Wednesday 31 October 2012

si cerewet makan

baru2 ni ada satu kedai baru buka di bintulu ni. aku ni pantang la kedai makan baru buka mesti aku terjah. dgn harapan ada western food... oh bunyi mcm berlagak kan?


bukan, bukan begitu... aku ni spesis manusia pelik yg tak mkn serai.bukan alergik, bukan alah... cuma aku TAK suka mkn benda berserai like tomyam, satay, rendang... untng laki ai. tayah beli satay. sini satay secucuk mahal tau... dan apa saja yg ada serai boleh membuatkan aku 'pening' dgn baunya... sume org pelik. org lain suka bau serai tp aku tidak... yg peliknya kalu bt nasi lemak, leh pulak letak serai dlm nasi tu.


aku pun tak phm dgn diri sendiri. disebabkan aku cerewet bab mknan, so aku mmg berhati2 bab memilih makanan. pernah terkena dlm ayam masak merah pun org letak serai... terus hilang mood nak makan... menyedari sikap pelik puan isteri en suami membuat keputusan tiap kali makan, takyah amik mknan ala kampung. dia lebih prefer western food sbb nak elak mknan berserai.western food mmg takde serai.tu cara paling selamat. pernah dulu ada kawan aku perli 'eleh dia mana makan kedai tepi jalan ni, dia mkn kat hotel je' sentap aku dgr. nipu benar la kalu aku tak penah masuk kedai tepi jalan tu.kedai mamak ada je aku masuk, cari roti canai la tapi.hehehe... ye la... aku tak penah memilih tmpt pun.kalu kedai tepi jalan ada jual western food pun aku pegi. bukan maksud di sini aku tak mkn lgsg mknan kampung... aku makan je, tp kene wat sendiri utk elakkan SERAI tu.



ok...back to topic.saja nak try menu di  MATAHARI ORIENTAL CUISINE

 mula2 tgk menu.. aduh... mana chop n grill ni. takde pulak. nak keluar tak sedap lak sb dah duduk


 muka tak puas hati (kiri) lama aku telek menu. kebanyakannya mknan thailand sbb ada mango


lastly dah tak tau nak beli apa sgt aku order shark fin soup.murah sgt, semangkuk besar tu 30 hinggit


 ini juga utk puan isteri




Tuesday 30 October 2012

peplum ke pelam

igt lagi tak entry ni...bertarikh 19 oktober, dok peplum sana, peplum sini... sekali berjaya juga memiliki peplum snediri. ha... mmg tak dpt dinafikan lagi.. aku mmg cepat terpengaruh. dlm masa beberapa hari terus paksa en suami dapatkan peplum. siang mlm pagi ptg, dok sebut peplum. dapat la kan

terbukti la sudah, aku adalah spesis manusia yang... nak satu2 benda tu, seboleh2nya dia akan usaha sampai dapat. siang malam dok cari tailor/website/fb/blogshop (aku kan hantu shopping online) yg leh buat peplum. dah tu demand, nak juga sampai ke tangan sebelum raya haji... tgk nak pakai time raya haji jugak2 la tu... masa aku dok menggila nak peplum  ni adalah lebih kurang seminggu sebelum raya haji. aku riki2 dgn semua list yg ada kat fb aku. dan kebanyakkannya jawab, TAK SEMPAT... punyalah kecewa... nasib la eida memberikan idea bernas ( thanx eida)  eida suh cari tailor n tunjuk gambar contoh. akhirnya... jumpa la juga...



agak2 berjaya tak 'mak nya' tu buat peplum aku... dia kata first time dia buat baju camni... harga upah adalah RM 30. murah kan?





aku minta dia buat princess cutting kat baju dan kain tu aku sengaja minta A shape ke mermaid style eh... belasah jerp. gambar ni bukan dibuat2, kebetulan mama call time kami dok pose di pagi raya.. hahaha





agak2 jadi tak peplum aku ni... kalu jadi leh upah mak nya tu buat lagi. seminggu je dia buat, siap sudah. kain pun beli kat kedai dia :) aku rasa kain tu sebenarnya utk baju melayu... tp, ada aku kisah.. hahaha.. demam peplum punya pasal

