Showing posts with label saya seorang eka. Show all posts
Showing posts with label saya seorang eka. Show all posts

Wednesday, 1 May 2013

sama, tp tak serupa

sebelum cerita insiden yang  berlaku pada hari ini.meh nak share satu gambar


Senorita ak Billy-juara bintang kecil

dan ini tak perlu diperkenalkan lagi di sini *kenapa badan aku bongkok*


apakah persamaan antara kedua-dua gambar tersebut

Monday, 29 April 2013

self reward

self reward... atau ganjaran utk diri sendiri. terdapat pebagai cara untuk memberi ganjaran terhadap diri sendiri setelah membanting tulang empat kerat demi mendapat sesuap nasi. honestly, aku sentiasa berada dalam dilema setiap kali nak dpt gaji. takut kang berlakunya pembaziran, dgn mengamalkan prinsip self reward


aku ada satu perasaan yang.... belum dpt gaji dah tanya dgn diri sendiri, bulan ni nak beli apa yer...siang malam ni dok fikir. pulun kan. siap senaraikan lagi. kadang2 aku risau... semua tu nafsu je sebenarnya. apa yg aku nak, kadang tu kehendak.. bukan keperluan... sgt berbeza.. antara kehendak dan keperluan.


mula mula kawen dulu en suami pelik tgk aku, aik bukan ke kasut dah beli bulan lepas... bulan ni beli lagi.tapi selepas 3 tahun hidup bersama, dia dah mula lali dah. soalan mcm tu tak timbul dah sebaliknya dia pulak yang tanya bulan ni nak beli apa pulak. hah....



dia yang sgt memahami


yer walaupun baju dah penuh dalam almari, masih juga beli baju baru, bukannya baju tu rosak atau koyak pun... tu la nafsu namanya. pada masa yg sama hati kecil ku memujuk. 




ala ni la reward utk diri sendiri setelah penat bekerja siang dan malam :) 



konon la. pastu bila tgk org yg susah tetiba emo... kejamnya aku, terus rasa nak beri semua barang aku ke derang. cthnya bila ku tenung seketul handbag yg harga sekian2, silap2 kalu di convert kan jadi duit mungkin lebih bernilai bagi sesetengah org. masalahnya bila kat shopping complex tak fikir dah benda tu. lupa diri. mungkin aku kene framekan gambar2 org susah dan letakkan dalam purse. eh bukan purse, tp wallet en suami. hihihi puan isteri belanja, en suami bayar. baru serba salah nak berbelanja kan. mari muhasabah diri

kasihan bukan


SENTIASA BELAJAR UNTUK RASA BERSYUKUR DENGAN APA ADANYA. LIHATLAH ORANG YANG LEBIH SUSAH DARI KITA, JANGAN SESEKALI BANDINGKAN DIRI, DENGAN ORANG YANG JAUH LEBIH SENANG DARI KITA.

Monday, 1 April 2013

shopping sampai nak terlepas flight

assalamualaikum
happy monday uols
ada antara sekolah yg cuti lagi hari ni sbb amik ester day kan, kan?
sekolah aku tidak :)


makanya... bgn2 pagi bermulalah aksi tolak menolak di ats katil
en somi tolak aku, aku tolak en suami
masing2 tanak turun dari katil utk mandi gi sekolah
apa??? igt tua2 ni takde ke penyakit camtu...ada...........kami la
aku yg tua camni pun buruk perangai
apatah lagi budak2 kan
arini gi sekolah monyok je semua
jadi cikgu suruh berdiri buat lompat bintang, manis la sket muka tu
ehhehhe
cikgu dia pun sama sebenarnya.tp bila nampak ini ats meja


::
::
::
::
::

