Showing posts with label baby hope. Show all posts
Showing posts with label baby hope. Show all posts

Wednesday, 16 January 2013

Sunday, 9 December 2012

LAILATUL LAILA utk abah

weekend lepas dari pagi cari baju raya
baju raya? awalnya?
ye mmg kebiasaan aku beli awal2
andai kata aku tak dpt pindah lagi hujung thn ni
maka aku takde chance lagi dah nak cari baju raya
kalu balik cuti setakat seminggu dua
oh sgt rushing tak sempat nak pilih2 baju raya
so langkah selamat adalah beli baju raya awal2..
ok bukan nak citer pasal baju raya yer, nak cerita dialog antara anak (aku) dgn bapa


abah : pasni kta nak gi mana
anak : kita gi nagoya cari baju raya
abah : baju raya ???
anak : yer...


pastu slow je abah ckp, mama la yg dengar, sbb aku kat blkg.


abah : satu utk mama, satu utk abah, satu utk kakak, satu utk oih (kakak dan oih tu adalah panggilan manja aku dan en suami) satu lagi utk lailatul laila

serius aku tak tau apa2 masa tu. lgsg tak igt cerita ini. tiba2 mama gelak besar...


mama : lama tak sebut pasal lailatul laila
anak : sapa tu ma?
mama : cucu dia la


aduhai, cucu abah maknanya ank aku la, sbb mama abh mana ada ank lain. hahahha.... sampai rumah, laju2 aku buka kalender tgk raya bulan bape. tgk2 raya bulan 8.. tefon en somi then cerita pasal lailatul laila tadi. terus cakap. mana sempat nak bagi abah lailatul laila... ada masa 8 bulan je lagi... tak sempat la



kesian abah, sekali lagi aku hancurkan harapannya. sob sob sob...


Wednesday, 25 January 2012

shoutbox wat hal lagi



byk kali dah try reply kat sini, tp tak dpt... so pada kamu berdua, ni jawapannya

ome : tmpt tu kat bertam, kepala batas, penang.landmark dia area dewan milinium pak lah. sori yer lambat. byk kali dah eka try reply kat shoutbox tu...

chinta : 'dr kecik' tu adalah perempuan, sgt la pemalu. lelaki tak dibenarkan masuk dalam bilik dia kalau tak silap. try la, chinta mmg org png ke. kalu salu blk png ok je


mana tau kot nak pegi... tu yg laju2 ku reply.semoga usaha kita beroleh hasilnya. diingatkan, seeloknya rawatan ni kene gi 3 kali lawatan. sbb 'dr kecik' ni nak tgk progress kita. tp nya eka terpaksa balik ke bintulu... so tak de la re visit segala...susah la bila dok jauh ni...


Thursday, 12 January 2012

hati yg mudah terusik :(

serius hati aku mudah terusik skang ni . naknya bila usia perkahwinan kami menginjak ke angka 2 tahun. rasanya sblm ni jrg aku amik hati bila rakan sekerja melawak bab anak. tapi tah kenapa hati aku terrrrr emo lebih pd hari ini. tragedi sentap ni berlaku pg tadi. bila sorang kakak tu cakap camni

kakak X : aku kalu boleh nak twin je nanti
aku : kan, senang sekali shoot je 2org dah, tak payah 3-4 kali beranak


ni la silapnya aku, menyampuk dan terrrrrr sebut perkataan shoot. actually aku nak sebut 'push' tapi tah camne leh sebut perkataan itu... rasa geram + marah + menyesal dgn diri sendiri. disebabkan perkataan tu la, sampai ke detik ini aku sakit hati


mr y : ai org tu dah byk kali shoot pun tak ada apa2 lagi... camne? kawen dah lama

mula2 aku cuba utk mendiamkan diri, bt macam tak dengar... tp makin lama makin diulangnya 'kawen dah lama, tp tak de apa lagi' hati ni sakit tuhan je yg tau... tayah la nak ulang2 bg sema org dengar. waktu tu ada 2-3 org kwn2 rapat aku, tenung je muka aku...mungkin derang tau aku terasa, sbb sorang kakak tu pun dah 9 thn kawen tp belum ada baby... nak je kata, itu semua kerja ALLAH. lambat atau cpt siapa kita utk mempersoalkan, tp bila mengenangkan dia non muslim, so aku diamkan aje... aku jenis malas nak mulakan persengketaan, aku tak tau la kalu ada yg perasan muka aku berubah atau tak, tp aku cb bt2 takde apa yg berlaku...mungkin aku spesis yg susah nak marah, sbb tu org anggap aku leh terima gurauan yg mcm tu...sungguh aku sedih... aku tak minta dilahirkan utk tidak berBABY, aku dan en suami pun macam pasangan lain, kawen then nak anak... itu belum lagi ada yg tuduh kami plan takmo baby sbb nak enjoy dulu...astagfirullahalazim...sakitnya hati !


