Showing posts with label cost. Show all posts
Showing posts with label cost. Show all posts

Sunday, 10 March 2013

alas meja dan kerusi

baru2 ni my friend tanya berapa kos alas meja dan kerusi yang aku upah satu masa dulu. ingat lagi tak? aku pun dah lupa sebenarnya







jadi terpaksa lah ku korek balik dlm fb. baru tau berapa rm yang aku upah. tu la akibatnya, kalau tak catit dlm blog. eh? tp betul, bila org tanya tak igt. semua ni faktor penuaan. meh sini aku detail kan dgn uols. kot la ada readers di luar sana yg dah bosan dgn meja makan, nak kelainan. leh la contact akak fauziah ni ha. aku pilih warna merah putih sebab nak di match kan dengan dapur ku yg cinonet itu



merah membara.. menaikkan mood utk memasak.kunun



kos semua :
alas meja RM 50
sarung kerusi ber skirt labuh RM 50 x 6 = RM 300
TOTAL = RM 350


 kakak fauziah ni dok kat Kulim yer... dia menawarkan khidmat pengeposan . jd pada sapa yang duduk di selatan tanah air leh aje order.bagi ukuran kerusi anda, then dia buatkan. disebabkan umah akak ni tak jauh dgn aku, so aku amik sendiri je...hehhe

Sunday, 4 November 2012

SHARING IS CARING : 3D BOARD

dah lama nak share pasal ni tapi takde masa...sampai la kawan aku tanya tadi, eh besarnya skrin tv. oh adik2 itu bukan skrin tv ye... idok le saya  mampu nak beli tivi bosar2... yang 3D smart tv ni pun jenuh buat kira2. nama je smart tv tp aku tak penah pun online tenet guna tv ni.tak sempat.nanti balik, cuti sebulan... siap ko tv, akan ku explore kamu habis habisan.

ok dah masuk tajuk tv pulak. terkeluar topik sudah, nak citer pasal 3D board ni. actually 3D board ni boleh dipasang sendiri, memandangkan setahun bape kali je aku balik kampung, maka aku upah je org tuk siapkan semua... kos upah termasuk 3D board berbingkai tu adalah RM 1700. sgt mahal bagi aku yg kedekut ni. tp apa  boleh buat kat penang susah nak jumpa 3D board ni.. so nak mudah citer upah je org.


yang wallpaper paint tu nanti aku citer. yg tu pun leh buat sendiri, tp.. byk nau tapinya eh



 dan ini lah rung menonton aku yg dihiasi 3D board.. nampk gegirl tak?


ruang menonton sengaja di kosongkan, spy bila tgk tv, leh la guling2 ats bulus2 tu... yg aku kurang berkenan tu tang lampu LED nya kat frame 3D board. warna LED dia cam putih kebiruan. agak sakit mata la juga. igt nak tukar kaler putih. tp lom ada masa. kalu nak tau tivi aku tu bukan berada di centre, sbb wayar speaker / home theatre tak cukup panjang.

belakang sudut menonton baru la sudut santaian.. rumah sempit, pi mai pi mai tang tu jugak


Thursday, 27 September 2012

SHARING IS CARING : KITCHEN CABINET

peringatan : entry ini sesuai utk org yg punya bajet kecil, tp nak juga kitchen cabinet... aku la tu :) dah nama bajet kecil jgn arap yg grand2.biasa2saja

kesinambungan daripada entry ni... masa tu dok sibuk2 tanya design camne... jadi aku pilih design B utk KC.simple jerp asalkan ada bar counter... dah memadai ngeee...terlebih dahulu, aku minta maaf byk2 aku takkan share dgn siapa yg aku amik ni... sbb aku tidak berpuas hati dgn service yg diberikan. pada yg sentiasa mengikuti pekembangan diarihidupeka, mereka tahu la bape kali aku merungut pasal KC ni. jadi aku tak mau org lain terjebak sama. cukup lah aku sorang.. dlm byk2 kontraktor yg aku deal, dgn dia ni la paling tak bleh blah. dulu org kata ca ya nun alip punya servis bagus... non ader nya.. ubah la persepsi begitu... benda ni depands gak... dah mcm2 kontraktor yg aku jumpa, dah mcm2 kerenah yg aku kene hadapi... dan kesemuanya tu bergantung pada nasib kita...



actually aku berkenan dgn design ART WOODS DESIGN. cer try klik, design dia byk sgt, dari KC, wardrobe, tv panel.. sume cantik2.. mmg aku dah minta dia bt quotation, malangnya tak jd, sbb company dia jauh sgt, area kajang kalu tak silap. jd pada yg dok area sana, leh la try bt dgn derang.mmg cantik ar hasil kerja derang... ok 1st time aku tgk KC kat website dia mmg aku jatuh cinta



cantik kan...kredit to artwood



aku jadikan pic ni sbg sumber inspirasi aku, tp ada la aku ubah sket, ikut kesesuaian dapur aku tu ha. tanggal 7.6.2012, jumpa kontraktor dan aku ckp camne yg aku nak. oh tema dapur adalah merah-hitam-putih yawww... huhuhuhu... tp 80 percent adalah merah... yippie.merah ang ang... ok2 lepas jumpa kontraktor dia kata leh buat gini gini dalam masa SEBULAN, maknanya awal bulan 7 dah siap.. so aku proceed, dia ckp esk hari kami hantar drawing. wahh bunyik cam sgt meyakin kan.. jadi aku terus byr duit, sbb esknya aku dah nak fly ke bintulu... malas nak fikir lagi. malangnya. jgn harap lah. aku dah balik bintulu sminggu lepas tu baru siap drawing nya