::
::
::
::
::
::
V

senyum sampai telinga


ohhh apakah ia??? beg... 
ni antara barang yang menyebabkan aku hampir terlepas flight
tak sedar shopping punya pasal 
actually bukan shopping semata, spend time kat spa dah berejam
pastu masa shopping jadi sikit la
tgk2 jam dah lewat
laju2 bergegas, tak sempat nak grab bag ats ni
mmg sedih, balik Sarawak masih teringatkan handbag
tp kalu dah nak tu pelbagai cara yg dia buat
sebolehnya akan usaha sampai dpt
kebetulan kawan sekolah aku pun gi KK
jadi aku minta tlg dia belikan
nasib la ada gambar ni utk rujukan



laju2 tag kat kawan aku tu... nasib la dia jumpa. tq kak wan



less 50 percent tu yg ralat sgt kalu tak dpt
biasa la aku ni, kalu tak less mana mampu nak beli beg
tunggu less br dpt beli. ehehhe



en suami pun support, katanya ganti beg sekolah yg shiro cakarkan dulu
heh !!! mana boleh tak sama jenama tau.tak kira ganti balik <--ckp dalam hati je la
oh ya aku takde citer kot pasal beg yg dicakar shiro ni
salah aku gak, balik sekolah letak beg bawah meja
shiro apa lagi.sedap la dok asah kuku
nak tgk kesan cakar beg sekolah aku tu
meh aku tunjuk


nampak tak dlm bulatan tu. dari jauh mmg tak perasan pun



sume nya angkara si comel ini



en suami senyum je bila tgk kesan cakar tu. takde pun nak marah shiro
ye la sapa yg tergamak nak marah kat makhluk ALLAH se'cute' itu
apa2 pun tq abang.. abang la manusia yg paling memahami :)




Friday, 25 January 2013

aku dan laut

yeay...  weekend sudah dtg. tak sabar nak pegi pantai petang nanti :) igt nak jogging juga... tp tgk la camne... en suami sedang tidur, kepenatan. pagi2 dah gi sekolah ada keje apa tah dgn PK 1 semua. sibuk nau laki ai



sudah menjadi kebiasaan...


bila aku rindu my parent

aku akan duduk di tepi pantai


memandang terus ke laut china selatan


 rupanya Bintulu bertentangan dgn Kuantan yer... aku rasa macam dekat jerp bila tgk map ni



persoalannya.. adakah kemungkinan jalan darat akan dibina merentasi laut china selatan <--soalan budak tadika, kalaulah impian aku boleh jadi kenyataan, tetiap minggu aku balik kampung :)



p/s : maaf... kualiti gmbr kurang memuaskan... belas ikhsan hp sajo

Saturday, 19 January 2013

haagen dazs sekitar sarawak?

di kala terik mentari menyimbahi bumi



aku sgt mengimpikan fondue aka my rojak ice disisi aku waktu ini


oh nikmatnya rasa, 


pabila ice cream dan hot coklat bergabung, 



kemudian disalut pulak dgn kekacang



oh my... dr td try search cawangan haagen dazs terdekat dgn tmpt aku, tp gagal... anyone know?



ni yg buat nak balik kampung nih.. sob sob



Thursday, 17 January 2013

saya suka Jumaat

kenapa ye dari dulu sampai sekarang
saya suka sgt hari Jumaat
hari Jumaat adalah hari yg dinanti2kan 

kalu zaman sekolah
hari Jumaat adalah hari outing dan balik kampung

kalu zaman di kampus
Jumaat hari paling kurang kelas

dan

sekarang bila dah kerja
Jumaat adalah hari utk pra-suka ria
sebab............
esok nya cuti :)


yabedabedu
i love JUMAAT so much *malamjemahatjuga*
Jumaat adalah penghulu segala hari


Saturday, 20 October 2012

KIDS yg tak sedar diri

seperti kebiasaan... tiap kali hujung minggu, adalah masa utk menghabiskan duit, suuuuuuuuuka sgt. cuma kali ni lain sket.... sbb kitorang habiskan masa kat kids department selama 1 jam. yer.............. I LOVE KIDS STORE so much. dan... adalah menjadi masalah bagi aku, sbb tak reti nak beli baju new born ni. tu yg jadi 1 jam tu. takut tak muat la, takut tak cantik la, takut mak baby tak berkenan la. mcm2 benda yg dirisaunya


