Thursday 28 February 2013

burung hantu dipanggilnya

bermula semalam ada pembaharuan yg aku lakukan pada diri ku ini
mula2 cam malas nak citer kat blog, cam poyos je
tp disebabkan insiden pagi tadi
terus buat aku nak share kat blog


kalu org yg kenal aku, org akan tahu aku ni bukan jenis mekap
jarang nak pakai eye liner, eyeshadow, blusher
aku ni sesimple simple manusia
aku mmg pemalas, bgn pagi nak ngadap muka
conteng2 muka... errr... bukan aku la



tp semalam entah kenapa
actually dah lama juga niat nak mencantikkan diri...konon la
sbb aku tgk kawan2 lain cun je pakai eye liner, eye shadow segala
ye la bila cikgu cantik budak pun semangat nak belajar kan kan
jd aku pun try la semalam.... bangun awal o...
nak tenyeh kat muka punya pasal
ala pakai eyeliner dgn lip ice je pun, dah siap ! tu pun budak dpt beza
nampak sgt muka cikgu dia belemoihh sebelum ni


di mulut... ada je lipstik... en suami panggil gencu.. tp bunyi nya sgt makcik2


di mata... apa motif kaler putih tu eh. leh bg tau tak utk apa? 




DAY 1

'eh cantiknya cikgu' bila kali pertama tgk perubahan pd diri aku
ceh dalam hati ada taman la, perasan la kejap cikgu dia tu. esok leh bgn awal lagi nak mekap
dah pasang angan2, minggu dpn nak try beli blusher pulak, tak pun eye shadow ke
tp aku pelik juga.. errr tak kan la pakai eyeliner semata pun budak2 dpt trace
so aku assume budak2 nampak aku lain, sbb pakai tudung bawal
sblm ni kan asyik tudung berawning
aku kan pemaleh, gi sekolah nak yang mudah je
nak yang main sauk ke kepala je
maleh nak pin sana pin sini



DAY 2

masuk je kelas (kelas lain), derang senyum2
tp aku buat tak tau je
mengajar punya mengajar
aku bagi soalan, then suruh derang jawab sendiri dlm masa 5 minit
sebelum perbincangan dimulakan datang seorang budak ke meja guru
kenapa mata cikgu cam burung hantu???
dalam hati... burung hantu ko kata aku???
cikgu sket punya cun dikatakan burung hantu.. tak patut tak patut
aku nak tergelak sebenarnya, tp tahan je la
buat2 cam tak dengar, then terus ubah topik, tanya dah siap keje belum



ahahaha... see... nampak sgt kan, taleh nak 'kawtim' langsung la ank murid aku ni
merajuk ah, tak payah nak bermekap sgt esok hari
penat cikgu berair mata segala di awal pagi, gara2 pakai eyeliner
sedih sungguh, camne la org dok tenyeh eyeliner kat mata
tp kan, tak silap aku eyeliner ada yg liquid kan
lama aku telek kat watson tu, takde pun
ke aku yg tak pandai cari 
pasni tayah la berangan nak berblusher ke eye shadow ke
semalam bila ada yg puji cantik ada la juga hasrat teringin nak pakai blusher ke apa
tp harini dgr je perkataan burung hantu
terus punah harapan ku
tak payah...
nanti kang di pangggilnya aku burung kakak tua pulak


abes dah berwarna warni kan... adeh lawak pun ada...



aku rasa mmg buruk pun aku pakai eye liner.sbb budak kan lurus je, mana pandai tipu2. ok dah, cikgu nak bawa hati yg luka lara :)

Wednesday 27 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 9 : BEIJING RAILWAY STATION

sambungan dari part 8
day 3 : 23.12.2013

ingat tak masa kat niujie supermarket aku ada beli jajan org cina kan. aku try la makan pagi tu.. huhuuh mmg cannot go la. luar tu manis, dlm tawar. en suami punya la kutuk aku... tu la derhaka lagi kat suami, dia tak bg beli, aku degil nak beli juga.merasa la. lastly tong sampah tmpt nya... roti gardinear juga aku cari. utk kali pertama kot... sebelum ni terbiar je roti tuh.





