Tuesday 31 July 2012

shaggy carpet

sapa sini peminat shaggy carpet... aku ni nak kata minat sgt tu tak la...tp boleh la. suka dok ats bulu2 lembut tuh..


haruslah kaler pink. ni aku letak di bilik

,
nanti rumah dah siap aku igt nak cari lagi, nak tambah koleksi letak kat living room... uols beli rege berapa... aku dulu beli kat kedai org pakistan tu. katanya shaggy carpet ni ada 2 jenis satu made in china, satu lagi yg turki... sekali imbas tgk lebih kurang sama jer


tp org yg pandai mmg dpt beza dari segi bulu dia


aku beli dulu saiz apa tah. besar gak la. rege asal 380, tp dia bg kurang dpt 250. dah sama rege dgn carpet yg kecik sket tu... hehehe... jahat kan... kaw2 punya aku menawar.. eleh dia dah untung byk kot.
skang mesti dah murah kan carpet ni... Ada sesapa tau online shop yg jual carpet ni tak.aku cam tak sempat nak cari dah balik nanti

Monday 30 July 2012

kuda hitamku

ada good news arini
sales man call tadi, 'kuda hitamku' @ cik H (H stand for hitam, h*****.... ??? ) 
dah sampai di KL
tunggu masa utk di hantar ke penang
yippie
sampai penang pun bukan terus dpt
nak daftar segala
amik masa seminggu gak rasanya






yg bad news nya pulak,
retu aku ada book nombor plat
no plat ni sama dgn kete aku satu lagi.saje je pilih sama
tp tender utk no plat tu dah tamat. 
  valid for 1 month je
skang dah nak masuk PKS dah
burn la lagi duit aku
aku book dari PKQ lagi, tp tak dpt
renew utk PKR (nasib baik tak dpt, kalu tak mesti org pandang slack jerp)
sekali dpt PKS, insyaallah...
tp numbering kat penang mmg laju gila eh
boleh kata tetiap bulan keluar huruf baru di belakang tu
degilnya pasal nak gak beli nombor plat. biar... guna duit bonus boleh tak.ngeh ngeh...
kedip2 mata kat en somi
nanti dah dpt kuda hitam ni paham2 la makin panjang akalnya
tinted la apa la. kalu dulu perodua aku dia bagi voucher utk tinted
tp kene topup gak sket tuk dpt tinted yg menjadi idaman hati



p/s : kuda hitam belum sampai, tp dah fikir nak mekap sana sini... kawal sket nafsu tu eka

Sunday 29 July 2012

angkara dia rupanya

masa balik cuti bulan 6 itu hari, aku amik pokok landskap ni dari mother in law. 


 ha penuh barang dlm kete kan...


jauh perjalanan pokok ni. merentas beberapa negeri... mmg plan nak letak tepi water feature aku tu. pas sebulan pokok ni mmg sihat walafiat. dah tumbuh tunas baru. tp sejak dua menjak ni mama aku ngadu. nape pokok tu patah2. puas derang cari penyebabnya... sampai la satu hari tu mama aku mengendap dari bilik nampak me meow aku dok panjat pokok tu. batangnya kan jenis halu2. bila dia bergayut kat situ atah la...aiyark... skang ni dia tgh kerjakan pokok bonsai aku tu pulak... haiyoo




nampak tak suspek sedang bermain di lokasi tersebut


ni anak en suami. dia yg nak bela... tp tuannya dok sarawak... mama la kene jaga wat sementara waktu. dah lama rumah kitorang takde baby kitten. asal noni pregnant je mesti ada yg book ank dia. disebabkan en somi nak me-meow ni,  mama pun tak bagi la dgn org lain. bila tak bg kat org lain camni la pulak jadinya. nampak nya kene beli sangkar la. utk kurung kitten ni.hehhe


ni la noni, maknya... haummmmm

GIVEAWAY TUDUNG FAREEDA by Errina Rahim

dah lama rasanya tak join giveaway... tp giveaway yg ini ai suka... sgt menarik perhatian...heheh.. mana tau untung2 dpt tudung fareeda kan. dah la tgh cari tudung utk raya ni.ngeee...

