Monday 30 April 2012

B3rSiH

selama ni aku sbg pemerhati je... aku tak suka dan tak pandai ckp bab2ni... tp bila aku tgk kat tivi + blog asyik citer pasal bersih aku jadi muak...  jadi izinkan aku meluahkan apa yg terpendam di hati... dan jgn ada yg terasa


seriusly, masa aku tgk berita tadi
sedih + malu + marah semua ada

sedih bila tgk org kita sendiri yg menyebabkan kekecohan ni berlaku
sedih sbb ramai yg tercedera, luka sana luka sini

malu pada negara lain, di mata mereka, kita negara yg aman, tiba2.... apa pandangan pelancong yg berada di situ?
malu dgn sikap mereke yg terkinja2 menjerit, seolah2 hero di medan perang, yg muda pun sama naik, entah tau ke tidak, silap2 main nak ikut org je tu...

marah sbb  mereka2 ini memburukkan nama baik malaysia
marah bila negara luar mula memandang rendah pada malaysia, silap2 ada yg buat 'teouk tangan' bila negara kita jadi macam ni


aku buka fb BERSIH tadi, derang kata 'the police is terrorist' bertindak ganas and bla bla bla. padahal, kalu ko just jalan2 kat situ, ada polis nak cekup korang... ko gi rempuh pagar tu apasal... ikut je la ckp polis, dah polis tak bagi rempuh ko duduk la dendiam2 kat situ..igt senag ke nak kawal beribu manusia dlm masa yg sama... polis tanak ko rempuh tu mesti ada sebab musabab nya, sama gak aku sbg guru, suruh murid2 beratur masa nak turun ke kantin. terpaksa berpanas beratur panjang berjela , apa sebabnya, spy murid2 tak tolak menolak, kang terjatuh tangga, sapa susah...ehhh masuk bab lain dah ni... ok, aku yakin kalu ko sbg polis waktu tu, ko pun akan bertindak seperti itu. polis hanya bekerja mengikut arahan, dia nak pastikan sumenya berjalan lancar. pada mula nya dia pun tak mau adegan tolak menolak, sembur menyembur ni. ok bunyik cam aku ni  berat sebelah dgn menyebelahi pihak polis. tadak maknanya, dlm ahli keluarga, atau keturunan aku takde yg keje polis pun. tp bila pikir logik balik, sesiapa pun mesti komited dgn keje nya. polis diamanahkan utk menjaga keamanan negara... dia tak nak sesuatu yg berlaku, yg dirasakan bahaya utk org awam.. actually ramai je kawan2 aku yg join benda alah ni.. dan kebanyakkannya adalah... yang anti kerajaan... tp bila derang tgk ada yg tak betul dalam bersih ni, derang just walk around... derang yg berada di situ mmg nampak pemimpin PR bg syarat utk rempuh masuk. kata nak buat perjumpaan dgn aman, tp kenapa lain jadinya... ramai juga blogger2 lain yg share experience rasa kesal dgn BERSIH ni


boleh tak sebelum apa2, kita reflek balik diri kita, kita tgk salah satu tuntutan BERSIH. kita tak mau corruption sana sini kan, tapi, tapi, tapi.......


Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz? 
Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? 
Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ? 
Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang-undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? 
Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?
 

di tempat keje pulak,

Berapa ramaikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. 
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. 
Berapa ramaikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. 
Berapa ramaikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station. 
Berapa ramaikah rakyat yang menggunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. 

camne pulak dgn tanggung jawab setiap individu


Berapa ramaikah mendidik anak dengan didikan islam
Berapa ramaikah menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
Berapa ramaikah yang membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
Berapa ramai menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran islam







renung2 kan amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah. Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? sebelum bercakap mengenai islam dalam negara?


Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)
  
kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat. moral of the story, ubah lah sikap kita dahulu, sblm nak protes je kejenya. aku tak nafikan badan2 cenggini mmg patut ada dalam sesebuah negara, tp bukan dgn cara melibatkan perhimpunan yang membahayakan orang awam... again, jgn salahkan polis... mereka hanya menjalankan tugas.kalu ko tak melawan derang takkan bertindak begitu... sbb aku tgk takde pun polis nak tala gas pemedih mata kalu ko jalan2 kat situ, tak de pulak polis2 ni gi serang pelancong asing kat situ...

