nak wat gotong royong umah ni...umah kitorang sgt kritikal dah...sapa nak jadi sukarelawan tolong kemaskan umah...meh ar...

Wednesday 16 November 2011

kesejukan kebadanan

berbalik pada entry lepas... kotak yg tajuk 'EKA' tu abah yg antar... jauh dari semenanjung...aku minta abah antarkan baju sejuk...kan tak lama je lagi ni....tehehehe...igt tak baju ni...



next vacation, guna baju tu je... aci?? tak semangat, macam kebiasaannya.mungkin mood itu belum sampai...salunya waktu2 gini mesti kami laki bini sibuk cari baju percutian... mungkin keadaan skang terlalu sibuk, atau mungkin juga kat sini takde byk pilihan.universal traveller pun takde.kat sepermarket tu ada la, tp mahal gile...baju sejuk saja dah sama rege dgn installmnt kete aku bulan2...rasa cam membazir je beli kalu stakat nak stay sminggu...lain la kalu dok sana sebulan kan... ramai kawan2 nasihat...sampai sana baru beli, sbb kat sana lbh murah...belajar dr pengalaman org lain kan... ok itu tak menjadi hal sgt...yg aku peliknya.. perlu ke menggigihkan diri cari kotak tajuk 'EKA' tu.mama kata, abah pulun cari kotak bihun EKA.... glemer nama ai u...tak pepasal jadi tokey bihun...ehehehe


smlm lemau je rasa...actually 2-3 ari sebelum ni dah start rasa lain mcm...sakit2 tekak...dan rini masih lagi berselubung dlm comforter...walaupun tgh ari... sejuk satu badan...siap pakai stokin lagi ni. patutnya, arini ari subur aku, tp bila badan tak sedap lupakan saja projek mega itu... smlm pun en somi yg masak...aku totally lemau. aku rasa mmg tak de harapan la nak produce baby 2011 ni...haisyy kecewa !!!

Monday 14 November 2011

kopiah buat sang suami

niat hati nak buat kopiah en somi terpaksa dihentikan...pabila benang dah habis...puas cari 1 bintulu tapi takde yg sama kaler tu...ayoyoyoo...manyak kesian o...aku pun satu, beli satu gulung je sapa suruh...tu la...dah lama tak bt...dulu sebelum kawen, rajin la bt kat abah... ni la baru start balik...igt kan dapat la bagi dia pakai jumaat lepas...tp cari punya cari tak jumpa juga...igt nak bt kat bapa mertua satu...kan tak bape ari je lagi mertua nak datang... tetiba teringat pulak wajah itu.rindu mereka.tp takut...takut n serba tak kene time memasak specially..eh cup topik kita apa tadi...pasal kopiah kan...ha ni la kopiah en somi




patutnya ada sambungan lagi tu,tp stuck kat situ sebab kehabisan benang...ni baru 2/3 kepala leh masuk...yg bulu2 tu sbb aku lom potong...huduh kan sbb nak campur2 kaler.leceh cket...kat en somi je aku bt spesel.sbb org muda kan..yg abah punya dulu, satu warna ja...tak campur2...tgk la projek ni akan diteruskan lagi sampai cuti skolah.kalu sempat la.eheheh...yg atas tu kopiah en somi atau pun geng bapa2...yg bawah ni pulak utk anak bapak...




oh sila jgn nilai dari segi kekemasan...aku bukan pen'kait' sepenuh masa...banyak yg perlu diperbaiki...tp kalu sendiri nak pakai bole lah.heheh...see ashu...tak kemas pung...syepah2...canne nak bagi kat sara...



yg ni hat crochet yg telah ditempek dgn bunga.ehehhe...nampak sgt utk gegirl...kalu boboy nak bt apa ye..ladybird bolehhhhh??? ni pun satu hal... mama kata nak bt topi budak ukur ikut kepala lutut.aku letak kat kepala lutut...ok la cun dah... tp bila pakaikan kat ank jiran sebelah...tak muat...adeh...siapa yg masalah...kepala lutut aku kah, atau kepala budak tu yg besar...hmm tp derang masih memberi semangat.derang kat utk new born muat kot...ada 'kot' pulak...syg je tau...

