Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts
Showing posts with label rumahku syurgaku. Show all posts

Friday, 2 August 2013

wardrobe area penang?

ok banyak pulak entry hari ini yer...hehheh. bila mood nak menulis datang gini la.alhamdulilah, 2 minggu di penang rumah dah hampir siap,cuma cat je belum





agak2nak cat kaler apa


ni la pemandangan dari dlm bilik.mcm dlm hutan pulak aku rasa




bilik ni tenang kot kalu nak buat bilik study.aritu rasa cam nak bt bilik stor,nmpknya tak jadi la...rasa mcm nak buat wardrobe.tp nak murah guana.ada tak kawan2 yg leh recommend area penang.ada wardrabe nanti senang nak sumbat semua baju sekolah ku dalam itu.bukan saja baju sekolah.segala lugage aku letak dlm tu.maklumlah 5 tahun dok seberang laut mmg aku rajin gak la collect lugage.mcm2 saiz ada.

Wednesday, 24 July 2013

saya dah di penang

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....


hwarggghh lamanya tak buka blog.apatah lagi menaip...
esok, bersamaan hari Khamis, 25 julai 2013.
genap la seminggu aku berkhidmat di sekolah baru.

alhamdulilah semuanya dipermudahkan.
cuma agak sibuk sket skang ni.
sibuk dgn nak ngemas rumah.
bayangkan camne org baru pindah.kotak bertingkek tingkek 
*teringat lagu breakdance bertingkek2*
sibuk cari tukang buat umah.yer... aku balik je terus pikir nak extand umah cinonet ni...
barang byk kan.so nak tak nak terpaksa la buat... duit? huh jgn ckp.ngalir mcm air.

dah la baru je pindah kan...semua pun sendiri...
berbekalkan sisa duit tabung yg masih ada, campur... korek sana korek sini,
maka kami laki bini sepakat nak tambah 1 lagi bilik kat luar nun... huh makin sempit la jadinya 
patutnya our future room ni tmpt parking si snowy aku tu. 
tp rasanya aku perlukan ruang utk bt segala keje sekolah aku.
tak kan nak letak printer n komputer tgh2 laman kan
so terpaksa la...
aku percaya pada rezeki ALLAH


walaupun bulan 8, saat genting aku dan en suami... sbb nak sambut raya, dan sambut befday blacky ku ini


bukan blacky saja.snowy pun.hohoo... sambut la scr berjemaah.br meriah.nak byr roadtax 


planning nak buat bilik belakang kolam ikan tu ok tak?

Sunday, 10 March 2013

alas meja dan kerusi

baru2 ni my friend tanya berapa kos alas meja dan kerusi yang aku upah satu masa dulu. ingat lagi tak? aku pun dah lupa sebenarnya







jadi terpaksa lah ku korek balik dlm fb. baru tau berapa rm yang aku upah. tu la akibatnya, kalau tak catit dlm blog. eh? tp betul, bila org tanya tak igt. semua ni faktor penuaan. meh sini aku detail kan dgn uols. kot la ada readers di luar sana yg dah bosan dgn meja makan, nak kelainan. leh la contact akak fauziah ni ha. aku pilih warna merah putih sebab nak di match kan dengan dapur ku yg cinonet itu



merah membara.. menaikkan mood utk memasak.kunun



kos semua :
alas meja RM 50
sarung kerusi ber skirt labuh RM 50 x 6 = RM 300
TOTAL = RM 350


 kakak fauziah ni dok kat Kulim yer... dia menawarkan khidmat pengeposan . jd pada sapa yang duduk di selatan tanah air leh aje order.bagi ukuran kerusi anda, then dia buatkan. disebabkan umah akak ni tak jauh dgn aku, so aku amik sendiri je...hehhe

