Showing posts with label geNeraL knOwleDge. Show all posts
Showing posts with label geNeraL knOwleDge. Show all posts

Sunday, 19 May 2013

kucing ada 9 nyawa

[[[[[ minggu yg super bz.jd kita publish entry yg ada dlm draft ja ]]]]]


ya... ayat ini yang kawan2 aku ucap. tat kala aku menyatakan kerisauan aku terhadap Shiro baru2 ini. sebelum ini aku tak penah tahu pun. menurut kepercayaan orang Iban, kucing mempunyai 9 nyawa. Kalau nak tahu di rumah panjang apabila terdapat org yang meninggal, maka semua kucing di situ akan di kuarantinkan. pernah berlaku satu masa dulu. ok cerita dia agak menyeramkan. pada yg penakut tu sila tekan button X di atas. Menurut kawan aku, pernah ada org meninggal di suatu kampung. Selalunya orang Iban akan menyimpan mayat sampai seminggu lamanya demi memberi peluang sedara mara yang jauh datang menatap buat kali terakhir. pada hari ke-6 mayat di rumah panjang, kebetulan ada seekor kucing merayap di atas alang. tiba2 tersalah langkah jatuh pelepup atas mayat. tiba2 mayat yang terbaring tadi tu melompat dan bergayut di alang. seolah2 roh kucing tadi masuk ke dalam mayat tersebut. ok ini mitos la.kita tak tau sejauh mana kebenaran cerita.tapi bila aku google kat internet.ini yang aku dpt... kredit




1. saiz kucing kecik & badannya lembut untuk terima impak yg kuat2, so tak cedera sgt walaupun jatuh daripada tempat tinggi.


2. Kucing memiliki sepasang telinga dalam (inner ear) yang advance & lebih canggih daripada manusia. so kucing boleh mengawal balance dengan baik, walau dalam keadaan apa pun, kucing tetap landing dengan 4 kaki dia dan kucing cepat boleh betulkan kedudukan (drpd senget kepada tegak dgn cepat). dia x confuse ttg koordinasi badan dia.



3. bila kucing landing atas 4 kaki, dia lebih stabil dan pembahagian impak semasa jatuh lebih sekata, sendi2 pulak membengkok semasa landing, so macam ala2 kusyen, empuk je jatuh...


4. bila kucing jatuh dia akan kembangkan badan dgn mendepakan keempat kakinya. jadi ala2 parachute, takde la kembang mcm tupai terbang tapi cukup untuk memberi geseran dgn angin, jadi secara relatifnyer lebih perlahan daripada objek lain.
kucing lebih selamat jatuh dari tgkt 7 - 32 drpd tgkt 6 ke bawah? sebab kalu dia jatuh drpd tmpt rendah dia x sempat nak betulkan koordinasi atau mengembangkan kaki untuk landing...alamak shiro la tu... mesti shiro tak sempat meregang kaki dia tu yg injured teruk kat kepala tu

Saturday, 11 May 2013

bawang beracun



aku selalu je bt camni.disebabkan setiap hari aku masak,maka hujung minggu aku akan kupas segala jenis bawang dan blander sesiap. masuk dlm peti ais.bahaya juga ke.setahu aku kalu dlm peti ais mikroorganisma akan jadi pasif.

Thursday, 2 May 2013

7 kalimat yg harus di biasakan.


1) Bismillahirrahmannirrahim-Setiap hendak melakukan sesuatu. 

2) Alhamdulilah-Setiap habis melakukan sesuatu. 

3) Astagafirullah-Jika melakukan sesuatu yg buruk. 

4) InsyaAllah-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan dtg. 

5) Laa hawla walaaquwwata illaah billaah-Bila tidak dpt melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.

6) Innalillahi wainna ilaihi rojiun-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khbr kematian. 

7) Lailaha illallah-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

Wednesday, 24 April 2013

pahala yang berterusan



1) Pasang kipas di surau/masjid walaupun 1 , setiap kali org guna , anda dpt pahala walau slps mati . kalu rasa berat letak je kain sembahyang.mesti ada yg gunakan:)


2) Derma kerusi roda di hospital . Setiap kali pesakit guna, anda akn dpt pahala .

3) Beri baju kpd org , setiap kali org pakai , anda akan dpt pahala .

4) Beri makanan kpd org , anda dpt pahala selagi makanan itu menjadi darah dagingnya .

