Showing posts with label my dream. Show all posts
Showing posts with label my dream. Show all posts

Thursday, 18 October 2012

gila bayang dgn Kashmir !!

Di kawasan pergunungan, terhampar bunga pelbagai warna. Di puncaknya pula, salji memutih sejauh pandangan mata. Itulah Gulmarg, tanah subur yang juga popular dengan nama ‘Meadow of Flowers’. Dengan ketinggian 2730 meter dari aras laut, Gulmarg nyata mempersona ribuan pelancong dengan keindahan semulajadinya.



Melangkah saja ke Gulmarg, anda pasti terasa seperti berada di sebuah lokasi penggambaran filem Hindi. Taburan bunga dan banjaran (Himalaya) mendatar dengan himpunan pokok pine seperti tersusun dalam lanskap tersendiri. Memberi ilham dan inspirasi, Gulmarg umpama terjemahan mimpi indah bagi pengunjung yang mendambakan ketenangan sejati. Justeru, sesiapa saja yang berpijak di bumi Gulmarg tidak mungkin tidak, akan ‘jatuh hati’ pada wilayah ini. Di sini,haruman bunga loceng biru, Daisy, Forget Me Not dan juga Buttercup akan berterbangan memenuhi deria hidu anda. 





Ingin menikmati pemandangan memukau sambil menghirup udara segar pergunungan, jangan lupa berkunjung ke Nanga Parbhat. Jika cuaca mahu berkompromi dengan anda,di sinilah lokasi tepat para wisata menikmati pemandangan sekitar Gulmarg.
Bagi mereka yang tidak dapat meninggalkan aktiviti riadah, Gulmarg turut dilengkapi dengan kawasan permainan ski dan juga golf yang terbaik di dunia. Luas dan mengagumkan. Hamparan salji yang memutih dan dingin pastinya menggamit anda untuk bermain ski. Namun,jika tidak berani, anda boleh berjalan-jalan sambil bermain salji. 



pertengahan april



musim bunga-bln 5-6



winter-dec until feb maybe


autumn-bln 10

MENARIK TENTANG GULMARG
• Mengambil masa satu jam perjalanan dari Srinagar
• Pernah menjadi lokasi kegemaran Maharaja Jehangir yang mengumpul 21 jenis bunga dari tanah ini.
• Menjadi antara destinasi bulan madu yang popular di dunia.
• Memiliki ladang bunga dengan keluasan lebih 3km luasnya.
• Menyediakan perkhidmatan gondola (bagi mereka yang tidak kecut perut!)
• Ketinggian Gulmark menjadikan ia dataran bersalji sepanjang tahun.


 heaven on earth


 ni yang wat aku gila bayang ni.. tulips!!!


 Pahalgam, Kashmir



kenapa lah AA nya trip ke new delhi dah tak de, kenapa, kenapa... tak sempat nak merasa dah tutup route ke sana... dah alang2 ke sana leh gi taj mahal juga.. wooo.. salah satu kejaiban di dunia tu... oh dia buat gila nak kumpul 7 wonder world pulak. seriusly, kalu aku diizinkan ALLAH utk ke sana, aku nak sangat menyelami peradaban/cara hidup 'saudara' kita di sana.. ramai yg seagama dgn kita... tapi, nasib kita jauh lebih beruntung dari mereka. mereka sgt desperate bab keje... peluang pekerjaan tak byk mcm di negara kita... ada antara mereka menjadikan bidang tourism as sumber pendapatan mereka.. 

kalau lah berpeluang pergi, aku nak pergi tgh bulan 4, dpt merasa 2 benda... bunga-bungaan dan salji-saljian. tp cam aku ckp sebelum ni, bln 4 mmg takde cuti sekolah. so simpan je la niat suci. itu maknanya belum sampai masa lagi utk aku ke sana. pasti ada hikmahnya. hanya ALLAH yang tahu



p/s mungkin pencen nanti (umur 60 ye) baru ada chance guling2 kat kashmir ni :) ic sume dari sini

