Sunday 30 September 2012

makcik-pakcik

saja je nak ngulit kenangan zaman sekolah
uols pun mesti ada kenangan kan
dulu kan masa muda belia, aku ada ramai kawan lelaki,
teman tapi mesra katanya,
belajar sama2, wat keje sama, sume pun sama2.
selalu tolong pegang kan aku Tsquare ke hape benda alat2 utk LK tu
sampaikan projek akhir aku dia yg bua
maklumlah akukan sekolah teknik
kos bidang terjun, kejuruteraan elek n elektronik
makanya bab2 litar ni mmg tak pandai la aku,sume serah kat dia
dalam kelas dia dok belakang aku.
asyik la dok kacau aku.tp kami mmg rapat.
bila dia tak dtg sekolah mmg sunyi je hidup aku
walhal dah ada boipren ni.gatai !
dia suka sgt tarik tudung aku then pintal2 kat hujung tudung...
gado2 camne pun mesti baik balik...
salu je homework aku tu, ditirunya.
kalu aku gado dgn bf mesti dia la tempat aku luah perasaan...
dan satu perkara yg masih aku teringat kat dia adalah
panggilan 'makcik-pakcik' 
bila tgk citer JULIA kat tv3 ni
terus mengingatkan aku pada dia.
apa khabarnya di sana.harap dia bahagia saja.
start aku masuk matrik aku dah lost contact dgn dia...
teringin nak join reunion sekolah.. tp time tu la aku sibuk
plus berjauhan, kalu dok area smenanjung leh gagah lagi



Friday 28 September 2012

bajet 2013 : sayang PM ketat ketat

syukur alhamdulilah, walaupun tak byk mana dibandingkan dgn sesetengah org yg dpt bonus berbulan2 gaji, aku tetap bersyukur... rezeki utk kuarga di kampung... any suggestion utk family vacation... eh tiba2.. ok antara yg menarik minat aku adalah...

bonus 1 1/2 gaji (scr 3 peringkat) 1st masa raya tu hari, 2nd bulan dec n 3rd masa januari nanti. pendek kata yg tertunggak lagi adalah sebulan gaji, katakan gaji pokok ko 3625, maka nilai tu la yg ko dpt, sbb tak masuk elaun mak nenek tu kan
rebate RM200 untuk pembelian smart phone, hm wat masa ni lom ada plan nak beli smart phone. yg dok ada ni pun tak guna, org pakai galaxy aku pun nak galaxy, lastly hp nokia tu juga aku wat call n msg. sungguh ketinggalan jaman.
Ptptn:diskaun 20% bg penjelasan sekaligus (valid until end of sept 2013). leh dipertimbangkann ni. memandangkan aku dah dpt gaji bersih tak deduct epf dah since bln lepas, so leh la laju2 keluarkan duit KWSP.yipie 
Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah <-- tak merasa la aku.. tp happy utk abh..
baucar buku dpt 250, ni yg menaikkan semangat nak sambung belajar ni
bantuan 100/seorang utk budak2 skolah dpt cam tahun lepas gak,
banyak lagi la sebenarnya, check sini yer. pasal gula, rege pasport pun dah murah.. huhuhuh lagi ligat la aku..apa2 pun 
 
 
TQ PM
 
 

AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN

di suatu pagi Jumaat yg hening, sampai di sekolah
kami dikejutkan dgn berita yg agak sedih
dgn pemergian bapa kpd salah seorang guru di sekolah
aku pula yg rasa nak menangis, sbb saat itu aku terus terfikir
kalaulah aku di tempat dia, apa aku rasa
flight paling awal pukul 2 petang
dan mayat nak dikebumikan lepas zohor
aduhhh !____!
hanya ALLAH je yg tau, aku rasa kalu benda camni berlaku pada aku
mmg aku meraung je la kot. dah la takleh nak pentingkan diri sendiri
dgn melewatkan urusan pengkebumian, nanti menyeksa si arwah pulak
tp aku berdoa sgt2, apa2 terjadi biarlah aku di sana
dah la aku takde sapa di dunia ni
kalu ada adik abg kakak tak pe gak... kalu boleh biarlah aku sendiri yg 
 yg membisik kan kalimah 'lailahaillallah' di sisi mereka
  mandikan mereka kerana aku tak mau org lain melihat tubuh badan mereka
 

