Thursday 31 January 2013

welcome february!

please be nice to me :)


JANUARY byk episod duka, satu permulaan yg kurang baik utk 2013...
semoga february memberi kenangan suka berpanjangan kepada aku
to en suami yg byk membantu dlm pelbagai keadaan
i love you soOOooooOo much
meh nak cium sket


haipp hari JUMAAT tunjuk gambar tak senonoh pulak... underage tutup mata... ala tak cium pun.eksen je

lobster wif garlic butter

igt lagi entry ini . waktu tu aku sedang ketandusan idea nak masak lobster. selalunya aku buat sup atau masak merah.




 tp kali ni verangans nak jadi org putih.makanya... cuba la menu baru... actually aku dpt ilham dari butter prawn. pastu cedok sana, cedok sini jadi la garlic butter. hohohoh



RESEPINYA



BAHAN A

1 sudu mentega dicairkan
3 ulas bawang putih dilumatkan
sedikit serbuk lada hitam
secubit garam
sedikit keju parmesan ( aku guna keju yg letak kat burger tu, tp aku cincang2kan)


BAHAN B (kuah)

2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih dicincang
2 tangkai cili kering di ptotong serong
5 helai daun kari
1/2 cawan susu ( aku guna dutch lady, sb itu je yg ada dlm esbok)




seekor lobster sedang mendarat di atas pinggan. kecil nya pinggan rumah aku, ke lobster tu yg besar sgt...


mula2 rebus je cik lobster ni


bila dah kemerahan mcm ni, angkat... dan putuskan kepala dari badan


bulus2 tu kita buang ye, takmau mkn a....



igt lagi, masa mula2 belajar masak lobster sampai buka you tube cari kaedah utk menyiang lobster... kih kih kih... nak tau camne... kelik je video ini. ok dah dah... serius ni.. cara memnyediakannya adalah sebegini. kita mula dgn BAHAN A dahulu




penyediaan BAHAN A


1-Sediakan sebuah dulang pembakar.
2-Letakkan lobster yang bersih / rebus di atas dulang.
3-Dalam bekas lain, campurkan bawang putih dan mentega yg dicairkan tadi. Sebatikan. kemudian curahkan di atas badan lobster.
4- Tabur garam dan sedikit lada hitam.
5- Panaskan oven 200C, bakar lobster selama 20 minit. bila oven dah bunyi ting !! laju2 tabur cheese ats badannya. dan biarkan beberapa minit di dalam oven, sampai cheese mencair. sementara tu boleh sambung buat kuah @bahan B



sebelum cheese tu melting



penyediaan BAHAN B

1- cairkan mentega, dan masukkan bahan B satu persatu. itu sahaja. dah siap, curah je kuah ini di atas badan lobster..




 ini la dia garlic butter.


Wednesday 30 January 2013

cara memohon visa ke China

thanx pada yg concern utk entry sebelum ni, biasa lah hati tgh marah kan... nasib ada en suami.. hmmmm...btw, nak jawab persoalan kawan2 yg tanya katne nak buat visa ke China. cara mudahnya naik putra, berhenti kat ampang park. pastu gi bangunan OSK,  Bank of China, ada nampak lembu besar tu dia la tu... masuk je, naik tingkat 2, gi kat kaunter, ckp nak apply visa ke China.






jgn risau yg keje tu org Malaysia gak. dia paham Bahasa Melayu pun. officer tu akan bagi satu borang. isi la apa yg patut.actually, aku dpt info, form ni leh download terus dari internet. tp aku kan pemaleh. isi kat sana. tak paham pape tana je dia. apa yg perlu di bawa bersama semasa nak apply visa ni