Friday, 14 September 2012

kebun tulip pulak

nak bagi tau satu rahsia ni
dulu, aku penah janji dgn en somi
aku akn stop travel bila dpt pegang salji
tp bila dah dpt pegang salji



merengek2 kat en suami 
teringin nak tgk kebun tulip pulak
ngengada kan??? mmg takleh percaya la ckp aku
pastu en somi cam green light suh aku cari kebun tulip
aku ada aim satu tmpt ni
malangnya tulip dia kuar masa bulan 4
laju2 tgk takwim utk bln 4 thn dpn

 detail kat sini
so sad la
cuti skolah tuk bln 4 mmg non hado ( thn2 sblm ni pun sama)
sbb tu kalu korang perasan
tiap kali aku bercuti asyik la winter sonata
asyik la tgk pokok togel jerp
ye mmg betul, bulan 12 adalah bulan meraikan cinta kami @ anniversary
tp kadang2 nak gak ubah mood tu
tingin nak merasa summer kat tmpt org
tp apakan daya
tugasan ku menuntut pengorbana dari segi itu
nampaknya tunggu pencen nanti la baru merasa... INSYAALLAH


syantik kan kan...


huh cun woi


psssttt.....2-3hari lagi AA bt promo taw.. wink wink :)
ada sesapa tau tak negara mana yg ada tulips utk hujng tahun (november n december) ataupun negara yg punya 4 musim dlm satu masa... share share


Tuesday, 7 August 2012

kerusi cleopatra lak dah

skang ni apa saja yg putih sume aku nak... 
nak dpt kan sofa putih sket punya seksa
sudahnya tadi  googling berkenan dgn


waaaaaaaa... kusi panten !!!

sumber dari sini

cun la

 oh ini spesis lain dah

oh seksi sgt. tp tak mungkin kaler pink.kang masuk tak nampak apa. dinding dah pink katanya


aku baru tau org panggil kusi cleopatra rupannya
agak2 seswai ke letak kat umah ???!!! hover kan? bajet rumah banglo, tp setinggan jew
sesungguhnya bab2 deco rumah ni mmg menuntut kesabaran
igt nak jadi kan umah cam english style
tp dah bercampur dah aku rasa
punca???  kekangan waktu
dah tu
susah betul nak cari objek yg kaler putih ni
kalu gi kedai perabut mmg susah la nak jumpa kaler putih
tmpt aku mmg tak byk choice la
ke aku yg tak abes explore lagi... anyone yg dok png mana korang beli furniture
bila gi kedai perabot mesti aku dpt bebelan free
buat apa lu amik kaler putih. cpt kotor la amoi
ye tapi 'amoi' ni dah bosan dgn kaler gelap
tu yg amoi nak kelainan sket
dari balik retu cari sofa kaler putih tak jumpa
bila dah jumpa tak bekenan pulak designnya
pastu besar gabak. rumah saiz s katanya... camno?
almaklumlah.. saya kan cerewet.
haissyyy... lap peluh jap mikir kan kerenah aku
 berkenan ini juga



 tapi akak tu nya kedai kat baling . sapa nak amik? 


again kalu aku mmg kat kampung kejap je tekan minyak
ni aku jauh di seberang laut, balik mmg tak sempat dah
sian la nak mitak tolong mama abh
yang aku nak sgt meja ats tu sbb aritu dah terrrrbeli cermin ni..



 kan ke cun kalu sangkut cermin, bawahnya ada meja tu


hmmm... aku penah publish entry tentang rumah english style
minat mmg minat, tp aku tak suka yg sarat sgt. nanti nampak crowded
aicecey cover... padahal makan kos beli perabot english style. mahal ya amat
bertabah je la




Saturday, 14 July 2012

sofa putih..

semalam mama gi tgk sofa yg di book tempoh hari.sekali bila tgk dgn mata kepala sendiri. tak sama langsung dgn yg dlm katalog. keras satu hal.pastu mama kata dah mcm tilam. besar sgt. so aku pun dok survey2 la sofa baru...sgt berkenan dgn ektorp sofa ni.



murah lak tu. rm 399. kat ikea.masalahnya leh ke delivery sampai penang. sapa penah buat??? nak sgt... dah meleleh aliyor tgk sofa ni... nape kat penang tak de ikea eh.. wat la sebijik... sennag nak hunt barang2 rumah



kaler ni pun suweet je... almak alamak... canne ni... 


p/s : nak juga nak juga !!!! tak dpt kang pakai je yg lama... cancel nak buat tema english style *nada merajuk*

