Wednesday 28 December 2011

cemburu kah aku?

pernah tak korang rasa
mama n abh korang dah beralih arah, ke aku je?
honestly aku tak suka bila mama n abh cam utamakan en somi dari aku
sket2 tanya dia nak mkn apa tgh ari ni
sket2 tanya nak gi mana rini


bukan jeles, rasa cam... ei...sket2 dia, sket2 dia
kenapa tak tanya aku pun
keinginan en somi mesti diutamakan dulu
walaupun mama sakit kaki, tp demi menantu kesayangan sanggup teman berjalan
kalu dulu
layanan 1st class camtu hanya utk aku, tp skang sume en somi
penah retu, tgn en somi luka, mama punya la concern, kelam kabut cari ubat
sumpah sakit hati, aku tak suka !!!
 
 

 anak yg kurang kasih sayang, kesiankan... tak cukup perhatian


3 hari en somi takde disisi aku
aku yg bermaharajalela
aku dapat rasa title ank tunggal tu kembali pd aku semula
syok sgt dilayan cam putri raja...
japgi en somi balik, mesti kasih syg mama abh beralih arah pulak
tgk la tak caye... huuhu...


rasanya ini adalah entry terakhir utk tahun 2011, tak sempat wrap up bagai
pas en suami sampai jap gi
ada short vacation (eh tak la vacation sgt, sini2 je) sblm balik ke borneo
aku nak spend time betul2 dgn family
nak hargai masa bersama
pasni tah bila pulak balik nya. beratnya hati nak pack barang


ok, dadaaaaa readers... insyaallah, jumpa lagi tahun hadapan
*silent mode*

'keunikan' korea utara

rasanya satu dunia dah tau kim jong il, pemimpin korea utara meninggal baru2ni... elok je lepas beberapa hari aku balik korea dengar citer tu.. eh mcm la ko gi jumpa dia retu...oh tidak... nak mam*** g korea utara... kang pergi tak kembali dah ha... actually, aku terpanggil nak citer pasal korea utara ni lepas tgk berita pengkebumian jong il semalam.. pelik betul aku tgk rakyat dia menangis melampau, cam kene pukul meratapi pemergiannya, rupanya bila dah study pasal north korea baru lah aku tau mmg derang diajar utk menghargai pemimpin mereka



  tgk tu menangis bersungguh


Ratusan ribu warga Korea Utara berkumpul di sepanjang laluan bagi memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin mereka. mayat Jong-il diarak sejauh 40 kilometer dalam upacara pengkebumian tersebut.


 seputih salju, oh... rindunya naik main salji itu, ibarat permaidani yg terbentang luas


ini serba ringkas tentang kim jong il


- dilahirkan di Rusia 16 feb 1941 dan diisytiharkan sbg presiden abadi oleh bapanya
 - berketinggian 5’3″. seorang yang pendek.Oleh sebab itu dia benci pd orang yang pendek. seb baik aku tak dilahirkan di north korea. Dia menangkap semua orang pendek dan menghantar ke pulau. beliau tidak mahu penyakit 'pendek' merebak di Korea Utara.
- dia tidak pernah membuang air besar dan kecik
- berusaha “membesarkan” seekor arnab (sebesar raksaksa) untuk mengelakkan rakyatnya kebulur
- pembeli arak Hennessy terbanyak di dunia.Membelanjakan hampir $700,000 setahun
- Tukang masak akan memastikan nasi(beras) yang akan dimakan olehnya sama panjang n sama warna
- akan menyuntik darah anak dara ke dalam badannya, untuk awet muda.
- rakyat diberi tahu bahawa dia dan ayahnya yang mencipta dunia dan mampu mengawal cuaca.