suka je tgk baju kecik2... meremut2 ni... kadang rasa bersalah kat promoter tu. mmg perangai aku, kalu nak beli baju, aku akan teliti habis habisan... jadi kalu aku dtg abes la aku geledah.. nak dapat yg cantik di mata aku. pada masa yg sama, rasa sgt kesian pada promoter tu terpaksa lipat semula, tp selalunya, once aku buka aku lipat la balik, tp lipat cara aku la. ahahha


dalam dok kelam kelibut cari baju utk ank buah, sempat juga acu ke badan sendiri. hasilnya... dpt la seplastik tu... hai la mak ngah... igt awak tu kids lagi ke.. tak sedar diri betul



baju mak ngah dgn ank buah sama cap la.... ahahha


pastu tgk pula kasut  bertajuk megan... tak tau cap apa tah... 1st time nampak. rege pun super murah. RM 10 uols ?! en suami tak bagi beli sbb takut tak tahan lama... abes ko nak cari vincci kat sini? mana nak ada...  disebabakan aku berkenan sgt dgn riben, jd hentak2 kaki suh en somi beli jugak2. biarlah rm10 je pun, pakai sekali dah rosak pun tak pe.tak ralat sgt kan <-- ayat pujuk hati



kasut ni besar dari kaki aku, tp tak kira... nak juga !!!


actually.. brg ni takleh nak kata gak. kadang beli branded item pun sama kualiti dgn yg tak... depends pada nasib la juga...

maafkan daku en suami, mek selalu degil ngan kitak


Wednesday, 17 October 2012

kuah durian + roti jala

masih lagi pasal durian.. disebabkan beli durian mahal, aku nak memaksimumkan penggunaan durian.nak habiskan sebaik2nya.takmo membazir...jadi aku pun buat kuah durian.. salunya kalu kat umah kuah durian mkn dgn roti jala. tp bila tgk gerobok aku tu, alat menjala nya takde...lastly aku amik plastik, wat cam piping tu. then aku tekan je ats periuk... hahha.. nak keluar bandar jauh...so kita kene kreatif... kan!


sungguh kurang senonoh.saja upload kat fb, bila mama tgk, terus call marah aku...sbb jala aku kasar


kat sarawak ni mmg tgh musim skang, semenanjung tak kan... hmmm... tiap kali musim durian teringat aku masa kecik2. kat kampung, belakang umah ada pokok durian taw.bila durian luruh pakat2 lari cari durian.miss dat moment...pastu kat dusun tokwan ada pondok n sungai.masa kecik2tokwan rajin bawa aku g sana naik moto, aku dok dlm bakul durian.tokwan bawa megi, kendian masak guna kayu api..sedap tak terkata...rindu sgt2.

Saturday, 13 October 2012

tak sabarnya

sedang menghitung hari utk pulang ke kampung... sebulan je lagi... cepatlah masa berlalu.. :)


ada makna di sebalik gambar :)

Thursday, 13 September 2012

bawal tetap dihati

skang ni mood ber bawal kembali lagi
mai la fareeda ka, ariani ka
lastly bawal gak..
mmg tak lapuk dek usia :)
skang ni dlm collection mengumpul 3tone
hohooh...



Sunday, 2 September 2012

nak balik la rasa

tadi jumpa GB
aku nak minta cuti utk tgh bulan 9 nanti, plannya 7-12 sept
huhuuhuh
rindu banget sama rumah (baru 2 minggu dok sini)
lately kan tetiap bulan balik
jadi,bila bulan 9 menjengah... menggeletar la kaki



sampai di bilik GB, aku pun ckp
Gb saya nak minta CRK
kenapa, cuti u masih ada ke, amboi nampak nau aku rajin balik kan
ye... baru sekali saya amik cuti
habis....? suami u mcm mana, saya tak dpt nak beri dua2 org sekali cuti



ni masalah kalu laki bini sama tmpt keje, nak minta cuti seksa sket
keluar dari bilik GB mesyuarat tingkap dgn en suami kat bili guru
en suami macam 'ON' je mula2 tu, kalu aku nak balik sensorang
tp bila tanya parent, ma parent lak tak setuju
derang kesian kan en menantu dok sorang2, dah la retu kene tinggai
bila en somi tau, ma parent tak bagi balik... dia suka la
sbb cam ada org sebelahkan dia
aiyayaya... 