Tuesday, 10 July 2012

bar stools

disebabkan kitchen cabinet yg aku bt ni ala2 counter bar.. makanya... aku haruslah cari kusi yg bersesuaian utk diletakkan di situ ...baru complete kan. kusi ni mmg tak include skali dgn KC. bila dah ada kusi mudah la kerje... disamping mengeratkan silaturrahim...  bila mak hincik menumbuk cili, boleh la pak hincik jadi mandor kat sebelah sambil minum fresh orange...


unikkk


 cam kusi kat kopitiam jer :)


ni cam ahli koperat sket

wowww. S for superman



ni seswai tuk budak tadika ..nerd

aip bentuk apa ni.cam tmpt naik kuda jer





simple tp cantik. dah la kaler merah.mmg seswai tuk  kc aku




ha siap tempat sandar lagi...nak nak...




yesss.. yg ni pun i like !!!

Sunday, 8 July 2012

hasil buruan : cabinet tv

sian taw... mama dgn abah yang jadi mangsa... survey2 furniture pasal rumah... paham2 la kalu kat internet kebanyakan info/website/supplier/kedai sume dari kl... penang tak byk info. ke aku yg tak pandai cari...??? so cara aku adalah... bagi satu cth gambar kat abah, macam mana yg aku nak... then abah pegi la satu kedai demi satu kedai... terpaksa buat kerahan tenaga pada buah hati di kampung... masukkan duit utk duit minyak, makan n deposit tiap kali derang memburu barang rumah... gini la nasib bila dok jauh. nak beli kat sini tak berkenan pulak... salunya design mmg aku cari kat internet jerp.


 kadang tu jahat gak aku ni.. abah kat ne ni? kat rumah dah... kejap je gi survey barang? penat dah.. mama tak larat jalan. alor siannya. kejamkah aku. tak kot... :)  salunya 1 trip derang dapat pegi 3 buah kedai. pastu tak larat dah, balik rumah tido.... pas maghrib baru kuar balik survey barang lagi... begitu lah rutin tetiap weekend...

 maafkan anakanda. anakanda terpaksa menyusahkan ayah dan bonda. sayang ayah bonda ketat2


aku ni tak la up to date sgt.tp yg sedap mata memandang je la. kalu boleh nak sesimple mungkin... dan ada beberapa cabinet yg abh dpt

 ni design asal yg aku nak.tp susah la nak dpt exactly camni...


1-sekali tgk cam bench pulak


2-yg atas tu ok tak
 3-hitam putih bercabang sana bercabang sini

4-cam tebal la pulak

5-design ni abh kata boleh dipanjangkan

6-sama cam atas tp casing kaler putih



agak2 mana yg seswai utk dipadankan dgn set sofa ni.




eh ada sofa pulak yer. seriusly tadak niat pun nak beli sofa, sofa lama baru berumur 3 tahun. elok lagi condition nya.disebabkan contractor cat dinding living room kaler pink, makanya... aku terpikir2 cam tak match je ... sbb sofa lama berwarna coklat + cream... so aku decide nak bt tema putih-pink kat ruang tamu... aku teruja dgn promotion harga tu sbenornya... dari 2999 spt 1299. murah enough kan? jgn me meow aku g cakar sudah.




pastu ni pun murah katil divan je la pun...ni nak letak kat bilik baru. harga dari 999 dpt 399... tilam pulak tawar punya tawar dpt dlm 900. biasa la, tilam mmg ar mahal... so total rm 1299 :) lumayan dah tu aku rasa... dah suruh abah book. barang sampai dalam masa 2 minggu. sbb stok sume dia amik kat kl kot.tah ler aku pun tak tau...so, uols tv cabinet no. berapa yg ok???