5) Menyampaikan ilmu yg bermanfaat , selagi mereka mengamalkan pahala anda tetap ada..





Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yg menyampaikan 1 ilmu sja dan ada org yg mengamalknnya,maka walaupn yg menyampaikan sudah tiada(meninggal dunia),dia akan tetap memperoleh pahala...
Amiiin ya rabbal alamin

Monday, 15 April 2013

kenapa rezeki susah nak masuk

just for sharing... jom cermin diri kita


Antara sebab mengapa REZEKI SUSAH NAK MASUK ::

1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

Monday, 25 February 2013

nasihat kubur

sumber dari  sini




gambar adalah belas ihsan en gugel. saja letak, kadang gambar seperti ini cukup memberi kesan di hati


1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

Kirim ✉ ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..
Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja.
Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat kamu membacanya, ia gelisah.
Saat kamu mmahaminya, ia kejang2.
Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke.
Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati.
Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya.

Syaitan berbisik;
"SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "...

Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali gand

Saturday, 8 December 2012

Keajaiban di peperangan Gaza

subhanallah..Allah Akhbar......


Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden I

katan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Ga
za:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

#ALLAH BERSAMA KITA...
DOA JGN PERNAH BERHENTII...SAYA BUKAN ORG MALAYSIA,SAYA BUKAN ORG SYRIA, SAYA BUKAN ORG PALESTIN,.,TAPI SAYA ORG ISLAM..ADA SAUDARAKU DI SANA PERLUKAN AKU DAN KAMU..TOLONG MEREKA...WALAUPUN DENGAN DOA.

Allah...Allah...Allah...

Sumber: Akademi Al-Quran
 
p/s : meremang bila baca keajaiban di Gaza. ALLAHUAKBAR !!!!

Sunday, 14 October 2012

penjawat awam yg nak ke luar negara

cuti sekolah dah dekat, maknanya... ramai la yang akan melancong membawa anak2 bercuti. kepada penjawat awam, sebelum keluar negara, pastikan anda mengisi borang permohonan keluar negara. bila aku check balik, borang dia tak sama dgn yg sebelum2 ni aku dok isi, jadi sila ambil perhatian ye...detail di sini


oh kanda... mahu bawa dinda ke mana kali ini...ehem ehem...


kamera AES JPJ

tertarik dgn info ini. terus aku suh en somi baca. ye la, bulan dpn kan cuti sekolah... maka bermula la kami laki bini berkelana di atas highway. sama cam tahun2 lepas. tiap kali cuti ini lah agendanya. bukan apa, sbb sorang utara sorang selatan.. waktu cuti ni la nak balik kampung masing2. mmg ngukur peta. kalu dulu kantoi geografi sbb tak igt kedudukan negeri dlm peta, skang rasa cam nak amik semula paper geo.





sila berhati2 dgn tempat yg dinyatakan. aku risau gak kadang tu tak perasan.sedap je bawa laju. sekali tgk 140 km/h. sbb tu asal cuti panjang je mesti dpt 'surat cinta'... huh...


Friday, 28 September 2012

bajet 2013 : sayang PM ketat ketat

syukur alhamdulilah, walaupun tak byk mana dibandingkan dgn sesetengah org yg dpt bonus berbulan2 gaji, aku tetap bersyukur... rezeki utk kuarga di kampung... any suggestion utk family vacation... eh tiba2.. ok antara yg menarik minat aku adalah...

bonus 1 1/2 gaji (scr 3 peringkat) 1st masa raya tu hari, 2nd bulan dec n 3rd masa januari nanti. pendek kata yg tertunggak lagi adalah sebulan gaji, katakan gaji pokok ko 3625, maka nilai tu la yg ko dpt, sbb tak masuk elaun mak nenek tu kan
rebate RM200 untuk pembelian smart phone, hm wat masa ni lom ada plan nak beli smart phone. yg dok ada ni pun tak guna, org pakai galaxy aku pun nak galaxy, lastly hp nokia tu juga aku wat call n msg. sungguh ketinggalan jaman.
Ptptn:diskaun 20% bg penjelasan sekaligus (valid until end of sept 2013). leh dipertimbangkann ni. memandangkan aku dah dpt gaji bersih tak deduct epf dah since bln lepas, so leh la laju2 keluarkan duit KWSP.yipie 
Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah <-- tak merasa la aku.. tp happy utk abh..
baucar buku dpt 250, ni yg menaikkan semangat nak sambung belajar ni
bantuan 100/seorang utk budak2 skolah dpt cam tahun lepas gak,
banyak lagi la sebenarnya, check sini yer. pasal gula, rege pasport pun dah murah.. huhuhuh lagi ligat la aku..apa2 pun 
 
