Monday 27 May 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 15 : SILK MARKET

aku sedang menggigihkan diri utk habiskan trip ke Beijing.peluh oi... sebelum ni kita di summer palace, bercerita tentang kekejaman maharani. kini kita ke Silk market. yaaaaaaaaa... masa utk shopping.sukeeeeeeeeeer sgt.





LINE 1 > YONG'ANLI STATION > EXIT A
satu lagi alternatif melalui Guo mao, tp aku tak tau exit berapa, kami guna yong anli station












































kat sini ada mcm2. Sama mcm shopping mall kita,tp yg best leh tawar.tips tawar sampai 80% dr harga asal.en suami bt cermin mata 2 pasang kat kevin optic. baru rm 150.tahan sampai sekarang

SABAH 2013 : PART 5

balik dari pulau, terus check in hotel. makan.. of course la cari sea food. itu matlamat utama ke sabah.. jalan2 cari makan... pastu check kandungan ioding tinggi tak? tehehhe... gambar mkn takde pula amik... sbb lapar sgt kot... pas perut kenyang gi night market. dekat sgt. belakang hotel je.tu yg aku suka sgt dok kws sini.semua ada.

 sedozen adalah RM 35... untungkan


 mmg rambang mata dah ni. nak yg mana terus amik je.ckp kat en suami nak bg sedara mara.ceh cover line


 ni gambar esoknya.. pagi2 dah gi pasar filipin. kata nak gi pas suboh.lastly kul 10 baru bgn.ehehhe


 pilih jgn tak pilih

 en suami pun sama naik. 


tak mau kalah, amik butang baju melayu bg setiap warna, sama warna dlm pensel luna tu. aku tak igt berapa harga.rasanya sekotak RM 5.yg pastinya mmg murah la.lepas dah shopping brg2 kat sini gi 1 borneo pulak


ikut jalan pesisiran pantai



ok dah sampai



gambar ni sgt penting. nak tau nape jap lagi aku cerita


 dato n datin sempat pegi wat masage



disebabkan massage ni la yg menyebabkan kami nyaris tertinggal flight. kalu lewat dlm 5 minit lagi mmg bye2 la.beg dlm gambar ats pun tak sempat beli. lastly minta kawan belikan.nasib kawan ada kat sana.dan gambar pun ada.hohoho... igt eh jgn jadi cam kami, dah lewat. silap terminal pulak.igt kk airport ada 2 terminal, pastia mana satu  terminal anda. kami terpaksa bt u turn.


ini beberapa harga yg aku masih igt.mana tau nanti uols nak shopping leh jadikan nota aku ni sbg penanda aras.

night market sinsuran
2 utas tasbih  (mutiara air masin)  RM 35
sabun rumpai laut (purple) RM 15
sabun rumpai laut (putih) RM 10

pasar filipina
brooch kecik 7 biji RM 10
brooch besar 3 bini RM 10
butang baju Melayu, kalu yg ada pearl tu sekolah RM 4, yang swarzvoski tu RM 6
brooch couple RM 45 x 3 dozen

kedai ikan masin sebelah pasar filipin
3kg rumpai RM 28

Sunday 26 May 2013

SINGAPORE PART 3

sblm trip ke Singapore berkubur elok la kita menyambung semula entry yg tertunggak.nanti kang makin lama makin lupa segala info. sblm ni kita main2 di USS. mmg satu hari spend kat sana. mlm penat, tido.. esknya, buka2 je mata terus sampai sini.


ting!!! magik tak.camne nak ke sini, rujuk2 nota ini yer


apa yg ada kat quuenstreet ni



2 main attraction bila sampai sini hgn lupa ke ARAB STREET & BUGIS STREET. pastu murtabak zama zam yang glemer tu pun ada.


smlm tema merah, arini tak bertema sgt.tak sempat beli baku kuning kat bah.camne leh terlepas tah



 abah kata, nah amik sorang satu menan refer to dslr, jgn berebut2.ahahha


langkah pertama, sblm berjalan2 harus lah isi perut dulu kan. nasi beriyani ayam 6 dolar




 murtabak singapore yg sihat sejahtera.igt kecik mcm kat mesia.sekali kenyang, siap tapau. 5 dolar


depan kedai mkn-nampak tak ada bas citysightseeing.teringinnya nak naik.


kami makan kat sebelah restoran zam zam, bertajuk Victory. restoran zam zam ni mmg glemer. tp ramai sgt org. so kami gi kedai sebelah... ok la asalkan kenyang. di mana kedai ni, bertentangan dgn MASJID SULTAN


masjid sultan



merpati dua sejoli :)


mata dua beranak yg kalah bila di bawah terik mentari- kebetulan masuk waktu zohor 



so singgah la kejap ke rumah ALLAH


oh abaikan mata yg sebaris tu.panaskan... yo yo o en suami suh aku buka mata, dah abeh luas ni bang oi

Pandangan masjid sultan dr arab street


ini dia aksi terlampau photographer terhangit di pasaran




blkg masjid ni ada sourvenir murah2 tau, tmpt ni org panggil ARAB STREET ada yg berharga 0.5 dolar utk seketul sourvenir. dari fridge magnet, beg, baju, semua ada. tp en suami smpt gi kedai gadget yg ada kamera, menjeling pantas la aku ke arah dia.oh nak beli lense kat singapore rupanya. banyak cantik. singaporian pun beli kat mesia sbb murah.kita lagi mau beli kat tmpt dia ka? haissshhh...