1- bawa pasport merah kamu tu
2-bawa gambar berukuran pasport
3-bawa pen, senang nak isi form








dah siap isi borang? tunjuk kat officer,then dia bg nombor utk submit borang tu. tak yah buat apa2. dengar je sampai nombor anda dipanggil. bila sampai giliran kita. bawa borang + gambar + pasport bersama. officer tu akan check borang kita dan tampal gambar pasport. tak lama pun, dalam 5 minit dia bg satu statement utk kita tuntut pasport kita. ok jgn jadi ngok cam aku, aku minta pasport aku. ye la sblm ni, pasport merah aku tu tak penah berengang dgn aku... pastu aku tanya la.. ahhaha... wat malu je.ni la masalahnya bila tak wat research dulu. rupa nya visa ni ditempek dlm pasport. kalu ko amik pasport tu camne dia nak tempek visa ko...ngok ngek betul kan...takpe jgn risau... lepas 4 ari dtg balik tuk amik pasport tu.actually, kalu nak cpt, pun ada. withn 1 hour dah leh siap, tp you must pay more la. aku kan spesis kedekut. serba serbi nak murah... sanggup dtg patplohjutakali pun asalkan murah. bape byk yg perlu aku bayar utk dua org



RM 116 utk 2 org dlm masa 4 hari

Tuesday 29 January 2013

....

wahai hati,
yakinlah setiap apa yg berlaku mesti bersebab
dan
setiap masalah ada jalan penyelesaiannya

Terima kasih en suami kerana sentiasa menjadi sahabat tak kira dlm apa jua keadaan

resepi aiskrim tiramisu

hai hoi hai

assalammualaikum, dah lunch belum...? tengah2 hari gini saja je nak tayang uols sesuatu


melting tak?? hehehe



resepinya aku amik dari eida (tq yang!! resepi kamu mmg menjadi) tp eka derhaka, sbb nak buat sikit je, so sukatan dia eka reduce kan sket dari eida... dah la tu biskut marie pun tersilap beli. walhal sebelum gi sepermarket, dah pesan kat diri sendiri, amik biskut marie yg original nanti boleh buat kek batik, sekali sampai rumah, unpack brg tgk... aikkk? biskut marie capucino? ha sudah.. dah la kureng sket bau2 kopi ni... lemah toiii... boleh ke wat kek batik guna biskut marie perasa capucino....


resepinya :

secawan air kopi
1-2 row biskut marie.(original) depends on bekas juga
250g tatura cream cheese
2 sudu gula
500 ml ais krim vanilla bertajuk KINGS. takde? apa2 jenama pun boleh
3 sudu serbuk koko sbg hiasan

cara-cara :

1-bancuh kopi, gula aku letak sebanyak 1 sudu teh. sbb aiskrim kan dah cukup manis...

2-celup biskut marie ke dlm air kopi tersebut, then susun dlm bekas. susun cantik2 kasi padat...jgn lubang2 tau.cam kek batik gak kekdahnya, tp kek batik kita pecah2kan biskut tu.. ni tak... elok je bentuk bulat biskut aku susun

3-agak2 biskut tadi dah sampai lapisan ke 3 atau 4, leh bagi kopi tu pada en somi, jgn mmebazir.

4-pukul cream cheese bersama gula sampai kental

5-pukul / blander ais krim sampai cair

6-sebatikan cheese dan aiskrim bersama, then tuang ke atas biskut marie yg dipadatkan tadi

7-masukkan dalam peti ais, tunggu sampai beku (semalaman)




gini la rupa bentuk bila dah beku. siap sedia untuk dipotong, taburkan serbuk koko di atasnya. selesai. mudah. actually kalu buka blog eida lagi mudah.step by step dia ajar.tp tu la, tah hape masah blognya, tak dpt nak buka... hmmm... biasa la tuan dia tgh hanimun, blog dia pun buat perangai la..cpt2 balik yer eida.cer tgk apa yg tak kena dgn blog kamu




Monday 28 January 2013

mood nak deco rumah

igt lagi entry ini. sudahnya aku memilih utk tidak menjual rumah ni... sbb bila pikir, nanti aku balik cuti sekolah boleh juga rehat2 rumah ni. plus rumah ni pun tak lame lagi dah nak abes aku bayar. bulanan pulak tak tinggi kan... so biar je la rumah tu kat situ.. tp tak tau pulak. masa akan dtg kot aku berubah hati kan :) dalam dilema nak jual tu, tak jual, jual, tak jual, jual... sempat juga aku buat penambahan. ngeee.... sebelum ini living area rumah aku kosong je cam bawah ni. br pas reno sgt2





dan kini aku upgrade ruang menonton ini kepada...