WORDLESS WEDNESDAY

Dia kekasih halal ku *_____*

boots utk ank buah



sedang menggigihkan diri utk membuat baby boots pada ank buah en suami... 
sibuk camne pun nak siapkan juga
tinggal berapa hari je lagi sebelum cuti sekolah bermula
bila dah start cuti tak sempat lagi nak menelaah benda alah ni
nak jahit penuh kasih sayang
semoga berjangkit pulak ke aku, amin

Monday 29 October 2012

teaser je la

ei gigih ok nak teaser2 segala... saja je nak bagi org tu marah n tertunggu tunggu... heheheh jap gi siap la aku kene... dari smlm lagi dia suruh letak gambar post wedding taw... sabar ye... gambar byk sgt tak tau nak letak mana satu :)





p/s cukup eh intan... :)


kalah sebelum ke medan pertempuran

amboi... list kat dashboard sume up pasal air asia sale kan
tahniah pada kamu2 yg berjaya mendapatkan tiket murah
aku???
tak sempat pun nak tunggu kul 12
dah tido, tu yg kalah sebelum ke medan pertempuran tu
sedar2je  dah ats katil
sapa yg bawa masuk ntah???hehhee
sebelum tu kemain semangat,  igt nak berjaga la
join sama2 yani n yana... eh comel je derang ni yana-yani.cam kembar pulok


 

terjaga je dr tido terus buka web AA
n try masuk any date spy dpt FREE SEAT tu
malangnya tak berjaya
mahal... standard price juga
kamu2 yg berjaya rembat dgn free seat tu sila kongsi
date berapa
jom la kita together2 bercuti.. nak???



p/s : syok tak raya haji korang

Sunday 28 October 2012

the making of...post wedding

alhamdulilah...selesai la sudah post wedding kami selama dua hari... dah lama nak buat, tp baru berkesempatan.patutnya post wedding buat sebaik saja diijabqabulkan... baru la berseri2 sbb masih mood pengantin baru.. tp kami.. hahah... belasah jerp. gambar adalah teramat banyak.. sbb buat dua tema. so tak tau nak amik mana satu... tgk di sebalik tabir cukup la eh :) ada masa nanti2 baru kita upload kat sini, ok???ehehhe


 yg shoot gambar kami team nikon en suami gak,so tak malu sgt la

org penting post wedding aku.. thanx to all of u

 ha kau... sampai terbaring tu


amik kesempatan nak ucap pada mereka ni, yg sanggup meluangkan masa, yg sanggup mempertaruhkan nyawa, memanjat, mendaki bukit utk mendapat shoot yg cantik... dan big big thanx to en suami sbb setuju nak buat post wedding ni.. sayang abg...

Saturday 27 October 2012

kalu tak kerana post wedding

honestly
aku adalah spesis manusia yg tak pandai mekap
kalu nak tau, harini 27.10.2012
adalah kali pertama aku dimekapkan semula, setelah 3tahun menjadi isteri org
last mekap masa jadi raja sehari


nyampah tau, en suami wat2 tak kenal pas kene mekap tadi... perli la tu. bwerkkk



kalu tak kerana post wedding
rasanya hingga ke detik ini mmg aku tak mekap lagi
seriusly, kalu setakat g sekolah, dinner aku just letak lip ice aje
Apa? Lip ice.??? Sedihkan.. cam tak mampu je gayanya 
ada lipstik aku cap in2it ke silky girl tah... tp aku tak pakai pun
bohongla kalu kata aku tak suka mekap
suka... dan aku suka tgk org yg mekap...cantik sgt... cuma aku tak pandai je
nak pakai eye liner pun tak reti apatah lagi benda berbulu utk blusher/maskara tu 

disebabkan kat umah aku ni takde brg mekap. tehehe
maka aku menyerahkan diri ku ini pada yg pakar, gi body shop
suruh diorang mekap kan.. cas rm 40 utk sebiji muka. ok la kan... 
dari nak kene beli blusher, maskara sume tu
dah berapa RM.. kalu aku mmg pakai takpe. berbaloi...
ni tak... silap aribulan, beli pakai sekai tu je... sampai expired date pun dok ada lagi
lucky kat body shop mmg ada service utk mekapkan org, kalu tak 'togel' je la muka aku ni
kadang, kita ni sbg pompuan, teringin juga nak melawa specially dpn suami kan
Tp tu la.... bila apply mekap ke muka aku, aku rasa cam burukkk sgt
so adalah lebih baik tidak pakai apa2





huntung laki ai tayah susah payah beli brg mekap. toner, mosturiser pun tak de
pencuci muka je ada kat umah ni...tehehehhe... tu la kulit muka kasar cam jln tar, maleh nak jaga...