kamu tau tak kegilaan korea utara


::: korea utara mengamalkan sistem tutup pintu, Orang luar tidak boleh masuk dan rakyat sendiri tidak boleh keluar, malah rakyatnya sendiri tidak pernah tahu apa yang ada diluar negara mereka.
::: kanak2 wajib belajar subjek komunis dan penghormatan kepada pemimpin. patut tgk dlm berita derang menangis melampau meratapi kematian kim jong il
::: tiada kebebasan beragama
::: pesalah akan dibunuh di hadapan stadium sambil diperhati oleh org ramai, cth kesalahan adalah. menyimpan stok makanan, membuat panggilan ke luar negara (dianggarkan 700000-3500000 pesalah dihukum)
::: rakyat diberi hak utk mengundi ketika umur 17 tahun, dan hanya ada satu parti shj utk diundi
::: rakyat tidak boleh bersiul kerana dianggap tabu di negara itu.
::: tidak boleh menulis menggunakan dakwat merah khas utk tulis nama org yg meninggal
::: ada saluran tv yg hanya menayangkan permainan video game
::: tayangan iklan di tv lebih lama berbanding tempoh rancangan utama 
::: di sepanjang jalan terdapat  banyak loudspeaker dgn volume semaksimum mungkin mengiklankan produk dagangan dari bawang sehingga produk komputer. 
::: tiada boleh guna pisau untuk memotong  makanan seperti mi, sayuran, daging, dan sebagainya. Mereka menggunakan gunting panjang. 
::: tiada kereta buatan jepun, Semua kereta buatannya sendiri.
::: penomboran rumah yg pelik, kalu di negara lain kan ikut turutan. tp kalu korea utara nombor rumah ikut usia rumah tersebut.maknanya kalu arini ada rumah dibina di penang no 21, dan esok ada rumah baru lagi dibina di johor.maka rumah di johor tu sambung no jadi 22...ha gitu
::: tiada trafic light, tapi ada trafic lady di setiap persimpangan  utk mengawal lalu-lintas di jalan
::: dilarang keluar ketika hujung minggu kecuali tentera dan pegawai pemerintah. Alasan? mencegah pencemaran!  
::: Jalan raya sangat lebar dan sepi sehingga pesawat boleh mendarat



sangat pelik kan negara derang...huhuhu...tetiba rasa teringin nak ke sana... nak tgk cara hidup derang. harap2 anaknya kim jong un yg bakal menggantikannya akan menggunakan sistem pintu terbuka semula.eh?!ada ke. baru boleh melancong ke korea utara pulak pasnih. eh ?! lagi sekali :) ada hati tuhhh

WINTER SONATA 2 : 'seoul' of my heart

ok kita sambung trip ke korea, dalam entry yg lepas, aku asyik ckp, excited tgk budaya derang... jom kita share, my 1st impression ttg korean...


1-sgt tegesa2. tah apa yg dikejarnya aku pun tak tau. jalan pun dah mcm berlari. rimas nengoknya eh


sume wat hal masing2

2-tua atau muda di tgn mesti ada gadget... ada yg tgk tv, ada yg tgk movie. cemana tau ada tv, tgk dia ada antena yg cinonet tu, kecik tp panjang. pelik betul aku... takkan derang sampai tak sempat nak tgk tv kat rumah...ye mereka ini boleh dikategori sbg org yg kuat bekerja... sampaikan beli bhn mentah di dapur pun thru internet, masa tunggu subway... oh derang nak beli brg main scan bar code je taw.tak caya tengok ni.


scan jgn tak scan, jap gi brg sampai ke rumah, tayah nak jem ats jln ke hape...eh bila kat mesia nak wat camni ae


3-satu yang aku puji sikap derang ni adalah... berdisiplin. contohnya, masa nak naik escalator. derang bhg kpd 2 bahagian... belah kanan utk org yg statik means yg mengharapkan gerakan escalator semata2, manakala belah kiri utk org yg berjalan ats escalator, dah la escalator tu bergerak, derang berjalan juga... mungkin yg kejar masa la kot tu. pastu masa balik mesia aku terbawa2 suh en somi dok belah kanan, biar org motong belah kiri.oh terbalik dgn undang2 di highway kita.


berbaris naik  escalator elevator

4-selain drp tu, di dalam subway mereka tidak akan duduk di ruangan org tua atau kurang upaya walaupun tidak dihuni... aku? belasah je...ye la... dari dok biar kosong.tak dihuni sapa2 ... sedangkan kita berdiri. baik duduk. lain la kalu ada ahjuma (makcik) atau ajushi (pakcik) consider la kan, bagi chance derang duduk...

5-pengalaman luar biasa, 1st time naik train dah mcm tin sardin...kamu tau camne rasanya bila belacan dihimpit kimchi... sgt tak best ok.... errr paham ke, belacan tu kita, kimchi tu korean la. derang ni kadang2 ada 1 bau tau, mungkin bau bawang putih atau pun kimchi yg diperap tu kot...tah la

6-kebanyakan ahjumma (makcik) berambut pendek dan kerinting. comel sgt. sama je pesyen nya. kata org, bila  dah tua derang dah malas nak urus rambut, so berambut curl is the best way to urus. ada juga fatwa menyatakan, korean ada simptom rambut botak bila dah tua. jadi bila curl...tak nampak la botak tu. bijak, bijak.... kretip kan... ngeeeee



7- ahjushi dan ahjuma sgt peramah berbanding yg muda mudi ni... walaupun dia tak tau english...dia akn sedaya upaya ckp dgn kita. walaupun dia ckp dalam bhs dia, dan aku akan ckp dlm english...sampai satu tahap tu terkeluar terus bhs sarawak... hambik kau. puas hati aku. abes dah ckp tak paham2 gak... tp salunya... walaupun mcm aym n itik... objektif utama kami tercapai, specially part tanya jalan...

