Showing posts with label shiro. Show all posts
Showing posts with label shiro. Show all posts

Monday, 12 May 2014

::shiro::

alhamdulilah...esok genap setahun shiro blk semenanjung.setelah pelbagai ujian kami harungi.pttnya shiro ikut aku blk 10 bln yg lepas.masa dpt pindah.tp apa tah masalahnya,tak lepas.kali ni prosedur nya smooth je.

oh ya,rasanya aku belum share lg kat blog yg en suami dpt blk semenanjung kan.bukan lupa,cuma kekangan waktu.aku yg dulu bukannya yg sekarang,dulu doplohpatjam depan komputer,sekarang ngadap tab/hp ajer.

namun begitu.. belum ada rezeki utk kami laki bini tinggal sebumbung,dah masuk semenanjung pun alhamdulilah....syukurrrr...


ni la gelagat shiro masa 1st time sampai rumah.takut2


buat pengetahuan semua,pd yg nak pos pets ke semenanjung,boleh guna mas.rege dia ikut berat.cam shiro tuhari masuk dgn carrier dia dah sama rege dgn tiket flight manusia.tp syg punya pasal sanggup je.paling kesian bila dia kene kurung dlm carrier la.mknan taleh nak bekalkan.tp en suami bg gak mknan dia,taktau la kot stewardss bg.sbb binatang ni dok tmpt lain.smpi je epot penang laju2 bg dia mkn.byg kan depart dr bintulu pg,transit kat klia jap,then penang flight lewat ptg.ada la dlm 7 jam dia posa n tahan kencing berak.apa yg perlu ada ms nak bw shiro ke epot?

1. cip/implan kira ic dia la ni.ada no kat cip tu.
2.kad rawatan yg tulis vaksin tu
3.sijil pengesahan dr bda.aku rs ni dr veterinar pun leh dpt kot.tp kat btu takde vet bwh kerajaan so kami g bda.
4.smpi png kene bg rm 25 utk apa tah.en somi tak igt dah




alhamdulilah kesayangan hati ambo yg sekor ni selamat smpi.mmg kena gomoi la.rindu kot.ye la dah bape bulan tak jumpa,sbb en suami je yg blk png setiap bulan..n now,dah sebulan tinggal bersama,lain pulak cerita nya...atas beberapa sbb aku terpaksa BERJAUHAN dgn shiro:-( faham tak perasaan ini mcm mana.mungkin yg tak sukakan kucing tak paham apa yg aku rasa.tp aku nak ckp,perasaan ini seolah2 mcm menikam2 di qolbu.shiro dah mcm family aku dah...mmg DILEMA sgt2.setelah sekian lama aku tunggu dia blk,genap sebulan terpaksa berpisah.ohhhh sungguh aku tak dpt terima.bt masa ni shiro masih dgn aku,tp kene kurung je la dlm bilik satu lg tu.tp sumtime aku bawa juga dia keluar.sungguh aku tak suka perasaan seperti ini.konflik dalaman betul

Sunday, 19 May 2013

kucing ada 9 nyawa

[[[[[ minggu yg super bz.jd kita publish entry yg ada dlm draft ja ]]]]]


ya... ayat ini yang kawan2 aku ucap. tat kala aku menyatakan kerisauan aku terhadap Shiro baru2 ini. sebelum ini aku tak penah tahu pun. menurut kepercayaan orang Iban, kucing mempunyai 9 nyawa. Kalau nak tahu di rumah panjang apabila terdapat org yang meninggal, maka semua kucing di situ akan di kuarantinkan. pernah berlaku satu masa dulu. ok cerita dia agak menyeramkan. pada yg penakut tu sila tekan button X di atas. Menurut kawan aku, pernah ada org meninggal di suatu kampung. Selalunya orang Iban akan menyimpan mayat sampai seminggu lamanya demi memberi peluang sedara mara yang jauh datang menatap buat kali terakhir. pada hari ke-6 mayat di rumah panjang, kebetulan ada seekor kucing merayap di atas alang. tiba2 tersalah langkah jatuh pelepup atas mayat. tiba2 mayat yang terbaring tadi tu melompat dan bergayut di alang. seolah2 roh kucing tadi masuk ke dalam mayat tersebut. ok ini mitos la.kita tak tau sejauh mana kebenaran cerita.tapi bila aku google kat internet.ini yang aku dpt... kredit




1. saiz kucing kecik & badannya lembut untuk terima impak yg kuat2, so tak cedera sgt walaupun jatuh daripada tempat tinggi.