plannya hari ni kami nak ke Beijijng Railway Station sbb plan nak pegi Harbin.  aku dah minta staff kat hotel tulis dlm bahasa cina, malangnya sampai di sana tiket dah habis. maybe ramai yg bercuti balik kampung.kan 2-3 hari lagi dah nak merry christmas. so kami pun bergambar je la kat sini



line 2 > Beijing Railway Station > exit D





BEIJING RAILWAY STATION, cantik bangunan dia.besar.


kalu nak tau railway ni menghubungkan Beijing dgn negeri2 lain dlm China, mcm Shanghai, Guangzhou...


cer tgk.. kemain ramai org... balik kampung siap bawa berguni2 lagi


 nak beratur pun panjang


paham ke maksud tulisan tu???


sapa kata negara maju takde pengemis.mmg tak dpt nak elak la


paling kesian tgk saja la baju musim sejuk dia.seluar dia balut dgn plastik hitam cam plastik sampah kita kat Malaysia je... kesian sgt. aku  tgk org dia dok lalu lintas rileks je... takde pun tolong sumbang sekupang dua. sampai tersengguk2 dia kat situ..



p/s : actually nak beli tiket dlm China (cth : Shanghai, Goungzhou, Xian) boleh guna online, tp dlm bahasa cina la pulak. tak paham haku.

dulu lain, sekarang lain

terkadang hati kecilku berkata
buat apa la nak amik hati dgn budak yg baru nak mengenali dunia
yg baru setahun jagung
tp entah, insiden pagi tadi betul2 menghantui aku


selama 5 tahun aku mengajar
aku bukan lah jenis guru yang suka merajuk
mahupun terasa hati
sbb aku anggap semua ni cabaran guru zaman sekarang
kalu zaman dulu2
murid-murid memang takut dgn cikgu
dengar bunyi enjin motor cikgu mmg bertempiaran lari dok tempat masing2
apatah lagi dengar bunyi tapak kasut cikgu lagi la senyap sunyi
nowdays takde la mcm tu
sedangkan aku sendiri pun dgn budak besar cam tahun 6 tu aku lg suka buat mcm kawan, di luar
kalau di dalam bilik darjah, aku lah berkuasa...hahahhaa



dgn ex student tahun lepas.skang dah form 1.besar dia lagi dari cikgu, nak bergambar dgn cikgu sgt kan


tp hati aku terguris tadi. first time kot aku terbawa2 sampai ke rumah teringat insiden tadi
seorang murid tahun 4 menengking aku
semuanya gara2 straw
aku terkejut bila dia menggigit straw yg dipotong kecil (utk projek seni )
kiraya kalu tertelan straw tu mmg masuk spital la
esok hari confirm uols nampak muka ai di dada akhbar :)
disebabkan aku terkejut tgk perbuatan budak yg berumur 10 tahun tu
sbb takut tertelan 
aku terus ckp 'jgn gigit' 
dia terus mendengus 'herrrgggh.... tau la saya cikgu'
dengan suara yg kuat dan dahi berkerut
aku cam... aikk aku yang kena balik
disebabkan dia tak luah lagi straw dlm mulut tu
aku genggam lengan dia then cakap 'keluarkan straw dlm mulut tu'
dia ludah + luah straw sambil buat muka tak puas hati
disebabkan aku rasa kelakuan dia tak sesuai dgn tindakannya
aku terus tegur
dgn harapan murid lain tidak mengikut perbuatannya tadi
aku cuba highlight kan yg cikgu tegur sbb cikgu sayangkan kamu
semua yang lain terdiam
aku tak mau dia tertelan straw salah kah cikgu menegurnya
ramai2 sebut 'tak'
budak yg menengking aku tadi semakin menunjukkan rasa marah nya...
aku tau dia berdendam dgn aku
ikutkan hati rasa cam nak menangis je time tu, tp control beb
nak jadi cikgu, jiwa mesti kental




baca tu Eka, jangan marah, tarik nafas, hembus, tarik, hembus... 


minggu depan berlangsungnya program guru penyayang
cikgu2 menyambut kedatangan murid di pintu gate sekolah
sambil memberi ucapan selamat
ok, cikgu yg ucap
kalu dulu, kita yg ucapkan, SELAMAT PAGI CIKGU, betul?
lepas ni upin ipin kene tukar la, takde lagi selamat pagi cikgu
sebaliknya bertukar kpd SELAMAT PAGI MURID-MURID
ucap sorang2, ada 2000 student, 2000 kali la cikgu ucap :)
itu lah beza guru dulu dgn sekarang