::: Jadi Followers blog rina- done

::: Buat New Entry bertajuk "GIVEAWAY TUDUNG FAREEDA by Errina Rahim - done

::: Klik pada gambar dan save kemudian letakkan gambar beserta link giveaway ke dalam entry tadi- done






::: Ceritakan kenapa anda amat suka pada TUDUNG FAREEDA Nyata Jelita secara ringkas sahaja - done


saya suka pakai tudung fareeda, kerana 
~ mudah, main sarung je 
~ kemas, jahitannya mmg kemas
~ selesa, material yg digunankan amat selesa dan lembut
~ cantik, pernah saya ke kedai, belek2 anak tudung, sekali ada org@customer menyapa. tudung ni beli kat ne... saya ckp beli kat butik fareeda. pastu org tu cakap kat tokey kedai..."haaa lain kali jual la tudung cenggini" tergamam saya mendengarnya... dari situ saya tau tudung ni mmg unik.mempunyai keistimewaan tersendiri dan saya terperasan masa gi mall ada mata yg memandang sampai 2 kali dia toleh. pastu mama yg berjalan belakang saya terdengar budak2 tu ckp 'cantik la tudung dia' oh ini bukan edisi masuk bakul angkat sendiri..kenyataan...ngeee.. hanya org yg memakainya sahaja pernah merasai... malangnya skang ni klon fareeda amat berleluasa...sedih




::: Kongsikan bersama gambar tercantik anda memakai tudung fareeda @ yang tidak ada boleh letakkan gambar tudung yang anda impikan - done




gambar cantik takde la, yg ni je ada..& kebanyakannya gambar,gambar makan pulak...adeh..



Selepas publish entry, sila link kan entry anda ke dalam ruangan comment entry giveaway ini supaya saya boleh berkunjung ke blog anda - done

nak tag lola dan intan. buat jgn tak buat :)




Saturday 28 July 2012

cita cita yang tak kesampaian


maafkan daku. rasa mcm dah terabai blog ni.INSYAALLAH, kembali seperti biasa. tuan blog dah pulih dari penyakit homesick nya.


aku percaya, setiap org punya cita2. buat pengetahuan, cita2 aku sentiasa berubah. kalu masa kecik2 dulu, main ikut org. otak tak berkembang katanya... org sebut cikgu, aku pun cikgu, orang doktor, aku pun nak doktor gak... takmo kalah kan? tp bila tgk kat tivi doktor kene main darah2... oh scary oh. tukar lak cita2 lain.... leh mcm tu yer? nak tau apa dia? hahahha..  jgn gelakkan taw... :) ada hati nak jadi pramugari dak tecik ni...


 agak2 mana satu dak tecik yang dimaksudkan.


tu pun ikut org gak kot. tak tau pun pabenda pramugari tu.. balik rumah baru tanya mama, mama ckp org yg keje ats kapal terbang, dpt gi luar negara... mama ckp kene belajar rajin2 baru dpt jadi pramugari. waktu tu mmg suka betul la aku. mmg suka berjalan sedari kecik lagi.benar lah kata org tua2 kalu ada tahi lalat di kaki maksudnya kuat berjalan. bila dah besar otak berkembang sket, aku dpt tau nak jadi pramugari ni kene cantik, tinggi,... bila aku tenung balik semua ciri2 tu takde kat aku, aku rasa sedih + rendah diri sgt. pastu tukar pada akauntan. sbb cikgu aku citer gaji akauntan tinggi... lama gak stick dgn akauntan ni. aku pulak mmg minat ngira2 ni. lepas je PMR aku minta sekolah teknik (sekolah lama bg aku pure sains, oh saya tak suka bio.tolong ! ) masa nak apply ke semua pilihan aku adalah berkaitan dgn akaun2. tp tak dpt, kene amik electrical & electronic engineering. masa tu hanya tuhan yg tau, betapa aku tak minat dgn fizik, lukisan kejuruteraan mak nenek sume tu... tp aku suka dgn add math :) disebabkan aku tak amik bio masa spm, maka kat matrik aku dpt fizik... dgn tak semena menanya sampai la degree aku jadi 'ahli fizik'. ergghhh subjek yg aku tak suka actually... disebabkan aku tak minat nak teruskan bidang aku ni, aku apply KPLI jadi cikgu. bila jadi cikgu, walaupun tak dpt jadi pramugari aku dpt la juga naik kapal terbang... cthnya 3 bulan kebelakangan ni tetiap bulan aku balik. ni nak raya nanti pun balik... duit? oh jgn ditanya. kalu wat pelaburan dah beranak pinak duit tuh.huh lap peluh jap. ok back to topic... tiap kali nampak pramugari di epot, aku tersenyum sendiri. teringatkan kisah muda2 dulu.


selalu kalu sampai kat sini, aku suka dok perati pekerja dia. salunya kat sini cam veteren sket kan


ha.. bila masuk dlm perut kapal terbang, aku cari pilot dia. ceh laki kat sebelah ni.aggaga



best je tgk derang serve org mkn...


part ni paling best... walaupun berkali2 naik kapal terbang tiap kali steward / stewardess suh pakai seat belt.aku tenung je derang ckp.bukan dgr apa yg derang ckp pun... tgk je muka dia.cantik amat. specially mas punya stewardess. cun kot. ats ni gambar paling latest, minggu lepas.. en somi naik2 je tido kat sebelah. terlentok dah. aku pun mula2 dah tido tp terjaga bila aroma makanan yg menyelerakan masuk ke hidung..sedar2... sume org sedang menikmati makanan. terliur la tengok apek sebelah dok mkn. dah la posa time tuh... terliur kot. bak sket.