bedebushhh !!! kat pipi dia



walaupun sume org tak izinkan aku balik
aku masih mencari akal nak balik kampung jugak2 di saat ini
hehehhe... tp takut gak, restu tu penting. jadi pape nanti.
actually ada sbb lain yg aku ber-iya sgt nak balik
hmm jap gi aku bagi tau
osmet kacau lak dah

Saturday, 28 July 2012

cita cita yang tak kesampaian


maafkan daku. rasa mcm dah terabai blog ni.INSYAALLAH, kembali seperti biasa. tuan blog dah pulih dari penyakit homesick nya.


aku percaya, setiap org punya cita2. buat pengetahuan, cita2 aku sentiasa berubah. kalu masa kecik2 dulu, main ikut org. otak tak berkembang katanya... org sebut cikgu, aku pun cikgu, orang doktor, aku pun nak doktor gak... takmo kalah kan? tp bila tgk kat tivi doktor kene main darah2... oh scary oh. tukar lak cita2 lain.... leh mcm tu yer? nak tau apa dia? hahahha..  jgn gelakkan taw... :) ada hati nak jadi pramugari dak tecik ni...


 agak2 mana satu dak tecik yang dimaksudkan.


tu pun ikut org gak kot. tak tau pun pabenda pramugari tu.. balik rumah baru tanya mama, mama ckp org yg keje ats kapal terbang, dpt gi luar negara... mama ckp kene belajar rajin2 baru dpt jadi pramugari. waktu tu mmg suka betul la aku. mmg suka berjalan sedari kecik lagi.benar lah kata org tua2 kalu ada tahi lalat di kaki maksudnya kuat berjalan. bila dah besar otak berkembang sket, aku dpt tau nak jadi pramugari ni kene cantik, tinggi,... bila aku tenung balik semua ciri2 tu takde kat aku, aku rasa sedih + rendah diri sgt. pastu tukar pada akauntan. sbb cikgu aku citer gaji akauntan tinggi... lama gak stick dgn akauntan ni. aku pulak mmg minat ngira2 ni. lepas je PMR aku minta sekolah teknik (sekolah lama bg aku pure sains, oh saya tak suka bio.tolong ! ) masa nak apply ke semua pilihan aku adalah berkaitan dgn akaun2. tp tak dpt, kene amik electrical & electronic engineering. masa tu hanya tuhan yg tau, betapa aku tak minat dgn fizik, lukisan kejuruteraan mak nenek sume tu... tp aku suka dgn add math :) disebabkan aku tak amik bio masa spm, maka kat matrik aku dpt fizik... dgn tak semena menanya sampai la degree aku jadi 'ahli fizik'. ergghhh subjek yg aku tak suka actually... disebabkan aku tak minat nak teruskan bidang aku ni, aku apply KPLI jadi cikgu. bila jadi cikgu, walaupun tak dpt jadi pramugari aku dpt la juga naik kapal terbang... cthnya 3 bulan kebelakangan ni tetiap bulan aku balik. ni nak raya nanti pun balik... duit? oh jgn ditanya. kalu wat pelaburan dah beranak pinak duit tuh.huh lap peluh jap. ok back to topic... tiap kali nampak pramugari di epot, aku tersenyum sendiri. teringatkan kisah muda2 dulu.


selalu kalu sampai kat sini, aku suka dok perati pekerja dia. salunya kat sini cam veteren sket kan


ha.. bila masuk dlm perut kapal terbang, aku cari pilot dia. ceh laki kat sebelah ni.aggaga



best je tgk derang serve org mkn...


part ni paling best... walaupun berkali2 naik kapal terbang tiap kali steward / stewardess suh pakai seat belt.aku tenung je derang ckp.bukan dgr apa yg derang ckp pun... tgk je muka dia.cantik amat. specially mas punya stewardess. cun kot. ats ni gambar paling latest, minggu lepas.. en somi naik2 je tido kat sebelah. terlentok dah. aku pun mula2 dah tido tp terjaga bila aroma makanan yg menyelerakan masuk ke hidung..sedar2... sume org sedang menikmati makanan. terliur la tengok apek sebelah dok mkn. dah la posa time tuh... terliur kot. bak sket.