Tuesday 26 February 2013

aiponpai

sebelum tido semalam...
en suami dok meracau2, sebut benda pelik
aku tau dia berlakon jerp, mcm la org tak tau strategi dia
konon2 mimpi masuk dlm tido la tu...cehhh


mula2 aku blur
apakah maknanya, dok aiponpai, aiponpai, bini popai ke hape?
rupanya I-PHONE 5, aiyark
wahai suami, jgn la kata nak beli i phone 5 pulak
gadget dia yg sedia ada ni tak sampai setahun lagi umurnya
penat la yang kalu nak ikut teknologi
mmg tak terkejar


ni beday tahun lepas


pastu smpt dia tanya, befday abg dah dekat dah kan?
alamak dlm hati aku, ini hint ke apa ni
jgn la dia nak minta gadget lagi
penat den tetiap tahun beli gadget
kalu dia betul2 maksudkan camne??? 


hahahha... tak pe aku leh gunakan sistem balas dendam
dia demand hadiah mahal2, aku balas balik
ahhaha
jahat tak


dear hasben, ustazah titew penah cite,membazir itu amalan syaitan..ehhehe... eh mata mana mata???

o(╯□╰)o BEIJING PART 8 : Bird Nest stadium n Aquatic Water Cube

Selepas balik dari Niujie Mosque, niat hati nak balik hotel terus. lagi pun hari dah gelap. tp bila tgk jam, ala baru pukul 7.22 ni. so kami ubah plan utk singgah kejap kat bird nest. nak tgk bird nest view di waktu mlm. camne nak ke sana. caranya mudah sgt.

line 8 > Olympic Sports Centre >


exit berapa? keluar la exit mana pun mmg nampak bird nest ni tersergam indah. aku sarankan pergi waktu mlm. cantik sgt.. tp tu la bila gi time winter, aku kalah dgn suhunya yg sejuk waktu mlm. so kami snap barang sekeping dua then terus balik hotel...



sesuai dgn namanya.. bentuk stadium ini seakan sarang burung gergasi dari udara


ia merupakan mercu kejayaan China dalam mengelolakan sukan terbesar di dunia iaitu Sukan Olimpik 2008



opening ceremony pun 08.08.2008. mmg ada ong la. org cina kan percaya pada nombor2 ni


ramai pelancong yang datang ke sini utk melihat keunikan rekabentuk stadium ini. disebabkan kami datang lewat, maka kami hanya dpt lihat dari luar je. aku rasa tak la lewat mana.masa ni baru pukul 8 sengah kot. mungkin disebabkan winter season tu yg dia tutup awal.



sebelah kiri bird nest, ada Aquatic Water Cube, di mana letaknya upacara sukan air dalam ni



walaupun dah bertahun sukan olimpik berlalu, tmpt ini masih digunakan specially utk pertandingan berenang


bayangkan dalam suhu di bawah takat beku derang berenang. oh tidak la kan


cantik sgt water cube ni waktu mlm


nanti aku tunjuk gambar bird nest n water cube versi siang hari pulak k... ok next.. mood travelog dah menipis ni... camno...adeh.. kene laju2 update takut berkubur cam cerita Korea

Monday 25 February 2013

nasihat kubur

sumber dari  sini




gambar adalah belas ihsan en gugel. saja letak, kadang gambar seperti ini cukup memberi kesan di hati


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ✉ ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali gand

panic jap

adeh panic jap bila maybank2u taleh buka tadi
username aku ada nombor kat belakang
tp bila keyin tak dpt
igt kan dah kene ceroboh
ceh mcm la ko byk duit sampai org nak ceroboh kan

walaupun duit tak byk mana
risau la juga
alhamdulilah skang dah ok
pening lalat agaknya si maybank2u ni
monday blues la katanya...

