Sunday 30 June 2013

bila ex student datang ucap selamat tinggal

yer agak surprise... terharu.  bila derang kumpul duit ramai2 beli hotdog. dan masak kat umah aku.anak murid aku ni. aku pgg derang dari form 4... alhamdulilah skang dah form 2. igt juga kat cikgu garang cam singa ni


mula2 amik gambar ada org tegur.ei kenapa semua tak buka mata


 ha hambik ko... bulat tak mata ai


 ye layankan je la. peace yo.cikgu nak juga 


 ok yg sebelah tu namanya cik pah.paling kecik dlm kelas aku :)


 dulu kan dia suka je dok bergayut2 kat kain aku tuh... kalu aku beli kasut baru dia mg perasan.alert sungguh


 ha kan... dah biasa.siap baring2 kat rumah aku lagi


 bergambar lagi...huhuh.. ramai ckp muka aku cam baru nangis...huhuh


ni ank bujang aku.namanya firdaus,eh en suami la.dulu kawan2 dia selalu kene kan dia sbb nama sama cam en suami


sesungguhnya, wahai anak-anak ku... cikgu terharu sgt dgn kedatangan kamu.terima kasih sbb tolong kemaskan barang cikgu. terima kasih bawakan makanan. halalkan masa yg  cikgu 'curi' dr kamu, yg patutnya cikgu mengajar, tp cikgu tak dpt ajar ats urusan sekolah, mesyuarat, kursus dan sebagainya. maafkan cikgu andai ada terkasar bahasa mahupun perbuatan. IN SHA ALLAH. ada jodoh anjang kita jumpa lagi...

bila hati selembut tisu


 baca surat cinta budak2 pun boleh nangis


part 'tujuan cikgu pindah,pasti sebab kami nakal' oh touching nya saya. tak pernah terdetik pun


yang ni ok sket, sbb ada sebut tahniah.so tak sedih la sgt la


berapa hari je lagi aku akan tinggalkan bumi kenyalang


tempat pertemuan kami laki bini.byk kenangan di sini. pantai tanjung batu :)

Friday 28 June 2013

bercampur baur

hingga saat ini
walaupun dah tau dpt pindah... tp tak tau nak mula dari mana
bila tgk je muka en suami
hati jadi sedih, sebak mengenangkan dia nak sahur n berbuka sorang2

eka harus kuat, yer kuatkan semangat

sebab.........
ini yg kami nantikan selama ini
dlm kehidupan perlu ada pengorbanan




nak tido smlm en suami smpt ckp
pasni syg kene baca doa sendiri tau
abang taleh imamkan dah
imam kat tefon je la... laju je air mata ni ngalir.huwarggghhh

igt.. perancangan ALLAH adalah perancangan yg terbaik utk hambanya :)

Wednesday 26 June 2013

tukang kebun lak pasni

balik aritu, tgk keadaan rumah amat menduka citakan
ye la gatal sgt nak buat kolam segala masa renovate tu hari kan
lastly kotor la kolamnya,takde sapa nak selenggara
ye la mama dgn abah pun bukan larat nak tgk umah tu sokmo
ok tu br pasal kolam, pasal rumput carpet tak masuk lagi
rumput yg aku tanam tu pun tak menjadi
berpenyakit betul la... entah kenapa.padahal kat depan nun aku main campak2 tumbuh pulak
heh... tak paham.. nak kene refer pada yg pakar ni




IN SHA ALLAH, bila aku dah dpt pindah ke penang nanti
aku akan menetap di rumah ni
hujung minggu baru jenguk kampung
aku tgh fikir2, kat mana nak buat sudut kerja aku, dah la umah cinonet kan
pastu nak beli meja. senang nak nyemak buku budak2


sebenarnya aku masih tak percaya dgn keputusan eg tukar
masih dlm mood terkejut dan blur tak tau nak bt apa ni
kene tunggu surat dulu sebenarnya
perancangan ALLAH lebih baik.terima kasih ALLAH


pst...ckp pasal rumah, duit rumah bulan ni pun tak byr lagi.huuhuuh...