nak alih tumpuan, aku tgk belah tingkap la. tgk awan yg putih gebu tu. sambil membayangkan kalau la aku pramugari... hehhe

Tuesday, 24 July 2012

oh homesick

hilang mood blogging.asik teringat kampung je. *abaikanseliparjambanitu*

Tuesday, 17 July 2012

zaman kegemilangan

sapa sini suka pok-oh....



aku mengaku, aku mmg suka menatang ni. masa zaman ank dara dulu mmg fanatic la. apa saja yg ada pooh.. aku beli. comel la... suka tgk perut buncit dia.. kalu kat katil tu penuh dgn koleksi pooh. ex bf pun cam tau2 je, tiap kali bg hadiah mesti ada pooh. dari pembalut sampai la ke hadiahnya... bila dah keje, habis sampai ke kereta, aku letak pooh... dari stereng, gear, seat belt, kusyen belakang... errr setiap inci dlm kete...


nampak tak sana sini perut pooh


baju pun nak disney world of cartoon gak... nampak sgt childish kan..tp tu la aku



  skang, baju2 ni... cam tak sesuai dgn umur aku


jadi, terpaksa lipat masuk dlm pelastik...kita tgk siapa yg bertuah akan memiliki baju2 ini


p/s : bagi aku, baju2 disney ni bukan murah. aku leh dpt baju2 lain yg lebih murah dari tu.tp minat punya pasal... sanggup... cuma rasa cam tak seswai dgn umur skang. nanti bila aku pakai baju cenggini org tak dpt beza ank murid dgn cikgu.. baju cikgu penuh dgn kartun.malu kot...

Monday, 16 July 2012

all about chocolate

dari mingu lepas lagi tekak ni teringinkan cookies
disebabkan kat sini takde famous amos






 makanya aku terpaksa mencari iniasitif lain
utk dptkan sumber bekalan
tiba2 dapat 1 idea nak bt home made cookies
malangnya choc chip lak takde
ada tu ada.. tp takde cop halal malaysia
sedih betui...
dari minggu lepas jugak la dok tunggu chocolate indulgience
nape tah SR sini susah sgt nak ada stok chocolate indulgience
rasanya 3 kali dah dlm minggu ni saja aku masuk SR tp kecewa
disebabkan famous amos takde, chocolate indulgience pun tak de
masuk pulak pizza dgn harapan ada oven baked cookie sundae...



sekali.. tinggal harapan... apa pun tarak...

jadi aku beli ini



hot chocolate.. 




 wah feeling2 dok kat korea waktu winter sambil meneguk hot choco...wallawehh


p/s : berdasarkan pengalaman, bila aku tetiba chocolate maniac sampai tido pun nampak choc indulgience dok menari2... ha ada makna la tu... itu adalah simptom2 awal nak period. hohohoh.gagal lagi nampaknya


Sunday, 15 July 2012

good bye 26, welcome 27




apa maknanya??? maknanya... lemak2 di badan aku bersorak sorai la sebab dapat teman baru. kemain lagi buat pesta muda mudi gamaknya... suka latew





paham??? tak paham??? errr ni pasal seluar la... suar saiz 26 mmg tak dpt masuk dah. stuck kat peha dgn mont*t.. jgn tanya kenapa... tp syabas pada en suami kerana berjaya membela isteri mu ini... jeles toi la dgn en somi, dia makan byk.. tp badan tu tak reti2 nak naik...puan isteri gak naik dgn jayanya...



manyaaaaaaaaak jeles dengan org sebelah


p/s : banyak kenangan suar tu.suar cap tom girls (tak mampu beli levis) beli suar ni masa kat utm skudai, igt lagi beli kat UO, angsana tu... terima kasih sebab memberikan perkhidmatan yg cemerlang, mmg sedap dan selesa sgt. 7 tahun gak berjasa dgn aku. kini terpaksa mencari collection baru... ternyata bukan saiz 26 lagi... sekian