1st payment aku bg deposit utk dia bt drawing segala (sila simpan semua resit senang nak rujuk)



 my dapur yg cinonet, dlm drawing nampak ada gap dgn ceiling, tp realitinya takde pun. gap sket je



1st drawing dia bg aku tak berkenan. pastu mitak dia ubah sana sini, drag sampai 19.6  baru confirm design mana yg aku nak. dan pilihan aku adalah spr gambar di ats. yg penting ada counter bar kat hujung tu... tmpt en somi memantau aku time masak. jgn ngular eh....hehehe.. tunggu punya tunggu punya tunggu, lambat gile dia nak buat.. mmg bercinta. aku masa ni dah risau, sbb raya dah dekat... paham lah bila raya kan fungsi dapur tu mmg penting... dari seminggu ke seminggu dia janji nak dtg. alasan dia sakit perut la, accident la... ko nampak tak nak kelentong aku cam budak tadika. sampai aku ugut, dah  stop, jgn hantar barang lagi, pulangkan duit aku balik, terus esknya dtg wat table top... grrrrgrgrgr... dia pujuk sblm 8.8.2012. confirm siap semua.. ok aku bg chance lagi


tp, masih rupa ini pd 8.8.2012~ baru siap table top


aku dah ngamuk dah time tu, janji mestilah ditepati.. wah!!!mood merdeka pulak. patutnya KC ni amik masa sebulan je, ikut perjanjian asal, ni dah drag 2 bulan, dr bulan 6-8.. so patut tak aku marah? bila aku call dia tak jawab...banyak kali ok, bukan sekali dua. licik gak dia ni... tp silap ar... aku tefon guna no kawan aku, leh lak laju2 dia angkat tefon... alasan?? hp dlm kereta la hapa... bwerkkk. aku ckp kat dia... aku dah dpt kan kontraktor baru... tak yah bt apa2 dah, masa tu takut gak, nanti dia marah, letupkan rumah aku ke hape. hahahah... lawak toi.sampai situ aku pikir. lepas bergaduh sana sini dgn dia, siap la juga KC aku seminggu sebelum raya. actually bukan susah pun, ko ckp je la apa masalah ko di sana yg menyebakan ko takleh buat, stock tak sampai lagi ke, simen kene curi ke... just bg tau, jgn bt kita ternanti2. kunci rumah lak aku letak kat luar, sbb tak de sapa tlg tgk2 kan.. wat nye dtg perompak ke hape? ceh bajet cam rumah org kaya lak.. hahaha... akhirnya, baru 13.8.2012 siap sepenuhnya. lega amat. walaupun hati mannnnyak sakit, ucap gak la tq



sampai je rumah, main masuk je sume brg dlm 'perut' KC, then bt projek deco dgn en suami



 projek melampukan counter bar (lampu @ stool tak masuk dlm kos KC taw. sdb bhd)


ohhh.. rumah sgt berselerak.ikutkan, oven dan rice cooker bukan situ tmptnya, ni aku bt cam wet kitchen la... yg dry kitchen tu dpnnya... tp tu la masa ni baru sgt siap KC, tak sempat ngemas, wayar yg berselirat kat plug tu adalah salah aku. aku yg tak pesan dgn kontraktor wiring sesiap sbb nak letak lampu kat counter bar... huhuhu.rimas lak aku tgk wayar2 tu



gini la pandangan penuh (kanan) KC aku, yg baru sgt2 siap.. again ! maaf dipinta sbb berselerak


 ni pulak belah kiri, 

cuti hujung tahun akan ku manfaatkan dgn en somi utk ngecat dinding kaler putih. ada yg bertampung lagi, sbb kesan tebuk dinding for wiring purpose... aritu nak cat tp tak sempat.masa amat mencemburui ku


selain dari wash hand kaler merah, ini juga... utk membagkitkan lagi warna tema dapur kami.heheh



kesimpulannya, hasil kerja dari kontraktor ni, mmg kemas, cuma tu le, kene tingkatkan lg hubungan dgn customer. tak perlu buat customer tertunggu2 dan menipu semata2 ingin mendapatkan projek/duit. bg tau yg betul, kalu tak dpt siap dlm tempoh yg ditetapkan oleh customer ckp je la... pastu jgn pandai buat janji manis, org lain pun ada keje lain juga.tu je la aku nak ckp...ok harga... harga KC aku yg tak seberapa ni (bajet ciput katanya) ... hmmm... aku share sbb benda ni penting utk org yg nak bt KC, jd leh wat pengiraan awal2. aku dulu pun jenuh google blog ke blog utk tahu berapa range harga sebuah KC, walaupun size KC kita tak sama, atleast dpt la gambaran. so leh compare murah/mahal.ok... harganya adalah RM 5800... tunaiii.. :)


kredit tu art wood
pada kawan2 yg ada plan nak bt kitchen cabinet sila baca nota ini dulu yer