p/s : crochet ats ni belum siap sepenuhnya.dah siap nanti kita share ae... :) eh sapa yg suka men'crochet'...jom la share.tak best la sorang2
 

SHU SHINJU GIVEAWAY

hai uols....sihat??? terlebih dahulu, terima kasih diucapkan pada kamu2 yang join contest eka... igt kan takde dah org nak join..huhuhuh...syg korang...tapi kan, kenapa ye kamu2 secara berjemaah meneka lokasi percutian yang sama... sapa yg sebarkan fitnah ni...isk isk...jgn percaya okeh... :)


kene tag dgn susu... 1st time jumpa tuan rumah...sgt suka blog beliau...gambar sume clear2.sangat cantik lah...naknya gambar kat bagan ajam tu.membuatkan eka tak sabar2 nak balik kampung...i miss my hometown veri mac la...nampak kapal2 tu pun dah cukup buat eka tak keruan... apa2 pun happy befday shu...semoga panjang umo + murah rezeki... gimme 5.umur kita sama la...dan kalu tak silap eka, shu dok png kan...eka pun org png hehehe...dok mana??? habaq mai kat chek na...nanti kita jumpa no.... eh sempat lagi jejak kasih. cuupppp... 1st time ckp loghat utara dlm blog ni kot...sbelum ni asyik dok kamek-kitak jak...





ok kelik je kat gambar ats tu.utk gi ke blog cik puan.ye.... cik puan dah... sbb dah jadi tunangan org.tehehhee...eka nak tag

anie
hanie
nani


buat tau, sebelum 11.12.2011. kalu susu tag sume A, A... eka pun tak mo kalah..nak juga :)
malam ni dinner, nak pakey baju apa yer.takde hati actually...tp wat to do... sian pulak pada pihak penganjur yg bersusah payah.

Sunday 13 November 2011

demam angry bird

zaman skang... sana sini angry bird
baju,key chain,kasut,fail
err banyak lg la
tempiasnya sampai ke budak2
aku sbg cikgu
yg berkawan dgn budak2
tengok je la gelagat derang ni
aku ni idok le minat gile dgn angry bird
setakat main hilangkan bosan ok la
tp terpaksa jadi budak2 kejap sbb nak carikan hadiah
saja je aku bg... kununnya reward la sbb dpt markah tinggi
tu je la cara aku nak tackle hati derang ni
lama aku dok kat stationary, pikir nak beli apa ke budak2 ni
kalu setakat buku nota + buku latihan + pensel + pembaris
dah selalu sgt
tetiba aku terpandang pada 1 sudut ni
sume berkaitan dgn angry bird so, apa lg beli je la



teringat 1 kes baru2 ni
sorang budak ditangkap oleh guru disiplin sbb jual lukisan angry bird
dia caj 50 sen sekeping, jadi budak2 ni gigih la beli kat dia
pulun dok mewarna sampai tak buat kerja rumah
see... kecik2 dah pandai menjana pendapatan
tetiba teringat masa kita kecik2 dulu 
femes sgt dengan kartun ni




hehehe... sapa tak kenal. angkat tangan :)
suka gile aku dgn ninja trutle ni...abes ke baju aku beli muka dia
pastu bila dah besar sket,
masa skolah rendah
dok kalut tgk citer baja hitam
gigih naik basikal laju2 lepas balik kelas fardhu ain
semata2 nak tgk citer ni
ehhehe lucu la


guru bekerja 9 jam...