nak alih tumpuan, aku tgk belah tingkap la. tgk awan yg putih gebu tu. sambil membayangkan kalau la aku pramugari... hehhe

Thursday 26 July 2012

RENOVATE RUMAH : PAGAR

Alhamdulilah..setelah sekian lama, dilanda kontroversi dgn pakcik tukang (en tukang A) ... sampai nangis2 aku dibuatnya... ye la uols... kita nak cam lain tp dpt yg lain... sapa tak marah kan. ok aku ngaku, aku mmg ratu air mata pun... ngeee... boleh? tgh ckp dgn pakcik tu pun emo.sabar je la. ye la aku bukan org senang dan bukan juga senang nak kumpul duit byk tu... mungkin bg org lain tak seberapa, tp aku sgt hargai duit walopun 1 hinggit. jadi, bila org buat aku camni aku sedih la...

 ni pagar yg tak menepati cita rasa, aku nak pagar yg mcm kayu. mcm oldstyle sket tuh, dia bg yg ni


pada mulanya en tukang A berjanji nak betulkan, aku bg masa berhari2 minggu2 gak la. tak juga buat2. pastu...



aku paksa dia tanggalkan balik pagar. oh ats tu bukan en tukang A, itu tukang gazebo yg sgt komited.


survey punya survey jumpa dgn en tukang B, akhirnya dpt seperti yang diidam2kan. en tukang B buat sama seperti yang aku nak.memang puas hati sangat2... terima kasih pakcik. actually pagar rumah aku ni bukan la stainless steel. mmg bagus amik stainless steel. sbb tahan lama.... tp aku ni spesis cepat rasa bosan... jadi aku merasakan pagar jenis itu tak sesuai utk aku. plus aku tak berapa minat... nampak cam skema jerp... ye la masing2 taste kan... kalu sume nak yg jenis gitu, takde kepelbagaian la kan.. ok jom kita tgk hasil kerja en tukang B




ni baru betul... nampak cam kayu kan !!! (dari dalam)


yesss  suka bunga pink tu.. mmg aku request nak gini


actually pagar ni bukan yg paling latest... dah lama dah design camni keluar. tp aku ni nak sgt. so on je la... tu pun masa nak decide.. kemain susah..aku nak yg ala2 kampung camni...




 en somi lak kata, takmo. dia rasa cam tak leh bernafas. so kene la tolerate... dan hasil perbincangan jd la cam skang ni. anyway lega sgt.. 1 benda dah setle. tinggal lagi, kitchen cabinet, tv console dgn water feature.

Tuesday 24 July 2012

oh homesick

hilang mood blogging.asik teringat kampung je. *abaikanseliparjambanitu*

Monday 23 July 2012

bye bye penang

siaran langsung dari penang epot
sedihnya dah nak balik



japgi transit kl jap baru terbang ke bintulu
bulan depan jumpa lagi yer


kejap nya cuti wiken kali ni
tak terasa langsung





Sapa yg main2 area klia jom dating.lama o transit sana.muhsan kot

Thursday 19 July 2012

WINTER SONATA 18 : SEOUL TOWER @ NAMSAN

hohohooh... ada yg bosan tak trip ke korea ni.tak habis2 lagi... tuan tanah lembap cam siput... ke mana kita hari ni??? yeay ke Namsan/Seoul Tower, tp korean sebut tower = towar. tempat ni terkenal dengan cerita Boys Before Flowers dan Princess Hours. straight to the point. ada beberapa cara utk sampai ke sini, catit jgn tak catit

1- dengan menggunakan Seoul City Tour Bus (30 minit sekali)

2- line 4 > Myeongdong Station > exit 3. Jalan ke arah the Pacific Hotel,pas 10 min berjalan akan jumpa Cable Car Station. Return= 7500 KRM ,one way = 6000 KRW  

3-  line 4 > Stasiun Chungmuro > exit 4. naik Namsan shuttle bus 2/5 yg ada di depan Daehan Cinema. ni yg akan kita jumpa bila keluar dr subway


 ada bangunan bertajuk KISWEL. oh yang ada escalator tu kat dlm subway yer...cam dlm gua sket




kalu dari namsan hanok village pun ada je bas nak ke seoul tower nih... google sendiri okeh. berdiari sket :) ceh padahal aku seniri dah lupa naik bas apa. berbalik dari route yg ke 3... naik bas dlm 30 minit, maka sampai lah kita ke seoul tower. eh belum lagi seoul tower. kene merentasi segala ujian dan dugaan dulu... nak tau nape... bas tu parking sket punya jauh.. kene mendaki about 15 minit gak..curam bukit tu lebih kurang 45 darjah




 semput aku di buatnya... seb baik musim sejuk.so tak de la peluh busuk yg keluar...