Saturday, 2 March 2013

lupa bayar duit rumah

camne leh lupa... serius langsung tak teringat. sedangkan sebelum ni, dpt gaji aku akan uruskan semua hutang piutang dulu... mmg ada check list bulanan. tp tah kenapa ternyanyuk sket. pastu smlm gi bank nak deposit duit kat atm. rosak pulak mesin nya... guana ni. patutnya due date dia sblm 1 haribulan. ni dah 4.3.2013... en bank, saya minta ampun.. hari ni saya keluar try deposit duit lagi yer... kalu rosak lagi, terpaksa la keluar hari Isnin nanti. igt nak buat interbank giro je, tp mesti float 2-3 hari camtu.


pondok kecilku

Wednesday, 12 December 2012

galeri pak ucop



ehhh.. bukan bukan.. bukan yang ni,ni galeri winter sonata



galeri pak ucop yang ni... ha... sarang hamster kat situ pulak


kasi zoom sket

ni la keluarga kecil aku.lupa pulak nak cuci gambar aku masa baby.next time maybe

Monday, 10 December 2012

masalah. oh problem

ada beberapa perkara yg membelenggu aku masa kini. apa lagi kalu bukan urusan PERPINDAHAN aku. keputusannya tak dpt lagi... 17 ni baru dpt tau... katanya la... sekali postpon lagi... cam sebelum2 ni la... haru biru. jd sebelum apa2, kene buat plan A and B... dah la 20 tu sambutan anniversary ke 3. lama pulak tu, 28 baru aku balik mesia. sungguh takde rasa excited pun nak travel dis time... sbb byk benda kene pikir. haiya...dah tu, 30 kene gerak ke Bintulu pulak. Seriusly, keputusan perpindahan sedikit sebanyak memberi kesan pada hidup aku...andai kata dapat pindah hujung thn ni.. alhamdulilah... semua selesai...










TAPI,





KALAU TAK DAPAT PINDAH !!!
-aku igt nak bawa parent aku ke Sarawak, senang sket...  sakit dmm aku leh tgk tgk kan
-bila derang ke Sarawak, kemungkinan rumah skang ni


akan disewa ~~~ nak kene tanggung risiko, buatnya penyewa tu spesis pengotor ke.aduh aku lemah sket yang ni ni... dan agak cerewet bab kebersihan. specially kalu aku nampak spesis manusia yg suka korek2 tahi hidung pastu jentik merata2. aku TAK SUKA !!!



atau


lebih menyakitkan nak kene jual !!! ni cadangan abh. oh no rugi. dah byk aku reno rumah ni... baru je nak merasa, bayangkan baru siap masa raya tuhari.
-2 minggu lepas baru je wat penanaman semula kat kebun aku tu ha...
-pastu kucing ikan hamster nak letak mana...sayang nya la




atau



tinggalkan mama-abah di Penang ~~~ rasa cam tak sanggup nak berjauhan lagi setahun dgn derang. memandangkan usia mereka yg kian bertambah.patutnya umur2 gini, turn aku jaga derang kan. tp tu la, kalu derang ada di sini, atleast leh la derang tgk2 kan rumah. sesekali balik kampung kan.



aku ada bincang dgn mama abh, tanya hal ni... masing2 serah pada aku, mcm aku pulak ketua keluarga...tolong tolong...apa patut aku buat.


p/s : cup, sesapa ada kenal dgn agen tuk shipping/kargo bagi tau yer...sb g persediaan awal

Monday, 3 December 2012

tak dpt tudung fareeda, carpet pun jadi la

byk kali dah pegi butik fareeda tp takde rezki. kali pertama butik mmg tutup sbb hari ahad, kali kedua gara2 jam, lewat sampai, butik  pun dah tutup. selamat duit poket :) oh itu tanggapan awal jer. hakikatnya?


hmmm...


dasar eka... mmg tak paham bahasa... kalu org lain mesti anggap takde rezki.. tp aku ni tak dpt satu2 barang, aku ganti dgn benda lain. baru puas hati. n lena je tido mlm tu. mesti kene dpt habuan gak. apa habuan aku kali ni... carpet... walhal berlungguk2 dah carpet kat rumah ni



 merah hitam? agak2 kat mana? mana lagi kalu bukan kat dapur...