2. Kucing memiliki sepasang telinga dalam (inner ear) yang advance & lebih canggih daripada manusia. so kucing boleh mengawal balance dengan baik, walau dalam keadaan apa pun, kucing tetap landing dengan 4 kaki dia dan kucing cepat boleh betulkan kedudukan (drpd senget kepada tegak dgn cepat). dia x confuse ttg koordinasi badan dia.



3. bila kucing landing atas 4 kaki, dia lebih stabil dan pembahagian impak semasa jatuh lebih sekata, sendi2 pulak membengkok semasa landing, so macam ala2 kusyen, empuk je jatuh...


4. bila kucing jatuh dia akan kembangkan badan dgn mendepakan keempat kakinya. jadi ala2 parachute, takde la kembang mcm tupai terbang tapi cukup untuk memberi geseran dgn angin, jadi secara relatifnyer lebih perlahan daripada objek lain.
kucing lebih selamat jatuh dari tgkt 7 - 32 drpd tgkt 6 ke bawah? sebab kalu dia jatuh drpd tmpt rendah dia x sempat nak betulkan koordinasi atau mengembangkan kaki untuk landing...alamak shiro la tu... mesti shiro tak sempat meregang kaki dia tu yg injured teruk kat kepala tu

Wednesday, 8 May 2013

2nd appointment : shiro wif dr cheng

entry basi yg tak publish



seperti yang disarankan dr cheng. 3 hari selepas shiro wat stunt dr tingkat 3, kami kene check lg sekali utk tgk perkembangan shiro.so bawa la kami laki bini ke sana

alhamdullah keadaan Shiro dah semakin baik.lega.tiada kata lain yg dapat ku ucapkan melainkan terima kasih ya ALLAH. tarik nafas lega bila doc ckp dlm masa seminggu shiro akan sihat sepenuhnya. tp tak sampai seminggu dah melompat sakan skang ni. macam tak serik je jatuh tu. sepatutunya, hari ni 5.5.2013 shiro kene 2nd vaksin, tp bila dah jadi camni doc awalkan lah... hehehe... doc suntik vitamin sekali.


 muka minta nak keluar dari bakul


 jakun tgk kereta. bila kete lalu, dia  takkan lepaskan pandangan matanya


 tgk, ats meja doc ni, ada hati nak melompat


lepas kene cucuk lembik.terbaring.dulu bakul ni besar utk dia.skang muat2 jer :)



tak sabar nak tunggu grooming minggu depan. dah busyuk sgt. kan haritu dia jatuh sampai terberak2. jd, shiro kene perintah berkurung, dilarang keras masuk bilik. bila tak tido sekali, kami laki bini dpt la tido dgn aman damai.tak de dah org nak kejut subuh.selalunya pukul 5 camtu shiro mestii gigit kaki kami, tak pun cium2 kat muka... haisshhh sabar je la

Wednesday, 1 May 2013

tragedi 1 mei

tidak pernah ku duga perkara seperti ini terjadi pada Shiro. sedang enak dibuai mimpi. ye la cuti katakan. naknya tgh piyed kan.sedapnya la lena. sekali en suami jerit dari luar.


  sayang..... shiro jatuh ke bawah. abg takut nak ambil. 


melompat la aku dari katil. naknya en suami ckp mulut shiro berdarah.dengar saja en suami sebut shiro jatuh pun, aku terus menangis, apatah lg bila ckp berdarah. menangis kuasa dua la aku.h.terus jenguk dari ats, tgk shiro tak gerak dah, dok statik jer. tak sempat snap pic, time ni aku menangis sakan. pastu aku paksa gak en suami amik shiro.bukan apa shiro mcm menyeringai/marah bila en suami angkat dia.trauma agaknya... anjing kat situ pun kalut. tp berterima kasih juga pada anjing tu, kalu tak kerana dia mmg en suami tak tau shiro kami dah jatuh.



mata,hidung mulut semuanya keluar darah


sebaik saja en suami bawa shiro ke rumah, kami decide nak gi veterinar terus. tp harini labour day. haruslah cuti. sudah. aku call vet shiro (nasib ada no fon kat kad perubatan dia)  aku ckp... kene gak rawat shiro,urgent...waktu tu aku sanggup je nak baya berapa pun.wah bunyi mcm orang kaya... betul weh...bila kita dah sayang kat satu2 benda tu kita sgp je buat apa pun. dah bawa shiro gi jumpa vet, kene tahan ptg tu doc call dah leh amik shiro. katanya shiro masih trauma.beri masa dia 2-3 hari, then dtg sini semula. kurung dlm sangkar spy shiro tidak byk bergerak... mata shiro masih ada cecair coklat aku agak darah dr organ dalaman


actually en suami turun nak bg barang kat kawan dia. entah mcm mana tergerak hati en suami nak tgk apa yg anjing tu buat.tgk2 objek kaler putih, shiro!!! aku tak mau fikir apa yg berlaku sebelum tu dan berapa lama shiro di situ. sbb aku rasa bersalah sgt. aku harap takde la anjing tu buli shiro, nasib la shiro tak kene gonggong ke apa. dlm keadaan lemah camtu kan.kesian sgt.