Sunday, 10 June 2012

apa yang busy sgt ni???

ha.. awat yang kalut sgt
habaq mai
dari entry sebelum ni lagi dok cakap busy, busy...
dok bt apa???
ok benda yg jadi big issue sgt tuh adalah lampu,
dari mula cuti sampai nak naik flight
asik la dok tgk2 lampu
susah ok nak cari yg betul2 menawan hati kalbu
tp ada gak benda2 lain yg kene setle


1. GERAN KERETA


ni benda yang paling2 penting aku perlu buat...ari senin tu, mingu pertama cuti kami laki bini uruskan benda ni la... actually duit kete dah abes bayar dari bulan lepas lagi...patutnya aku terus amik geran kat bank n pindah hak kat JPJ.tp dah kami kat sarawak, jadi aku gunakan masa balik kampung la tuk uruskan semua benda...kerete ni pandai kan... dah masuk 5 tahun, agak2 dah abes bayar dia bt perangai kan..balik kali ni dah pandai nak bunyi ek ok ek ok dah aku dengar.ke dia penat kene kuda selama 2 minggu non stop.selama ni dok rumah je.bila tuan dia balik. lunyai dikerjakannya...
status : setle !!!

 2. GAZEBO/PERGOLA

seperti yang aku ckp sebelum ni, aku suka benar dgn gazebo/pergola... mmg angan2 aku kalu boleh nak letak gazebo kecik kat laman secoet ni. jadi, aku pun usahakan perkara yg satu ni... mula dgn angan2 je ni, pastu ukur baju di badan sendiri, kalu ikutkan aku nak camni


 ada 2 layer atapnya... tp kamu tau bape harganya... kat 12k??? percaya atau tak? terserah...

haruslah aku tak mampu utk keluarkan nilai sebanyak itu..dari satu kedai melompat ke satu kedai kami survey...ada yg aku call sendiri, nombor dpt dari internet.dari yg 10k sampai la 3k. rata2 harga yg diberikan paling rendah adalah 3.6k.aku tak terkejut sbb sebelum ni mmg aku ada study harga dia mmg dalam range tu je.depends on size n ukiran yg kita nak.makin besar/complicated, makin mahal la iya...kayu skang kan mahal uolss. pastu yg sesuai dgn aku yg budget rendah ni cenggini jer lebih kurang. cuma ukiran kat bumbung nya lain sket. nak jimat kos punya pasal aku request 2 penyandar je. makin byk pakai kayu, makin mahal taw


  saiz 4 x 6, rege? kat mana aku amik? 


akn ku cerita kemudian, biar aku tgk hasilnya camne, baru boleh rekemen pada korang semua kan... dijangkakan pondok aku ni siap sebelum puasa.deposit dah bayar...separuh lagi lepas siap semuanya baru bayar perabih...


3.LANDSKAP

dah ada gazebo, kan best kalu dihiasi dgn rumput hijau, pegi la kami sekeluarga ke kedai pokok. buat pengetahuan, ini adalah 1st time aku masuk nursery dan kenal pasu2 bunga. rumah aku sebelum ni cam padang jarak padang tekukur... tanah kering kegersangan camni...




beli la sebatang dua pokok... bab pokok ni pun aku dpt ilham masa berenti kat rumah rehat juru itu hari...harap pokok aku sihat camtu la... skang ni aku takde mama abh je la jaga...cupp nak tanya, pokok bonsai ( ke bongsai) kene siram hari2 tak. risau sgt.setahu aku tgn aku ni, bukan jenis tgn hijau..aku tanam kaktus tak penah nya hidup... nyampah... g survey byk kedai gak sbb nak dpt rege murah punya pasai.. again... saya ni nak umah lawa tp budget kecik. tak sedar diri... actually survey2 ni yg makan masa.kalu g kedai terus beli, ok... actually aku beli, bukan setakat pokok je...




aku beli la juga river n stepping stone tu... konon2nya turun dari gazebo terus pijak batu2 tu la.eheheh...verangan kan... stepping stone tu aku dpt rege rm 12 sebatang (aaa sebatang ? ke sebilah? ) dan river stone batu putih tu, aku dpt rm 18 utk 20kg.banyak gile kan... baja ke tanah organik tah ... sepaket sama besar dgn beras 20 kg tu baru rm8. kagum aku..murah amat ke mmg harganya camtu.pastu tanam rumput hijau pulak ats tanah organik tu.rumput ni dpt sponsor dari jiran. dia keje kat padang golf, jadi dia berikan pada kami....save budget...dia sendiri yg offer taw...terima kasih jiran !!! aku harap pasni cuti raya tanah hitam tu dipenuhi dgn rumput carpet camni la.


ohsem !!!