 tambah cermin besar tu di sebelah kanan, igt nak tempek cermin sebesar alam, tp tak cukup budget pulak :)




actually cari kedai cermin pun tak jumpa... ni pulak sebelah kiri sudut menonton...




 tuh meja berkaki 4 tuh aku beli di ayer itam, johor. harga? tak igt. 100 ++ je kot


gambar keseluruhan sudut menonton rumah aku... aku rasa dah cukup sarat kot kan? tayah tambah2 lg


manakala sudut bergosip apa jadi???



masih ditakuk lama


cuma aku letak galeri ini saja .... ehhehe


tunggu cuti panjang utk sambung deco

Sunday 27 January 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 2 : Wangfujing

masih di hari pertama, sambungan dari part 1


lepas paksa en suami siap, kami pun memulakan langkah utk ke WANGFUNJING. sesuai dgn namanya sbb WANGfujing adalah tempat untuk menghabiskan WANG. byk branded item dijual di sini. tempat nya tak jauh dari 161 hotel. hanya 3 stop je, naik subway dlm 5 minit dah sampai... camne nak ke sini. cam biasa sebelum naik subway pastikan beg anda di scan dahulu dan tidak mengandungi objek2 berikut..




dah melepasi scanner baru boleh mengatur langkah, sistem pembelian tiket sama cam Malaysia, kalu mesin tu rosak, gi je kat kaunter, cakap bape org. tayah bg tau ko nak gi mana... dia tak mau amik tau pun. sbb sistem kat sini, ko pegi la jauh mana pun harganya tetap 2 yuan (RM1).



LINE 1 >WANGFUJING STATION > EXIT A




 keluar2 je nampak bangunan oren ni, sebelah tu ada Beijing Hotel, next time leh stay sini. eh? next time?


pastu jln terus je


jln nmpk cam br pas hujan padahal snow yg mencair dok kene pijak dgn org yg lalu lalang



 en suami sgt excited bila nampak lambang NIKON tu. sbb nak cari lense katanya


 gaya sgt traveller kan?


kat sebelah wangfujing book store ni, ada halal food taw DONG LAI SHUN


spend dlm 150 yuan ++ (RM 70) camtu, tp jgn risau, ada satu lagi kedai area sini yg lebih murah


belakang kedai mkn ni ada kedai brg2 winter... 


sume kereta kami lukis love.. jahat kan


 kantoi dgn owner tu baru tau


oh nampak tak penutup telinga tuh...mengadakan ngadakan.. nak juga... harganya adalah 10 yuan (RM 5) bila pakai baru rasa comfartable. kalu ada penutup hidung pun aku nak beli sbb kws telinga dgn hidung la tmpt yg paling sejuk


ni kami masuk celah mana tah, jumpa makhluk aneh ni



banyak kedai yg belum buka lagi


gambaran wangfujing, kawasan pedestrian yg sgt2 luas


org tak ramai di awal pagi


aku paling suka ke kawasan ini

hint : masuk je pintu gerbang itu

byk brg murah dgn syarat pandai menawar, aku dpt beli fridge magnet dgn 10 yuan (RM 5) utk 3 ketul


selain pada tu, apa yg ada dekat wangfujing ni ? mcm2 ada, farmasi, kedai baju, kasut, snow cap, boots... boot boleh dpt dlm 100 yuan ( RM 50).  mall pun byk tau, antaranya DONGDAN DEPT STORE dgn ORIENTAL MALL. dlm mall2 ni byk barang2 branded mcm guess, LV, forever 21. ZARA pun ada


 kawasan Wangfujing ni amat luas


 dan tak perlu risau, sbb tak de kete bas yg lalu lalang, sbb padestrian area kan


bila dah puas berjalan, paham2 la perut pun lapar. setahu aku kat area sini ada byk HALAL food. aku dgn en suami rajin pergi kedai yang satu ni, dekat dgn Nanjing Great Hotel. depannya ada kedai