Sunday 24 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 7 : Niu jie Mosque

sambungan dari part 5 dan 6 juga


kata org tuntutlah ilmu sampai ke negeri China, kini kami datang utk melaksanakan tuntutan yg satu ini... melihat sendiri sejarah penyebaran Islam ke negara China adalah satu pengalaman yg tak mungkin aku lupa. Baginda sendiri telah mengutuskan sahabat untuk pergi merantau dan menyampaikan dakwah Islam. China adalah salah satu tempat terawal yang menerima kedatangan Islam. orang cina mengenal islam dgn sebutan Yisilan Jiao yang bermaksud 'agama yang murni'. kali ni kami ke Niujie mosque. antara masjid tertua yg berusia beribu2 tahun. camne nak ke Niujie Mosque???




sebelum tu, peringatan awal, jgn ckp aku tak bg tau pulak : dari subway nak ke Niujie Mosque agak jauh. anggaran 3km dgn menggunakan kaki. lebih kurang 15 minit gak la, plus kami yg teraba2 + sesat barat.. biasa lah nama pun tourist. takpe. berjihad utk berjumpa saudara seISLAM di sana... my frend yg duduk di sana ada menyatakan sesetengah umat ISLAM di sana sering di pulau.sob sob...




line 4 > Caishikou station > exit D > kiri > nampak  China Mobile building dan Bank of Beijing > terus je  belah kanan ada Guidu Hotel Beijing yg sgt besar, jumpa Xiang Da International Hotel. sampai la jumpa simpang empat yg bertulis signboard NIU JIE cam gambar di bawah. jgn risau takut sesat ka apa. tunjuk je gmbr di bawah ni, mesti chinese tolong



masuk je jalan Niu jie, (Jalan Sapi, sbb ada jual dgg lembu) dah nampak kedai2 Muslim. ada watson juga



wow.. ramainya. ni kedai makanan, excited bila tgk kalimah suci ALLAH di papan tanda. 



di seberang jalan ada Niujie Muslim Supermarket, dah sampai sini, tak jauh dah dgn masjid. 


tak sampai 5 minit pun, nampak dah MASJID NIUJIE. 



yang menyedihkan di luar masjid ada makcik2 tua yg bertudung minta sederkah.sedih sgt. aku tak dpt nak snap gambar derang. bila teringat kisah kawan aku, mungkin ini lah salah satu contoh org yg tertindas drp beribu-ribu umat Islam di sana... kasihannya saudaraku. walaupun tak byk mana yg aku sumbangkan aku harap dpt la meringan kan beban mereka. dan aku harap makcik2 ni betul org yg dimaksudkan, sbb ada yg ckp kadang2 derang berlakon jer... yg itu aku takmo fikir.janji aku ikhlas nak tolong saudara2 aku. kalu makcik tu tipu, itu urusan dia dgn ALLAH.


 di hadapan Niujie Mosque


sepatah apa aku tak paham, melainkan tulisan jawi yg tulis al-fajar, zohor,asar, maghrib dan isya'


ni waktu solat 22 dec 2012... subuh lewat kan? cer tgk gap masa asar-maghrib 55 minit je... ye siang mereka pendek waktu winter... kul 5 dah nak mlm :) ok la, tkade la aku merayap nak shopping waktu mlm. actually kat pintu masuk ni ada notis TICKET FOR VISIT. aku tunggu gak a person in chagre yg collect ticket, tp sampai sudak non-ado nya. so menong je masuk. diingatkan, semasa masuk ke perkarangan masjid, anda harus menjaga penampilan muslimin dan muslimat seperti  berpakaian 'senonoh'


 sebelum ke ruangan solat mesti melalui ini dulu


apa yg aku perasan hanya ada sebuah kereta, kereta tok siak barangkali


jalan lagi, nampak ini. katanya menara ini la digunakan utk memanggil umat Islam bersolat


dan juga tmpt melihat ank bulan ketika bulan puasa aku jatuh chenta dgn seni ukirnya 


'la ila hailallah muhamaddarasulullah' di North stele pavilion - di sini la tmpt azan dilaungkan



