Tuesday, 7 May 2013

audition bintang kecil anjuran RTM

1mei lepas, sama tarikh dgn kejadian shiro buat stunt terjun dari tingkat 3, tu actually aku kene hantar budak utk bintang kecil anjuran rtm, kira cam audition la, mana yg suara sedap derang akan call... aku nak tunjuk gambar ank murid aku kemain berjoget , suara pun sedap... tp tak dpt. so yg mana nak tgk, tgk kat keek je la eh... :)

 debora, nyanyi lagu kasanova, ke bosanova... ehehe.lagu lama. mak dia yg mekap dia


yg ni la kesian. dia sorang2.


 baju pulak tak de.so aku sponsor la baju aku.nasib sama saiz. Kalu tak garu kepala juga la.dah la kelam kabut dgn shiro, aku lupa bawa inner utk dia. kesiannya la.sori.



santini. yg ni naynyi lagi untuk mu ibu.ala yg izad exist nyanyi dulu tu


cikgu wif ank murid.yg tgh tu tgh hafal lagu. ha takut latew...


semua lagu lama2. ada yg lagunya aku belum lahir lagi... tp diberi nafas baru oleh anak2 aku ni. sampai kene tegur la dgn ank murid aku, sbb aku mmg tak penah dgr lagu lama2 ni. masa tu aku nak tunjuk contoh pergerakan menari tu.so taip la tajuk lagu. ala lagu darah muda yg dinyanyikan oleh saloma dulu tu. tp aku tertaip darah manis. budak aku cakap la.cikgu, bukan darah manis la... darah muda... ala cikgu saja je nak uji kamu eheheh padahal cikgu dia igt tajuk lagu tu mmg darah manis.tehehehe. bab nak cover malu mmg no 1. tak mengaku salah sendiri







Monday, 6 May 2013

cuti BN pun bulleh...

semalam punya cerita.kemain ramai tak hadir ke sekolah.bila ditanya.mana pergi semua org ni...CUTI BN CIKGU... pun bulleh? adeh.mcm2.

Pertama kali dalam sejarah,dlm kelas ada 20 org cam tu je.jumlah yg ideal.sng nak fokus pd setiap murid

Sunday, 5 May 2013

kurung en suami dr luar

sedang enak semua dibuai mimpi. kami laki bini tak dpt tido dgn tenangnya. nak dgr announce pasal cuti satu hal... pastu parents dok call dr mlm sampai subuh tanya cuti ke tidak. aku pun tak pasti. sbb ada yg kata kalu BN menang, sekolah cuti.

bila tidurku asyik terjaga, kepala mula la pening. masuk org ke-6 call, aku terus tanya guru besar.sekolah ke tak ari ni. dia ckp sekolah.so laju2 bangun. baju semua tak iron lagi, lesson plan pun ke laut... mandi pun buat syarat je. then tak sedar yg aku terrrrrrrrrrrrLOCK pintu. tp en suami di dalam, tgh bersiap juga. sampai di sekolah, assembly. dgn yakinnya. mmg tak sedar apa langsung.




kira2 pukul 8.40 bila dah setle hal budak semua, aku pun duduk di kerusi. terdengar bunyi fon. oh.. en suami yg call

en suami : 'kenapa buat abang macam Shiro'

aku cam 'hah' apa benda ni.sumpah tak faham...apa lagi org tua tu bising la. ckp dia nak keluar tak dpt,aku kunci dari luar... terperanjat la aku. then tgk kat hp berbelas2 miss call nn msg. aku tak tau camne aku leh kunci dia dr luar. camne leh lupa yg en suami di dalam. dah la aku ni jenis bawa hp, tp letak dlm beg... tu pasal la tak tau apa yg berlaku. sabar je la. tadi waktu makan dah kene bebel. handbag berbiji2 ( ehh biji pulak.utas kan?) siap ikut warna tema lagi.tp tak pakai


dinda minta maaf ye kanda.


takde niat pun nak kurung mcm shiro, ye sejak shiro jatuh kami kurung shiro dlm bilik tengah tu. dgn harapan tak nak bg dia gerak banyak...

Friday, 3 May 2013

selamat mengundi

emo kejap bila buka fb sume org dok post balik kampung.rasa mcm raya pulak.kalu la tiket kapal terbang murah mmg aku balik.tp bila tgk tiket yg promo katanya tu dekat2 2k...hm tak payah la.dah la 2 minggu lg nak blk kg dah.actually aku mmg smgt pun nak mengundi. patutnya ini kali ke 2 aku mengundi tp takde rezeki.uols yg balik mengundi pangkah betul2 keh.selamat mengundi.hati2 di jalan raya



Thursday, 2 May 2013

7 kalimat yg harus di biasakan.


