Saturday 29 December 2012

hai hai...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

haiyohhh lamanya tak buka blog. taktau nak tulis apa
taktau nak mula dari mana

apa2 pun
alhamdulilah... tuan hamba telah selamat mendarat semalam ke Penang...
dan hari ni akan terbang ke Bintulu
yer tmpt ku mencari rezeki sesuap nasi

 
kamu2 semua camne? sihat?
harap2 sihat la yer...


nah snow utk kamu2 semua, sambut tau



Sunday 16 December 2012

takde tajuk

kejap je cuti sekolah
dah nak sampai ke penghujungnya
dlm masa beberapa hari je lg aku dpt bersama dgn kuarga ku
tolak honeymoon minggu ni dgn minggu dpn nu
hm...dpt la bape jam je
dgn saki baki yg ada, aku nak nikmati cuti semaksimum mungkin



semalam keputusan rayuan perpindahan dah keluar
dannnn jawapannya adalah
GAGAL
terus rasa tak semangat nak bercuti
seriusly aku tak buat persediaan apa lagi ni
main redah je
again...doa kalian amat diperlukan
semoga perjalananku ke sana berjalan lancar
amin...



ramalan semata

peringatan : apa yg dibaca kejap lagi, jgn terlampau percaya, kita tak tau apa yg berlaku, hanya ALLAH je yg tau.apa pun doakan kami selamat yer.sbb time ni kan kami masih di sana
 
Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.
Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.
Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kitaakan melihat dunia yang baru ( Dark of the Earth ). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
Semasa kejadian ini berlaku, bersedialah, ketenangan amatlah diperlukan, saling berhubung antara satu sama lain, berdoa, dan terus berdoa. Beristirehatlah di rumah selama 3 hari tu
Banyak perbahasan tentang apa yang akan terjadi 3 hari tersebut tapi ramai yang tidak percaya. Gini je lah!, kita tunggu dan lihat je lah nanti pada 23, 24 dan 24 Disember 2012 tu, ni hanyalah jangkaan atau ramalan manusia je, tak pasti. Tapi kalau benar-benar terjadi, sekurang-kurang kita dah tahu dan bersedia menghadapi dunia baru selama 3 hari tu nanti.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya, wallahu ‘alam
 detail sini 

Wednesday 12 December 2012

galeri pak ucop



ehhh.. bukan bukan.. bukan yang ni,ni galeri winter sonata



galeri pak ucop yang ni... ha... sarang hamster kat situ pulak


kasi zoom sket

ni la keluarga kecil aku.lupa pulak nak cuci gambar aku masa baby.next time maybe

web check in AA : 14 hari sblm departure

sebelum ni, sebulan sebelum departure aku dah web check ini. ok jer... tetiba smlm nak web check in tak dpt. sejak bila AA wat sistem camni eh.nampak sangat la dah lama tak naik AA... ehehe...


Tuesday 11 December 2012

TIPS KE SINGAPORE

gigih kan... Singapore je pun... sume org pun penah pegi... tapi nak juga share kat sini... poyo tul la ko ni eka... bukan apa.. senang nak jadikan panduan bila re-visit again. eh? re visit? yer... ada benda yg tak kesampaian utk lawatan kali ni. ralat sbb tak dpt bawa ma parent tgk song of the sea kat sentosa island. disebabkan show ni la aku teruja nak bawa derang ke kota singa. sbb masa aku ke singapore beberapa tahun lepas, song of the sea antara show yg menawan hati aku, bermula dari situ, terus pasang niat, satu masa nanti aku nak bawa parent aku ke sini...

lawatan kali ni berbeza dgn trip2 sebelumnya kerana, kali ni aku ke Singapore dgn cara bajet lagi berhemah. sbb apa berhemah. sbb menggunakan pengangkutan awam semata... iaitu bas... i like... benda2 yg bajet ni...just for sharing. ( note : SGD 100 = RM 252 taw, tanggal 12.11.2012 )



 :::::TRANSPORTATION:::::


utk ke Singapore, ada 3 cara :