8-sila siap sedia utk dipeluk kalu bergambar dgn ahjushi.. ye derang ni mmg suka peluk gamaknya...tgk gmbr bawah ni. wooii laki aku kat dpn tu, pandang semacam je... babap tgn tu kang. btw gambar bawah ni ada rupa atok dgn cucu tak...mata tu dah sama kan! wink wink




9-korean tak paham apa yg best sgt dgn citer winter sonata tu, dan dia pelik kenapa ramai benar org kita nak gi nami island.

10-org korea sgt suka memuji... sikit sikit... yippo...eheheh malu i taw... nak tau apa maksudnya ... ah malu la nak ckp, cer searh kat gugel tu sendirik... takpun tanya kawan2 yg pandai ckp korea. satu lagi, derang pelik tgk tudung yg kita pakai. mungkin sbb tak byk muslim di sini. boleh pulak kalut dok pegang riben kat kepala aku ni ha. adoi la...aku ckp la, ni aksesori dia je.




11-ada yg tanya " are you indon " gamaknya org indon byk kat sini kot...dan kadang2 bunyi nya mcm " are you indian" tah aku sendiri pun tak tau yg mana 1 yg dia maksudkan...tp kalu yg indian tu jauh beza la dgn aku kot... ngeee

13-aku kenal dgn sorang korean ni, dan tanya.. adakah korean ni mmg spesis yg romantik...kan kalu tgk Kdrama, boleh sampai ngalir2 ayo mata... katanya tidak... dlm drama je gitu... dia sendiri pun geli bila tgk citer2 romantik ni

14-kebanyakan kedai menyediakan khidmat air dan kimchi free...tuang lah byk mana pun... tak de nya dia nak marah... tp jgn mitak horlick, sirap ke... minuman camtu mana ada kat sini... kat sini glemer hot chocolate...sgt best ok... makan di kala suhu nak cecah takat beku...oh rindukan waktu itu




15-kerajaan korea sgt risau dgn masalah rakyatnya yg tidak mahu membiak mengembangkan zuriat. mereka lebih suka jadikan anjing sbg ank atau pun tmpt utk menumpang kasih. terkejut aku tgk derang bawa masuk dlm subway...igt apa benda yg dok terjelir..adeh... dah la anjing dia siap ada baju lagi.topi,rantai, mcm2 aksesori lagi la




16-suka sgt main conteng2. mungkin bagi derang di situlah seninya... aku pun tumpang conteng gak...tehehhehe

17-masuk je kedai derang akan sebut 'annyeong haseyo' bagus kan...cam ucap selamat sejahtera la...so aku pun anyeonghaseyo sama la...tp bunyik nya cam pelik. versi malaysia punya. oh.. ada aku masuk satu kedai tu... dia ckp 'salam 1 malaysia'...vangga gile weh...

18- kes jenayah di sini sgt sedikit... mana taknya... sana sini polis. so rasa cam secure je walaupun keluar lewat mlm. tp, kes bunuh diri byk di korea... specially terjun dari jambatan... punca? adalah stress... mungkin derang ni workerholic sgt kot. sayang nya la, jambatan cantik2...kang jd scary sbb byk roh2 yg tak tenteram pulak




19-sangat suka mengamalkan gaya hidup sihat. hiking + cycling... kalu wiken tu nampak je derang bawa besi agaknya digunakan waktu hiking dalam subway...basikal pun ada...usung skali dlm subway tu...terkojut den...

20-rakyat korea kalu nak masuk muzium ke apa tayah bayar apa2... alasan? bapa dia dah bayar tax... cam cukai la agaknya... eh bapa aku pun bayar cukai apa, tp kenapa kene bayar gak :) ok ko dok mesia. jgn samakan



rasanya itu dulu kot wat masa skang... kalu nak nyatakan perbezaan antara kita dgn derang mmg byk la. berbalik pada entry lepas... lebih kurang 40 minit menikmati panorama kawasan luar bandar korea, kami pun sampai ke seoul.ok layan je la gmbar bawah ni. apa yg aku perhatikan, walaupun seoul negara maju, tp bangunannya takde pun tinggi melangit cam negara kita...sederhana je...paling tinggi pun 63 building..nanti aku tunjuk kat korang bangunan yg gelemer dlm cite my girl ni.