ni je yg mampu beli utk budak kelas aku





disebabkan murah, aku beli kat ank2 sarawak aku ni.konon nak suntik semangat derang suruh belajar betul2 la. bila besar dpt keje best2 dpt melancong. konon... yg penting kat situ tulis Singapore. bagi derang singapore tu jauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh sgt. walhal sekentut je dgn mesia.


arab street ni kecik je


bugis street lagi meriah

dah puas beli sourvenir utk sedara mara, rakan dan taulan kami pun menapak ke BUGIS STREET. berjalan je pun. dalam perjalanan nak ke bugis tiba2 hujan turun dgn lebatnya. terus masuk MRT. sementara nak tunggu MRT  kami pegi Ion orchard.


tmpt ni agak ekslusif mcm klcc kita la juga



Tenganu mmg best ah

percutian yang sudah basi. 2 tahun berlalu. tp bila kawan aku tanya, apa yg best kan tengganu. aku jadi blank... jadi gigihkan diri godek semua picture dlm lappy. dan hasilnya keluar la entry ini :)

biasalah aku, kan pemaleh. bape byk percutian yg aku tak catat kat sini. pah tu bila org tanya, eh eka masuk bukit tinggi itu hari kene berapa?


colmar tropicale, bukit tinggi WIF LOV3


dah lupa.sabar je la. ye aku tak puas hati napa org pegi bukit tinggi masuk free je, kenapa aku kene cas. prosedur baru kot. ini tidak adil.ok dah bukan nak cite pasal bukit tinggi. lain hari, lain masa baru kita cite ttg itu.


selain dari pulau yang menjadi daya tarikan utama di Terengganu, ada lagi ke tempat menarik di sana?jawapannya. YA.. antara tmpt menarik di Terengganu adalah :


Pasar Payang : lebih kurang padang besar la juga.mcm2 ada, baju, brooch, ank penyu.ehehe
Taman Tamadun Islam : monomen bercirikan keISLAMan.ada byk relpika masjid di sini
Masjid Kristal : masjid yg dibuat drp kristal
Istana Maziah : istana lah :)
Santuari Penyu Rantau Abang : nak tengok penyu telog, sini la tmptnya
Cherating



berikut adalah gambar  yang  tak ikut kronolgi.layan je la eh


oh kekasih hatiku.i lebiu... nape u nampak botak je ni


kami amik gambar tapi tak tau kat kete sapa, maafkan tuan hamba :)

ni dlm beca ok. kat Penang pun kami tak naik beca.tp gi negeri orang budget cam pelancong pulak...ceh


skodeng apa tu...

mat bunga ni


tak silap aku ni gambar kat Istana.huh lupa dah


ei tunjuk bontot


tarian mak yong namanya


sekali lagi :)


hahah.ilusi optik


suka tgk bas ni, teringin nak naik,tp tak sempat.kene gi lagi ni


ehehhe



gambar org bersin pun nak amik.haishhh... nak kena ni



 ni masa kat pasar payang, cari kain batik.jgn pelik kalu dok kat sini 1k habis dlm sekelip mata


 cik nyet,ni kat pantai batu buruk rasanya. tak igt.tp aku suka pemandangan dia.nama cik nyet KUNING


tak silap aku ini picture kat Masjid Terapung.tu la makan semut byk, abes lupa semua benda


 kopok lekor, harus lah kan. pun tak igt kat mana, meh sini nak ketuk2 sket kepala tu

 Masjid Kristal

 cantikan kristal yg memancar dek sinaran matahari

 pun masjid kristal juga

 ni dlm masjid, subhanallah. cantik.


 on the way nak ke tamadun islam


apa je kat sini,masa aku pegi dulu ada lebih kurang 20 monumen di serata dunia


cth, taj mahal, masjid xian.. bla bla bla. ala lebih kurang aiins world, korea gak.


 ni pantai apa tah, kemasik kot. main singgah je.laut membiru.jauh beza dgn pantai seagate.teheheheh


ni jeti shahabandar tak silap aku. kalu nak gi redang leh naik kat sini kan?



adakah agak keterlaluan sekiranya aku nyatakan tenganu antara pusat pelancongan terindah di Malaysia...dalam kategori kedamaian, mmg menang kat dia la !!! bila tgk laut, aku suka jalan raya dia di pesisiran pantai.tak tido au tgk laut dr kete. specially kat kemaman...huh. nasib la aku takde adik, kalu ada adik aku suruh dia cari org kemaman dah. serius aku suka Terengganu... lengang dari hiruk pikuk kota.dpt mengabdikan diri pada sang pencipta dgn tenang...


percutian ni kira2 2tahun lepas . lebih pada family vacation... asalnya kami nak bawa both our family...tp famili en somi tak dpt pegi sbb keadaan neneknya yg tidak mengizinkan...


tips

1.baju batik kat pasar payang leh cecah sampai rm 350, tp mmg cun, seswai utk kaktangan kerajaan,bj hari khamis. sila asah bargain skill anda di sini.

2.tiket masuk tamadun Islam tu RM 15