1.naik bas odyssey kat TUNE HOTEL. bas ni ada 2 sesi, 1st session gerak ke Singapore kul 7pg, balik pukul 7 mlm. 2nd session bertolak pukul 10 dan pulang ke Malaysia pukul 10 mlm. bas ni BUKAN hanya utk penduduk di tune hotel sahaja. yg dok kat KOZI hotel  atau mana2 hotel pun buuuleh.tp kene berjalan siket la :) aku rasa odyssey ni cam ada link dgn tune, sbb masa nak book tune tu hari, kat part ADD ON ada tulis odyssey coach to RWS.yg menguntungkan adalah penduduk tune hotel la... sbb dpt la kurang 5 ringgit, yg mana rege asal tiket bas adalah RM 30 return.tp yg duduk tune dpt special price RM 25/pax (return).


tgk.. 4 org baru RM 100 utk bas :) sori, ink abes, so kelabu asap la akunya ketas ni.


once check in kat tune hotel, dia akan bg cam voucher untuk redeem tiket bas kat odyssey.
 ingat !!! tiket harus di redeem sehari sebelum berlepas. dan pejabat dia buka office hour taw. andai kata korang terrr check in lewat sila beritahu pihak odyssey. ( Sufian- 072323092/ 0197525077 )


 jgn risau utk susah payah nak cari pejabat odyssey... pejabat dia bwh tune hotel danga bay ni jer


ni la tiket bas yg telah di redeem tadi :)



kelebihan naik bas ni adalah.......... tak perlu rushing kat imegresen.sbb odyssey bus setia menanti anda. ko lambat camne pun dia tunggu jer... pergi dan balik. satu lagi, sila igt no plat bas untuk memudahkan urusan dan juga pegisian borang declaration.nanti aku citer k...





2.naik bas awam kat larkin. platform 14. tajuk bas adalah AIR-CON EXPRESS. pergi RM 3.30/pax dan balik <2.5 dolar/pax. total plus minus RM 10/pax return. lebih lumayan kan... bas ni akan direct terus ke Queen Street, singapore, dekat sgt dgn MRT, Bugis Street n murtabak zam zam tu :)


bas ni sgt la byk, jadi anda tak perlu risau kalu terlepas masa kat imegresen nanti, tunjuk je tiket yg kita beli tadi tu, then terus naik atas, dgn syarat bas yg anda naik tu mesti sama cap


jgn buang ye tiet ni, sbb valid utk MALAYSIA dan SINGAPORE


kelebihan naik bas ni : murah, selesa, cepat... sbb ni bas express, dia tak ronda mana2



3. naik bas kat KOTARAYA.. oh yang ni aku tak pasti sbb aku tak penah mencuba.apa2 pun... tanya je org.malu bertanya kawan...sesat cari jalan pulang... :)





 :::: ACCOMODATION:::::

disebabkan trip kali ni adalah berjimat cermat. maka kami suami isteri sepakat utk tinggal di Malaysia sajo... jadi setiap hari kami ulang alik ke Singapore... kelemahan guna cara ni adalah... penat kat imegresen la. nak kene turun naik.. hmmm... tp takpe... bajet punya pasai... i sanggup jer. actualy byk hotel di johor ni.tp i prefer u dok area JB. cam aku, pilih tune hotel danga bay.. kenapa?


::: murah
::: ada pakej ke legoland + USS
::: dekat  dgn mall, city square n angsana...
::: dekat dgn sumber makanan, tak caya tgk gambar ni... 

 gambar di ambil dari tune hotel, walking distance dah boleh sampai SEKINCHAN IKAN BAKAR


kelemahan dok tune hotel? sempit... tak payah nak demand sgt. u get wat u paid kan... kalu tanak dok tune, ada 2-3 hotel/motel juga area sini. tp make sure book awal2 specially musim cuti sekolah.pada yg nak stay tune hotel. sila alert sket.tune ni kalu buat promotion mmg gila2. tak tercapai dek akal.


ada ke satu mlm RM 0.25. mmg tak kan dpt di mana2 la kan, tp tu tak masuk ekon n tv :)


selain drp tu, aku perhatikan byk hotel menyediakan pakej ke USS n legoland, antaranya Hotel Seri Malaysia, The Zon Regency