dari jauh dah nampak merah ang2 ni



Sunday, 4 November 2012

SHARING IS CARING : 3D BOARD

dah lama nak share pasal ni tapi takde masa...sampai la kawan aku tanya tadi, eh besarnya skrin tv. oh adik2 itu bukan skrin tv ye... idok le saya  mampu nak beli tivi bosar2... yang 3D smart tv ni pun jenuh buat kira2. nama je smart tv tp aku tak penah pun online tenet guna tv ni.tak sempat.nanti balik, cuti sebulan... siap ko tv, akan ku explore kamu habis habisan.

ok dah masuk tajuk tv pulak. terkeluar topik sudah, nak citer pasal 3D board ni. actually 3D board ni boleh dipasang sendiri, memandangkan setahun bape kali je aku balik kampung, maka aku upah je org tuk siapkan semua... kos upah termasuk 3D board berbingkai tu adalah RM 1700. sgt mahal bagi aku yg kedekut ni. tp apa  boleh buat kat penang susah nak jumpa 3D board ni.. so nak mudah citer upah je org.


yang wallpaper paint tu nanti aku citer. yg tu pun leh buat sendiri, tp.. byk nau tapinya eh



 dan ini lah rung menonton aku yg dihiasi 3D board.. nampk gegirl tak?


ruang menonton sengaja di kosongkan, spy bila tgk tv, leh la guling2 ats bulus2 tu... yg aku kurang berkenan tu tang lampu LED nya kat frame 3D board. warna LED dia cam putih kebiruan. agak sakit mata la juga. igt nak tukar kaler putih. tp lom ada masa. kalu nak tau tivi aku tu bukan berada di centre, sbb wayar speaker / home theatre tak cukup panjang.

belakang sudut menonton baru la sudut santaian.. rumah sempit, pi mai pi mai tang tu jugak


Thursday, 27 September 2012

SHARING IS CARING : KITCHEN CABINET

peringatan : entry ini sesuai utk org yg punya bajet kecil, tp nak juga kitchen cabinet... aku la tu :) dah nama bajet kecil jgn arap yg grand2.biasa2saja

kesinambungan daripada entry ni... masa tu dok sibuk2 tanya design camne... jadi aku pilih design B utk KC.simple jerp asalkan ada bar counter... dah memadai ngeee...terlebih dahulu, aku minta maaf byk2 aku takkan share dgn siapa yg aku amik ni... sbb aku tidak berpuas hati dgn service yg diberikan. pada yg sentiasa mengikuti pekembangan diarihidupeka, mereka tahu la bape kali aku merungut pasal KC ni. jadi aku tak mau org lain terjebak sama. cukup lah aku sorang.. dlm byk2 kontraktor yg aku deal, dgn dia ni la paling tak bleh blah. dulu org kata ca ya nun alip punya servis bagus... non ader nya.. ubah la persepsi begitu... benda ni depands gak... dah mcm2 kontraktor yg aku jumpa, dah mcm2 kerenah yg aku kene hadapi... dan kesemuanya tu bergantung pada nasib kita...



actually aku berkenan dgn design ART WOODS DESIGN. cer try klik, design dia byk sgt, dari KC, wardrobe, tv panel.. sume cantik2.. mmg aku dah minta dia bt quotation, malangnya tak jd, sbb company dia jauh sgt, area kajang kalu tak silap. jd pada yg dok area sana, leh la try bt dgn derang.mmg cantik ar hasil kerja derang... ok 1st time aku tgk KC kat website dia mmg aku jatuh cinta



cantik kan...kredit to artwood



aku jadikan pic ni sbg sumber inspirasi aku, tp ada la aku ubah sket, ikut kesesuaian dapur aku tu ha. tanggal 7.6.2012, jumpa kontraktor dan aku ckp camne yg aku nak. oh tema dapur adalah merah-hitam-putih yawww... huhuhuhu... tp 80 percent adalah merah... yippie.merah ang ang... ok2 lepas jumpa kontraktor dia kata leh buat gini gini dalam masa SEBULAN, maknanya awal bulan 7 dah siap.. so aku proceed, dia ckp esk hari kami hantar drawing. wahh bunyik cam sgt meyakin kan.. jadi aku terus byr duit, sbb esknya aku dah nak fly ke bintulu... malas nak fikir lagi. malangnya. jgn harap lah. aku dah balik bintulu sminggu lepas tu baru siap drawing nya