 
TQ PM
 
 

AJAL MAUT DI TANGAN TUHAN

di suatu pagi Jumaat yg hening, sampai di sekolah
kami dikejutkan dgn berita yg agak sedih
dgn pemergian bapa kpd salah seorang guru di sekolah
aku pula yg rasa nak menangis, sbb saat itu aku terus terfikir
kalaulah aku di tempat dia, apa aku rasa
flight paling awal pukul 2 petang
dan mayat nak dikebumikan lepas zohor
aduhhh !____!
hanya ALLAH je yg tau, aku rasa kalu benda camni berlaku pada aku
mmg aku meraung je la kot. dah la takleh nak pentingkan diri sendiri
dgn melewatkan urusan pengkebumian, nanti menyeksa si arwah pulak
tp aku berdoa sgt2, apa2 terjadi biarlah aku di sana
dah la aku takde sapa di dunia ni
kalu ada adik abg kakak tak pe gak... kalu boleh biarlah aku sendiri yg 
 yg membisik kan kalimah 'lailahaillallah' di sisi mereka
  mandikan mereka kerana aku tak mau org lain melihat tubuh badan mereka
 

sedih sgt... bila org yg kita syg pergi buat selama2nya
dan paling malang sekali kita tak dapat menatap/cium wajah tua itu buat kali terakhir
wajah yg telah melahirkan kita, yg membesarkan kita penuh kasih sayang
yang menatang kita bagai minyak yg penuh
yang buat lari marathon keliling rumah tatkala nyamuk memasuki kawasan rumah
yang sanggup kelaparan mengikat perut demi memenuhi keinginan ank2
yang terjaga dari tidur apabila terdengar kita batuk teruk
yang ketepikan rasa jijik dgn menyedut hingus spy tidak mengganggu salur pernafasan tiap kali flu
yang tidak boleh tidur lena apb kita sedang demam panas
yang sanggup dimarahi bos apb terlewat ke tmpt keje,demi menemani ank di sekolah utk kali pertama
yg tak henti2 memujuk apb kawan2 lain mengejek 'ank manja' disebabkan tak pandai berbasikal 
yg menjadi pahlawan tatkala ank dlm kesusahan
yg sanggup memalukan diri sendiri terpaksa meminjam duit saudara mara semata2 menghantar kita ke universiti
yg mewalikan kita kawen
yang.. bla bla bla

kalu nak list down segala pengorbanan yg dilakukan mmg tak cukup di sini
bannnnyak sgt
dan kini pabila si ank telah dewasa, terpaksa berjauhan demi menuntut tugasan pada negara...
di mana si ank apabila ibu bapa sedang melawan penyakit
yang ketika itu tidak berdaya lagi utk bangun sendiri
menjadi penderma darah pada nyamuk durjana disebabkan
nak tampar nyamuk dari menghinggapi badannya pun tak mampu lagi
yg terpaksa menahan diri dari kehausan
sementara menunggu jiran2 dtg keesokan harinya

*sumpah aku sedang menangis skang, ke aku yg emo*

aku harap perkara sebegini tidak terjadi pada aku
berikan KESEMPATAN pada ku utk
memberi mereka cucu, ye mama abh nak sgt cucu... sob sob
beri kesempatan pada ku utk menemani kedua org tua ku
ketika mereka di usia senja
aku mau menemani petang hujung minggu mereka dgn bersiar2, makan2
aku mau menggembirakan mereka selagi hayat dikandung badan
aku mau memimpin mereke ke klinik apabila mereka demam
aku mahu berada di sisi mereka sentiasa


ya ALLAH ya tuhanku, permudahkanlah urusan perpindahan ku, berikan kesempatan padaku utk berjasa kepada kedua org tuaku. perkenankanlah doa ku ini YA ALLAH.. spy aku menjadi ank yg solehah dan berbakti pada mereka.. amin... ya rabbalaalamin


p/s tolong sedekahkan alfatihah utk arwah

Thursday, 20 September 2012

tak leh upload gambar kat blog?jom add author

entry berkurun punya ni. lama dok dlm draft.

rasanya semua org dah tau camne nak add author bila storage dah penuh. ni je cara yg free kan... pertama sekali kene buka account gmail yg baru, yg lama tu biar dia kat situ.