Sunday 29 April 2012

cuak sekejap

kul 9 mlm tadi abah call
duit yg aku masukkan pagi tadi tak de 
HAAAAAAAAAAAAPPA LAGI...................



cuak la aku, nak nanges dah



dah la aku masukkan 1/5 duit utk renovate dgn duit utk sembur anai2
byk tak byk tu... byk la juga bagi aku yg kurang kaya ni
dua kali ganda dari jumlah gaji aku sebulan...

pastu baru teringat mungkin sbb aku transfer ke akaun yg berlainan
salunya 'elaun bulanan utk ma parent' aku transfer dari maybank jerp
sbb gaji aku ikut maybank kan
maybank-maybank takde masalah, skang ko transfer, skang juga dapat
yang aku masuk tadi ni akaun lain, kat cimb which duit saving aku bulan2 la
tu aku pikir
mungkin cimb ke maybank amik masa sket kot
bila ditanya kat fb, mmg betul pun... 
 


leeeeeeeeeeeeeeega sgt. tido jap gi dah boleh tersenyum lah


tp tak tau la bila abh aku dpt amik duit tu
agaknya, amik masa 2-3 hari tak ???
dah la tukang sembur anai2 tu nak tebuk tanah esk
kalu takde juga esk, nampaknya aku kene transfer guna duit gaji aku dulu ler
maybank-maybank
tak payah nak interbank giro sgt la pasni ...
dan tadi, nana cakap ada option instant transfer rupanya
 haisy aku ni...nampak sgt buta it


p/s : tq pada kawan yg terlibat, jasa mu dikenang

Saturday 28 April 2012

rumah, rumah, rumah

mood blogging ke laut lagi
masa tu ada
tp on internet je aku dok buat benda lain...
rumah aku kan nak renovate
so sedang mencari idea nak decor rumah
aiseyyy... nak deco dah urusan pecah dinding pun blom
abah serah pada aku bulat2 nak cat kaler apa sume
bercakap ttg renovate rumah
mahal betul bahan mentah skang, upah pun sama naik
retu abah jumpa dgn 1st contractor
upah saja 25k
apakah???? bahan mentah lom campur lagi tuh
tu yg sebolehnya, duit gaji aku tanak usik lag
seboleh2nya nak jimat jerp
nak tampung duit rumah ni...hehehe
ceh cakap je nak jimat, smlm ko beli baju berhelai2,brooch, tudung tu apacer??? 



 biru pun cantik kan??? sejuk mata memandang, sumber dari en gugel

Thursday 26 April 2012

saya sangat tak suka bila...

nak masak .... tapi air takde,
satu, terpaksa ngangkut air dari toilet ke dapur
sbb nak basuh itu ini
aku ni dah la cerewet bab kebersihan
ayam ke, sayur ke mmg aku lalukan dgn air semaksimum mungkin
bagi aku bila rendam dlm air lama2 kira bersih la tu hmm
lom masuk bab masak nasi lagi tu...selagi air tak jernih
selagi tu aku dok 'tanyamum'
2nd, pinggan mangkuk akan jadi cenggini
sgt tak suka menimbun sebegitu rupa



sejak 2 menjak, kuarters aku ni asal maghrib mesti takde air
nampaknya pasni kene ubh time table la
balik2 skolah masak dulu...huhuuhu

korang lak canne takde air leh hidup ke... aku rasa kan, kalu tak de letrik lagi ok kot.kot panas tido lam kete. ni kalu takde air, nak uk uk pun susah weh...

Tuesday 24 April 2012

wordless wednesday




tetiba teringat tragedi di angkat oleh makhluk berbulu ini (nampak cam takde bulu kan, tp bulu roma dia sgt panjang ok)...siapa tahu nama makhluk berbulu ini..angkat tangan...cam tak caya je aku diangkat olehnya..eiii geli

Monday 23 April 2012

e-filing

uols uols uols
dah isi ker e filing ni? tadi dengar kat radio dia dok suruh isi bendalah ni
salunya taksiran korang letak BERASINGAN atau COMBINE dgn pasangan
pastu bahagian ni aku tak reti la nak isi


bahagian tuntutan pelepasan tu main letak je ker? letak semaksimum mungkin boleh tak?


tiap kali nak isi, ni la masalah aku...haiyaaaa

selesai dah satu benda

hari ini ada sesuatu terjadi
eh sesuatu lagi... byk nya sesuatu sejak dua menjak ni
bukan bukan...
sesuatu ni berkaitan dgn keputusan
kami dah putuskan utk jual kereta en suami di sini
adakah keputusan ini drastik ???
entoh ler... tp mmg ada dlm perancangan hiduo
kereta ni mmg tak kan dibawa ke borneo
mmg ada plan nak jual, tp tidak lah secepat ini
memandangkan bulan 6 ni mungkin aku dpt pindah ekoran ancaman tu
maka kami laki bini bersiap sedia utk berpindah
tak lama dah pun...kalu ye aku pindah, tinggal lebih kurang sebulan jerk aku di borneo ni
dari awal lagi kereta en somi mmg dibeli utk pakai di sini
sbb dah ada kete di semenanjung
kereta di sini seusia dgn pertunangan kami
sblm aku hadir dlm hidup en somi
en somi mmg pakai moto je
sejak dah kenal aku baru dia beli kereta
 kereta ni banyak memberi kenangan actually
dalam kereta ni la en somi mula2 pegang tgn aku
pastu mata aku terus bulat, konon cam marah...tp dalam hati suka... gataiiii
dalam kete ni juga aku merajuk sbb en somi tak belikan baju apa tah
dalam kete ni juga la kitorang bt stor.. segala jenis barang ada....