1st payment aku bg deposit utk dia bt drawing segala (sila simpan semua resit senang nak rujuk)



 my dapur yg cinonet, dlm drawing nampak ada gap dgn ceiling, tp realitinya takde pun. gap sket je



1st drawing dia bg aku tak berkenan. pastu mitak dia ubah sana sini, drag sampai 19.6  baru confirm design mana yg aku nak. dan pilihan aku adalah spr gambar di ats. yg penting ada counter bar kat hujung tu... tmpt en somi memantau aku time masak. jgn ngular eh....hehehe.. tunggu punya tunggu punya tunggu, lambat gile dia nak buat.. mmg bercinta. aku masa ni dah risau, sbb raya dah dekat... paham lah bila raya kan fungsi dapur tu mmg penting... dari seminggu ke seminggu dia janji nak dtg. alasan dia sakit perut la, accident la... ko nampak tak nak kelentong aku cam budak tadika. sampai aku ugut, dah  stop, jgn hantar barang lagi, pulangkan duit aku balik, terus esknya dtg wat table top... grrrrgrgrgr... dia pujuk sblm 8.8.2012. confirm siap semua.. ok aku bg chance lagi


tp, masih rupa ini pd 8.8.2012~ baru siap table top


aku dah ngamuk dah time tu, janji mestilah ditepati.. wah!!!mood merdeka pulak. patutnya KC ni amik masa sebulan je, ikut perjanjian asal, ni dah drag 2 bulan, dr bulan 6-8.. so patut tak aku marah? bila aku call dia tak jawab...banyak kali ok, bukan sekali dua. licik gak dia ni... tp silap ar... aku tefon guna no kawan aku, leh lak laju2 dia angkat tefon... alasan?? hp dlm kereta la hapa... bwerkkk. aku ckp kat dia... aku dah dpt kan kontraktor baru... tak yah bt apa2 dah, masa tu takut gak, nanti dia marah, letupkan rumah aku ke hape. hahahah... lawak toi.sampai situ aku pikir. lepas bergaduh sana sini dgn dia, siap la juga KC aku seminggu sebelum raya. actually bukan susah pun, ko ckp je la apa masalah ko di sana yg menyebakan ko takleh buat, stock tak sampai lagi ke, simen kene curi ke... just bg tau, jgn bt kita ternanti2. kunci rumah lak aku letak kat luar, sbb tak de sapa tlg tgk2 kan.. wat nye dtg perompak ke hape? ceh bajet cam rumah org kaya lak.. hahaha... akhirnya, baru 13.8.2012 siap sepenuhnya. lega amat. walaupun hati mannnnyak sakit, ucap gak la tq



sampai je rumah, main masuk je sume brg dlm 'perut' KC, then bt projek deco dgn en suami



 projek melampukan counter bar (lampu @ stool tak masuk dlm kos KC taw. sdb bhd)


ohhh.. rumah sgt berselerak.ikutkan, oven dan rice cooker bukan situ tmptnya, ni aku bt cam wet kitchen la... yg dry kitchen tu dpnnya... tp tu la masa ni baru sgt siap KC, tak sempat ngemas, wayar yg berselirat kat plug tu adalah salah aku. aku yg tak pesan dgn kontraktor wiring sesiap sbb nak letak lampu kat counter bar... huhuhu.rimas lak aku tgk wayar2 tu



gini la pandangan penuh (kanan) KC aku, yg baru sgt2 siap.. again ! maaf dipinta sbb berselerak


 ni pulak belah kiri, 

cuti hujung tahun akan ku manfaatkan dgn en somi utk ngecat dinding kaler putih. ada yg bertampung lagi, sbb kesan tebuk dinding for wiring purpose... aritu nak cat tp tak sempat.masa amat mencemburui ku