sedih sgt... bila org yg kita syg pergi buat selama2nya
dan paling malang sekali kita tak dapat menatap/cium wajah tua itu buat kali terakhir
wajah yg telah melahirkan kita, yg membesarkan kita penuh kasih sayang
yang menatang kita bagai minyak yg penuh
yang buat lari marathon keliling rumah tatkala nyamuk memasuki kawasan rumah
yang sanggup kelaparan mengikat perut demi memenuhi keinginan ank2
yang terjaga dari tidur apabila terdengar kita batuk teruk
yang ketepikan rasa jijik dgn menyedut hingus spy tidak mengganggu salur pernafasan tiap kali flu
yang tidak boleh tidur lena apb kita sedang demam panas
yang sanggup dimarahi bos apb terlewat ke tmpt keje,demi menemani ank di sekolah utk kali pertama
yg tak henti2 memujuk apb kawan2 lain mengejek 'ank manja' disebabkan tak pandai berbasikal 
yg menjadi pahlawan tatkala ank dlm kesusahan
yg sanggup memalukan diri sendiri terpaksa meminjam duit saudara mara semata2 menghantar kita ke universiti
yg mewalikan kita kawen
yang.. bla bla bla

kalu nak list down segala pengorbanan yg dilakukan mmg tak cukup di sini
bannnnyak sgt
dan kini pabila si ank telah dewasa, terpaksa berjauhan demi menuntut tugasan pada negara...
di mana si ank apabila ibu bapa sedang melawan penyakit
yang ketika itu tidak berdaya lagi utk bangun sendiri
menjadi penderma darah pada nyamuk durjana disebabkan
nak tampar nyamuk dari menghinggapi badannya pun tak mampu lagi
yg terpaksa menahan diri dari kehausan
sementara menunggu jiran2 dtg keesokan harinya

*sumpah aku sedang menangis skang, ke aku yg emo*

aku harap perkara sebegini tidak terjadi pada aku
berikan KESEMPATAN pada ku utk
memberi mereka cucu, ye mama abh nak sgt cucu... sob sob
beri kesempatan pada ku utk menemani kedua org tua ku
ketika mereka di usia senja
aku mau menemani petang hujung minggu mereka dgn bersiar2, makan2
aku mau menggembirakan mereka selagi hayat dikandung badan
aku mau memimpin mereke ke klinik apabila mereka demam
aku mahu berada di sisi mereka sentiasa


ya ALLAH ya tuhanku, permudahkanlah urusan perpindahan ku, berikan kesempatan padaku utk berjasa kepada kedua org tuaku. perkenankanlah doa ku ini YA ALLAH.. spy aku menjadi ank yg solehah dan berbakti pada mereka.. amin... ya rabbalaalamin


p/s tolong sedekahkan alfatihah utk arwah

Thursday 27 September 2012

SHARING IS CARING : KITCHEN CABINET

peringatan : entry ini sesuai utk org yg punya bajet kecil, tp nak juga kitchen cabinet... aku la tu :) dah nama bajet kecil jgn arap yg grand2.biasa2saja

kesinambungan daripada entry ni... masa tu dok sibuk2 tanya design camne... jadi aku pilih design B utk KC.simple jerp asalkan ada bar counter... dah memadai ngeee...terlebih dahulu, aku minta maaf byk2 aku takkan share dgn siapa yg aku amik ni... sbb aku tidak berpuas hati dgn service yg diberikan. pada yg sentiasa mengikuti pekembangan diarihidupeka, mereka tahu la bape kali aku merungut pasal KC ni. jadi aku tak mau org lain terjebak sama. cukup lah aku sorang.. dlm byk2 kontraktor yg aku deal, dgn dia ni la paling tak bleh blah. dulu org kata ca ya nun alip punya servis bagus... non ader nya.. ubah la persepsi begitu... benda ni depands gak... dah mcm2 kontraktor yg aku jumpa, dah mcm2 kerenah yg aku kene hadapi... dan kesemuanya tu bergantung pada nasib kita...