Thursday 25 October 2012

anak rantau

tahun ke 3 beraya di perantauan
sedih..
dah la air takde
igt nak bt la kek sebiji dua
sekali, apa pun tak bleh
malam smlm, kami keluar pusing2 bintulu
sbb dok umah dgr takbir
buka tivi pun takbir
sume pun takbir
hati manyak sedih ooo
so keluar hiburkan hati yg duka nestafa


nampak cam budak terencat je gambar ni... dah kaki kene potong. luar senyum, dlm tak siapa tahu

Wednesday 24 October 2012

dia lagi :-(


wahai angin bawalah kenangan ku bersama mu
bawalah ia pergi jauh2 dari hidupku
janganlah sesekali putaranmu kembali kpd ku
biarlah aku dgn kehidupanku









Tuesday 23 October 2012

sakit oi

arini gi sekolah jalan terhencot hencot.tu la buat terjunan tak menepati sasaran lagi.akhirnya merana diri.semalam aku memanjat sbb nak tampal memo... masa nak turun tu tak perasan high hill aku ada kat bawah dlm keadaan terbalik.sekali terjun,aku land betul2 terkena tumit kasut yg tajam tu (org panggil apa eh...) tercocok ke tumit aku...dah la mmg tajam....sabar je la..keruncingan hill tu ada la lebih kurang camni




Monday 22 October 2012

kini, janji tinggal janji

hahaha.. pandai sgt cakap kan.. mmg tak serupa bikin la eka ni. dulu kemain ckp takmo jalan2 dah. siap berazam tu... ye la masa ckp tu, sbb ikutkan kehendak hati yg amarah... jadi lahirlah skrip 'pasni takmo jalan2 dah'. bengang punya pasal... tup2... ada je lagi.. kan dah kena





mana janji eka untuk tidak berjalan lagi... haaa kan eida dah menuntut janji


seriusly, yang ini terrr je... TERRRR ? kalu 'terr' mesti sekali je kan.. ni dua kali. tak kan TER lagi kot...



save the date :)






resepi prawn macaroni

entry semalam,tp lupa nak post


dah lama nak buat entry ni, asyik tertangguh jer.demi melunaskan janji utk dak intan, ku gagahi jua petang2 wiken.tak paham pape tanya ye.. jgn malu jgn segan



 ok nama prawn, tp kenapabinatang lain yg keluar... hahha...



bahan asas
3 ulas bawang putih. cincang
15 ekor udang / sotong
secubit garam
macaroni sesedap rasa 
15 biji straw mushroom yang dipanaskan dulu
1/4 bawang besar cincang


bahan sos putih
1/2 sudu besar mentega
1/2 cwn air*
1 sudu besar tepung gandum*
1 cwn susu segar  ( takde, guna susu tepung pun boleh la, letai air sket, jadi la susu segar)
2 keping cheese di parut (lebih byk lebih creamy)
sedikit serbuk lada hitam
*larutkan air + tpg gandum bersama2


cara-cara
1.celur macaroni sampai lembut
2.sementara lembut boleh buat sos putih. oh ya kalu ada sos prego kaler putih tu pun boleh guna...
3.panaskan mentega, bila mentega cair, masukkan larutan tepung gandum dan air. rajin2 kacau.jgn bergentel
4. masukkan susu segar dan parutan cheese. kacau lagi sampai chese mencair
5.masukkan lada hitam, perasakan apa yg patut. dah ok angkat.. jadi la sos putih kita.
6.guna kuali yg bersih, kendian masukkan minyak, tumis bawang putih
7.dah naik bau masukkan udang dan garam
8.bila udang dah masak, masukkan macaroni,bawang besar dan straw mushroom tadi tu
9.leh hias dgn daun parshley. tp aku tak de...belasah jer