1. again, sila buat gmail baru di sini. igt taw emailnya !!!

2. pastu gi kat blog kita, dashboard > setting > blog authors > add authors (taip email baru tadi) > invite author.. tgk je la summary kat gambar bawah ni.mudah jerp




3.pahtu buka gmail yg baru kita buat tadi... kat inbox ada dpt msg baru. kelik je link bawah ni




4. akan keluar page baru, kelik je 'here', ikut je arahan yg dierikan



5. sebelum tu sila pastikan (dgn menggunakan gmail asal) status pada email baru anda adalah ADMIN (tadi ada satu author je kan, skang ada dua dah)

 


 6.then, setle.. leh post entry baru dah...hehehe





sila klik utk tumbesaran yg lebih baik...buat pengetahuan, kita leh letak 100 author. maksudnya tiap kali blog kita dah sampai limit, ulang la benda yg sama dr no 1 tadi....credit to mamagee

Monday, 10 September 2012

ouchhh !!! terkena minyak panas, petua??

pedih... da*a ku terkena minyak panas
nape sampai ke situ tmptnya
tu pertanyaan en suami bila tgk aku cam kene sawan td
entah la aku pun tak pasti pada jawapan ini (pakai baju 'sopan' sgt kot )
moral of da story sila pakai tudung bila menggoreng


benda camni jarang2 berlaku dlm hidup aku
benda pertama yg aku terbayang adalah, kulit aku hitam gelembung2... eiii scary
jadi blur, tak tau nak buat apa... terus la tnya pada kawan2
n googling dpt ini...



  • Sejukkan dan cuci kawasan terlibat dengan aliran air bagi mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan dan juga mengelakkan kecederaan yang lebih teruk.
  • Bawa pesakit ke hospital atau klinik yang berdekatan untuk rawatan lanjut.
  • Berikan ubat tahan sakit/analgesik.
  • Sapu krim antibiotik (bagi mengelakkan jangkitan awal).
  • Kekalkan kebersihan pada bahagian yang terlibat bagi mengelakkan jangkitan serta mempercepatkan penyembuhan.
  • Elakkan:
    • Menutup kawasan melecur dengan kain yang kotor.
    • Menyapu krim pada bahagian yang melecur tanpa merujuk kepada doktor ataupun petugas kesihatan bertauliah lain.
  •  



camne ye nak bt minyak dlm kuali tu behave jerp
asyik la meletup letup...haisyyy
kan dah dpt cop mohor, nasib dah kawen, kalu tak kurang seribu
huhuhuuh.. 




Monday, 2 July 2012

cukai o cukai

hingga ke hari ni, kwn2 kat skolah tak abes lagi bising pasal cukai... ada yg lagi teruk dari aku rupana, kene tolak sampai kat 600... gaji cikgu uols bukan byk mana pong... yg mmg gaji tinggi tu mmg dah sedia maklum la kan. igt kan aku sorang jerp dok runsing, rupanya... hohoho...tak puas hati sbb apa cukai ditolak byk sgt. just nak explanation benda tu ditolak berdasarkan apa. masa aku isi e filing takde lak kene bayar abah.jumlah kat bawah tu mmg 0-0...




minggu lepas, aku tanya dgn kerani. kerani kata bukan derang yg bt pemotongan. so aku serang lhdn. lhdn kata akauntan negara yg bt. tolak sana tolak sini.dah rupa bola dah aku time tuh. pastu call akauntan negara, derang ckp lhdn pulak. isskkkk.... mana satu nih... ni aku nak gi lhdn balik. ala bukan susah pun just terang je, bg tau je canne leh jadi amount byk tu... janji... tak marah... cuma aku rasa, aku ada hak kot nak tau ke mana duit aku tu pegi... nak kata sbb aku dah kawen aku bukan bt akaun bersama, akaun persendirian je pun. pastu... pemotongan tak sama. retu aku isi dgn kawan aku sama batch gak ler, sama tangga gaji, sama2 posting ke sini.. aku tiru dia... utk amount yg kita kene letak tuh. kan ada part bape byk kita spend utk buku la perubatan le...aku letak sama je nilai dgn dia... sekali dia kene sikit aku kene byk. tak aci nih... pemotongan zakat bulanan kami pun sama... takde beza pong...