actually aku berkenan dgn design ART WOODS DESIGN. cer try klik, design dia byk sgt, dari KC, wardrobe, tv panel.. sume cantik2.. mmg aku dah minta dia bt quotation, malangnya tak jd, sbb company dia jauh sgt, area kajang kalu tak silap. jd pada yg dok area sana, leh la try bt dgn derang.mmg cantik ar hasil kerja derang... ok 1st time aku tgk KC kat website dia mmg aku jatuh cinta



cantik kan...kredit to artwood



aku jadikan pic ni sbg sumber inspirasi aku, tp ada la aku ubah sket, ikut kesesuaian dapur aku tu ha. tanggal 7.6.2012, jumpa kontraktor dan aku ckp camne yg aku nak. oh tema dapur adalah merah-hitam-putih yawww... huhuhuhu... tp 80 percent adalah merah... yippie.merah ang ang... ok2 lepas jumpa kontraktor dia kata leh buat gini gini dalam masa SEBULAN, maknanya awal bulan 7 dah siap.. so aku proceed, dia ckp esk hari kami hantar drawing. wahh bunyik cam sgt meyakin kan.. jadi aku terus byr duit, sbb esknya aku dah nak fly ke bintulu... malas nak fikir lagi. malangnya. jgn harap lah. aku dah balik bintulu sminggu lepas tu baru siap drawing nya




1st payment aku bg deposit utk dia bt drawing segala (sila simpan semua resit senang nak rujuk)



 my dapur yg cinonet, dlm drawing nampak ada gap dgn ceiling, tp realitinya takde pun. gap sket je



1st drawing dia bg aku tak berkenan. pastu mitak dia ubah sana sini, drag sampai 19.6  baru confirm design mana yg aku nak. dan pilihan aku adalah spr gambar di ats. yg penting ada counter bar kat hujung tu... tmpt en somi memantau aku time masak. jgn ngular eh....hehehe.. tunggu punya tunggu punya tunggu, lambat gile dia nak buat.. mmg bercinta. aku masa ni dah risau, sbb raya dah dekat... paham lah bila raya kan fungsi dapur tu mmg penting... dari seminggu ke seminggu dia janji nak dtg. alasan dia sakit perut la, accident la... ko nampak tak nak kelentong aku cam budak tadika. sampai aku ugut, dah  stop, jgn hantar barang lagi, pulangkan duit aku balik, terus esknya dtg wat table top... grrrrgrgrgr... dia pujuk sblm 8.8.2012. confirm siap semua.. ok aku bg chance lagi


tp, masih rupa ini pd 8.8.2012~ baru siap table top


aku dah ngamuk dah time tu, janji mestilah ditepati.. wah!!!mood merdeka pulak. patutnya KC ni amik masa sebulan je, ikut perjanjian asal, ni dah drag 2 bulan, dr bulan 6-8.. so patut tak aku marah? bila aku call dia tak jawab...banyak kali ok, bukan sekali dua. licik gak dia ni... tp silap ar... aku tefon guna no kawan aku, leh lak laju2 dia angkat tefon... alasan?? hp dlm kereta la hapa... bwerkkk. aku ckp kat dia... aku dah dpt kan kontraktor baru... tak yah bt apa2 dah, masa tu takut gak, nanti dia marah, letupkan rumah aku ke hape. hahahah... lawak toi.sampai situ aku pikir. lepas bergaduh sana sini dgn dia, siap la juga KC aku seminggu sebelum raya. actually bukan susah pun, ko ckp je la apa masalah ko di sana yg menyebakan ko takleh buat, stock tak sampai lagi ke, simen kene curi ke... just bg tau, jgn bt kita ternanti2. kunci rumah lak aku letak kat luar, sbb tak de sapa tlg tgk2 kan.. wat nye dtg perompak ke hape? ceh bajet cam rumah org kaya lak.. hahaha... akhirnya, baru 13.8.2012 siap sepenuhnya. lega amat. walaupun hati mannnnyak sakit, ucap gak la tq



sampai je rumah, main masuk je sume brg dlm 'perut' KC, then bt projek deco dgn en suami



 projek melampukan counter bar (lampu @ stool tak masuk dlm kos KC taw. sdb bhd)


ohhh.. rumah sgt berselerak.ikutkan, oven dan rice cooker bukan situ tmptnya, ni aku bt cam wet kitchen la... yg dry kitchen tu dpnnya... tp tu la masa ni baru sgt siap KC, tak sempat ngemas, wayar yg berselirat kat plug tu adalah salah aku. aku yg tak pesan dgn kontraktor wiring sesiap sbb nak letak lampu kat counter bar... huhuhu.rimas lak aku tgk wayar2 tu