Ya Allah, lihatlah air mata kami ini, kepedihan dihati kami. Hanya Engkaulah sumber kebahagiaan kami, ku mohon ubahlah kesedihan kami menjadi kebahagiaan dan ubahlah air mata kami menjadi senyuman, amin - zuazlin

Wednesday, 16 November 2011

kesejukan kebadanan

berbalik pada entry lepas... kotak yg tajuk 'EKA' tu abah yg antar... jauh dari semenanjung...aku minta abah antarkan baju sejuk...kan tak lama je lagi ni....tehehehe...igt tak baju ni...



next vacation, guna baju tu je... aci?? tak semangat, macam kebiasaannya.mungkin mood itu belum sampai...salunya waktu2 gini mesti kami laki bini sibuk cari baju percutian... mungkin keadaan skang terlalu sibuk, atau mungkin juga kat sini takde byk pilihan.universal traveller pun takde.kat sepermarket tu ada la, tp mahal gile...baju sejuk saja dah sama rege dgn installmnt kete aku bulan2...rasa cam membazir je beli kalu stakat nak stay sminggu...lain la kalu dok sana sebulan kan... ramai kawan2 nasihat...sampai sana baru beli, sbb kat sana lbh murah...belajar dr pengalaman org lain kan... ok itu tak menjadi hal sgt...yg aku peliknya.. perlu ke menggigihkan diri cari kotak tajuk 'EKA' tu.mama kata, abah pulun cari kotak bihun EKA.... glemer nama ai u...tak pepasal jadi tokey bihun...ehehehe


smlm lemau je rasa...actually 2-3 ari sebelum ni dah start rasa lain mcm...sakit2 tekak...dan rini masih lagi berselubung dlm comforter...walaupun tgh ari... sejuk satu badan...siap pakai stokin lagi ni. patutnya, arini ari subur aku, tp bila badan tak sedap lupakan saja projek mega itu... smlm pun en somi yg masak...aku totally lemau. aku rasa mmg tak de harapan la nak produce baby 2011 ni...haisyy kecewa !!!

Monday, 15 August 2011

yes, im P.R.E.G.N.A.N.T

 sumpah, teringin sangat nak sebut perkataan itu dpn en suami... mesti dia happy... malangnya....... aku
tak pernah 
merasa saat indah seperti itu...bilakah???????? aku sendiri pun tak pasti. sedih mengenangkan nasib diri sendiri... tp setiap org diberi ujian...dan ini ujian aku dariNYA. sikit sgt berbanding dgn org lain. allah menyayangi aku, sbb tu DIA turunkan ujian supaya aku tidak lupa dan berhenti berdoa kepadaNYA....  kebelakangan ini... ramai ttc geng berjaya pregnant... tahniah uolls. im happy for you... doakan kami2 ni pulak ye... dah... dah... tak mau emo emo... utk tidak merasa kecewa...



aku nak pakai baju2 cengini.cam ibu mengandung


atleast org akn bersangka aku pegnant... cakap tu kan umpama doa :)


nak tunggu pegnent tak tau bila,so verangans je la dulu. tp, pada hakikatnya????????????



ya allah ya tuhan ku, berikanlah aku peluang utk menjadi seorang ibu...


Tuesday, 12 July 2011

nak twin boleh tak

setiap orang punya impian masing2
aku pun tak terlepas dari menyimpan sebuah impian
nak tau sejak bila impian aku yg satu ni termeterai???
sejak tgk nona 2 minggu lepas
pasal twin sazzy falak
cam best je bila tgk sorang satu ngendong baby
comel hokeh...cer byg kan aku dgn en somi gi mall bawa baby sorang satu
kalu twin, perut aku besar mana la gamaknya


dicedok dari oh bulan

cantik kan 'pelamin' baby
anak  sah2 la cute... tgk mak bapak la


sangat la comel kan
aku nak je twin
senang... save masa...dah la umor skang makin lanjut ni
risau...takmo ckp lebih2 tentang ni...
nanti emo tak pasal2
 skang ni aku tgh mempositifkan diri
maybe tuhan tanak bg sbb DIA tau

::: aku tak mampu nak jaga baby kat sini, sbb susah cari org ngasuh specially yg muslim
::: kami dua tak puas lagi berjalan, sesetengah org kata bila ada ank susah nak berjalan
::: aku belum layak utk jadi mommy, who knows... hanya DIA yg mengetahui segalanya kan
::: nak bagi aku cukup rehat, tak perlu bgn pagi utk tukar lampin + buat susu


gambar di atas ambil dr  sini dan sini



Wednesday, 29 June 2011

bila dah lama tak pegi mengurut

rasanya semua orang tau
mengurut is the way to get pregnant
dan aku start mengurut masa bln ke-4 selepas kawen
setiap bulan after piyed
mmg aku g ngurut dgn makcik sorang ni
mmg femes la...ramai yg ngurut dgn dia dah berjaya...



 bila nak dapat baby ni


aku je belom lagi...cedih.......
aku mmg close dgn makcik ni, yg aku anggap macam mak aku seniri
nak harap mak seniri kan jauh
so dgn makcik sorang ni je la aku menumpang kasih
aku panggil dia cik siah.peramah sgt
dari 1st mengurut dia ckp peranakan aku mmg dalam keadaan baik
sekali je peranakan jatuh, masa g pulau manukan sbb naik speed boat aku rasa
dan itu sudah diatur oleh cik siah, dan kembali ke kedudukannya
kata cik siah lagi mengikut pengalaman, dia kata peranakan camni spatutnya ramai anak
dia pun pelik nape tak preggy2 lagi
tp ye la kan...itu ramalan kita jerrr, DIA yg tau hikmah bg setiap kejadian

start tahun ni aku agak busy
bln 4,5 tak ngurut...jadi minggu lepas baru sempat jumpa cik siah
after 2-3 month tak jumpa
dia dah tegur nampak perubahan badan aku
mengembang dgn jayanya
aku sikit pun tak marah, sbb mmg aku akui kata2 dia benar belaka
naknya, tiap2 bulan dok hadap badan aku
jadi dia tau la part mana yg naik, walupun 1 inci
sebelum balik cik siah ada pesan...jgn bagi gemuk sgt
nanti lagi susah nak pegnen sbb byk lemak
aduh.... canne ni...susah la nak kawal nafsu mkn
aku rasa sejak aku amik vco mmg kuat betul aku mkn
doplohpatjam nak ngunyah je...
korang canne... yg amik vco selera mkn bertambah tak
eh tapi vco no ada kebaikannya juga
nanti aku akn review ttg vco ni