 ha tgk...dari kasut aku sampai la ke joran en somi sume dilonggok ke sini


 terpaksa en somi amik kotak di sekolah utk load sume barang


hhehehe... kenangan dgn QTG2262.kali terakhir 23.4.2012


actually minggu lepas lagi kami dok iklankan kete ni pada kawan2
ada la 2-3 org berminat, tp tak dtg2 tgk pun. cam tak serius jerk
nak jadikan citer, tadi en somi teringin pizza
masa on the way nak gi pizza, ada kedai jual kete terpakai
so en somi terus park kat sebelah
tanya tokey kedai
'alo bos, lu amik bapa ini kreta'
'lu beli bila'
'tahun 2009'
'lu penah masuk dalam (kawasan pedalaman) sana ka'
'tak'
tokey tu tefon bank utk tanya market price n check settlement kete
dan dia ckp kitorang kene pay 6k lagi utk setle sume
en somi tanya aku, aku suh dia tanya kawan dia
kawan dia ckp ok... sbb kalu nak cari buyer tah bila nak dpt kan
masa on da way balik tadi
en somi dok nyanyi lagu anak kampung


aku anak kampung tiada pelajaran
Kuli kuli sahaja memang tidak padan
Cantik ba kau itu banyak yg tergoda
Lagi orang kaya
Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan

Rumahku pun tiada ada pun bapa punya
Apalagi belanja mahu bayar berian
Kahwin sama kamu


 

Sunday 22 April 2012

tq kawan !!!

thanx pada yg sudi bertanya khabar
selepas entry ini diterbitkan
email, fb n tefon menjadi hot line pas entry itu
terima kasih kepada kamu2 yg mengambil berat
tentang kejadian 18 april itu hari
alhamdulilah... dah tak takut sgt


dgn adanya kekanda disisi.thanx juga pada kamu2 yang doakan kami dpt pindah


p/s : ni gambar paling latest.pelik pulak tgk muka sendiri pakai shawl...

Thursday 19 April 2012

sejak dari kejadian itu...

kejadian mana?
ni... rujuk link ni balik 
tanggal 18 april, aku jadi takut nak izinkan en suami keluar
dia nak g masjid pun aku suh dia bawa handphone
takut apa jadi...
en somi pun sama, sebelum keluar mesti pesan ke aku
kunci pintu taw, jgn buka pintu selain dari suara  dia
ya... kami laki bini hidup dalam ketakutan
ya ALLAH cepatkan lah permohonan pindah kami
tak suka hidup dalam KETAKUTAN



WINTER SONATA 16 : INSADONG INFORMATION CENTRE

ok.. masih lagi di insadong... salah satu misi yang harus dilaksanakan bila dtg sini adalah nak pakai hanbok...masa kat gyeongbokgung palace itu hari tak sempat pakai... so ni lah masanya... apa benda hanbok tu...hanbok tu nama baju traditional derang... cara nak ke sini, aku tak igt sgt. ni la jadinya bila update lambat... biar sampai pekasam... pastu byk info lupa.tapi kiterang mmg main jalan je n tanya org. tmpt ni dekat sgt dgn ssamziegil yg aku citer dlm entry sebelum ni.kalu dah nampak bagunan herot petot tu mmg tak jauh la



 belakang kedai ANTIQUE ni lah insadong tourist centre.. cup nak rasa kete hebat2 pegi lah ke korea


ha kan... kan dah sampai..kejap je...


kat sini byk sgt pilihan baju dari pahlawan korea, dayang2, putri dan raja korea.semuanya ada... tinggal pilih je... aku takde keje lain dah... nampak je kaler pink terus rembat. tapi tak reti la pulak pakainya...seb baik ada awek korean yg cun tu...dia la yg pakaikan...


 nampak cam mudah je... tapi



 tara !!! ni la baju tuan putri. yo yo ooo je...


ke dayang istana... aku pun tak pasti dah. serius aku dah lupa. retu ada dia ckp

verangans jadi putri raja


kembang gile baju dia


ok dah puas bergambar dgn baju ni. kita try baju kedua pulak


punnnn... tak reti pakai sendiri



 ok... siap


 posing ala2 permaisuri sedang menunggu rakyat jelata datang mengadap


 tangan mesti gitu yer.. anak anak


 jom kita tgk pemadangan luar pulak


 di sini pun masih terdapat daun pokok yang berwarna warni...