terlebih dahulu, aku nak mitak maaf, sekiranya ada yg terasa dgn kata2 aku kejap lagi...sungguh, hari ni aku nak lepaskan apa yg terpendam selama ni...aku rasa, tak pernah walau sekali aku mengeluh tentang profesion aku sbg guru. bukan apa...malas. bagi aku berdiam diri lebih baik dan aku suka jadi pemerhati je...walaupun hati menanah bila ada kata2 kesat dilemparkan pada guru...ye aku tak nafikan...ada juga sesetengah golongan guru yg wat perangai, tp jgn la dek kerana nila setitik...abes rosak susu sebelanga... ingatlah cikgu ni manusia normal, bukan malaikat.kami tak perfect... ok bersambung balik kepada tajuk entry ni... kenapa tah aku terpanggil utk mengulas tentang statement ini. rasanya semua orang dah tahu hal ni kan... masa 1st time aku dengar...aku langsung tak heran... langsung tidak... dalam hati berbisik, bukan kah selama ni pun mcm tu, silap2 lebih dari itu...ok sini aku jelaskan... ramai yang tak suka dgn golongan cikgu ni, bagi mereka... cikgu hanya

::: keje setengah hari, balik... tengok tivi layan citer indon la,  dyesebel
::: cikgu makan gaji buta bln 12, free2 dpt gaji
::: cikgu byk cuti, salu g oversea
::: asyik gaji cikgu je naik, yg lain tak naik2 pun

itu apa yg org nampak dgn mata kasar... tp pada hakikatnya org yang tinggal dengan cikgu je tau camne kehidupan derang yg tak terurus tu...korang penah baju2 menimbun bak gunung everest? penah pakai baju main 'petik' je kat ampaian? penah tido dengan kertas2? penah bawa hal2 keje cam buku/exam paper ke bilik tido? penah tonggeng terbalik melukis/mewarna utk jadikan alat bantu mengajar mau tak tertonggeng cikgunya tak kretip, lukis kucing budak kata kerbau.abes gumana? penah stay sampai pagi utk siapkan keje? penah ada pen dan kertas peksa dalam handbag dulu henbeg kecik je skang leh masuk buku, so kalu g mana2 yg terpaksa tunggu turn mmg aku bawa buku utk ddisemak ? penah key in data sambil dating kat luar? penah tengah laman rumah ada printer? aku? aku ada semua jawapan di atas tu... tapi kami tak pernah mengungkit...sbb nanti org akan cakap cecikgu ni byk kerenah betul, sbb org hanya nampak perkara yg aku catatkan di atas yg kaler maler tu...