alhamdulilah,syukur ya ALLAH

penantian selama ini membuahkan hasil
rasanya pindahan kali ni secara besar2an
batch aku majoriti yg minta, dapat... walaupun mengajar tahun 6
macam aku, mmg aku tak sangka
aku ingat tak dpt, selalunya pertukaran bulan jun mmg tak seramai ini.
tup tup dapat, mmg bersyukur la



walaupun terpaksa meninggali buah hati pengarang jantung
aku tetap akur
ini yg dinanti2 kan selama ini
ini yang kami tunggu
ini yang kami mahu
selagi takde sapa2 pindah mmg susah
so kami laki bini decide utk lepaskan aku ke semenanjung dulu
en suami akan menyusul kemudian hari
dlm masa seminggu lagi
mood seperti zaman bercinta will turn on
kalu aku dok meroyan kat blog rindukan en suami
paham2 je la yer
en suami gi kursus kejap pun dah mcm2 aku bt kat rumah ni
ni kan pula lama, berbulan2
demi keluarga tercinta, ayah dan bonda aku harus kuat
aku lebih diperlukan mama abah di kala ini


actually keputusan perpindahan keluar end of may
tiap hari aku check
dan kemuncaknya smlm ada desas desus ckp 26.6 siap bg masa pukul 5 lagi tu
bila check tetap la gagal
sedang enak aku santai2 dgn en suami
kawan call
eka !!!!!!!!! cepat check result dah keluar
mmg menggigil la aku
serba tak kene
lastly kuatkan semangat
login ID, nampak je perkataan TAHNIAH 
aku dah menangis dulu
menangis kenapa?
sukar digambar
perasaan sedih dan gembira dalam satu masa
sedih sbb nak kene tinggalkan en suami masa bulan posa, kesiannya, camne sahur, berbuka dia nanti
sedih sbb nak tinggalkan anak didik ku di sini
sedih sbb nak tinggalkan tmpt yg berbakti pada aku, tmpt pencarian rezeki aku 5 tahun yg lepas
sedih nak tinggalkan kenangan di sini, kenangan en suami usik aku sebelum bercinta
sedih nak tinggalkan shiro


tp pada masa yg sama gembira sbb dpt tinggal sebumbung dgn ma parent
gembira sbb dpt jaga rumah, leh berkebun

masa tgh packing brg tadi ada sekumpulan ank murid aku dtg serbu ke rumah
yg ni bukan budak kelas aku, kelas yg aku ajar
entah dari mana derang tahu aku nak pindah.menangis2 la derang...
drama sebabak la kejap. dalam hati dok kata
wahai hati kuatkan semangat jgn la  menitik air mata depan budak2 ni, hilang macho beb :)




surat layang pertama pada hari ini.sayu hati bila baca. panjang karangan ank murid aku ni. siap ckp dia anggap aku cam ibu kandung dia.oh my...very da sedih...maafkan cikgu sayang.cikgu perlu pulang ke kampung halaman.keluarga cikgu lebih perlukan cikgu... awak tak pernah buat salah apa2 kat cikgu... sebenarnya aku sendiri tak tau sapa penghantarnya... rahsia katanya.sungguh aku tak cukup kuat nak berdepan dgn budak kelas aku esok. budak kelas aku mmg baik. jarang nak bt aku jadi tarzan. tadi pun ada yg tanya. tp aku tak ngaku. aku ubah topik... aku tau kalu aku ckp, ada yg nangis. last year aku ckp aku nak isi borang pindah pun dah ada yg menangis. ni kan pulak mmg dpt pindah betul2



Monday 24 June 2013

bersiaran kembali

moga pertemuan kali ini bukan yang terakhir
tak chipsmore lagi
(*___*)


kejap ada,kejap takde


entah la mengapa mood blogging ku jatuh merudum
tak pernah aku tinggalkan diari online ku sebegitu lama
melainkan cuti sekolah
bukan apa...
keputusan eg tukar belum keluar
patut hujung bulan 5
hari demi hari aku buka web eg tukar
menanti terus menanti
dan
tiap kali tu juga hampa
entah bila nak dpt berita gembira utk kami
doakan yer semoga ada berita baik utk kami laki bini



Wednesday 12 June 2013

-kosong-

Assalammualaikum...
fuhhh fuhhh tiup habuk kat lappy jap
dah lama ni balik bercuti since sabtu lepas
tapi
tapiiiiiiiiiiiii
takde mood nak buka blog
takde mood nak buat apa2
seluruh jiwaku tertinggal di 
PENANG

Tuesday 4 June 2013

wordless wednesday

comel tak kak ton.kihkihkih...letak gambar utk hilangkan rindu uols pada tuan tanah : kebun lavender tuan tanah bawakan.ehehheh