1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Wednesday, 1 May 2013

tragedi 1 mei

tidak pernah ku duga perkara seperti ini terjadi pada Shiro. sedang enak dibuai mimpi. ye la cuti katakan. naknya tgh piyed kan.sedapnya la lena. sekali en suami jerit dari luar.


  sayang..... shiro jatuh ke bawah. abg takut nak ambil. 


melompat la aku dari katil. naknya en suami ckp mulut shiro berdarah.dengar saja en suami sebut shiro jatuh pun, aku terus menangis, apatah lg bila ckp berdarah. menangis kuasa dua la aku.h.terus jenguk dari ats, tgk shiro tak gerak dah, dok statik jer. tak sempat snap pic, time ni aku menangis sakan. pastu aku paksa gak en suami amik shiro.bukan apa shiro mcm menyeringai/marah bila en suami angkat dia.trauma agaknya... anjing kat situ pun kalut. tp berterima kasih juga pada anjing tu, kalu tak kerana dia mmg en suami tak tau shiro kami dah jatuh.



mata,hidung mulut semuanya keluar darah


sebaik saja en suami bawa shiro ke rumah, kami decide nak gi veterinar terus. tp harini labour day. haruslah cuti. sudah. aku call vet shiro (nasib ada no fon kat kad perubatan dia)  aku ckp... kene gak rawat shiro,urgent...waktu tu aku sanggup je nak baya berapa pun.wah bunyi mcm orang kaya... betul weh...bila kita dah sayang kat satu2 benda tu kita sgp je buat apa pun. dah bawa shiro gi jumpa vet, kene tahan ptg tu doc call dah leh amik shiro. katanya shiro masih trauma.beri masa dia 2-3 hari, then dtg sini semula. kurung dlm sangkar spy shiro tidak byk bergerak... mata shiro masih ada cecair coklat aku agak darah dr organ dalaman


actually en suami turun nak bg barang kat kawan dia. entah mcm mana tergerak hati en suami nak tgk apa yg anjing tu buat.tgk2 objek kaler putih, shiro!!! aku tak mau fikir apa yg berlaku sebelum tu dan berapa lama shiro di situ. sbb aku rasa bersalah sgt. aku harap takde la anjing tu buli shiro, nasib la shiro tak kene gonggong ke apa. dlm keadaan lemah camtu kan.kesian sgt.





ini la anjing yg dimaksudkan, Johny namanya. sblm kewujudan shiro ni la 'pet' kami.hehehe jgn salah paham, bukan kami punya tak tau mai mana. biasalah bila duduk di tempat yg majoriti bukan Islam anjing kurasakan bagaikan kucing.kalu dulu nampak anjing jauh sebatu dah aku lari. siap minta 2 org budak jadi body guard aku setiap kali nak ke sekolah.takut kot. tp skang tidak lagi. lalu sebelah pun tak heran. disebabkan dia makhluk ALLAH juga, disebabkan rasa kasihan kat anjing ni maka kami laki bini selalu je bg mkn kat dia. ye la dia dok sini bukannya ada makanan pegi la kedai makan ke kan.


bila aku  fikir blk camne la shiro leh jatuh aku rasa kerusi ini la penyebabnya. laju2 aku telangkupkan



tinggi tak tinggi, bawah sekali parking kete, ats tu umah org, then baru umah aku.kira dia jatuh dr level 3 la


lepas pada kejadian itu, aku rasa menyesal sgt, rasa sgt2 bersalah sbb letakkan kerusi tu di situ,aku pun tak tau apa motif kerusi di situ.actually barang org dulu2, aku pun tak usik. since aku rasa, tak menganggu pun.so biar je la kat situ.tp bila jadi camni, terus paksa en suami buang kerusi tu.lepas ni kene extra take care. apa saja benda yg menyebabkan shiro melompat ke tempat lebih tinggi akan ku jauhkan.tingkap mmg tak buka dah.takut dia melompat dari meja makan pulak.hoh scary...



sama, tp tak serupa

sebelum cerita insiden yang  berlaku pada hari ini.meh nak share satu gambar


Senorita ak Billy-juara bintang kecil

dan ini tak perlu diperkenalkan lagi di sini *kenapa badan aku bongkok*


apakah persamaan antara kedua-dua gambar tersebut