::: mmg benar, kami hanya keje setengah hari.cam aku, gi sekolah pukul 7, balik 12.35... bila tolak itu ini time rehat sume. alahai keja lebih kurang 4 jam je? tak sempat panas bontot dah nak balik rumah.tak gitu??? tu yg buat org sakit hati tu kot. tp 4 jam tu bukan dok saja dik non oi... masuk kelas mmg wajib la. pastu free time ada la lebih kurang sejam dua dalam 1 hari... dalam masa free tu la nak amik kehadiran murid, check suhu budak kot demam, isi borang H1N1, walaupun kes ni dah lama berlalu.tp di sekolah aku masih kene check ye. jaga pintu pagar kot ada budak yg berjaya membolos kan diri, jaga disiplin murid time derang rehat.tak jaga kang, ada yg kene baling dgn tulang ayam... berdarah, kami juga yg kena...mak bapak akan ckp kami tak jaga ank2 nya.cikgu ada bapa puluh je nak jaga budak kecik ni seribu lebih....ok itu hanya seberapa tugasan wajib seorang guru je.byk lagi kalu nak ikutkan. belum kira mesyuarat lagi, pastu jap gi ada yg terberak/kencing ke apa, ko la yg kene setle kan... cari seluar baru utk dia, cuci pulak bekas taik, kang budak2 lain tu takmo belajar...sbb bau busuk.bila ditolak semua benda tu ada la dlm masa sengah jam utk semak buku budak.igt dalam masa sengah jam tu sempat ke semak 40 buah buku...ye bayangkan canne intonasi suara yg perlu dikeluarkan bila ada 40 org budak kecil di depan kita... dah nama budak kecil, bukan paham...kita suruh duduk tempat masing2, sempat lagi letak thumbtack kat kerusi kawan dia, bila kawan dia duduk...menjerit la kene tusukan thumbtck... bayangkan kalu kelas full awal pagi, mmg tak sempat la nak mkn...energy mmg totally out. ok itu antara kes dalam kelas la...kalu nak citer sampai esk pun tak abes...itu baru satu kelas... setiap cikgu ada la lebih kurang 4-5 kelas? kira la sendiri. tu pun setiap subjek bukan ada satu buku je, buku kerja nya lagi.tp aku tak kisah la sbb itu mmg tugasan hakiki seorang guru... dan aku langsung tak rasa itu sbg tekanan... suka je semak2 sambil pegang pen merah sbb tu mmg cita2 aku dadri kecik. tp yg benda lain tu byk membebankan... honestly bg aku keje pentadbiran lebih byk dari mengajar. ye aku tau cabaran guru zaman skang tak sama mcm dulu2.tp bagi aku, kpm perlu perhalusi benda ni. sasaran kita adalah generasi akan datang. matlamat harus diutamakan. spatutnya guru ada byk masa dgn murid2 sekiranya tidak perlu key in benda yg sama sampai 2-3 kali, cthnya markah budak... dalam buku laporan kene masukkan, saps online kene, kad kuning tu pun kene, sapr kene, buku RPH pun kene...cer kira bape kali kene isi benda yg sama... tak nampak ke overlap di situ. buang masa. dah tu cecikgu ni wajib bt LDP 7 hari setahun. mmg bagus, tp bukankah lebih baik sekiranya masa2 itu dipenuhi dgn guide budak secara personal, specially murid yg bermasalah, sbb ada sengah murid bukan tak pandadi,tapi dia hilang daya fokus bila ramai2 dalam kelas ni. cuba la observe, penah tak cikgu2 ni dtg dan balik dgn lenggang kangkung... without any bags...aku rasa tipu la kalu tak bawa bag. tau apa isi dalam bag dia... buku2 + abm + lesson plan@RPH + laptop + broadband... tetiap hari mesti bawa benda yg sama, samada buku utk disemak, RPH utk lesson plan, kertas mahjung utk bt abm, lappy utk key in segala jenis maklumat, naknya skang ni result budak kan leh akses di internet je...so cikgu2 ni kene la key in markah sorang2... dah la... aku ni pakai celcom brukband... ya 'sumber' internet tak dibekalkan ye, sendirian berhad. nanti kang kalu cecikgu mitak ada yg tak puas ati lagi... dah la brukben sgt slow... sistem ni pulak diakses oleh bape ribu cikgu di mesia...mmg sakit jiwa la kan... bukan markah budak aje, tp benda2 lain lagi yg perlu diisi thru online, SGM,SPLG, SMM...arrrrrgh banyak lagi la yg perlu dikemaskini dari masa ke semasa...bukan kene buka sekali semur hidup je. kesimpulannya di sini, walaupun masa bekerja kami hanya 4 jam, tapi kami  WAJIB atas kerelaan n inisiatif cikgu tu sendiri, bawa keje2 sekolah tu ke rumah... kalu tak mmg tak siap la keje. nak harapkan masa yg secoet tu utk semak buku mmg tak sempat la...jadi waktu bila kami semak buku? haruslah di rumah... bila buat keje di rumah, tak de org nampak... so org luar akan assume 'cikgu tak byk keje', 'eleh... balik awal leh tgk tivi...' padahal, di rumah semak buku ... sampai la ke malam... lagi keje tak abes... lagi tu la kene siapkan... bila dihitung balik...kalu bt keje hanya 9jam, seperti yang disarankan... mmg tak cukup ler !!! 9 jam means dari pukul 7 pg sampai 4 ptg... eh mana cukup tu pakcik... salunya saya bt keje sampai ke malam... dulu aku pernah keje swasta, so aku tau canne environment dalam private sector. keje kat opis je, balik umah tak pikir lagi ttg keje. kalu keje lebih masa, mmg aku claim OT walaupun 1 jam... ^_^ tp skang, balik umah pun rasa cam kat sekolah lagi. kalu buat kelas tambahan ke apa, kami tak penah mitak claim ke apa...sama juga kalu antar budak gi pertandingan ke luar sekolah ke, takde claim2 minyak ni...pendek kata, mmg takde langsung istilah claim dalam dunia pendidikan. sama juga kalu fotostat/print worksheet utk budak. printer yg dah lama dok dlm kotak pas abes U dulu terpaksa aku geledah, buka balik bila dah jadi cikgu...ink sume sendiri. tak penah pun claim... cuma satu je kami mitak, hargai lah pengorbanan yg kami berikan... sbb banyak sgt citer yg tak best aku dengar sejak akhir2 ni... kalu tak puas hati dok la serumah dgn cikgu dlm masa sebulan.... org luar takkan nampak semua tu. takkan setiap benda yg cikgu korbankan nak kene bagi tau pada public... nak kene nunjuk2, nak riak2....dan satu lagi... kalu kene keje 9 jam sekali pun, mana kami nak duduk...di sekolah tmpt adalah berkogsi...maksudnya1 meja 2 org cikgu.sorang sesi pagi, sorang sesi ptg...abes kalu kene stay sampai ptg, mana cikgu ptg tu nak duduk...cer citer... jgn kata cikgu...budak  yg sesi ptg tu pun nak duduk mana...kelas dah penuh...haisyyy pikir la masak2 dulu sebelum bt satu2 benda tu boleh?? kaji sedalam2nya... tak kan nak jadi cam ppsmi...dah berjuta abes duit skali nak cancel camtu je...rugi kot...