hambik ko... berani nak masuk? idok ler



camne nak ke kedai makan ni, tgk betul2 kat sini ada satu je bangunan yg ats nya ada kubah masjid camni


dr jauh nampak makhluk ni mundar mandir sambil buka lagu 'toncang toncang' bulu hidung panjang berjela tu


masuk je celah2 lorong tu... sebelah ME & CITY


terus lg ada police station, dlm 100m



ha.. kan dah nampak... signboard kaler hijau tu la HALAL FOOD. sebelah kanan tu Nanjing Great Hotel



next time kalu ada rezeki lebih, dpt pergi Beijing, boleh la try menginap kat nanjing ni pulak.nak shopping pun dekat jer... tp mintak mahap ler, aku tak tau apa nama kedai makan ni, sbb signboard dia dlm bahasa cina. yg bestnya, bila makan di sini dpt free green tea seteko. mabeles sgt.



 1st food yg kami mkn di Beijing. sumpah sedap. jgn tanya aku apa namanya.main tunjuk dlm buku menu je


yg pastinya makanan yg berasap2 tu adalah kambing berkari, tp bukan gulai, cair mcm sup, tp bukan sup.



yg sayur pulak, terung + kentang. banyak betul sayur dia. adeh terliur dah.masih teringat2 lg rasa dia



oh itu saudaraku. tersentuh hati bila jumpa saudara seISLAM di sini. kopiah kecik, senget.comel


 jenuh tgk org camne nak mkn dgn chopstik. last aku berchopstick thn lepas la. haiyo


honestly dari segi makanan, Beijing tidak pernah mengecewakan aku  langsung. semuanya sedap2 belaka, compare to Korea... hehehe.. harga makanan di Beijing pulak boleh tahan, sepinggan lauk bermula dgn RM 14. tp lauk mahupun sayur mmg byk gile. sepenuh2 pinggan. kat sini kan, derang utamakan lauk, nasi tu no.2. kadang tak bernasi pun derang. order lauk pauk n sayur je. nasi selalunya diletakkan dalam mangkuk kecil. janggal jugak mulanya nak mkn nasi dlm mangkuk. tp aku akur... dok di negara org... pandai2 la bawa diri... itu pada mulanya la. semangat masih ada. aku pun try la mkn dgn chopstick. tgk org kiri kanan, sampai lenguh jari dok kepit. mcm berjaya la jugak walaupun ada ketikanya sampai terpelanting lauk aku ke bawah meja... disebabkan rasa cam lambat sgt nasi nak habis, tak puas kot, lastly aku tewas.... aku minta pinggan dan sudu di kaunter. nasib faham maksud spoon. kalu tak jenuh. ye lah kita biasa mkn dlm pinggan yg lebar. sekali dia bg mangkuk sup tuh.sgt taj puas. sepanjang seminggu  lebih di sini, kami mmg mkn kat luar je.. megi, roti gardinear, serunding yg dibawa dari Malaysia, langsung tak sentuh. eksyen kan???







tapi harus diingat, jgn terlampau ghairah mencuba makanan di Beijing







silap haribulan, masuk lorong ni... kalu tak cukup kuat, mampu meloyakan


dari jauh nampak cam satey je kan..


ha yg cacak tu seahorse. hidup lagi oi. menggeletik je semua... euuuww... kalu la derang leh ckp mesti pakat2 menjerit masa kene 'sula'. ye dia masukkan lidi ke badan seahorse tu hidup2. kesian sgt.


ada jual lipan, lipas, spider, scorpion, ular n yg hujung tu nmapak cam tikus je... ahahaha.


kesiannya si tapak sulaiman itu



semuanya di Wangfujing harga murah2... ada yang 2 yuan secucuk, mau cuba? datang sini taw...




 masa ni jugak salji turun nipis2, nampak tak kat mafla en suami tu... ohsem




p/s : jumlah keseluruhan makanan kami pada hari ini adalah 58 yuan (RM29)