Showing posts with label diet seimbang. Show all posts
Showing posts with label diet seimbang. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

makin dijaga, makin menjadi2

pernah tak rasa camtu



satu masa dulu aku pernah tak kisah dgn apa yg nak dimakan, maaaaaaaaaaakan lagi berselera, maaaaakan selagi boleh, maaaaaaaaakan sebelum tutup mata, tido la maksud aku... sampai la bila berat badan aku mencanak naik tahun lepas, aku 'mula kisah' dan start control makan.persoalannya...









??????????????????????????????










kenapa makin di diet, makin dikurangkan kuantiti makanan, makin naik berat badan aku, adakah di sebabkan faktor usia yang menyebabkan kadar metabolisma aku  rendah? hehhhh tension rasa... tadi gugel tgk camne nak tingkatkan kadar metabolisme



bersenam 
ini aku mengaku mmg aku malas! 3 bulan sekali baru aku bersenam, last bulan 1 dulu, gi jungle trekking, sampai skang tak pergi2 dah

minum banyak air
yg ni pun kurang, purata aku minum air dlm sehari adalah dlm 4-5 gelas sajork,patutnya 8 gelaskan, dlm 4 liter

campurkan ais dlm air
yg ni lagi la, sbb aku TAK suka ais.percaya atau tidak, kalu makan kat hotel, aku selalu memalukan kaum dgn minta air suam kadang2 ja 'sky juice' aku mmg tak suka air mcm2 ni... bagi aku, aku akan mendapat kepuasan maksimum bila dpt minum air masak

makan lebih kerap (amik snack)
rumah aku mmg tak de snack2 ni. nugget n biskut adalah, tu pun jarang makan. bila waktu malas masak je aku goreng nuget, bila hujan turun je aku cicah biskut + air teh. tak pun kalu awal pagi kene gi meeting. ni yg aku bawa bekal dlm bilik mesyuarat. selalunya kami akan mkn nasi je. tu la demox kot

pedaskan masakan anda
yang ni iya.... aku ada amalkan.tak sah kot tiap kali mkn, takde rasa pedas.hilang nikmat makan oi.. kata org utara kan... :) so pedas itu adalah satu kepuasan...

makan lebih protein (daging merah, ayam tanpa kulit,tauhu,kacang, telur, susu rendah lemak)
tiap kali makan mmg ada, tak ayam, ikan, tak ikan daging...hmm takde masalah part ni

minum kopi
oh no !!!!!!!! aku paaaaaaaaaaaling tak suka kopi. apa saja yang berunsurkan caffeine, sori la. nak minum tu boleh, tp kalu ada pilihan lain, aku lagi rela minum air masak... tp jgn risau kalu aku gi umah korang, korang nak jamu kopi, i tak kisah pun...ehehhe...

minum teh hijau
oh my... ni pun aku tak suka... lain mcm rasanya green tea nih.yek...

elakkan crash diet (mesti makan >1000 kalori)
itu bisa diatur,setiap hari aku mkn > 1000 kalori rasanya..ehhehe

kerap makan jeruk, yogurt,almond,epal bayam, brokoli,ikan salmon,daun saderi,kubis
jeruk? no no no, kata ttc kan... setahun sekali adala makan jeruk pak ali tu... yg lain tu... ok... try utk dpt kan bekalan setiap minggu :)



ni gambar zaman kegemilangan aku... tahun 2011. masa ni berat badan tak cecah angka 40 lagi




tp skang, ni gambar last 2 week kot ni.. kelabu hasap,amik guna hp murah



tadi, tgk kat penimbang ... wooo magic... bertumbuh bagaikan juara. cptnya. naik... sblm ni aku tgk dlm 40- 42 camtu. herggghh malas la nak ckp.aku anggap penimbang tu je la yg rosak, boleh? tadi try check bmi kat sini, mmg dpt 'my weight is desirable' tp aku tooootap la risau... apa kalu berat naik, mmg tak reti2 nak turun dah ek angka tu? aku kalu boleh takmo la dia terus naik dan naik. sbb aku perhatikan 3-4 bulan ni cam laju je berat badan aku ni naik... risau oi..



dapat semua info di sini. credit !

Sunday, 23 September 2012

diet + senam

bila dah ramai yg menegur... 'dah gemuk la skang'. hati mula risau. bukan takut sbb tak dpt pakai baju kebaya lagi, tp takut menganggu projek ttc... actually, sebelum org tegur lagi aku dah sedar yg berat aku kian bertambah. ye la badan kita kan.kita dpt rasa...



kan best... kalu pakai baju ni tp ada baby inside... :(



aku try utk amalkan makanan seimbang, tp kenapa ye, makin di diet, makin naik berat badan... huh.. susah hati betul... tp aku harus tabah.. kata nak baby kan ... mungkin ni satu ujian utk aku. org lain lepas puasa berat turun kan. aku??? tak de maknanya. sebelum ni pun sama.. camne eh nak buat. kalu dulu sekali mkn nasi mmg penuh pinggan. skang aku dah kurang kan setengah, pastu try avoid mkn waktu mlm. penah aku nak skip mkn nasi utk mlm, tp perut lapar gile.end up wat megi, terus tido. tak pun wat roti sandwich ni. tp, roti, cheese n daging dlm tu pun dah quite heavy. so cam tak berkesan sgt la mkn tgh2 mlm





pasal bersenam pulak. last week ada gak aku main badminton, tp tak lama.. penat. pastu seminggu dah tak main.. alasan... sakit 1 badan.specially tgn kanan la... sbb dok memukul. ye la badan aku ni... bak kata abah... 2nd hand punya. wat keje berat sket, sakit... dah tu jarang bersenam.sesekali bersenam abes sakit 1 badan.. susah la nak disiplin kan diri, skang ni ada gak la beberapa usaha mcm mkn supplement tu. tp kejap mkn kejap tak.. sume tu kene tingkatkan disiplin diri.. haisshhhh



  
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ
 سَمِيعُ الدُّعَاءِ

Maksudnya:  “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.



"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."


kredit to dr hamit

Wednesday, 7 March 2012

minggu kurang makan nasi

misi diet kami laki bini bermula minggu lepas, dah dapat reduce kuantiti nasi dalam pinggan, tp banyakkan lauk... berjaya !!! tp stil lagi 3 kali sehari... slow2 la kan... ada la satu hari tu mkn nasi 2 kali je, akhirnya lapar... si suami request si isteri buat makanan ringan... tp bagi hint teringin mushroom soup segala... disebabkan si isteri terajin sket. ada masa utk mencanai, maka, si isteri terus masuk ke dapur buat... ???


 garlic bread


terus terpesong...niat nak diet terus ke laut... bukan ke roti menyumbang byk karbohidrat. haisyyyy..