selain dari wash hand kaler merah, ini juga... utk membagkitkan lagi warna tema dapur kami.heheh



kesimpulannya, hasil kerja dari kontraktor ni, mmg kemas, cuma tu le, kene tingkatkan lg hubungan dgn customer. tak perlu buat customer tertunggu2 dan menipu semata2 ingin mendapatkan projek/duit. bg tau yg betul, kalu tak dpt siap dlm tempoh yg ditetapkan oleh customer ckp je la... pastu jgn pandai buat janji manis, org lain pun ada keje lain juga.tu je la aku nak ckp...ok harga... harga KC aku yg tak seberapa ni (bajet ciput katanya) ... hmmm... aku share sbb benda ni penting utk org yg nak bt KC, jd leh wat pengiraan awal2. aku dulu pun jenuh google blog ke blog utk tahu berapa range harga sebuah KC, walaupun size KC kita tak sama, atleast dpt la gambaran. so leh compare murah/mahal.ok... harganya adalah RM 5800... tunaiii.. :)


kredit tu art wood
pada kawan2 yg ada plan nak bt kitchen cabinet sila baca nota ini dulu yer

Wednesday, 5 September 2012

progress rumah iv ~ last episode

Yaaaaa... Mungkin last episode.wah siap ada episode2 kan.ngader... ko tu sapa sgt la nak ber episod2 segala. sambungan dari sini. alhamdulilah... berkat kesabaran segala ujian dan dugaan yg ditempuhi, akhirnya... siap juga rumahku syurgaku... lega... renovate rumah kali ni mmg menuntut kesabaran. dah la tetiap bulan terpaksa terbang utk tgk status rumah. mmg berhempas pulas la nak pastikan apa yg dihajati tercapai.ni patutnya aku nak balik esk,tp mama tak bg.syg kan menantu punya pasal.sob :-(


sebelum aku share gambar rumah, awal2 aku nak ckp, aku minta maaf kalu ada yg tak selesa.takut sgt.takut org kata show off. ye la, sebelum org kata apa2 baik ckp awal2 kan... takde maknanya nak show off. rumah aku bukan cantik pun. aku share kat sini, sbb diarihidupeka merupakan catatan perjalanan hidup aku, mana la tau kot nanti2 nak let go rumah ni ke... leh la tunjuk kat ank cucu, ni umah onyang dulu. heheh...




99 percent complete (1 percent lagi adalah keje mengecat utk interior, dapur + bilik tido)



apa je yg aku bt utk major renovation ni, aku besarkan living area dan tambah bilik. yang kat depan tu jer... pastu living area lak aku pecah kan pada dua, satu sudut menonton, dan satu lagi sudut bersantai


 ni sudut menonton. tu org panggil tv console ke, tv panel ke hape aku pun tak tau. yg pasti dah siap


persoalannya, kenapa perlu ada tong ais tgh2 laman tu. hahahha... sudut menonton ni nampak kosong sbb aku tak beli lagi furniture. takde masa lagi. tunggu cuti hujung tahun tahun. tak mau terburu2 nanti menyesal kemudian hari... tp ok gak, nampak luas sket ruang nya. ok yg bawah ni pulak sudut santai2an



tv console tu pakej sekali dgn wallpaper paint secoet ni, bukan la pakej, aku yg minta.hehhee


ni gambaran penuh sudut santaian. L shape sofa tu yg lama punya, akan ku ganti dgn kaler putih, dlm pencarian


  kitchen cabinet yg leh wat aku sakit jiwa... suka lampu n bar counter tu. eh masuk bakul angkat sendiri kepulak.cat tu sila tukar cepat2.sakit mata den


ok setle utk interior... meh tgk exterior pulak...


sehari sebelum raya, gazebo aku dah bertangga. sentimental value o basikal tua tu...


kolam ikan ni pun siap sepenuhnya. masa wat open house ada sorg budak kecik terjun dlm ni.aiya...