sweet nya couple ni kan


okeh... sket lagi nak sampai dah.


nampak menara tu lega sgt.dlm hati, bila nak sampai, bila nak sampai


eh.. rehat pulak dia. jalan jalan !!!








sambil menikmati pagoda  nan indah


sekali, eh itu ke, itu ke... yeay !!! dah sampai...

  nampak tak huruf N tu. N stand for Namsan


meh kita posing2 sket


 mula2 sampai terus panas enjin


 melawat kawasan setempat


 yang penuh dgn pokok kismes


 soooo???? apa tunggu lagi


 camwhore la


 bukan selalu kan


kami di sebalik kunci chenta


 bila dah tak tahan sejuk sgt, kami menyorok dlm cafe, beli hot choco


sebelah cafe ni ada jual sourvenir dan juga kunci... nanti aku ceritakan kunci apa


ok perasan tak backgound belakang badan kami tu... benda tu cam jubin pastu tulis la apa yang kamu2 nak tulis... then lekat kat dinding tuh. bila baca kelakar pun ada. ada yg dtgnya dari malaysia, china, eropah, ireland, singapore, indonesia ... pendek kata seluruh dunia la.konon cam bt kenang-kenangan la. kami tak beli pun... mahal la harganya... kunci pun mahal... so nasihat dari aku, kalu nak abadikan kenangan di sini, nak ikat cinta segala ( jgn percaya sgt, tahyul sume ni) bawa la sesiap dari mesia.



selain daripada cafe dan kedai sourvenir kat bawah ni juga ada Museum Teddy Bear



koleksi2 teddy bear di setiap ending siri princess's hour


 nak masuk kene bayar KRW 14000 sorang (rm42). selanjutnya di sini


sume kartun yg dlm Princess Hours. Museum ni juga merupakan lokasi shooting adegan Chae-gyeong jalan-jalan bersama nenek sang calon raja Lee Shin. lagi, apa lagi yang ada??? ada restoran yg berputar... ala ni kat mesia pun ada.next? ada observatory area.. dpt tgk view yg cantik dari ats.


 bandar seoul dilimpahi cahaya dari ketinggian 2367 meter.cun giler.tp mls nak stand tripod


dan yg paling penting, kat Seoul tower ni ada..... ada apa?? khas utk peminat Kpop dan Kdrama, mesti tau. ye tempat ni femes dgn padlock tree, yg dlm cite Boys Over Flower..yg Gu Jun Pyo tunggu Guem Jan Di for their 1st date



 kami pun gedik nak gak padlock2.


hidung aku merah gile, supa badut sarkas. sbb cuaca sejuk... air hidung asik kuar jerp. meleleh cam air paip..hihihi tipu...


 ni la love padlock kami, biru en somi, pink of course puan isteri

 posing2 sebelum digantung

 masing2 berusaha untuk mengikat padlock masing2

 yeay siap....

 kasi zoom sket... haaa penuh dgn kemelayuan... aku wat sendiri crochet ni taw.bangga tak?

dah jadi apa dgn padlock kami skang ni.berhujan berpanas

 insyaallah, kalu ada rezki umur yg panjang dan di izinkan ALLAH

 nak je aku bawa ank cucu dtg sini tgk bukti cinta kami berdua. acewahhh


 dah lock skang turn utk campak kuncinya ke bawah...


ok, kalu rajin baca, kalu tak rajin, skip... ni citer ttg sejarah padlock


berdasarkan apa yang aku dengar dari penduduk tempatan... tradisi kunci cinta ni popular masa tahun 1990 an. pasangan yang bercinta akn dtg ke sini utk mengunci cinta mereka dgn menulis nama dan harapan pada padlock tersebut. seterusnya ank kunci akan dicampak ke bawah menara. Ini menunjukkan nama yg tertera di kunci tersebut sudah terkunci selamanya. mcm2 kan. tp diingatkan jgn la terlampau percaya sgt... cam aku ni, saja suka2 je.tanda kenangan... byk gile padlock kat sini... mcm2 bentuk ada... jom tgk


ha kan... mcm2 warna...kalerful



 ni mungkin dia dtg dgn famili dia...



ha hambik ko..rantai basikal dia letak


ada berjuta2 lemon padlock di situ. disebabkan terlampau byk kunci di pagar2 tu. makanya, pagar di situ tak dpt menanggung lagi padlock2 yg ada...



lantai dia cam dah nak roboh... sabar je la...

 ok itu saja dari kami :)