Saturday 20 October 2012

KIDS yg tak sedar diri

seperti kebiasaan... tiap kali hujung minggu, adalah masa utk menghabiskan duit, suuuuuuuuuka sgt. cuma kali ni lain sket.... sbb kitorang habiskan masa kat kids department selama 1 jam. yer.............. I LOVE KIDS STORE so much. dan... adalah menjadi masalah bagi aku, sbb tak reti nak beli baju new born ni. tu yg jadi 1 jam tu. takut tak muat la, takut tak cantik la, takut mak baby tak berkenan la. mcm2 benda yg dirisaunya


suka je tgk baju kecik2... meremut2 ni... kadang rasa bersalah kat promoter tu. mmg perangai aku, kalu nak beli baju, aku akan teliti habis habisan... jadi kalu aku dtg abes la aku geledah.. nak dapat yg cantik di mata aku. pada masa yg sama, rasa sgt kesian pada promoter tu terpaksa lipat semula, tp selalunya, once aku buka aku lipat la balik, tp lipat cara aku la. ahahha


dalam dok kelam kelibut cari baju utk ank buah, sempat juga acu ke badan sendiri. hasilnya... dpt la seplastik tu... hai la mak ngah... igt awak tu kids lagi ke.. tak sedar diri betul



baju mak ngah dgn ank buah sama cap la.... ahahha


pastu tgk pula kasut  bertajuk megan... tak tau cap apa tah... 1st time nampak. rege pun super murah. RM 10 uols ?! en suami tak bagi beli sbb takut tak tahan lama... abes ko nak cari vincci kat sini? mana nak ada...  disebabakan aku berkenan sgt dgn riben, jd hentak2 kaki suh en somi beli jugak2. biarlah rm10 je pun, pakai sekali dah rosak pun tak pe.tak ralat sgt kan <-- ayat pujuk hati



kasut ni besar dari kaki aku, tp tak kira... nak juga !!!


actually.. brg ni takleh nak kata gak. kadang beli branded item pun sama kualiti dgn yg tak... depends pada nasib la juga...

maafkan daku en suami, mek selalu degil ngan kitak


Friday 19 October 2012

sana sini peplum

berkenan la pulak design peplum ni. design princess cutting.material yg aku tgk salunya lycra

 aku mmg suka kembang2 + ropol2 ni



cam saloma kekdahnya



cedok dari sini. siap leh amik tempahan lagi.design kain dia cantik.mermaid cutting


sgt  cunn


berkenan?beli kat sini. harganya rm 299


 ni pun ok, buat gi sekolah petang @ kelas tambahan





Thursday 18 October 2012

gila bayang dgn Kashmir !!

Di kawasan pergunungan, terhampar bunga pelbagai warna. Di puncaknya pula, salji memutih sejauh pandangan mata. Itulah Gulmarg, tanah subur yang juga popular dengan nama ‘Meadow of Flowers’. Dengan ketinggian 2730 meter dari aras laut, Gulmarg nyata mempersona ribuan pelancong dengan keindahan semulajadinya.



Melangkah saja ke Gulmarg, anda pasti terasa seperti berada di sebuah lokasi penggambaran filem Hindi. Taburan bunga dan banjaran (Himalaya) mendatar dengan himpunan pokok pine seperti tersusun dalam lanskap tersendiri. Memberi ilham dan inspirasi, Gulmarg umpama terjemahan mimpi indah bagi pengunjung yang mendambakan ketenangan sejati. Justeru, sesiapa saja yang berpijak di bumi Gulmarg tidak mungkin tidak, akan ‘jatuh hati’ pada wilayah ini. Di sini,haruman bunga loceng biru, Daisy, Forget Me Not dan juga Buttercup akan berterbangan memenuhi deria hidu anda. 





Ingin menikmati pemandangan memukau sambil menghirup udara segar pergunungan, jangan lupa berkunjung ke Nanga Parbhat. Jika cuaca mahu berkompromi dengan anda,di sinilah lokasi tepat para wisata menikmati pemandangan sekitar Gulmarg.
Bagi mereka yang tidak dapat meninggalkan aktiviti riadah, Gulmarg turut dilengkapi dengan kawasan permainan ski dan juga golf yang terbaik di dunia. Luas dan mengagumkan. Hamparan salji yang memutih dan dingin pastinya menggamit anda untuk bermain ski. Namun,jika tidak berani, anda boleh berjalan-jalan sambil bermain salji. 



pertengahan april



musim bunga-bln 5-6



winter-dec until feb maybe


autumn-bln 10

MENARIK TENTANG GULMARG
• Mengambil masa satu jam perjalanan dari Srinagar
• Pernah menjadi lokasi kegemaran Maharaja Jehangir yang mengumpul 21 jenis bunga dari tanah ini.
• Menjadi antara destinasi bulan madu yang popular di dunia.
• Memiliki ladang bunga dengan keluasan lebih 3km luasnya.
• Menyediakan perkhidmatan gondola (bagi mereka yang tidak kecut perut!)
• Ketinggian Gulmark menjadikan ia dataran bersalji sepanjang tahun.


 heaven on earth


 ni yang wat aku gila bayang ni.. tulips!!!