:::: MRT / LRT MAP::::

ni penting utk backpack. map 2012. print sesiap utk merancang perjalanan anda


:::: LAIN2 HAL ::::

bawa bersama
-pen
-wet tisue
-mineral water utk shi2, bawa dari Malaysia jimat sket.imegresen tak marah pun
-rain coat cap watson tak sampai RM 4 (ada game yg kene percik2 dgn air, kat USS mahal)
-jgn bawa chewing gum ke singapore
-kalu smoking pastikan masa kat imegresen jgn bawa satu kotak rokok penuh dan belum diusik
-beli tiket USS via online. murah
-dilarang meludah dan buang sampah


:::: TOTAL EXPENSES ::::

day 1 (RM 260 per pax)
USS ticket RM 157 igt dptkan rege murah di sini
tune hotel 4H3M RM 58 pax
odyssey bas RM 25 return


day 2 (RM 80 per pax)
naik public bas kat larkin RM10 return
pergi Bugis Street, Arab Street, Masjid Sultan, Merlion Park, Marina Bay,Orchard Road by subway, anggaran RM 10
masuk sentosa island beli EVENING PLAY PASS RM 60


total day 1 and day 2 = RM 340  tak masuk makanan dan souvenir, tp utk selamat, spend lebih pun takpe



nota :
makanan dan sourvenir tuk kawan2 ko anggar je RM80 utk sehari, kalu 2 hari = RM 160. makanan agak mahal specially dlm USS, spend sorang RM50 sekali makan, kalu nak jimat bw bekal taw. kalu kat luar pulak, harga makanan kat Malaysia ko darab kan je dgn dua. murtabak yg glemer tu regenya = 5 dolar, tp besar gile murtabaknya, nasi beriyani = 6 dolar. duit minyak pulak, png ke JB dlm RM50 mmh lumayan si blacky aku ni. pahtu, tol dlm RM 80 gitu... anggaran saja la...



kesian snowy

sejak blacky datang... tau apa jadi pada snowy???


 


kesian kan. jadi rumah tumpangan noni dgn upin, sejak aku balik, tak sempat bw snowy lagi
 


tengok... blacky ditatang bagai minyak yg penuh


dah la dpt tmpt 1st class di selimutkan lagi... tiap2 ari di cuci dulu masa mula2 dpt snowy pun camtu gak,syg la awal2 kan... pastu .... hmmm habis madu sepah di buang.. eh bukan2...ni semua sbb nak bg reward utk snowy, setelah  cukup 5 tahun kasi dia rehat.... boleh camtu...


p/s : oh bukan aku yg rajin nak selimut segala... abah ler yg buat..



Monday 10 December 2012

masalah. oh problem

ada beberapa perkara yg membelenggu aku masa kini. apa lagi kalu bukan urusan PERPINDAHAN aku. keputusannya tak dpt lagi... 17 ni baru dpt tau... katanya la... sekali postpon lagi... cam sebelum2 ni la... haru biru. jd sebelum apa2, kene buat plan A and B... dah la 20 tu sambutan anniversary ke 3. lama pulak tu, 28 baru aku balik mesia. sungguh takde rasa excited pun nak travel dis time... sbb byk benda kene pikir. haiya...dah tu, 30 kene gerak ke Bintulu pulak. Seriusly, keputusan perpindahan sedikit sebanyak memberi kesan pada hidup aku...andai kata dapat pindah hujung thn ni.. alhamdulilah... semua selesai...