Monday, 18 June 2012

sebelum buat kitchen cabinet, pastikan...

pastikan anda mengetahui selok belok kitchen cabinet, sbb nak guna kitchen cabinet ni bukan setahun dua. bagi aku yang kurang kaya ni la. sume org inginkan kitchen cabinet yg kemas dan cantik...sama juga cam aku...utk membuat kitchen cabinet kita kene tahu beberapa perkara



1. KONSEP


ya benda pertama waktu aku gi kedai wat kitchen cabinet ni, derang tanya aku nak konsep apa...aku rasa mana2 ID pun akan tanya benda ni. kita bahagikan kepada 3 ok


a) Modern : design yang ada “wooden” element mmg tolak tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine.



b) Kontemporari / klasik / oriental : mana2 je, wooden material macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard. Ramai jugak orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu

c) country / english style : Biasanya dapur yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan bunga-bungaan.aku memang suka english style, tp umah aku dah cam rojak skang ni.leh pakcik tukang letak kaler pink kat living hall.kalu ye nak english style eloknya dinding kaler putih...



2. RUANG KERJA


a) kenal pasti dulu nak buat wet & dry kitchen, atau salah 1 sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada juga yang terpisah. cam aku, aku nak buat wet kitchen jerp


b) dalam kepala mesti dah plan nak masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob & hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave, toaster, blender tu bagai, mana nak letak).
c) Information ni amat berguna nak tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat 






 L shape ke, 

 U shape ke, 


 I shape ke 


 or perlu ade island ke. cantik ah kaler ni.


umah aku jgn berangan nak berpulau pulau nih..sebabnya??? dapur umah sempit amat. so kene sedar diri la...



3. MATERIAL

utk material aku bahagikan pada dua.

i - door


Untuk step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam anti-moisture. Jangan tertipu ok! maklumlah kita ni bukan tau selok belok material. Kedai yang murah mungkin cakap saja water resistant, padahal dia bagi chipboard biasa. camno??? Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.


a) Acrylic : Acrylic boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi tak teruk kesannya.


b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk : kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu nyatuh, mana satu oak / semangkuk.

c) Chipboard : Raaaaamai orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc. harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant / anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN.

d) Melamine : jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety, kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih kurang sama dengan chipboard.



ii-table tops
a) Granite
Kelebihan : kelass kau maria. tp mahal ya amat. selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas permukaannya, kalau tumpah 2mudah je lap dengan kain basah. No problem at all



Kekurangan : Harga granite ni biasanya semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india, etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harganya.
 b) Solid surface
Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.



Kelebihan : biasanya joining antara pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join tak nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2 joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, mmg sangat smart! 




Kekurangan : penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air sejuk / air paip!

 
c) Tiles


Paling raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada


Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak. 



Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok?

 
d) Marble


Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak. 


Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.


Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!

e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)


Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.


Kelebihan : harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau chipboard anda ‘kembang’ lagi 


Kekurangan : tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah, walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan. 





4. DECIDE




Jangan risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything! Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!





Bila dah dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya, adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.





Kalau ada peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)



5. OBSERVE KEJE KONTRAKTOR


cam biasa, masa derang tgh buat KC ni, gi la pantau... bukan saja KC. apa2 je la.supaya apa yang diidamkan mendapat kepuasan maksima...antara link yang membantu kita utk bt KC adalah


MIECO chipboard : http://www.mieco.com.my/
Solid Surface : http://solidtop.com.my/
Signature Kitchen : http://www.signaturekitchen.com.my/.
nak try design KC sendiri tak, kelik sini



dapat info dari sini 

Tuesday, 22 May 2012

kolam ikan koi

yaaaaaaa edisi berangan lagi kita yaw. nak beli gazebo tak mampu. buat taman mini gini pun ok kot


ni waktu siang


bila malam camni rupanya







Bahan-bahan yang diperlukan untuk membangun kolam koi:

* Pompa air <-- apa ye
* Pond liner / Pelapis kolam dari Karet
* Batu-batuan
* Ikan
* Semen


Perkara yang perlu dititik beratkan
Ukuran Kolam Koi
keluasan,= = 1x1.5 m2 =
Kedalaman = 50 cm, dengan tinggi permukaan air dari dasar kolam sekitar 35 cm.
buatlah suatu lubang / spot di tengah kolam dengan kedalaman extra ±15 cm sebagai tempat ikan koi beristirahat dan juga sebagai tempat persembunyian yang aman