  seriusly... rumah aku ni  biasa2 je. sama mcm rumah 'kebanyakan' yg lain. simple sgt2. nak cantik2 kena kumpui duit byk2 la. kata edisi budget kan......  biar pun budget, tp rumah ni cukup selesa bt kami sekuarga.suka tgk reflection air kolam kat ceiling waktu tgh ari. rasa cam ada kolam mandi... verangans lagi. plus dgn bunyi pancutan air... tenang jer rasa.ngeee

Monday, 3 September 2012

divan...divan...divan



tanjat gegirl... balik raya retu dpt surprise dari abh...mekasih abah. tua2 dpt gift lagi. malu la saya

tingkap dalam bumbung



ni lah penyebab pada entry lepas
penyebab pada aku nak balik sgt2
kalu boleh nak slow talk dgn kontraktor
suh ubah jadi senonoh sket
 sedih ooo... aku dah penah story pasal ni dlm entry lepas2...



kawan aku cakap ni perbuatan luar tabii, lawak tui... tp mmg la pun. kalu aku ckp takde org pun dpt imagine, keadaan 'tingkap dalam bumbung' ni...kalu en kontraktor tanak ubah, terpaksa la aku cari kontraktor baru, takpun, pecah wat stor/bilik, tp sayang la.aku igt ruang tepi tu nak biar je kosong,lapang sket. bila ada kenduri kendara senang...leh org dok kat luar. beri mkn kat situ.tanak kotor dlm rumah punya pasal. plus kalu bt bilik cam tak berbaloi, ruang tepi sgt sempit. muat snowy sebiji jerp



dari jauh perasan tak tingkap dlm bumbung tu...hmmm


Monday, 27 August 2012

ala2 chandelier cukup la

kenapa ala2? sebab yg ala2 ni kecik sket. nak beli yg besar2 tak mampu... plus  tak sesuai utk rumah ai yg 'comel'. aku tgk kat kedai tu paling besar, ada la sebesar bilik air umah aku.berpuluh2 ribu regenya

ingat tak entry chandelier ni. yang aku berangan nak miliki chandelier sendiri...  ( tu penting nya angan2, takde angan2 tak jadi kenyataan) alhamdulilah dgn izinnya, dgn rezeki yg diberikan, aku dapat apa yg diidamkan.alhamdulilah... hover kan... cam menang award lak kekdahnya. aku beli kat kedai, tak igt tajuknya apa tp kat area bandar perda tu la...tak byk kedai pun aku survey disebabkan kekangan masa.tp aku harap mini chandelier yg aku dpt ni, harga murah dah la... sila jgn bg tau kalu uols dpt rege lebih murah dari i. nanti nyesal tak sudah...


sebelum gi kedai, aku berkira kira gak nak beli LED jimat sket bil. tp bila dah masuk kedai lampu, mata aku dah point dkt chandelier ni. hati dah berkenan dan memenuhi piawaian, sbb kriteria yg aku nak mesti ada sedikit kristal n lampu dia bentuk cam api... masa tu mmg dilema... tp aku tgk LED dgn chandelier aku nih lbh kurang je regenya... so aku amik je la. ikut kata hati...


 apa yg penting... kerjasama, wonder pets wonder pets kami datang


 siap dgn hammer ko... nak buat apa tah la


crystal of my heart 



 geng2 suami sibuk kerah tenaga nak pasang, yg puan isteri dok bawah sambil jadi mandor


tinggg !!! siap dipasang


 suka mentol dia yg bentuk cam api tuh



tak sabar nak tunggu bil api bulan dpn, berapa la agaknya... dah la rumah aku penuh lampu. lampu kolam ikan saja on doplohpatjam. jenuh la nak bayar bil api bulan2.ala bukan salu buka pun kot.


org lan excited up citer raya, aku asyik la pasal rumah...haiyaa

Wednesday, 8 August 2012

rumput hijau saya

alhamdulilah...rumput hijau sudah selamat ditanam.suuuka sgt.terima kasih pd yg terlibat


:
Tinggal bab2 mendeko lak pasni.sapa teror bab lndskap sila kongsi
Eh...kenapa tong cat tu dok tgh2 laman.pelik lak aku.retu dah letak belakang.ada kaki ni.