ini la anjing yg dimaksudkan, Johny namanya. sblm kewujudan shiro ni la 'pet' kami.hehehe jgn salah paham, bukan kami punya tak tau mai mana. biasalah bila duduk di tempat yg majoriti bukan Islam anjing kurasakan bagaikan kucing.kalu dulu nampak anjing jauh sebatu dah aku lari. siap minta 2 org budak jadi body guard aku setiap kali nak ke sekolah.takut kot. tp skang tidak lagi. lalu sebelah pun tak heran. disebabkan dia makhluk ALLAH juga, disebabkan rasa kasihan kat anjing ni maka kami laki bini selalu je bg mkn kat dia. ye la dia dok sini bukannya ada makanan pegi la kedai makan ke kan.


bila aku  fikir blk camne la shiro leh jatuh aku rasa kerusi ini la penyebabnya. laju2 aku telangkupkan



tinggi tak tinggi, bawah sekali parking kete, ats tu umah org, then baru umah aku.kira dia jatuh dr level 3 la


lepas pada kejadian itu, aku rasa menyesal sgt, rasa sgt2 bersalah sbb letakkan kerusi tu di situ,aku pun tak tau apa motif kerusi di situ.actually barang org dulu2, aku pun tak usik. since aku rasa, tak menganggu pun.so biar je la kat situ.tp bila jadi camni, terus paksa en suami buang kerusi tu.lepas ni kene extra take care. apa saja benda yg menyebabkan shiro melompat ke tempat lebih tinggi akan ku jauhkan.tingkap mmg tak buka dah.takut dia melompat dari meja makan pulak.hoh scary...



Tuesday, 16 April 2013

hobi saya adalah mengutip

sejak 2 menjak ni
shiro suka sgt kutip apa benda saja dlm umah
sedar2 sotong aku kene curi dok bawah meja
dia tak makan
tp dia amik buat main je
cicak lipas jgn cakap la.pantang nampak mmg dia kejar sampai dapat
nak main je pun







Saturday, 6 April 2013

shiro dah kene cucuk



gilo betul aku ni. Beijing, Sabah, Singapore. dah rupa blog2 travel pulak... tetiap hari update pasal traveling. padahal tajuk blog DIARIHIDUPEKA. tah ke mana diari hidup aku tah... aiyaya. habis sume org bosan . dak eka ni takde cerita lain ke. mcm dia sorang jer berjalan... okeh okeh.. nak cerita catatan diari semlaam... shiro dah masuk 4 bulan tau.sempena umur dia ke -4 bulan, kami bawa dia gi vaksin.



carrier tak beli lagi.so letak dlm bakul


suka pulak duduk camni, sambil tgk kereta kat luar




male? hewan pun sama.Shiro ni bangsa persian rupanya.baru ku tahu.igt kan yg gebus tu je persian



tu la doktor shiro. 


shiro kene paksa makan ubat cacing.selamba je vet ni sumbat ubat dlm mulut shiro. kalu aku tak la.kesian tgk.masa shiro kene inject, ada 2-3 ekor kucing yg kene sunat,pastu ada yg sawan... kesian sgt.shiro tgk je kawan2 dia tu. nampak gaya mcm nak terkam. balik rumah, shiro jadi pasif, lemah je badan dia. risau kami laki bini. mungkin tindak balas injection atau ubat cacing.tp bila bgn pagi tadi, kemain cerdas. lega.


KOS hari ini : RM 40




Monday, 1 April 2013

shopping sampai nak terlepas flight

assalamualaikum
happy monday uols
ada antara sekolah yg cuti lagi hari ni sbb amik ester day kan, kan?
sekolah aku tidak :)


makanya... bgn2 pagi bermulalah aksi tolak menolak di ats katil
en somi tolak aku, aku tolak en suami
masing2 tanak turun dari katil utk mandi gi sekolah
apa??? igt tua2 ni takde ke penyakit camtu...ada...........kami la
aku yg tua camni pun buruk perangai
apatah lagi budak2 kan
arini gi sekolah monyok je semua
jadi cikgu suruh berdiri buat lompat bintang, manis la sket muka tu
ehhehhe
cikgu dia pun sama sebenarnya.tp bila nampak ini ats meja