4.WATER FOUNTAIN

ini pun, awalnya aku tak sangka secepat ini akan ku upah org buat. sbb byk nak pakai duit kan.uols paham la duit reno rumah dah sekian. tapi aku dah terpengaruh dgn hasutan tokey kedai pokok tadi... huhuuh... asalnya aku nak sgt kolam ikan yg atsnya ada jambatan tak pun ala2 camni.






bior gazebo tu terapung ats air.. bila bincang dgn tokey nya, dia gi umah tgk keluasan tapak projek :) ...then design utk aku, dia kata rumah aku tak sesuai utk buat camtu. makan ruang.. boleh buat tapi aku terpaksa korbankan rumput hijau aku tu..oh no no no... setelah buat pertimbangan berhari2, bincang dgn ahli kuarga. sume nak rumput hijau...maka keputusannya adalah.... kami perlukan rumput hijau lebih dari kolam ikan. tp jauh di sudut hati aku, aku rasa sgt tenang bila dengar bunyi air, jadi utk puaskan hati, aku plan nak bt air pancut kecik je. ni pun satu hal, asalnya aku nak camni. bali style... tp dah dia kata makan ruang...

 tak dpt la.. bwerkk !!!

cantik kan

 camni pun best...

pahtu nak tau aku pilih air pancut camne...


simple gile.kecik je camni.huakaka...gasak la!!!




masa aku masuk pejabat tokey ni, aku nampak dia nya sijil2 n qualification dia sume berkaitan dgn exterior designer. rupanya dia ni bukan calang2. masa dia bg name kad kat aku, aku tgk jawatannya adalah landscape consultant. selama ni, aku igt dia tukang kebun biasa jerp... patut la dia tau apa yg sesuai utk rumah aku. utk kolam ni pun dia janji bulan 7 nanti baru siap...aku cuma bayar deposit je, lagi setengah aku kene bank in...hmmm


5.LAMPU




bagi aku bukan senang tau nak cari lampu. naknya dpt aku yg jenis cerewet. gi ramai2(1 famili) , tp persetujuan mesti dicapai dari big bos (aku letew). abah aku yg ckp aku big bos.sbb aku antara yg paling cerewet...abeh kalu ikut en somi, lampu gini nak diletaknya kat porch...mau aku tak ngamuk

lampu gini bukan ke salu letak kat dining area. betulkan aku kalu silap ye, aku pun tak pandai sgt



pastu, abah ckp kontraktor nak bagi lampu dragon ball ni kat setiap tiang pagar... whoaa namo namo

aku sanggup keluarkan duit beli lampu tiang yg lebih kurang cenggini

actually aku dgn en somi berkenan gak lampu ala jepun camni

tp kang jadi caca merba pulak, sbb lampu dinding kat porch aku guna camni


kang english style VS jepun style pulak... nasib la lampu rumah yg sedia ada pakai down light kalu tak jenuh gak nak beli... cuma beli satu je utk letak kat bilik baru n lampu tido bilik aku... ehem ehemmm :) lampu kat living n dining area nanti2 la pulak tunggu rumah tersusun sket. yg luar ni saja pun amik masa kat 2 minggu...sori yer aku tak sempat nak snap gambar2 lampu yg dibeli.sume ni aku amik dari google...balik umah mmg terus tido.tak sempat buat apa2.