tgk kasut dia cute... kasut zaman dulu2 kala. kasut hitam tu la pengganti boot aku yg tertanggal tapak


 next costume


ni baju traditional dayang2 istana, kalau tak silap


ok ada yang berpinau ke tgk gambar i byk2 ni... ok ok... cukup... yg lain kita simpan utk koleksi perbadi. meh kita tgk raja korea pulak


 cupp... korea panggil raja juga ke??


haaa... ni dia rupa raja korea yg gila kuasa


 suka sgt ukiran tmpt ni


 ni gaya muka raja panggil bala tentera masuk bilik mengadap


 hahhhhh ? ada ku kesah???


alamak !!! raja ke apa ni daring je... tak seswaii... nextttt


hok aloh...abeh garang la ni..tak takut pun...ngeeeeeeee...


kalu raja muka cenggini mmg rakyat jelata tak takut langsung la



ok cukup gambar2 di atas.. byk betul persalinan kitorang dok pakai buang... mentang2 tak kena caj. bayngkan sampai 2-3 keluarga datang dan pergi kami masih di situ... tup tup tgk jam dekat2 nak pukul 3...nak masuk asar dah..siang kan cpt waktu winter... so laju2 cari tmpt solat... aku lebih berhati2 kali ni. takut kene marah cam semalam lagi... sob sob sob... kali ni cabarannya lain pulak... toilet dia dok di luar...sekali angin tiup... haduhhhhh terasa sejuk ke tulang sum sum... mmg bercinta la aku nak lari keluar amik air semayang. bape kali aku tanggalkan winter coat, pastu dok mundar mandir kat muka pintu... siap dok o-som dgn en somi... mmg seksa toi...tp disebabkan dah nak abes waktu, aku gagahi juga



tiada alasan utk menunaikan solat di negara org


lokasi : dlm stor, tp stor dia terbuka, situ la tmpt mesin rumput, situ la segala barang dicampaknya. aku punya la risau kot tikus korea keluar celah2 kotak tu. takpe la asalkan niat kita betul utk memenuhi tuntutan agama...ISLAM itu mudah, tak payah nak pakai sekup/telekung segala...asalkan tutup apa yg patut.tu untungnya winter... baju aku pun sopan je... tertutup semua... kan bagus jalu winter kat mesia... mesti aurat aku tak terdedah :) ye, dalam usaha ke arah itu... doakan ye semoga berjaya satu hari nanti...



ni jalan nak balik... kalu tak silap aku derang ni cam pendakwah. dok tarik korean anut agama


lagi gambar duet di sini :)

Wednesday 18 April 2012

kisah kacang lupakan kulit

tersebutlah kisah... pada zaman dahulu tinggallah seorang pemuda di sebuah kampung yang jauh dari hiruk pikok kota... pemuda ini seorang yang miskin, tidak punya apa-apa, wang ringgit mahupun harta...


dia mempunyai kekasih hati yang sangat setia


 kekasih nya sentiasa ada ketika susah dan senang


 mereka dibesarkan bersama2 semenjak kecil lagi


 pada suatu hari si pemuda mendapat tawaran utk bekerja di sebuah istana.

si kekasih berasa sedih kerana terpaksa berjauhan, tetapi si pemuda berjanji akan taat setia kpdnya


 namun janji tingal janji


langit tidak selalunya cerah


hari demi hari, hati si pemuda kian pudar


dia berhasrat ingin menjadi seorang raja

dia mula mendekati puteri raja dgn harapan dapat mewarisi takhta ayahandanya


 
 dia berjaya menipu puteri raja, bahawa dia merupakan kerabat diraja indrapura




tuan putri yang lurus dan baik hati langsung tidak tahu menahu niat jahat si pemuda




lalu, tuan putri bersetuju utk menikahinya


  sebaik sahaja, si pemuda ditabalkan menjadi raja


dia mula bersikap angkuh dan sering menghina orang kampung


 sehingga menimbulkan kemarahan rakyat jelata.


bengang dengan sikapnya, orang kampung membocor rahsianya lalu dia dibuang istana



kini, dia sebatang kara.. dia merayu pada kekasih hatinya utk menerimanya kembali


namun, hati wanita selembut kulit bawang.hati yang pernah dilukai tak mungkin akan sembuh seperti sedia kala... padan muka pemuda tu, jahat lagi.... bila dah senang, lupakan kekasih... lupa orang kampung.... ibarat kacang lupakan kulit...


p/s : aku ni marah kat sapa ni... lain mcm je.tak de la.cite ni  takde kaitan dgn sapa2 pun.rekaan semata2. pas rehat takde kelas. nak semak buka takde mood.so publish la entry ni...dah lama dok dlm draft nun