::
::
::
::
::

::
::
::
::
::
::
V

senyum sampai telinga


ohhh apakah ia??? beg... 
ni antara barang yang menyebabkan aku hampir terlepas flight
tak sedar shopping punya pasal 
actually bukan shopping semata, spend time kat spa dah berejam
pastu masa shopping jadi sikit la
tgk2 jam dah lewat
laju2 bergegas, tak sempat nak grab bag ats ni
mmg sedih, balik Sarawak masih teringatkan handbag
tp kalu dah nak tu pelbagai cara yg dia buat
sebolehnya akan usaha sampai dpt
kebetulan kawan sekolah aku pun gi KK
jadi aku minta tlg dia belikan
nasib la ada gambar ni utk rujukan



laju2 tag kat kawan aku tu... nasib la dia jumpa. tq kak wan



less 50 percent tu yg ralat sgt kalu tak dpt
biasa la aku ni, kalu tak less mana mampu nak beli beg
tunggu less br dpt beli. ehehhe



en suami pun support, katanya ganti beg sekolah yg shiro cakarkan dulu
heh !!! mana boleh tak sama jenama tau.tak kira ganti balik <--ckp dalam hati je la
oh ya aku takde citer kot pasal beg yg dicakar shiro ni
salah aku gak, balik sekolah letak beg bawah meja
shiro apa lagi.sedap la dok asah kuku
nak tgk kesan cakar beg sekolah aku tu
meh aku tunjuk


nampak tak dlm bulatan tu. dari jauh mmg tak perasan pun



sume nya angkara si comel ini



en suami senyum je bila tgk kesan cakar tu. takde pun nak marah shiro
ye la sapa yg tergamak nak marah kat makhluk ALLAH se'cute' itu
apa2 pun tq abang.. abang la manusia yg paling memahami :)




Saturday, 23 March 2013

minggu paling sibuk di dunia

yer jatuh kepada....................
minggu ini la. cuma free hari rabu jer.tu pun balik2 rumah terkejut tgk badan shiro berlumuran dgn warna purple + biru. nak tau kenapa? sbb ini...


kat fb aku dah letak, stogrem aku letak, blog pun aku nak letak. 


sapa pakai benda alah ni masa zmn sekolah dulu, angkat tangan... benda ini bukan hanya digunakan untuk baju ye tuan tuan dan puan puan, tetapi untuk haiwan ini juga.



mungkin dia dah bosan dgn warna putih di badannya...maka dia mengambil keputusan untuk mencelup dirinya sendiri menjadi warna purple. aku tak tau camne dia golek2 kan badan dia di atas nila tu. sbb sebaik saja sampai ke rumah aku tgk badan dia dah bertukar warna. disebabkan terkejut terus aku amik dia rendam dalam air.rugi pulak rasa sbb tak sempat snap picture dia kene nila. dah la warna pekat lagi tu tak campur dgn air kan. habis dinding toilet aku kaler purple... nasib la bila curah denga air dpt tanggal.





hari ni last tido dgn shiro.esok pagi nak hantar shiro masuk hotel... sbb tuan dan puan nak berjalan sampai mingu hadapan.mesti rindu kat shiro nanti.... jaga diri ye shiro. duduk hotel jgn nakal2 taw... jgn main2 nila lagi taw.nanti org marah awak nanti



entry smlm,tp tak sempat post.kini aku sudah sampai di destinasi cinta,baru post



Wednesday, 13 March 2013

demam rupanya

dah nak mlm,baru sempat buka blog.sibuk nya saya.isk isk isk,geleng pala laju2


maaflah ye.sejak ada SHIRO, asyik la citer pasal shiro.bukan apa saya budak baru belajar... ni 1st time 24jam jaga kucing sendiri.kalu dulu nama je ada kucing, tp mama yg jaga, ye la zaman kita belajar.balik sekali sekala. bila dah keje pulak tercampak jauh ke sini.soo... jadi gabra la kejap ttg selok belok penjagaan kucing. nasib ada ramai kawan yang membantu



dalam perjalanan gi klinik tadi, en suami turun gi amik banner, dia leh tido kat situ, nampak 'boboi'


disebabkan kerisauan aku memuncak terhadap shiro yang tak bape lalu nak makan, so aku pun jumpa doc tadi. suruh check kesihatan shiro sekali. lastly apa yg doc dpt dari hasil ujikaji... shiro demam. patut la hidung/mata berair... shiro, sori ye... dan doc dapati kat telinga dia ada kutu. doc dah titik kan ubat dlm tinge dia... semoga shiro cpt sembuh dan makan dgn banyak nya... biar cpt gemuk taw


ni ubat shiri... RM 40.nasib tak mahal sgt. doc bagi 'eye mo' n antibiotik. sama mcm manusia gak derang ni