gambar ats ni, adalah perkarangan seoul station, tmpt ni ibarat kl sentral kita. dari sini kitorang bergerak ke windroad n flower guesthouse yg terletak di hyehwa station. masa kat seoul station ni la, aku exposed dgn dunia luar...maksud aku, sebelum ni kan asyik dlm epot, pastu subway... dalam tu ada heater... so tak tau tahap kesejukan yang sebenar. kuar je dari subway... refer to gmbar atas ni... bila bercakap je... kuar asap dari mulut...aku dgn en suami apa lagi. siap main tangkap2 asap each other lagi... abes korean kat situ pelik tgk kitorang. jakun betui la budak2 ni... abes dah ni 1st time... sblm2 ni penah rasa autumn je, dan suhu tak sejuk mana. belas2 je... ini suhu 5 celcius... mana tak jakun oi... ok sepanjang aku berada di sana... suhu di seoul arround -2 hingga 5... seoul pernah mencatatkan suhu -23, kalau tak silap aku la... aku tak tau canne derang boleh tahan dgn suhu gitu. walaubagaimana pun suhu dunia skang sgt tak stabil... hari yang nak gi nami island tu suhu biasa2 je...oh biasa2 di sini masih terpaksa pakai baju berlapis2 dan terpaksa mengalami kebas/beku2 tangan dan tiba2 tgn hilang deria rasa... mcm diinjek ubt bius je... tetiba esoknya suhu drop giler2... mmg tak tahan... asyik cari heater n tanak kuar dari bangunan... oh itu risiko kalu berjalan time winter...ok frends...cukup sini dulu... sblm kita melawat ke tempat2 menarik di korea...next entry ok...


p/s : malam terakhir tanpa en suami. esok dah ada teman.yeay!

Tuesday 27 December 2011

kisah disebalik WW lepas

alkisahnya gini... en suami saja nak test power. kunun nak dukung aku tanpa pengetahuan aku. aku pun tak ready lagi. dgn terkejut semua ada la... sbb depan org, malu kot... tp ni la best moment aku sepanjang kat korea.sampai berguling2 kami dua atas snow tu


best vacation ever !


 ni sebelum kejadian


tah canne dia baling aku ke belakang, skali gedebuk jatuh dua2


yaapadaaaaaaaaa.. bini awk baru 40 kilo. dah tak larat angkat... dah la dpn org.malu saja. salah skill gamaknya dua2 terjatuh. yg lebih teruk sekali. harus lah aku. sbb di bawah... sebaik baju tu waterprof. kalu tak mau kesejukan aku ni


ha ni baru betul... auwwww


utk 2nd trial baru berjaya... elok la, dah gedebuk dulu..sakit montot ok... ngehehe... canne leh jatuh. ke aku dah berat skang ni...tu yg dia tak larat nak angkat tu. oh sebut pasal berat..dok semenanjung, kuat betul aku mkn...nak dok atas penimbang pun takut2.takut takleh terima kenyataan


WORDLESS WEDNESDAY


badan satu, kaki empat
siapa boleh jelaskan keadaan yg sebenar???


my first boots

eh jakun betul minah ni... org lain dah penuh gobok dgn boot pun tak bising2. ye sebab ini yg 1st dan mungkin yg terakhir... tah bila pulak nak g negara beriklim sejuk ni tak tau la kan. tak kan suka2 hati nak pakai kat mesia... demam ka apa... disebabkan ini mungkin yg pertama dan terakhir, tu la aku nak tinggalkan kenangan sket... ngengada kan, gi negara org ber boot bagai... abes, saya ni spesis tak tahan sejuk.. atleast bila pakai boot kurang la sket sejuknya...pakai stokin pun selapis 2 je...




nampak tak???


 ok kasi zoom sket


secara amnya, boot ni mmg memenuhi citarasa aku..dgn bola2 nya...bulu2 nya. rasa warm je...bila pakai pun rasa comfort. malangnya, pada hari ketiga di seoul boot aku dah jadi gini



apa masalahnya? sama ada 


 beli boot murah kah,
aku yg ganas kah,
struktur muka bumi seoul yg berbukit bukau kah
kuat sangat berjalan kah
rajin sangat melompat kah