gini la pandangan penuh (kanan) KC aku, yg baru sgt2 siap.. again ! maaf dipinta sbb berselerak


 ni pulak belah kiri, 

cuti hujung tahun akan ku manfaatkan dgn en somi utk ngecat dinding kaler putih. ada yg bertampung lagi, sbb kesan tebuk dinding for wiring purpose... aritu nak cat tp tak sempat.masa amat mencemburui ku


selain dari wash hand kaler merah, ini juga... utk membagkitkan lagi warna tema dapur kami.heheh



kesimpulannya, hasil kerja dari kontraktor ni, mmg kemas, cuma tu le, kene tingkatkan lg hubungan dgn customer. tak perlu buat customer tertunggu2 dan menipu semata2 ingin mendapatkan projek/duit. bg tau yg betul, kalu tak dpt siap dlm tempoh yg ditetapkan oleh customer ckp je la... pastu jgn pandai buat janji manis, org lain pun ada keje lain juga.tu je la aku nak ckp...ok harga... harga KC aku yg tak seberapa ni (bajet ciput katanya) ... hmmm... aku share sbb benda ni penting utk org yg nak bt KC, jd leh wat pengiraan awal2. aku dulu pun jenuh google blog ke blog utk tahu berapa range harga sebuah KC, walaupun size KC kita tak sama, atleast dpt la gambaran. so leh compare murah/mahal.ok... harganya adalah RM 5800... tunaiii.. :)


kredit tu art wood
pada kawan2 yg ada plan nak bt kitchen cabinet sila baca nota ini dulu yer

Tuesday 25 September 2012

wordless wednesday

 
sgt best,pagi2 tgk gambar ni ats meja,wahh princess tu.dari my beloved pupil.mcm tau cikgu dia suka pink

Monday 24 September 2012

hubby-wifey look YELLOW la

amaran keras : jgn ada yg loya tekak tgk gmbr dibawah.suka2saja. isi masa lapang


bila cikgu pink transform tu yellow... maka peliklah satu dunia (hover ok)... hehhe.. itu lah ayat kawan aku... sbb bg derang aku ni kan obses dgn kaler pink.ye mmg aku suka pink, tp tidak bermakna aku tak pakai warna lain...


saya eka, saya suuuuuuuka bunga. tiap kali sy merajuk, suami saya messsti bg bunga


tapiiiiii... satu jer ke :( merajuk lagi la...



suami saya pesan, hidup mesti bersyukur



pasti ada ganjarannya


sekali en suami buat magic.. ting !!!


terus ada 3 kat tangan saya



 saya sannnnngggat suka...


 terima kasih en suami


 janji... pasni tak buat lagi


 saaaaaaaaayang dia

raya 2012 : 1st n 2nd aidilfitri

raya dah abes aku baru nak citer pasal raya. aiyooyoy... sambungan dari sini

bangun pagi2, gonyeh2 mata, buang inai, pastu terus dok buat kalut masukkan duit raya.benda yg satu ni leh wat2 lupa eh.. nak kene ni


pemberian angpow adalah mengikut kategori, bukan semua aku bg duit biru.hihuhuhuhuihihi*kayap*


pas isi duit mandi2, tgk... lampu merah pulak... oh masuk ni 3 tahun berturut2 aku tak semayang raya. sgt la sedih... dah siap, makan... salam bersalaman bersama sanak saudara dan tunggu derang balik dari masjid. balik dari masjid, paksa mama abah pakai comey2 kita gi studio, amik gambar.


 maroon yaw... baju aku dgn mama tu adalah sutera korea, beli masa gi korea last year


ok aku tau gambar ni sgt comot. aku snap dari tabby ni. sbb kedai gambar tak bg soft copy... ada 6 keping gambar cenggitu, posing lain2. sume saiz kecik pastu satu gambar aku wat saiz besar sket tuk digantung di rumah... harga dlm RM68 camtu ok kot kan? jgn ckp tak ok... pas dah selesai urusan amik gambar kami laki bini terus bergerak ke utara tanah air, balik ke sp @ sungai petani yaw... nak balik SP? SP ada sapa?? ya situ la letaknya kampung en suami... jadi, raya 1st tu merasa la beraya dgn kuarga belah aku dan belah en suami... mak en somi pun ada kat sana. 1st time beraya dgn keluarga mertua... setelah 2 tahun perkahwinan.... last time kan kami raya kat sarawak ni. alhamdulilah dpt berkumpul dgn semua adik beradik en suami termasuk la kakak/abg ipar. berita menggembirakan... kakak ipar tgh pregnant.aku juga yg belum.sob sob sob.sampai je sp terus gi beraya.