Masjid Niujie adalah masjid terbesar dan tertua di Beijing. di bina pada tahun 996 (pemerintahan Dinasti Liao) dan di renovate pada tahun 1622-1722 di bawah Maharaja Qing. Pembinaan masjid ini membuktikan China antara penyebaran Islam yg terawal... Majoriti umat Islam di beijing tinggal di daerah ini. jadi ramai la saudara kita di sini. keluasan masjid ini kira2 6000 meter persegi. Masjid yg berusia beribi ribu tahun ini di bina dari kayu balak




unsur keCHINAan tetap ada di sana sini, warna merah + emas mmg tak boleh dipisahkan


tp hiasan dalaman digabung dgn ciri ciri keISLAMan


ini.. ruangan solat wanita


ada kerusi.meja, mungkin tmpt utk belajar tajwid



AL QURAN dalam bahasa cina



dan ini ruangan solat lelaki, bangunan lain tak sama dgn muslimat. jelas kelihatan mimbar di sebelah kiri

dan ruangan mihrab cukup membuktian yg seni bina masjid ini adalah gabungan Arab + China

di kiri dan kanan terdapat meja dan kerusi khas utk warga emas bersolat. ada yang sedang membaca kitab

ada yg buat perbincangan agama. amik gmbr pun dari jauh, takut kene marah :)


antara hiasan di dinding 'Sesungguhnya ALLAH menyukai orang2 yang bertawakal' kata2 motivasi

see the roof.


ukiran patung merupakan tradisi turun temurun, disebabkan ISLAM melarangnya, maka mereka membutakan mata2 patung tersebut. lihat saja senibina di bumbung yg menggabungkan elemen Arab-China sangat mengujakan. Bukan sahaja di bumbung, di pasu2 juga terdapat tulisan cina dan jawi. Di dalam masjid ini juga terdapat taman kecil dan dua makam syekh. dipercayai makam tersebut pemilik imam yg terawal di masjid ini. Non-Muslim tidak dibenarkan masuk ke ruangan solat. setelah menunaikan solat, kami pun keluar menjelalajah ke kawaswan Niujie. ke mana??? mula2 isi perut dulu.. kami gi kedai yg ramai org beratur tadi tuh. tp masuk2 takde org layan, kami keluar balik. gi kedai yg satu lg....tak igt apa tajuk kedainya.yg penting halalan toyyiba.. :) ada kalimah suci ALLAH di depan kedai.so terjah je la


 tengok lampu dia. lawooo


derang main order dlm tefon je.canggih sungguh




 jemput makan...


oh sila jgn terpedaya dgn gambar. menggigil gigil aku pegang chopstik tuh.entah apa yg tak kena, tak pandai pulak makan dgn chopstik...tension oi... perut tgh lapar. sekali mkn tak reti pulak.aku mkn dgn tgn. sume org tgk.nyampah... tuh la. smlm gelakkan en suami lagi bila ayam dia terbang dari mangkuk. hari ni.. rasaiin... yg buat aku tambah tension bila en suami pulak berjaya mkn dgn chopstick.tak abes2 la dia kutuk kan aku... ceh.. takpe takpe...


kat china je yg dpt mkn nasi dlm mangkuk



ni antara main menu kami... aku bg 5 bintang. makanan berasaskan taucu.sedap sgt2


dan ini 4 bintang, sbb manis sgt... tak silap aku tu isi ikan salmon.lupa dah


dah abes makan, sempat lagi study ittinerary utk esk.. sgt traveler kan



cost termasuk dgn air adalah rmb 100 yuan (RM 50). mula2 risau juga, takut mahal sbb tmpt ni nampak cam  bertaraf hotel. nasib la murah. lepas perut kenyang, baru la bersemangat nak shopping. saja je gi Niujie Muslim Supermarket. tak la besar mana. ala2 tesco juga...ada jual bahan basah dan bahan kering. eheheh.. apa yang ada kat sana.meh tgk meh..


tuh aku agak bawang putih yg dijeruk kan...euwww

 ni ko jgn tanya nate gapo... aku pun tak tau...


ni pun aku tak tau.tp byk sgt. nampak cam gula2 jer


ops.. kawasan larangan. ompompuan je leh lalu


dan ini pula jajan derang, salut dgn honey. byk sgt, sana sini ada. cam pisang goreng kat mesia la


aku beli la juga, konon nak try. sebatang tu 3 yuan ke berapa tah, tak igt. tp bila mkn... mmg 'cannot go' la... erkkk... pas dah tawaf 2-3 kali kat sini... kami pun pulang.hasil dapatan adalah berbungkus2 green tea.. en suami la hantu green tea... aku tak suka... habis kat 86 yuan juga di sepermarket ni... ehhehe