mana satu jawapan, aku pun tak pasti. tp aku tetap menghargai jasa dia, walaupun bape hari je dia berkhidmat utk aku. oh ada tips utk kamu yg plan nak ke negara bersalji, seeloknya cari la boot yg kalis air cam di bawah ni... belajar dari pengalaman ni. jgn beli yg kain ke, baldu ke... supaya bila snow turun, idok le dia mencair ats boot tu then kene kaki... cam aku, terpaksa beli boot lain lah kat sana dgn rosaknya... hazab oi bila kaki kesejukan+kekejungan+kebekuan, hilang deria rasa segala, nak jalan pun rasa cam tak menapak ke bumi




  korang, perasan tak bukan main byk lagi entry aku publish arini... janji ni yg terakhir utk malam ni. balas dendam agaknya? ye la, nak maraton ni, cer tgk bulan2 sudah, rata2 entry setiap bulan mesti 20 dan ke atas, tp musim cuti sekolah ni merudum melampau. ni pun sbb en somi tak de kat umah...kalu dia ada kat umah, tak de la entry yg terpublish, asyik nak ngendeng2 je, tak pun kuar berjalan.ni nanti en somi pulang ke pangkuan ku lambat pulak la nak update, tp takpe dah nak balik sarawak. eh nak balik dah... waaaaaaa... kejap nya cuti... nak cuti lagi... sonok la kalu tiap2 bulan camni, tayah keje, tp gaji masuk je... pang sekali... ok la dah nak beradu. malam ke dua tanpa en suami disisi..huhuhu...


selamat malam sayang, kenang daku dalam mimpimu


WINTER SONATA 1 : departure n arrival

annyeong haseyo !!! dah lama aku nantikan detik ini. takut abes semua info hilang. ikutkan hati, hari sampai malaysia tu juga aku nak update. tp banyak sgt kekangan.  dan alhamdulilah... akhirnya, dengan izin allah diberi kesempatan utk mencatat perjalanan ke bumi sonata... tu pun setelah menunai segala hutang piutang pada kawan2. oh hadiah kalian baru je eka antar tadi... tinggal sorang je lg yg belum bagi alamay.huhuhu... kewujudan entry ni bukan niat hendak menunjuk nunjuk, tetapi hanyalah sekadar catatan peribadi bersama insan tersayang... rasanya para contestant dah tahu kan... yang eka ke...




korea sempena 2nd anniversary baru2 ni... tahniah...tekaan kamu mmg tepat. persediaan utk percutian kali ini agak kelam kabut padahal ada 2-3 bln preparation tu dgn mak mertua datangnya, dgn baju sejuk yg tak bape nak byk pilihannya la, dgn duit korea takde kat bintulu la ...seb baik la, ada sorang kawan tu tolong tukarkan, mmg penyelamat keadaan...tq kak ina




wah nampak cam org kaya kan. duit 50000, 10000 je semua...walhal bila ditukar ke RM bape la sangat. korea guna won - KRW. tayah pening pening... tutup mata, buang je 3 kosong kat belakang tu, nyemak je cthnya yg 50000 ( 50 x 3 = RM150 )  itu nilai dalam mesia... tp selama kat korea 1000 won yg sepatutnya RM 3 tu, aku anggap macam RM 1 kita je nilai nya... sbb skali naik subway regenya adalah 1000 won. kalu mkn pulak salunya 4000 won (RM 12) tu hanyalah makanan korea. kalu nasi ke hape, sepinggan dalam 15000 won ( RM 45) agak mahal la berbanding di malaysia. syukur jadi rakyat malaysia. tp yg bestnya... kita boleh dapat baju, krim, lotion, lip balm dgn 3000 won... see baju pun sama mahal dgn makanan... kalu kita, makanan lebih murah dari harga baju kan. tu yg tak de istilah kebulur kat mesia....


sebelum sampai ke korea. kitorang terpaksa berkampung di airport. dah rupa kaum nomad kekdahnya. abes... dari bintulu mana ada flight terus ke incheon... mesti transit kat kl dulu...dah la dr sana  naik MAS, sampai KLIA kene tukar ke LCCT sbb kami hanya mampu naik AA ke korea ... haisy tak ke 2-3 kali keje namanya tu. dah la jahil bab nak tukar2... sebaik signboard kat klia friendly... so ikut je signboard utk amik bas ke lcct ... dah sampai lcct, kene tunggu kat 6 jam gak, sblm flight berlepas.. fuh bosan giler... tp teruja tgk org lain sume dok study pasal korea...jumpa sorang cikgu tu, nak melancong ke korea gak... kebetulan... so share la info2 penting pasal korea... ramai juga org mesia ke sana... siap bawa family lagi. best kan. setelah tonggeng tebalik dlm epot tu, akhirnya tanggal 30 november 2011, aku dan en suami pun bersiap sedia utk ke south korea.