Monday, 18 June 2012

sebelum buat kitchen cabinet, pastikan...

pastikan anda mengetahui selok belok kitchen cabinet, sbb nak guna kitchen cabinet ni bukan setahun dua. bagi aku yang kurang kaya ni la. sume org inginkan kitchen cabinet yg kemas dan cantik...sama juga cam aku...utk membuat kitchen cabinet kita kene tahu beberapa perkara



1. KONSEP


ya benda pertama waktu aku gi kedai wat kitchen cabinet ni, derang tanya aku nak konsep apa...aku rasa mana2 ID pun akan tanya benda ni. kita bahagikan kepada 3 ok


a) Modern : design yang ada “wooden” element mmg tolak tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine.



b) Kontemporari / klasik / oriental : mana2 je, wooden material macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard. Ramai jugak orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu

c) country / english style : Biasanya dapur yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan bunga-bungaan.aku memang suka english style, tp umah aku dah cam rojak skang ni.leh pakcik tukang letak kaler pink kat living hall.kalu ye nak english style eloknya dinding kaler putih...



2. RUANG KERJA


a) kenal pasti dulu nak buat wet & dry kitchen, atau salah 1 sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada juga yang terpisah. cam aku, aku nak buat wet kitchen jerp


b) dalam kepala mesti dah plan nak masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob & hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave, toaster, blender tu bagai, mana nak letak).
c) Information ni amat berguna nak tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat 






 L shape ke, 

 U shape ke, 


 I shape ke 


 or perlu ade island ke. cantik ah kaler ni.


umah aku jgn berangan nak berpulau pulau nih..sebabnya??? dapur umah sempit amat. so kene sedar diri la...



3. MATERIAL

utk material aku bahagikan pada dua.

i - door


Untuk step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam anti-moisture. Jangan tertipu ok! maklumlah kita ni bukan tau selok belok material. Kedai yang murah mungkin cakap saja water resistant, padahal dia bagi chipboard biasa. camno??? Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.


a) Acrylic : Acrylic boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi tak teruk kesannya.


b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk : kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu nyatuh, mana satu oak / semangkuk.

c) Chipboard : Raaaaamai orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc. harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant / anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN.

d) Melamine : jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety, kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih kurang sama dengan chipboard.



ii-table tops
a) Granite
Kelebihan : kelass kau maria. tp mahal ya amat. selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas permukaannya, kalau tumpah 2mudah je lap dengan kain basah. No problem at all



Kekurangan : Harga granite ni biasanya semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india, etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harganya.
 b) Solid surface
Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.



Kelebihan : biasanya joining antara pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join tak nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2 joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni, mmg sangat smart! 




Kekurangan : penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air sejuk / air paip!

 
c) Tiles


Paling raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga yang ratusan ringgit pun ada


Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak. 



Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok?

 
d) Marble


Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak. 


Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.


Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!

e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)


Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.


Kelebihan : harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau chipboard anda ‘kembang’ lagi 


Kekurangan : tidak digalakkan letak periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah, walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan. 





4. DECIDE




Jangan risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything! Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!





Bila dah dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya, adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.





Kalau ada peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)



5. OBSERVE KEJE KONTRAKTOR


cam biasa, masa derang tgh buat KC ni, gi la pantau... bukan saja KC. apa2 je la.supaya apa yang diidamkan mendapat kepuasan maksima...antara link yang membantu kita utk bt KC adalah


MIECO chipboard : http://www.mieco.com.my/
Solid Surface : http://solidtop.com.my/
Signature Kitchen : http://www.signaturekitchen.com.my/.
nak try design KC sendiri tak, kelik sini



dapat info dari sini 

Saturday, 16 June 2012

alahai nest rest

oh kejap ada kejap takde.sibuk sket skang ni... retu kursus, pastu drawing KC pulak sampai, ada benda yg aku tak bekenan n mitak dia ubah... tak setel2 lagi sampai skang... cerewekah aku..ehhehe...patu dok sibuk cari nest rest pulak ni. uols tau tak mana nak dpt buaian camni...comel gila.. 















muat la kot kalu aku dgn en somi dok dlm ni kan. agak2 mama panggil kami makan, nyorok senyap2 dlm ni pun boleh... sure tak perasan.hehhe  suka jer :) actually balik retu aku dah terrrrrrbeli yg camni. tp bila gugel tgk lagi mcm2 design...jatuh chinta lagi



rasa cam nak let go pulak yang ni.pakai pun belum



tak dpt yg nest rest  tadi, dapat yg camni pun ok gak... hahaha..kutip dari blog kekda ni












again... sapa tau mana nak dpt nest rest ats tadi.sila bagi tau.. :)