TAPI,





KALAU TAK DAPAT PINDAH !!!
-aku igt nak bawa parent aku ke Sarawak, senang sket...  sakit dmm aku leh tgk tgk kan
-bila derang ke Sarawak, kemungkinan rumah skang ni


akan disewa ~~~ nak kene tanggung risiko, buatnya penyewa tu spesis pengotor ke.aduh aku lemah sket yang ni ni... dan agak cerewet bab kebersihan. specially kalu aku nampak spesis manusia yg suka korek2 tahi hidung pastu jentik merata2. aku TAK SUKA !!!



atau


lebih menyakitkan nak kene jual !!! ni cadangan abh. oh no rugi. dah byk aku reno rumah ni... baru je nak merasa, bayangkan baru siap masa raya tuhari.
-2 minggu lepas baru je wat penanaman semula kat kebun aku tu ha...
-pastu kucing ikan hamster nak letak mana...sayang nya la




atau



tinggalkan mama-abah di Penang ~~~ rasa cam tak sanggup nak berjauhan lagi setahun dgn derang. memandangkan usia mereka yg kian bertambah.patutnya umur2 gini, turn aku jaga derang kan. tp tu la, kalu derang ada di sini, atleast leh la derang tgk2 kan rumah. sesekali balik kampung kan.



aku ada bincang dgn mama abh, tanya hal ni... masing2 serah pada aku, mcm aku pulak ketua keluarga...tolong tolong...apa patut aku buat.


p/s : cup, sesapa ada kenal dgn agen tuk shipping/kargo bagi tau yer...sb g persediaan awal

dah kene limit la pulak

sambungan dari sini




akhirnya dpt la juga ke butik fareeda merembat tudung 'sehelai dua'... rupanya sepanjang cuti sekolah ni, butik fareeda (penang) hanya buka Khamis, Jumaat, Sabtu. dah tu siap kene amik nombor sama cam bangi...sabar je la...pastu dia limit kan sorang customer sehelai sahaja. sebab? nak bg semua org merasa, kalu tak limit cpt je habis katanya la. kalu spesis 'tamok bin haloba' cam aku ni, mana cukup selai kan... jadi? camne aku buat, aku guna nama abah n mama, satu lagi nak tau aku amik nama sapa.oh panjang citernya. bukan apa... beli kat butik lebih murah dari beli online. tu yg aku pulun tu...




Sunday 9 December 2012

LAILATUL LAILA utk abah

weekend lepas dari pagi cari baju raya
baju raya? awalnya?
ye mmg kebiasaan aku beli awal2
andai kata aku tak dpt pindah lagi hujung thn ni
maka aku takde chance lagi dah nak cari baju raya
kalu balik cuti setakat seminggu dua
oh sgt rushing tak sempat nak pilih2 baju raya
so langkah selamat adalah beli baju raya awal2..
ok bukan nak citer pasal baju raya yer, nak cerita dialog antara anak (aku) dgn bapa


abah : pasni kta nak gi mana
anak : kita gi nagoya cari baju raya
abah : baju raya ???
anak : yer...


pastu slow je abah ckp, mama la yg dengar, sbb aku kat blkg.


abah : satu utk mama, satu utk abah, satu utk kakak, satu utk oih (kakak dan oih tu adalah panggilan manja aku dan en suami) satu lagi utk lailatul laila

serius aku tak tau apa2 masa tu. lgsg tak igt cerita ini. tiba2 mama gelak besar...


mama : lama tak sebut pasal lailatul laila
anak : sapa tu ma?
mama : cucu dia la


aduhai, cucu abah maknanya ank aku la, sbb mama abh mana ada ank lain. hahahha.... sampai rumah, laju2 aku buka kalender tgk raya bulan bape. tgk2 raya bulan 8.. tefon en somi then cerita pasal lailatul laila tadi. terus cakap. mana sempat nak bagi abah lailatul laila... ada masa 8 bulan je lagi... tak sempat la



kesian abah, sekali lagi aku hancurkan harapannya. sob sob sob...


resepi durian crepe

aiseyman.. nak juga kan..ok ok... ni hanya utk rujukan aku jer. nenanti nak buat senang sket... ok jom tgk bahan2 nya


BAHAN CREPE (utk 12 ketul)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar gula halus
40ml susu cair- aku guna dutch lady full cream tuh sengah cawan
160 ml air -aku guna 1 gelas
1 biji telur
3 sudu butter yg dicairkan
1 sudu kecil esen vanilla
3-4 titik pewarna

Cara-cara
1.campakkan semua bahan bertulisan hijau dalam bowl. dah sebati, masukkan dlm blander.