masuk je dlm perut kapal, terus didendangkan dgn lagu korea. berkobar2 la aku... makin tak sabar nak sampai. kali ni aku naik air asia X, masa gi hong kong n macau dulu tak X pun.air asia biasa je,apa beza air asia X dgn air asia biasa adalah... air asia X lebih besar...ada 3 line (3x3)...salunya kan 2line je.





seperti yang aku beritahu dlm entry sebelum ni, aku amik hot seat.aku igt yg mcm katil tu, cetek akal betul aku ni ... yaaaaaapada... bayar siket nak lebih kan...rupanya yg katil tu namanya set premium da... yg hot seat ni...cuma tmpt letak kakinya luas sket je. cer tgk siap leh 'sidai' kaki lagi




so, my suggestion, tayah la kot amik hot seat ni...membazir kat 500 utk 2 org. tu yg flight ticket kitorang rege kat 2k...gatai pi tambah. kalu tak... campur2 tax+meal+luggage sume dlm 1.5k je. btw, nampak tak hantu kum2 ke hantu bungkus, kat sebelah tu... oh malas nak kata apa... masuk je dalam perut kapal terus tido... pastu org bagi makan, dia bgn... pastu tido balik...sampai la kapal terbang landing ke bumi... senang bela betul... untung isteri dia :) lebih kurang 6 jam dalam perut kapal. kapten pun announce suhu kat luar lebih kurang 2 C... phewww... terus teringat... alamak baju sejuk lam luggage... tp nasib menyebelahi aku... tayah jalan jauh...dia terus sambung dari perut kapal ke terminal. dalam epot dia pasang heater...so tayah risau kesejukan...




muka adalah sgt selekeh. muka br bgn dr tido. pastu terus caaarrrgas sbb kene menapak. incheon airport sangat lah bersih + besar... tak terjalan rasanya... patutlah epot ni di nobatkan sbg airport terbaik... mmg layak pun la... bayangkan, nak claim baggage pun dia sediakan train.so tayah penat2 jalan :)




cuma kena tunggu lebih kurang 5 minit je... pastu berdesyup sampai ke tmpt amik lugage. oh ya imegresen di korea sgt tak byk kerenah, smooth je... mungkin dia pun takut nak soal lebih2 kang tak terjawab pulak.ngeeee... pas amik lugage, kitorang singgah family mart. utk beli Tmoney




apa kebendanya Tmoney ni??? kad yg mcm touch n go tu...bila nak masuk n keluar subway swipe je, setle..untung ok... patutnya naik subway rege dlm 1000 won (utk 10 km yg pertama ke apa tah) tp dgn Tmoney dapat 900 won je. selain drp tu, kad ni boleh digunakan utk membeli brg di mana2 family mart, GS 25, 7E, atau mana2 kedai serbaneka. harga kad ni hanya 2500 won. nilai dalamnya kosong so kita kene reload...selama dok sana, nilai yg aku masukkan ke dalam Tmoney adalah 40000 won utk setiap kad, which kad aku + en suami. abes tak kan nak kongsi... gumana nak pakai masa nak masuk subway... dingatkan, nasihat utk traveler juga, jgn convert won to RM, anggap je 40000=RM40 :) padahal nilai yg sebenar 40000 = RM120. kalu tak ko akan rasa serba salah. banyak o... 120 tu leh dpt baju + seluar. tp berbaloi la sbb kami jadikan subway sbg pengangkutan utama... kad ni boleh ditebus guna balik actually, kot ada balance kan... tp kena cas 500 won ke bape tah... tp aku tanak... saja bawa balik utk kenangan :) disebabkan kami sampai awal pagi, makanya kitorang laki bini beli makanan sesiap tuk breakfst... walhal ada je chicken mc deluxe beli kat lcct tadi




roti tajuk SHANY ni mmg tak perlu diragui kehalalannya... sbb aku dah check kat website, dan student2 mesia yg belajar di korea pun ckp boleh mkn. yg sebelah tu adalah air aloevera n banana milk... banana milk ni sgt cedap... retu siap bawa balik berbundut2 lagi nak bg org kampung rasa... idok le org kampung sgt, famili terdekat je la. derang pun setuju dgn aku...sedap katanya...yg aloevera tu pun superb...rasa pati2 dia waktu minum. yg tu pun beli byk utk supplement katanya...kot cantik cam retis korea kan....cis verangan ko eka... pas dah beli bekalan utk bekfes, aku cari port baik punya, utk geledah lugage ku yg besar gedabak...besar kenapa...sbb penuh dgn baju sejuk.