kampung tanpa wire@kampung wireless.nama lucu gila..tak tipu, betul niiii

sejuk mata memandang, bila tgk pokok padi di belakang.perghak seketika... laki bini leka main kat sini.. tiba2 pakcik mana tah sound... woiiii masuk rumah... ada lintah.terus mencanak laki bini lari. heheh.. sepanjang aku di sana, ni la buah hati yg menemani aku


 adam... patutnya si adam ni kene panggil aku mak ngah, tp asyik la nak kak ngah

ni pulak damia. baru 4 tahun, puasa penuh oi. 3 hari je tinggal.sgt bangga dgn dia


sebenar2 nya, aku masih janggal la nak bahasakan diri aku, as mak ngah, walaupun dah nak 3 tahun kami kawen. camne nak buat eh. ni la kekdahnya bila jarang2 sekali jumpa...


mlm tu tido umah tok en suami... satu pengalaman yg indah bagi aku. sbb 1st time tido rumah toknya... rumah tok adalah rumah kayu, sejuk oi mlm2... tak mcm rumah aku, tak buka ekon mmg tak sah... dan bt pengetahuan, ni first time aku tido di rumah kayu... dan 1st time juga bgn subuh tak guna khidmat alarm. bgn dgn sendirinya... bangga jap.. nak tau kenapa....? bapa mertua aku mmg subuh awal, azan2 je dia terus solat, bila dia bgn, tapak kaki mmg bunyi. terus tersedar. aku rasa sgt gayat bila aku baring, then ada someone jalan, pastu rasa kayu tu cam melentur plus dgn bunyi kayu ek ok ek ok.. terus bt aku terjaga... penah tak korang rasa camtu... gayat kot... terbayang kot kayu tu patah aku terjerlus ke bawah. sampai gitu daya imaginasi aku. dah tu satu lagi pangai buruk aku... mlm tu sakit perut sgt. mkn byk gamaknya. toilet kat umah tok adalah di luar.. so scary ok... aku teringat citer kat fb. tak tau korang penah baca ke tak. ada yg derang suruh berhati2 bila balik kampung toilet kat luar tu, nak berak2 sekali kena patuk dek ular yg dok dlm lubang jamban tu.haiyooo... cerita tu mmg betul2 melekat dlm minda aku. sampai aku terpaksa simpan segala sisa nyahtinja aku tu esk hari... gigih kan.. penakut punya pasal...


esknya, 2nd eid... masih meneruskan misi beraya. pagi2 buka mata je dah serbu ke utara tanah air.adik beradik en suami byk dok belah utara. so main area jeniang baling sume tu la.. disebabkan jadual pack, maka tiada langsung gambar utk raya kedua... sedih sungguh...




Sunday 23 September 2012

diet + senam

bila dah ramai yg menegur... 'dah gemuk la skang'. hati mula risau. bukan takut sbb tak dpt pakai baju kebaya lagi, tp takut menganggu projek ttc... actually, sebelum org tegur lagi aku dah sedar yg berat aku kian bertambah. ye la badan kita kan.kita dpt rasa...



kan best... kalu pakai baju ni tp ada baby inside... :(



aku try utk amalkan makanan seimbang, tp kenapa ye, makin di diet, makin naik berat badan... huh.. susah hati betul... tp aku harus tabah.. kata nak baby kan ... mungkin ni satu ujian utk aku. org lain lepas puasa berat turun kan. aku??? tak de maknanya. sebelum ni pun sama.. camne eh nak buat. kalu dulu sekali mkn nasi mmg penuh pinggan. skang aku dah kurang kan setengah, pastu try avoid mkn waktu mlm. penah aku nak skip mkn nasi utk mlm, tp perut lapar gile.end up wat megi, terus tido. tak pun wat roti sandwich ni. tp, roti, cheese n daging dlm tu pun dah quite heavy. so cam tak berkesan sgt la mkn tgh2 mlm





pasal bersenam pulak. last week ada gak aku main badminton, tp tak lama.. penat. pastu seminggu dah tak main.. alasan... sakit 1 badan.specially tgn kanan la... sbb dok memukul. ye la badan aku ni... bak kata abah... 2nd hand punya. wat keje berat sket, sakit... dah tu jarang bersenam.sesekali bersenam abes sakit 1 badan.. susah la nak disiplin kan diri, skang ni ada gak la beberapa usaha mcm mkn supplement tu. tp kejap mkn kejap tak.. sume tu kene tingkatkan disiplin diri.. haisshhhh



  
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
 سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.