Monday, 6 August 2012

progress rumah III

peringatan : nota ini utk rujukan tuan blog semata...

rentetan entry ini. apa je yg dah siap dlm masa 2 bulan selepas renovation. cekedout utk exterior dulu...


 pagar dah siap, aku rasa cam nak letak 'batu bata' tu lagi kat dinding dpn


dah siap, cuma nak kene wat landskap je... memandangkan aku ni sebulan sekali baru blk.susah la


 gazebo dah siap, tunggu tanga jerp



EXTERIOR
  1. Grill : aku rasa kalu tingkap/pintu gitu takyah kot nak letak grill kan??selamat tak rasa
  2. Lampu + Wiring
  3. Plug : kat dapur belum siap tah bila dia nak siapkan
  4. Auto gate : actually yg ni tak penah masuk dlm list.tgk la akan ku kemukakan pada big bos
  5. Getah Paip
  6. Landskap : kene beli pokok landskap lagi, abes patah dikerjakan kucing aku tu
  7. rumput carpet
  8. water fountain : hampir siap, beli river stone je balik nanti
  9. gazebo
  10. buaian : dah di transform kan kaler putih, tp penggantungnya belum siap lagi
  11. batu2 refleksologi


INTERIOR


 bilik dah pasang downlight n eko, kpas je belum lg



ohhh yang ini belum siap lagi...janji 8.8. kita tgk dia dtg ke tidak

 




a) Living Hall
  • Lampu + Wiring (Downlight)
  • Plaster ceiling
  • Wallpaper paint
  • Kipas
  • Air cond
  • Plug
  • Sofa set
  • TV Cabinet
  • Carpet: beli lagi satu utk sudut menyembang
  • Langsir (day and night)
  • Railing langsir
  • Frame
  • Cermin besar : mahal juga benda alah ni
  • Coffee table
  • chandeliar : kalu mampu, kalu tak dok diam2 gigit jari je
  • english style collection : akan diperbanyakkan, skang ni pantang nampak
b) Dining Hall
  • Lampu + Wiring : selagi kitchen cabinet tu tak siap aku tak mo buat apa2. igt nak gantung lampu kat bar counter
  • Plaster ceiling
  • Kipas
  • Aircond : tak masuk list pun nak letak ekon kat dining hall, pakai kipas je ok tak
  • Dining table
  • Plug
  • Carpet
  • Langsir (day and night)
  • Frame
  • Cermin besar
  • baju utk meja mkn

c) Kitchen
  • Kitchen cabinet : katanya 8.8 nanti nak pasang. tunggu dan lihat
  • Fridge
  • Microwave
  • Stove
  • Hob & hood
  • Water Heater
  • Water Filter
  • Dishes Rack
  • Lampu + Wiring
  • Plug
  • Wall Fan
  • Bakul Sampah
  • Blind roll
d) Bedroom
  • Katil
  • Meja solek
  • Carpet
  • Towel hanger
  • Bakul sampah
  • Langsir (day + night)
  • Railing langsir
  • Air cond
  • Kipas : ekon dah ada, tp tak pasang kipas boleh tak?
  • Lampu + wiring
  • Plug
  • tv utk bilik aku sudah la
  • cat :tak beli lagi.. waa sempat ke nak bt balik nanti
e) Toilet
  • Lampu + Wiring
  • Toileteries rack
  • mirror
  • Tower hanger
  • Slipper toilet
e) Laundry
  • Washing machine
  • Laundry basket
  • Bathmat

Saturday, 4 August 2012

penanaman semula

balik rumah baru2ni, tgk rumput yg ditanam bulan lepas tak bape nak hidup... adoiyai. nampaknya kene beli rumput baru la...


water feature yg tak siap lagi...

dan ini dr arah gazebo.bawah gazebo tu langsung takde yang hidup. mungkin tak kene chy matahari



nampaknya kene beli semula ler rumput carpet ku ituw.... igt nak buat masa balik tu.tp abh ckp jgn dulu, tunggu water feature aku tu siap baru beli... masalahnya aku kesian kan abah... dah la bulan2 puasa, dia nak kene buat semua. kesian ok...