hehehehe...dah tukar uniform musim salju... ha kan comey tu... tadi muka sememeh, cam pekasam je... ni dah mandi 'p ramlee' segar la sikit.  skang ready utk ke seoul. ye epot nya terletak jauh dari bandar. apa yg aku perhatikan zaman skang byk negara bt epot di luar bandar... dari incheon ke seoul ada 2 option, bas atau subway... subway pulak... ada 2 jenis...satu yg express mahal sket, tp laju... sbb direct trs ke seoul. satu lg, train biasa je, dia byk stop, lebih kurang 8 stop, agak lama, dekat 40 minit, tp murah... agak2 aku pilih yg mana. harusah yang murahan tu... :) budget weh... lagipun dapat menghayati panorama di luar sana... dalam 4700 won je kalau tak silap dari incheon ke seoul station...canne nak cari train murah ni? tgk je lambang2 ni...confirm sampai




pastu akan nampak tmpt swipe Tmoney belah kiri... mmg akan nampak punya la. kalu tak sure tanya org ok... part paling best masa nak swipe T money. masing2 takut2. yela kang swipe tak bunyi tettt tu canne? ada dlm 5 minit kami dok perhati korean swipe kat situ.lucu cam org kampung betui la aku ni...tp mmg org kampung  pun...hehehe... lrt kat kl pun tak pandai ... abes kalu dah turun kl, sedara mara yg bawa berjalan... tp sejak gi hong kong ada improve sket la. cumanya subway di korea ni lebih complicated. ada lebih kurang 16 line yg bersimpang siur. tp tak susah mana pun.main lompat2 je... sbb dari satu station ke station lain tak perlu keluar...semua dlm station yg sama.  utk memudahkan kerja, sila minta seoul metro subway route berhampiran dgn tmpt swipe ni. tak pun print je sesiap yang ni. kot tak ubah la... :)




gigih o...selama 40 minit dalam train, aku tak tido langsung.excited!excited tgk ragam korean... diingatkan masa aku pegi ni adalah peralihan musim autumn to winter...tp sejuk adalah sgt melampau. sepanjang berada di sana, suhu antara -2 hingga 5 C. 1st time aku merasa suhu sesejuk ini...asap kuar dr mulut tayah citer la...tgn kebas je...dari segi pemandangan pulak...di seoul masih ada dedaunan yg kaler maler... i likeee... maple leave pun ada lagi... tp di kawasan pedalaman salji dah mula turun.so sepanjang keberadaan aku di sana, aku dpt rasa 2 musim dan 2 pandangan yg berbeza


autumn


winter

so... are you ready dear ???

crochet : cara membuat kopiah

assalamualaikum, entry ini dituju khas buat misskirokuza... dah lama sgt aku hold permintaannya... ampun... arini baru ada kelapangan...eka harap...reha paham la ye tutorial ni... actually ada video..tp kenapa lama gile ye kalu eka nak upload... ke eka yg tak reti...so eka tunjuk dgn simbol je la...yg bulat2 tu = tali air (chain) dan yg membujur tu adalah half double crochet (HDC)... eka pun tak tau betul tak org panggil benda ni.tp bila eka search kat tenet, katanya itu adalah half double crochet.leh tgk kat sini cara nak buat


round 1 : buat tali air (chain) sebanyak 6 kali, kenapa 6 kali, sbb bunga kopiah ni ada 6 kelopak kemudian sambungkan di permulaannya membentuk bulatan seperti ini





round 2 : dalam setiap tali air tadi buat 1 HDC, 2 chain... ulang sebanyak 6 kali, mesti buat di dalam setiap lubang chain...ni ada skematik drawing dan juga gambar yang real



round 3 : ini adalah asas kelopak kopiah ye... so tgk betul2, jgn silap...
buat 3 HDC mesti di atas chain round 2 tadi, pandai2 la masuk dlm lubang tu disusuli 2 chain (ulang 6 kali)


round 4 : buat 5 HDC di atas HDC round 3 tadi, then 2 chain (ulang 6 kali)


round 5 : buat 3 HDC, 2 chain, 3HDC, di atas HDC round 4 tadi disusuli 2 chain (ulang sebanyak 6 kali)


round 6 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 3 HDC, 2 chain. kalu perasan, waktu ni kita akan nampak bayang kelopak kopiah


round 7 : sama juga, cam ats tadi, ubah yg kaler oren tu je 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 1HDC , 2 chain, 3 HDC, 2 chain ulang 6 kali