::: topik ke-2 tentang, makan gaji buta bulan 12... sedih giler hati aku dengar statement ni...cuba la buka mata luas2... mmg betul kami tak keje bln 12...tp kami takde cuti tahunan cam org lain dpt, yg ada, hanyalah CRK@cuti rehat khas... 7 hari setahun.itu pun bukan suka2 leh amik... cuti yg libatkan kematian ke...ha leh la apply... yg selebihnya cuti la ko time cuti sekolah tu... abes, takkan disebabkan ko cikgu, ko takde hak kerakyatan nak cuti sama cam org lain... dah igt aku suka ke cuti bln 12... dah la crowded ramai org. kalu leh amik cuti time budak sekolah,  mmg laju je aku ni... sbb tu aku tak penah bercuti ke mana2, melainkan time cuti skolah...waktu org sibuk2 beli tiket AA murah, dalam hati aku ni meronta2, tak keruan je.tp ada org tau...? aku diam je...? tgk je korang gi berjalan :( AA ni pun satu...pandai ko ni...time bukan school holiday la ko nak wak promosi pong. cuba la aku bukan cikgu...mest langkah aku lagi panjang kot. lagi satu, kalu cikgu skolah bln 12, nak ajar sapa? cer bagi tau...nak ajar kusi dgn meja ke???


::: topik ke-3 pasal cecikgu salu gi oversea... gigih ni msg aku... kalu tgk gambar aku rasa, lagi berapi la kot... pelik betul la...padahal bukan salu pun... aku pun tak tau la nape eh... perlu ke nak sound aku dpn2 org camtu... ye mmg betul duit tu lebih baik bagi pada umah ank yatim.tp aku pun ada keinginan...masa kecik2 dulu mmg dah pasang angan2, nak belajar pandai2 eh tapi aku tak la pandai mana pun, nasib je kot,masuk U, cari keje baik2...pastu nak gi jalan2...so aku rasa ni reward utk aku setelah berhempas pulas di U dulu.lagi  satu perlu ke aku bagu tau org, yg aku sedekah pada org...perlu kah? ish tak paham aku eh...cam saja nak cari salah aku je kan


::: topik ke-4 asyik gaji cikgu je naik...idok le setiap tahun pun naik...tp yg belanjawan 2012 ni mmg betul la naiknya... alhamdulilah... rezeki masing2 kan... tp bukan kah semua penjawat awam pun naik...