"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."


kredit to dr hamit

Thursday 20 September 2012

bulan duit ngalir cam air...

igt tak entry aku ni, yang en somi nak letak 'skirt' kat our blacky@cik H. akhirnya berjaya juga dia memujuk aku, AGAIN... aku ckp kat dia, kalu ada duit, buatlah... aku tak rugi satu sen pun... org laki ni bukan boleh di tahan2, kalu dah nak sgt, buatlah...

tu yang aku kata bulan ni bulan duit ngalir cam air. bukan je bln ni. sejak bulan 4 lagi... kan reno rumah sume tu.. tp bab rumah aku tak kisah sgt. sbb tu salah satu aset.tp kalu bab kereta ni, kenapa tah aku berkira sket... huh... bagi aku yg 'kais pagi, mkn pagi, kais ptg, mkn ptg' mmg terasa la. nampak je amount dlm bank tu kian susut... aku igt story aku pasal skirt habis di situ saja, rupanya tidak.. si menantu dgn mertua ni dah sepakat. si menantu senyap2 masukkan duit kat mertua tuk setle everything. aku dpt trace bila en suami tanya

syg, apa no acc mama... sbb bulan2 kan aku yg masuk duit ke acc mama kan, jd dia tak tau la

nak buat apa? dia sengih

ala.. abg kesian kat abah, abh dah semangat cari 'skirt' kerete tu

amboi2.. main tuduh org pulak ye.nak kene ni, pastu bila dah setle masukkan duit ke acc mama, aku pun tefon, bg tau mama, suh bg tau abh yg duit dah masuk, pastu mama ckp duit apa pulak ni. ye la nak kata gaji, belum lagi.pastu aku pun ceritakan lah.. hahaha abah pulak kene bising dgn mama, yg aku dengar mama cakap,






mertua dgn menantu sama je, 2 kali 5, 5 kali 2 hahah... gimee 5 la mama... aku suka betul bila mama ckp camtu. aku dgn mama mmg geng la bab2 keta ni... kami tak berapa minat sgt.hehhe. ompompuan katanya... dan smlm baru la siap...upah mr loo (salesman) yg setle semua...hasilnya... nampak la lowered sket...pastu lampu led dia mmg terang.kata abh la, sbb aku sendiri pun tak tgk dgn mata sendiri lg


ni sebelum modified... dan yg bawah ni selepas, nampak gemuk sket


ha... layanan 1st class ko...siap berselimut... bukannya tak berbumbung pun parking aku ni...hehehe


tak jauh beza mana pun, cuma bawah tu je kembang sket. tu bg pandangan kasar mata aku la... hahaha... takpe la asalkan org yg aku syg puas hati... dah cukup wat aku tersenyum... tapi kan td aku tgk kat satu fb ni, tertarik sgt... smart giler prius dia. maybe sbb kaler putih kot



no plat pun jepun punya lagi... hahah


dari sisi, sama je yg versi malaysia punya aka prius


ha... mmg sporty la si aqua ni. kalu cik H aku kaler putih kan cun. tp dah sama dgn snowy pulak



kredit tu rexxstyling. kalu berminat call je no tertera


tak leh upload gambar kat blog?jom add author

entry berkurun punya ni. lama dok dlm draft.

rasanya semua org dah tau camne nak add author bila storage dah penuh. ni je cara yg free kan... pertama sekali kene buka account gmail yg baru, yg lama tu biar dia kat situ.


1. again, sila buat gmail baru di sini. igt taw emailnya !!!