 Pahalgam, Kashmir



kenapa lah AA nya trip ke new delhi dah tak de, kenapa, kenapa... tak sempat nak merasa dah tutup route ke sana... dah alang2 ke sana leh gi taj mahal juga.. wooo.. salah satu kejaiban di dunia tu... oh dia buat gila nak kumpul 7 wonder world pulak. seriusly, kalu aku diizinkan ALLAH utk ke sana, aku nak sangat menyelami peradaban/cara hidup 'saudara' kita di sana.. ramai yg seagama dgn kita... tapi, nasib kita jauh lebih beruntung dari mereka. mereka sgt desperate bab keje... peluang pekerjaan tak byk mcm di negara kita... ada antara mereka menjadikan bidang tourism as sumber pendapatan mereka.. 

kalau lah berpeluang pergi, aku nak pergi tgh bulan 4, dpt merasa 2 benda... bunga-bungaan dan salji-saljian. tp cam aku ckp sebelum ni, bln 4 mmg takde cuti sekolah. so simpan je la niat suci. itu maknanya belum sampai masa lagi utk aku ke sana. pasti ada hikmahnya. hanya ALLAH yang tahu



p/s mungkin pencen nanti (umur 60 ye) baru ada chance guling2 kat kashmir ni :) ic sume dari sini

emo sungguh la

baru abes tgk citer JULIA
tanpa disedari air mata menitis ke pipi
oh mudahnya aku mengalirkan air mata
specially part julia diceraikan dgn talak 3
pastu part si amir protect julia dari kene pukul dgn ex husband tu
hohoho...sedihnya..
ada lagi ke mak mertua yg sekejam itu...



Wednesday 17 October 2012

tenkiu.. :)

 walaupun sekuntum amat bermakna



 senyum sampai telinga


kuah durian + roti jala

masih lagi pasal durian.. disebabkan beli durian mahal, aku nak memaksimumkan penggunaan durian.nak habiskan sebaik2nya.takmo membazir...jadi aku pun buat kuah durian.. salunya kalu kat umah kuah durian mkn dgn roti jala. tp bila tgk gerobok aku tu, alat menjala nya takde...lastly aku amik plastik, wat cam piping tu. then aku tekan je ats periuk... hahha.. nak keluar bandar jauh...so kita kene kreatif... kan!


sungguh kurang senonoh.saja upload kat fb, bila mama tgk, terus call marah aku...sbb jala aku kasar


kat sarawak ni mmg tgh musim skang, semenanjung tak kan... hmmm... tiap kali musim durian teringat aku masa kecik2. kat kampung, belakang umah ada pokok durian taw.bila durian luruh pakat2 lari cari durian.miss dat moment...pastu kat dusun tokwan ada pondok n sungai.masa kecik2tokwan rajin bawa aku g sana naik moto, aku dok dlm bakul durian.tokwan bawa megi, kendian masak guna kayu api..sedap tak terkata...rindu sgt2.

Tuesday 16 October 2012

wordless wednesday

berharga RM 24.saiz s. bukan musang king, 15/kilogram. fengsan !

Monday 15 October 2012

i love my kids

fuhhh


peace...


i am for u...


paling suka pose ni... tp ada yg tak ready pulak lagi... sapa kata ku takde anak? ha kemain ramai

Sunday 14 October 2012

penjawat awam yg nak ke luar negara

cuti sekolah dah dekat, maknanya... ramai la yang akan melancong membawa anak2 bercuti. kepada penjawat awam, sebelum keluar negara, pastikan anda mengisi borang permohonan keluar negara. bila aku check balik, borang dia tak sama dgn yg sebelum2 ni aku dok isi, jadi sila ambil perhatian ye...detail di sini


oh kanda... mahu bawa dinda ke mana kali ini...ehem ehem...