aku rasa itu je kot, apa yg aku nak luahkan selama ni...sekali lagi aku minta maaf sekiranya ada yg terasa hati dgn penulisan aku kali ni...sungguh..pada mulanya mmg aku berkira2 nak bg komen ke tak ttg isu ni...takut ada yg tersalah anggap, takut ada yg ckp aku mengeluh... tp sumpah aku takde niat nak mengeluh, sbb aku tau ganjaran di akhirat lebih lumayan... wat pe nak ngeluh2... cuma kadang2 kita perlu tampil ke hadapan spy org tau situasi sebenar...seriusly hanya org yg mengalaminya saja yg tahu... hidup ni mudadh je. just respect each other...jangan la kata profesion ni dok goyang kaki, dapat gaji camtu je... kita takde di tempat derang dan kita tak tau apa yg dia bt...sama juga cam golongan guru ni nampak je dia balik awal, balik umah bukan dok saja...sampai la nak tido tu dok pikir,canne la nak bagi anak didiknya pandai. ingatlah...anda dan saya sendiri tidak akan sampai ke tahap ini TANPA didikan seorang guru. jadi sebelum berkata apa2 fikirlah....

Friday 11 November 2011

11.11.11 @ farewell party

oh itu ada lah kebetulan ye...tak perasan pun tarikh yg dipilih sgt cantik... actually keputusan ni diambil di saat akhir , 2-3 ari lepas, baru decide nak wat hari jumaat ni.nak juga farewell ye...ngenangkan derang ni thn 6 la aku gagahi jua.kalu tak...malas gak...sbb dis week aku mmg sibuk gile. semalam gigih aku cari semua bahan.mula dah pegi kedai..tp ada pulak yg tertinggal.sampai 2-3 kali dok lalu route yg sama utk ke bandar. sebaik en somi yg baik hati setia menemani aku...


antara makanan yanag ada.bawah tu door gift


aku support cake + cocktail + bubur jagung


cikgu2 yang hadir...eh en somi pun nak jugak:)


 tuan rumah sedang mengagihkan kek


 pas makan kenyang2, posing la pulak


 my pupils...


sedih pulak bila tgk gambar ni


pasni mesti tak jumpa derang lagi


walopun derang ni boleh tahan nakal, tp kadangkala derang ni sgt menghiburkan


ni la gambar penutup 11.11.11 .aci??? korang, byk tak undangan perkahwinan reni...kalu la aku tak kawen lagi.mesti aku aim tarikh ni utk kawen n jadikan nilai ini sbg mas kawen :)



Wednesday 9 November 2011

sampai di sini saja kita !!!

disebabkan... mixer rosak
aktiviti membaking agak terbatas
sebelum ni setiap minggu ada je kek utk dijamah
tp start pada kejadian itu, tidak lagi


sampai di sini saja kita, cupcake !!!
aku dah ada hobi baru sekarang
insyaaalh...
ada jodoh, bila mixer dah ok, baru kita sambung balik
padahal leh je nak beli baru...tak sampai seratus pun yg hand mixer tu
dasar kedekut
adakah mmg begitu setiap kali brg rosak mmg kene amik masa berbulan2
skang ni dah 2 bln tau mixer tu kat derang
entah2... mana dicampaknya mixer tu
en somi pun satu hal. aku suh dia chase, dia wat tak tau je
mentang2 la barang murah
masa dslr ko rosak???
ari2 ko call, tanya... dah ok belum, dah ok belum???

mmg rindu juga nak wat kapkek
tp apa boleh buat,
sepanjang ketiadaan mixer ni, aku mmg dah beralih arah
aku dah berjinak2 dgn hobi lama aku balik
eh cinta lama bertandang kembali...phewww
ye...asalkan dia berwarna warni cam kapkek mmg aku suka *___*
aktiviti membaking dah diganti dgn??????