2. pastu gi kat blog kita, dashboard > setting > blog authors > add authors (taip email baru tadi) > invite author.. tgk je la summary kat gambar bawah ni.mudah jerp




3.pahtu buka gmail yg baru kita buat tadi... kat inbox ada dpt msg baru. kelik je link bawah ni




4. akan keluar page baru, kelik je 'here', ikut je arahan yg dierikan



5. sebelum tu sila pastikan (dgn menggunakan gmail asal) status pada email baru anda adalah ADMIN (tadi ada satu author je kan, skang ada dua dah)

 


 6.then, setle.. leh post entry baru dah...hehehe





sila klik utk tumbesaran yg lebih baik...buat pengetahuan, kita leh letak 100 author. maksudnya tiap kali blog kita dah sampai limit, ulang la benda yg sama dr no 1 tadi....credit to mamagee

Wednesday 19 September 2012

resize your ring VERSI EKA :)



sekali tgk nampak cam ok jerp...



tp bila sarung ke jari manis ku... tak muat... bayangkan ibu jari pun longgar...ahahha... siankan dapat hadiah befday, tp takleh pakai, dpt tgk dari jauh jer... hehheeh.. ni la yg terjadi pada aku.. en somi gi beli sendiri2.. *ye syg sgt hargai niat suci abg*







ha tgk besar juga rongga nya... kan? jadi ptg befdaynya en somi bawa gi kedai mas tu, tanya leh tukar ke tak.haruslah dia kata tak boleh. kene caj. kalu nak kecikkan kene tunggu kat sebulan lamanya... kira cam kene tempah semula la.. sama cam masa kawen dulu pun gitu. jari aku ni takde saiz kebanyakan.yg en somi beli ni la saiz paaaaaaaaaaling kecik.dia igt muat la ke jari comel puan isteri.sekali.. hahhaa.. disebabkan takmo buang duit begitu saja. jadi aku punya idea sendiri





hahha.. tau apa yg aku buat.ku ambil benang.then lilitkan kat badan cincin tu. mmg nampak tak kemas. but i must to. dari di biar saja, kesian pulak kat en somi kan... walaupun nampak tak kemas, tp akhirnya, cincin tu boleh dimuatkan ke jari aku




hehhee.. comey dah ! so pasni aku punya alasan bila en somi tanya, nape syg dah gemuk??



happy birthday to me

pertama sekali nak ucapkan terima kasih pada en suami, dgn surprise yg diberikan.dlm sibuk2 pun sempat lagi. sampai kene hujan gi cari hadiah utk puan isteri... saaaaaaaaaaaayang dia ketat2...tp next time, tak perlu lah sampai berkorban gitu sekali...risaunya syg.


sambutan utk tahun ni tak byk surprise sgt. sbb masing2 sibuk. kalu tahun lepas, en somi wat party utk aku, then sambut dgn kawan2, thn ni sambutan kami berdua je. kenapa??? sbb masing2 busy... pun begitu en suami tidak menghampakan aku, sama macam tahun2 lepas, tepat pukul 12.00am 15 september, en suami akan kejut aku, cium, dan wish... tak sempat bg hadiah, mama abh pulak call utk wish pada aku


ok tgk je la gambar. *gambar tak ikut kronologi*



 baloon !!! eh nyampah nape mulut cenggitu,mcm budak skt mata amik mc 5hari. bwerkk...



teruja lebih dpt belon kot. sebut betul2... balloon, bukan babun :)


ada apa dalam nya, en suami tak bg buka lagi (cuba bygkan camne perasaan curious aku spjg mlm tu)



esknya pakai comey2 baru dia bg buka..


 ok bila beday girl dah ready...


buka pembalut hadiah.. tara!!! surprised! tp tgk kotak dr luar pun dah leh agak actually

en somi terus melutut (buat2 surprise je tu :) )




hahha.. tak muat.. tu yang aku kata :) boleh?


sian en suami.. muka sedih je bila tgk cincin yg dibeli tak muat ke jari aku


takpe lupakan dulu bab cincin, mari kita berjoget



pastu upacara wajib setiap tahun...


 apa lagi kalu bukannnn???

bergambar dgn beday girl.. 28 tahun sudah... wohohooo sedihnya nak tinggal angka '2' kat dpn tu

 gini agaknya aku menasihati ank didik ku "kamu mesti belajar rajin2,utk membalas jasa ibu bapa kamu"


love this picture very much


terima kasih abg, sbb buat surprise kat syg


ok bukan itu saja, en somi bawa gi mkn2


sori gambar kelabu asap, guna hp cabuk jerp



ni santapan utk beday girl... salmon grill.. yummy


 cake wajib lah

anddddddddddd... ice cream.. oh sila sedar diri sket... dah tua oiii


ahaaaaaaaaaaa... bunga juga... tq...