Tuesday, 12 March 2013

shiro, shiro...

masih lagi pasal shiro. disebabkan shiro tak suka makan 'biskut' dia, aku try cari alternatif lain. beli mcm2 cap, sbb pikir maybe tak kene dgn selera dia.tu yg mengada2 sgt.



smartheart ke friskies ke, semua ada. utk kitten, adult sume aku beli. pun tak jalan. siap bersuap lagi



yg dlm tin juga dia nak, nanti tuan dia nak jalan2 came la nak tinggal ni.haisshh susah hati



smlm bawa shiro makan rumput, lucu tgk kaki dia geli2 pijak rumput. janggal je


 hai la shiro

Saturday, 9 March 2013

solid food

wah tajuk solid food
selalunya org yg ada ank je bincang bab solid food ni
tp aku pun nak juga
ye aku pun ada ank, tp ank kucing :)
nak cerita pasal SHIRO kali ni






aku tgh risau
Shiro cam tak bape suka makanan yg keras2ni@filet



mcm ini



dia lagi suka yg dlm tin


apa nak buat eh
aku risau nanti kalu aku dgn en suami gi miri sehari dua camne
tak kan sehari dua pun nak hantar ke 'hotel' kot
aku rasa kalu setakat sehari dua boleh je dia dok rumah
since dia sendiri pun pandai berak kat tmpt dia
aku kalu gi sekolah mmg biar je dlm rumah
bila sampai masanya,
pandai la dia gi toilet sendiri
alhamdulilah.. shiro sungguh menyenangkan
so pada 'ibu2 kucing' diluar sana
camne nak ajar dia makan yg keras2 ni




Monday, 4 March 2013

introducing...

ok dah dah... tak mau main teka teki lagi.. nak introduce my 'orang baru'. saja je nak kasi gempak... ada yang teka anak angkat la apa...ehehhe... itu lain citer, en somi kata nanti dah umo 30 takde baby juga baru pertimbangkan. baru kita pikir ttg itu.. skang nak kenalkan ahli baru rumah kami



S.H.I.R.O



mulut kaler pink u, giler seksi... eh tp dia jantan la



hari ni, genap 4 hari shiro tinggal di rumah kami. sangat mdah untuk menjaganya... berak pun di tempat yang disediakan. setelah sehari suntuk mencari nama, lastly Shiro menjadi pilihan hati. kenapa Shiro? suka raja lawak? sin chan? entoooh ler.mula2 igt nak letak nama 'snowy', tp kan ke sama dgn kete aku... so SHIRO la jadinya. Shiro baru berusia 2 bulan ++. kurus keding, dapat dikira tulang rangka dia. smabil wat jari cam petik gitar. 



cian kan. 



dan aku punya hasrat utk jadikan dia gemuk, sebesar POU aku tuh...oo bg fat burnet tanak tu... yg ni pun aku nak bg mkn byk2. siap sedia la.... tgk, kurus kering camni. kalu jumpa tepi jalan mesti sedih punya.




Shiro memiliki bulu berwarna putih keorenan


barang keperluan shiro. antibiotic + toys + vitamin + shampoo + byk lagi la


disebabkan kami tak tau bila shiro lahir, maka kami letak tarikh 01.03.2013 sbg befday shiro. oh itu adalah tarikh beli Shiro kat kedai. takde plan pun nak beli pets sebenarnya... sbb memikirkan kami rajin berjalan kan. pastu hujung thn kat 2 bulan gak takde kat rumah.. jadi nak letak mana memeow ni...  hohooh... tp tu la tokey dia ni bijak berbisnes, tokey kedai ckp derang ada sediakan khidmat hotel sehari rm 15 utk sekor. wah masa dengar tu, aku dah angkat kening kat en suami...murah tu... kalu sebulan maybe dpt less kata tokey dia... aku double wow la. en suami pun cam bagi greenlight. apa tunggu lagi... terus pilih mana satu. walhal pegi kedai pets nak cari benda apatah... adeh... suka sgt la buat keputusan drastik gitu.



gebus2 camne sesuai utk buat mop.sekali dia gi sondol bawah2 katil penuh sawang



lepas dah confirm nak beli shiro, terus derang mandikan shiro, n en suami bayar sume, terus  ke mall cari bekas utk shiro berak nanti. ye la kami kan rumah 'tinggi' dan aku dgn en suami dah decide nak buat shiro as indoor pets je. takmo bg keluar2.