apa ye??? bersepah... berbulu2...harap maklum benang murah
sapa tau, apa yang aku buat ni???
tp previous entry ada yg teka betul :)tahniah diucapkan pada anda
ini lah aktiviti aku di masa lapang
crochet time !!! aku ni idok le pandai
setakat utk diri sendiri ok la. leka dibuat nya
dalam simpanan aku skang dah ada
brooch, baby hat, kasut, kopiah en somi, snow cap
yg baby hat tu, entah nak bagi pada sapa tah
dah la kecik gile, utk new born ok kot



skang ni dlm dilema...esok ada wat party... ank murid aku request kek
kan derang penah mkn masa open house retu
aku dok pk canne la nak bt...mixer takde ni...
derang tu siap suh aku pinjam dgn org lagi
sampai gitu...
nak bt ke tak,  nak bt ke tak, tak buat, kesian....
kalu nak bt, kene pinjam jiran punya mixer la kejap



Tuesday 8 November 2011

contest'jom raikan cinta sempena ANNIVERSARY'

amaran keras : entry ini ditempek dgn gam gajah, nak entry berikutnya sila scroll down


Insyaalah, sekiranya diizinkan ALLAH, akan diberi kesempatan utk menyambut anniversary bersama Inchik suami tak lama lagi. sama seperti sebelum ini, setiap kali anniversary kami akan berbulan madu sbg tanda meraikan cinta kami berdua, bezanya tahun ini, saya dan en suami bersepakat menganjurkan contest di 'rumah baru' ini.

dengan lafaz kalimah suci bismillahhirahmanirahim... saya selaku tuan rumah diarihidupeka akan merasmikan contest 'jom raikan cinta sempena ANNIVERSARY'. tarikh tutup contest ini adalah pada hari ulang tahun kami sendiri, iaitu 6.12.2011... masa ada lebih kurang sebulan lagi. tuan tanah mungkin tidak akan mereply sebarang komen sekitar tarikh itu kerana berada di 'luar kawasan' bersama buah hati tercinta. tapi takpe...as long as sebelum tarikh tersebut, penyertaan anda adalah SAH!!! sebaik sahaja balik dari berbulan madu, tuan tanah akan cuba mengumumkan pemenang contest secepat mungkin... syarat2 contest seperti berikut



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



1-buat 1 entry dan tempek gambar atas ni

2-tiada paksaan dalam mem'folo'saya...saya tidak suka memaksa org... tp kalu folo, saya ucapkan terima kasih dan bonus utk kamu sbb tau perkembangan contest ini dari masa ke semasa.

3-jawab soalan berikut :
-pasangan ini akan menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke...? mmg soalan bonus 
-mereka akan sambut di...? ni pun mudah je, bg mereka yg sentiasa mengikuti perkembangan tuan tanah
-sila cadangkan destinasi bulan madu yg WAJIB dikunjungi pasangan ini ... kalau boleh, suggest tmpt murah2 yerrrrrr... takmo la yg memahal. tak mampu. almaklumlah tuan tanah ni berkira sket bab2 nak berjalan. mana tau, ada rezeki leh wat tmpt hanimun thn dpn kan :) kalu boley tempek gambar2 korang di lokasi tersebut, spy tuan tanah tak keruan + gila bayang bila menatap gambar tu...kalu ada bg tips dpt extra mark ok :) tips backpackers pun ok.i likeeee... kalu yg belum kawen tu... buat la 'destinasi impian bulan madu saya' pun boleh diterima pakai. :)

4-tag 2 org

5-tinggalkan link entry anda di ruangan komen



::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



ok... itu saja...tak perlu nak letak banner kat side bar ke hape...mudah kan. eh lupa lak nak cakap...dah suka2 suh org jawab mcm2 tak kan tak de reward kan...ada...ada... kpd pemenang yg berjaya... anda berpeluang mendapat hadiah berupa ..... ?????????? tak tau lagi apa hadiahnya.yg pastinya sourvenir dari lokasi hanimun kami nanti...mungkin baju' i love ..... ', pen ke, fridge magnet ke...tgk la canne... apa yg bekenan di hati beta... ok 'jiran2 terdekat' WAJIB join...tau kan sapa... retu setuju kan, nak eka bt contest ni... ni eka dah bt ni :) risau la takut tak dpt sambutan...maklumlah, blog picisan je. kalu kurang dari 10 org kita cancel contest ni aci??? :) ok selamat mencuba !!!

wordless wednesday ^^



^____^