Membangun Kolam Koi
Galilah tanah tempat kolam sesuai ukuran yang diinginkan dan kedalaman yang cukup untuk koi. Tutup lubang yang sudah digali dengan pond liner. Pond liner harus dilebihkan kira-kira 30 cm keluar dari lubang kolam koi. Pond liner bertujuan untuk mencegah kebocoran kolam koi. Tahan pond liner dengan pemberat seperti batu-batu besar seperti batu kali dan batu koral atau dapat dipakai batuan buatan dari semen yang dibentuk mirip dengan batu alam asli. Ratakan pond liner serapih dan sehalus mungkin. Hati-hati saat berjalan di kolam, jangan merusak / merobek pond liner.

Pasang pompa air dan pastikan pompa mempunyai tenaga yang sesuai dengan ukuran kolam koi. Isi kolam koi dengan air bersih yang segar. Setelah itu, sebaiknya jangan buru-buru memasukkan ikan koi ke kolam.

Biarkan beberapa hari untuk mengecek beberapa hal pada kolam koi anda. Nyalakan aliran air untuk melihat ada tidaknya kebocoran pada kolam serta kondisi aliran air. Sebelum memutuskan memelihara ikan yang harganya relatif mahal, sebaiknya masukkan dulu beberapa ekor ikan mas ke kolam sebagai uji coba. Apabila ikan tidak menunjukkan tanda-tanda kelainan pada gaya berenang dsb, berarti kondisi kolam normal dan kolam sudah siap diisi dengan ikan koi pilihan anda.antara perkara yang diperlukan utk membela ian koi adalah

Dekorasi Untuk Memperindah Kolam Koi

Jaga Kebersihan Air Kolam Koi

Makanan Koi / Pakan Koi

Vitamin untuk Ikan Koi



haaaaaaaaa... camne... nampak cam mudah kan...tp dalam keturunan aku takde la yg pandai bab2 ni.nak bancuh simen pun tak pandai. sapa ada kepakaran dalam bab2 pertukangan, meh la buat kat umah saya...harga kira harga kawan2 la...nanti gambar hasilnya cantik saya war2 kan la kat blog ni...hehehe info dari sini

Friday, 11 May 2012

batu hiasan @ deco stone

sejak dua menjak ni suka pulak tgk batu2 cenggini. kalu la ada duit byk kan... tu KALAU la... boleh  letak batu2 gini. rasa macam dapat mendekatkan diri dgn sumber alam je...





 Cobble stone digunakan sebagai corak pada permukaan rumput. broken slate berwarna yang diletakkan secara random menaikkan lagi seri. nih kalu laman rumah besar, mmg sesuai sgt. kadang org ganti dgn river stone ni


leh la bt reflexology sekali :)


ni namanya broken stone


kalau tak silap la.cantik kan


jadikan sbg feature wall...


ni pulak kat lantai


 
batu yg airnya terpancut tu namanya JURA STONE/JURASIC STONE. 




mahal tau batu2 ni...dah suruh abah survey..tp cam diluar kemampuan jerk. sob sob sob
pic dpt dari sini dan sini

















cat rumah kaler apa yg cantik



pic 1


pic 2

pic 3


pic 4


pic 5



pic 6


pic 7

pic 8


pic 9


pic 10


pic 11

pic 12 yang ni guna Dulux: English Apple [Dulux 90YY 48/500] menjadi penyeri buat dinding utama dan Dulux : Limelight [Dulux 90YY 58/424]


puc 13


pic 14

pic 15


banyak lagi kat sini

Tips untuk persepsi ruang yang luas

  • penggunaan tona warna cat yang lebih terang [teknologi Lumitec dari cat Dulux Light & Space]
  • penggunaan kertas dinding untuk dinding background
  • penghasilan feature wall sebagai fokus ruang.
Tips untuk meninggikan paras siling

  • Langsir dari siling level ke lantai [memberi persepsi ketinggian pada ruang-ruang yang nampak rendah
Keseragaman dalam tona warna

  • penggunaan warna-warna neutral – pintu ditukar dari warna cokelat yang kasar kepada warna nuetral putih yang bersih
  • Perabot dalam tona beige keputihan
Menghasilkan mood yang selesa:

  • penggunaan pencahaayan warm lighting