Wednesday, 1 August 2012

RENOVATE RUMAH : cat living room

ni nak citer pasal cat. aku bahagikan living room aku pada 2 bahagian. satu untuk ruang menonton, satu lagi ruangan utk eratkan silaturrahim@nyembang2 la... cat yg aku maksudkan ni bahagian nyembang2. sebelum ni aku ada ckp yg kontraktor ter cat sudut menonton aku kaler pink... seb bek dia tak pink kan semua kawasan living room tu. disebabkan takmo membazir, so aku proceed jerp.. tak kan nak re-paint balik. rugi o.. walaupun aku suka pink, tp bg aku cam tak sesuai je letak kaler ni kat ruang tamu.kalu dlm bilik ok la kan..


  ok.. ni kaler nya (ruang tgk tv) gambar ni je yg ada. harap dimaafkan



disebabkan takmo nampak gegirl sgt. aku mula cari alternatif lain.puas mikior dgn en somi.sebelum tido je dok bincang.nak letak kaler apa yer... pastu wat research kat internet dan terjumpa gambar ni



belas ihsan dari google


gambar ni jadi sumber inspirasi. konon nak bt cam gambar ni la. aku nak combine dgn dark fefel ni.. en somi pun setuju.  so last week kami laki bini terjah kedai nippon. dan cari warna yg mcm dalam gambar. dekat sejam gak dok dlm kedai ni. sabar je la. ye la aku beli cat utk bilik dgn dapur sekali. nanti kalu suruh indon yg pilihkan tak memenuhi cita rasa pulak... ni kalu jadi apa2 takpe... pilihan sendiri. bila dah decide nak kaler apa2... pastu tokey kedai pun gi la bancuh. eh bukan tokey. sume komputer. teknologi je sume. kagum aku... aku cuma ckp kod warna tu then  tokey kedai setup kat komputer. keluar sebiji camtu. masalahnya bila sampai rumah kan aku tgk..



 aisyyy cam pink pulak dah.tadi kat kedai nampak cam gelap je warnanya


 testing testing.. ada gelap sket, tp tak segelap gambar inspirasi aku. aiyak


 mlm tu, sume org kene wat keje... sbb esoknya kami dah nak balik


 sian abah... dah la sakit gigi


mama pulak tugas nya cuci cermin, dah mcm nak raya aku rasa. 


ye la nanti raya takde chance lagi. aku sampai sehari sebelum raya. time tu mesti kalut nak balik kampung dah. tinggal lah home sweet home... oh gambar aku??? hm takde sapa pun nak amik...masing2 sibuk wat keje.sedih betul...



tolong abaikan rumah yang berselerak tu yer. dinding kaler cream tu aku nak buat nippon momento


nak tau apa kebenda nippon momento ni... ha dia cam wallpaper paint... tak guna kertas. dia nampak 3D sket, naknya bila letak lampu kan... nampak bintik2 keemasan dia keluar... akan ada effect camni la lebih kurang.


 detail baca sini yer


oh nippon momento ni bukan aku yg buat. serahkan pada yg pakar. org yg tak kretip mcm aku jgn nak cuba wat benda2 seni ni.kang lain jadinya. ada teknik2 dia. tak kose aku nak buat.plus kesuntukan masa. ni pun terpaksa serahkan indon utk cat bilik n dapur. pheww...


reflection : bila aku tgk rumah aku cam dah kaler maler dah... ruang tgk tv soft pink, ruang nyembang2 hot pink ( tak jadi kaler purple dah. sedih betui ) pastu feature wall aku bt kat ruang menyembang lak kaler lain...tak tau la jadi apa nanti.. haisyy.. tunggu dan lihat je la... moral of the story, berhati2 memilih cat.kadang kita tgk dlm gambar dah terang warnanya. tp bila cat lain lak jadinya. pastu aku nampak cam tompok2 pulak cat ni.tak tau nape.sebelum ni keje2 ngecat aku juga yg buat. ok je. mungkin cat mahal ni kene ada skill dia kot...