6. WEDDING INVITATION

dah namanya cuti sekolah, sana sini la kenduri kawen.tp aku suka je...dpt makan nasi minyak...byk gile sekali makan.naknya zaman skang kan buffet... sendukkan makanan sendiri...penuh la aku letak makanan... sampai ada kes cherry berry terlebih makan ke apa tah la

 ada ke patut budak kuat makan ni dikatanya budak thn 4...tak patut tak patut


 cantik kan pelamin k.ida


 actually k.ida ni teman sekapai aku masa posting ke sarawak dulu ni


tp ats sebab tertentu dia dpt balik semenanjung dah...syok kan !!!


7.KASUT

tak tau la kenapa sejak dua menjak ni susah betul aku nak cari kasut.salah peniagakah??? atau supplier??? ke orang cam aku ni yang makin pupus??? maka supplier perbanyakkan kasut saiz besar2 aje.. jadi spesis2 aku tak dpt nak bergaya. asyik la pakai kasut kanak2. marah betul aku... bila berkenan gile dgn satu2 kasut tu, masalah saiz mesti timbul... dari thn lepas lagi aku perhatikan...kasut aku makin berkurang sbb tu aku nak ganti balik warna2 yang takde tu. lastly gi vincci je la..vincci nya saiz 4 je yg betul2 fit dgn kaki aku...yg lain erggghhh kata saiz 4 tp tak muat punnn...tipu ea?


tgk.... byk yg dah rosak


kang g beli kasut kat kedai siam tu baru tau... ha yg tu sesuai dgn aku.tp nya, tapak dia mudah haus.tu aku tak berkenan...pakai kejap je dah haus...asyik la licin bila berjalan.


8.TV BACKDROP/PANEL

"zaman skang org tak pakai dah almari antik camni letak kat muzium bilik je..."


 adoyai terngiang2 lagi si mulut laser itu bersuara.... mesti kecik hati abh kalu dengar statement ni...beysa la uols masa zaman2 mak kita kan derang mmg suka beli almari tv cenggini. kalu la  derangciter canne susahnya nak dapat lemari cenggini sebiji mesti ko nanges berbaldi2. bukan murah tau. jenuh abh aku menabung nak dpt sebiji pun... tup2 ko ckp camtu...sabar je la... tp tu la kene terima hakikat...zaman cpt berubah...dan tak mustahil , 30 thn akn dtg camni yg org gilakan...who knows...tau tak siapa yg bermulut laser tu ckp. ha ni aku nak citer... aku ni minat yg jenis simple2 gini.jadi aku cari la kedai yg leh bt backdrop tv tu





masalah skang raknya mana nak dpt. dina ada suggest cari kat courts, tp tak sempat lak terjah... kang backdrop tv dah siap...raknya tak siap2 lagi...canne nak letak astro segala???



9. KITCHEN CABINET

yang ni lagi best...dalam dok berangan2, tgk dlm entry ni ...dalam dok korek2 tabung.kira saki baki duit yg ada tiba2 cam confirm je en somi nak bt... hm ntah la... kalu ada rezki dpt la. walhal nak survey utk tv kabinet... duit deposit pun dia dah bg... deposit tu cam upah utk org tu design bt dapur la...tp drawing nya lom dpt...org tu tgh design kot.kalu jadi bt camni kan best...tido tak lena aku..





10.MAKAN

Ha part ni mmg takleh nak lari la...asyik makan je,seme benda yg takde kat bintulu ni aku terjah


pizza hut. pelik kat sini nape takde jual benda alah ni,sekali amkan dua sekali aku amik

mekdi, harus serba satu chicken porridge, mc dulexe, apple pie. ralat tak dpt rasa horlic tu. lupa!


laksa penang

famos amos


baskin robbins


tutti frutti

char ko teow

11. IRON

eh kata nak bt sampai 10 je.ok janji ni last...no 11 kami dok survey iron. en somi dok gaduh aku salu rosakkan baju dia, so dia beli iron ni dgn harapan aku tak hangitkan baju dia lagi.ngeeeeee. sampai je bintulu dia terus pasang benda alah ni




cam biasa yg makan masa tu sbb kami dok survey sana sini...nak yg terbaik tp murah...canne??? sgt la mengada2



ok rasanya yg tu je la yg lain2 tu leh settle dalam satu hari...