round 8 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 1HDC, 2 chain, 1HDC , 2 chain, 3 HDC, 2 chain ulang 6 kali



round 9 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 1HDC, 2 chain, 1HDC, 2 chain, 1HDC , 2 chain, 3 HDC, 2 chain ulang 6 kali


round 10 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 1HDC, 2 chain, 1HDC, 2 chain, 3 HDC, 2 chain, 1 HDC 2 chain (ulang 6 kali)

round 11 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC, 2 chain, 1HDC,  2 chain, 3 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC 2 chain (ulang 6 kali)

round 12 : 3 HDC, 2 chain,1 HDC,  , 2 chain, 3 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain (ulang 6 kali)

round 13 : 3 HDC, 2 chain, 3 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain, 1 HDC, 2 chain (ulang 6 kali)

round 14, 15, dan 16 : HDC bagi setiap lubang/chain
selamat mencuba

Monday 26 December 2011

pemenang CONTEST JOM RAIKAN CINTA

ok tak main2 lagi...ni betul betul punya... eka nekad nak umumkan pemenangnya hari ini juga..para pemenang sila berikan address dan no phonearitu lupa nak mitak no fon secepat mungkin... sbb eka nak antar sebelum balik sarawak... sebelum eka umumkan pemenangnya... eka nak minta maaf kalau ada yg tak puas hati dgn keputusan yg akan diumumkan... keputusan sepakat dicapai oleh kami dua laki bini berdasarkan kriteria yg ditetapkan dalam entry sebelum ni ... sesungguhnya, semua peserta memberikan cadangan tmpt yg menarik...sangat2... jgn igt, yang saguhati tu tak best... kamu dah buat eka takkeruan dgn gambar2 yg ditunjukkan, dan disebabkan itulah eka dan en suami bersetuju memberikan hadiah kpd setiap org yg join contest ni sbg tanda penghargaan kerana sudi meluangkan masa utk membuat contest ni...thanx for your support. tanpa membuang masa... jom kita umumkan pemenang contest jom raikan cinta

1st : aisyah clap clap clap...nanti cakap ye baju tu muat ke tak, eka tak tau saiz bdn aisyah
2nd : fara harap awak suka dgn sudu n chopstic korea tu
3rd : diari melur pasni menulis sakan la yer :) jgn lupa bagi alamat ye
4th : kekda jenuh la nak buka hadiah misteri tu nanti...sumpah eka tak de niat nak bt naya kat kekda


misskirokuza , eka perlukan alamat, eka ada hutang kat reha...tutorial wat kopiah.dlm tempoh pembikinan juga ni
eida, jenuh la nak buka hadiah eka tu nanti
sara, awak nya alamat lom antar lagi, cepat antar taw, nanti kang hadiah kene lelong :)
susu, thanx sbb jadi org yg terawal buat contest ni... thanx support eka
ome , eka perlukan nama penuh ome


oh dalam entry lepas, hadiah hanya disediakan untuk tempat pertama hingga ketiga, dan 6 hadiah saguhati...malangnya peserta no 3 dan 4 mempunyai markah yg hampir sama. maka pihak penganjur menyediakan hadiah misteri untuk pemenang ke -4 selain daripada memiliki kalender...





sebelum hadiah ni sampai ke tangan korang, eka nak minta maaf awal2... sbb sedikit hazab bila nak buka hadiah2 ni...kalender tu eka balut dgn berlapis2 surat khabar sbb takut rosak ... pastu, hasil balutan yg 'terlebih kretip' dari eka n famili, ye mama + abah + en suami terlibat sama dalam pembungkusan hadiah ni...derang balut dgn kasih sayang lagi. abes sume barang yg ada dlm umah ni digunakan... kertas tu dipotong dgn menggunakan gunting ikan dan pisau potong bawang... harap maklum di rumah ni mmg takde stationary, kertas tulis alamat tu pun adalah recycle paper. ngeeeeeeee... pesanan penaja : hati2 buka ye, jgn sampai terkoyak kalendernya.

ok setle... dengan terpublish nya entry ini... maka kurang la satu beban di bahu ku ini... oh rasa tak best taw...pabila kita janji dgn org, tapi tak ditunaikan. arini rasa lega sgt.leh tido lena....ohh malam kedua tanpa en suami... :( semalam tido pukul 5 lebih... bantal peluk takde.

p/s : pada sesapa yg belum bagi address tu sila berbuat demikian ye...
p/s lagi : sudilah kiranya kamu2 terima hadiah yg tak seberapa ni... bila dah dapat hadiah tu bg tau yer...jgn serik join contest eka lagi