2.then masukkan bahan yg bertulisan kuning satu per satu... dah sebati, tapis yer adik2. mudah kan? oh jgn risau.. sebatian ini mmg cair jgn dah nampak cair gi tambah tepung lak...

3.dgn menggunakan non stick pan, sendukkan adunan tadi... buat cam lempeng tu.nipis2 tau.nanti tak cantik. amaran keras : jgn terbalikkan crepe ni, sbb yg belah hangit akan berada di dlm, dan yg halus mulus tu kat luar.err paham ker :)
 
 
::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



BAHAN FILLING
150 ml non dairy topping whipping cream- aku beli yg tajuk RICH tu
1/2 sudu gula halus- sket je takut manis sgt lak karang
6 ulas isi durian-biji tu buang dlm tong sampah, masuk dlm bekas, tak yah buat apa2

Cara-cara
1-masukkan whipping cream dan gula. pukul dgn mixer hingga kental dan gebus. camne nak tau dah gebus. sauk kan cream tu dgn sudu dia tak jatuh.melekat je kat sudu... ha...dah gebu la tu


crepe yg dah dimasak, lapik2 kan je, jgn risau dia tak melekat, sbb kita dah masukkan mentega kan

2. dah siap semua bahan, tiba masa utk membalut. caranya...
::: letak cream di tengah2 crepe
::: lapisan kedua, isi durian tadi
::: lapisan terakhir, letak cream lagi sekali. kiranya durian kat tgh2 diapit oleh cream la
::: pastu balut, cara balutnya tarik crepe kiri dan kanan utk tutup bhg cream, pastu, tarik ats bawah pulak... ala susah2 sgt tgk sini la :)



comot sgt2.org suruh wat bentuk bulat, tp pentagon jadinya.abes kecik2 tgn takmo bedung

Saturday 8 December 2012

Keajaiban di peperangan Gaza

subhanallah..Allah Akhbar......


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden I

katan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Ga
za:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Allah...Allah...Allah...

Sumber: Akademi Al-Quran
 
p/s : meremang bila baca keajaiban di Gaza. ALLAHUAKBAR !!!!

Friday 7 December 2012

tujuan post wedding

hah kau.. tujuan segala. ye la sebelum mengajukan sesuatu cadangan pada big boss, mesti la ada paper work nya... baru approve... bila ditanya soalan ini... aku ckp satu je... utk KENANG-KENANGAN. then, baru en suami usulkan idea gile dia utk wat back to school. since aku sendiri takde collection gambar masa zaman sekolah, bagus juga cadangan dia nak mengimbau semula kenangan dgn memakai uniform sekolah...
 
 
ramai yg tanya, korang bercinta dari zaman sekolah ke ??? tidak jawapannya...
aku dgn en suami bukan bercinta dari zaman sekolah, kami jumpa sbb tuntutan kerja. kebetulan posting satu sekolah. mula2 igt nak buat citer betul2 la, dr mula aku turun kapal terbang en somi angkat luggage aku, pastu ke kuarters guru, tp cam... ala leceh nya sbb kene shoot byk tmpt. jd kitorang ubah citer sket... ehehhe... biarpun jalan ceritanya lain, tp lokasi penggambaran dan scene en somi ngorat aku dulu adalah sama... :) sekali tgk gambar2,  membuatkan aku teringat detik2 indah en suami approach aku. hehehehehhe


Thursday 6 December 2012

my post wedding

niat asalnya, kami nak buat post wedding tepat pada hari aniversary. kira nak wat kelainan utk thn ni... tp disebabkan ada masalah teknikal, ubah plan... so publish hari anniv pun ok la...teheheh... dari pagi td lagi aku try utk publish entry ni. malangnya, tak tau apa masalah blog ni. nak large n edit html pun tak dpt... geram haku. ni dah tahap give up ni, terima je la gambar kelabu hasap ni yer...


 
























































 
 





 






























 
 
actually byk lagi gambar ni ha... tp simpanan peribadi je la kot... kat sini pun ada sket