Wednesday, 12 September 2012

sharing is caring : gazebo

bermula hari ini akan ku share sume benda berkaitan dgn rumah di bawah satu label (COST) jadi senang org nak cari... utk tajuk pertama aku nak share ttg gazebo / wakaf / pondok... oh ya, ni antara nama2 yg kita panggil pada gazebo. sbb ramai sgt yg berminat dgn gazebo ni. buat pengetahuan semua, aku ada buat research dgn internet beberapa tmpt yg jual gazebo ... jap gi aku share ok...


actually aku mula berminat dgn gazebo ni dah laaaaaaaaaaama sgt, sebelum aku keje lagi... tp igt kan angan2 mat jenin je la, sbb kos dia mahal. leh baca dlm entry ni, ini dan ini, ttg angan2 aku tu. tapi, tak sangka kan, skang betul2 jadi kenyataan. tu la... sapa kata berangan tu benda yg sia2, takde angan2, tak jadi kenyataan tau. sbb ada angan2 la kita cuba usaha dptkan ia. 


wah dah cerita pasal angan2 pulak.... masa nak reno rumah tu hari mmg aku rajin baca majalah cam anjung seri, apartment, laman segala tu. sbb nak dpt kan info pasal bab2 rumah ni. dan ada dlm satu bulan tu dia keluar semua ttg gazebo.tu yg terus cair hati... dan nekad, aku mesti dapatkan juga. dlm bulan tu laki bini mmg kerja keras (keras la sgt) sampai ikat perut nak dpt kan barang yg diingini.... mana taknya dalam majalah tu ckp harga gazebo ni ada yg leh cecah sampai 20k. sampai kan aku ckp kat en somi, stop berangan la.mahal sgt kekdahnya, tak dpt gazebo, dpt pangkin camni pun jadi la.asalkan ada bunyi air n tmpt utk lepak2.


.


tp, masa cuti bulan 6 tu, aku beranikan diri call en husin dgn bajet ciput. seterusnya atur satu pertemuan, wah ayat skema habis... igt lagi, masa tu jumpa kat giant kulim.kedai nasi kandar bawah tu.. org nya sgt la low profile, dan mudah di bawa berbincang... seriusly sgt la berpuas hati dgn hasil kerja dia. mula2 aku ckp aku nak design gazebo yg cenggini




dia cakap kalu yg mcm ni harga dlm 3.5k utk saiz 4x5. oh lucky juga ruang rumah aku yg kecik, jadi tak yah besar2 gazebo tu.makin besar makin tinggi la harganya... harga juga bergantung pada jenis kayu ye... lepas tu aku nego, penyandar tu takyah wat keliling, buat L shape je. ukiran kat ats tu pun aku minta yg simple je... jadi pas merayu pujuk memujuk akhirnya en husin setuju bagi harga RM2.8k... ehhehe... ampun ye en husin. tp uols jgn marah kalu tak dpt rege tu lagi, sbb harga kayu specialy cengal/merbau makin mahal... check sini utk detail pemilihan sesebuah gaebo


tanggal 5 july, en husin n da geng datang ke rumah tuk pasang gazebo... kejap je, 1 hari dah siap, tp dia lupa bawa tangga la pulak masa tu...



the making of  gazebo


ni pandangan dari hadapan


dan ini sisi


mmg jadi port utk kami berkelah satu kuarga


jiran2 kalu dtg rumah, sini la portnya, bukan nak masuk dlm nun



sume ni aku dapat dgn harga RM 2.8K yg mana aku rasa, sgt lah murah berbanding tempat2 lain. sangat2 digalakkan.sumpah aku tak dpt komisen apa pun promote kat sini.cuma nak tolong kawan2 jerp...  ni alamat fb en husin, search je gazebo kite dan telefon no nya adalah 0174422436 (husin) seriusly dalam byk2 org yg aku deal bab bt rumah, en husin antara org yg sgt memberi komitmen, dan mudah utk bekerjasama. mmg janji ditepati la.dia kata nak bt tangga sblm raya. mmg sehari sblm raya dia hantar tangga gazebo.mmg puas hati !!!


selain drp tu sesapa yg dok belah utara try nego dgn org ni juga
1. gedung hi tech, leh cari no nya


dan yg bawah ni aku penah gak tanya, tp bila mikirkan kos transportation lemah sket la. sume jauh2
intan garden sabak bernam
Che Wan no. h/p: 012-4736017 area Sungai Petani, Kedah
nbs landscape 
faris tiger rasanya ni kat nilai
perabut jati gazebo