Showing posts with label hubby N wifey. Show all posts
Showing posts with label hubby N wifey. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

kurung en suami dr luar

sedang enak semua dibuai mimpi. kami laki bini tak dpt tido dgn tenangnya. nak dgr announce pasal cuti satu hal... pastu parents dok call dr mlm sampai subuh tanya cuti ke tidak. aku pun tak pasti. sbb ada yg kata kalu BN menang, sekolah cuti.

bila tidurku asyik terjaga, kepala mula la pening. masuk org ke-6 call, aku terus tanya guru besar.sekolah ke tak ari ni. dia ckp sekolah.so laju2 bangun. baju semua tak iron lagi, lesson plan pun ke laut... mandi pun buat syarat je. then tak sedar yg aku terrrrrrrrrrrrLOCK pintu. tp en suami di dalam, tgh bersiap juga. sampai di sekolah, assembly. dgn yakinnya. mmg tak sedar apa langsung.




kira2 pukul 8.40 bila dah setle hal budak semua, aku pun duduk di kerusi. terdengar bunyi fon. oh.. en suami yg call

en suami : 'kenapa buat abang macam Shiro'

aku cam 'hah' apa benda ni.sumpah tak faham...apa lagi org tua tu bising la. ckp dia nak keluar tak dpt,aku kunci dari luar... terperanjat la aku. then tgk kat hp berbelas2 miss call nn msg. aku tak tau camne aku leh kunci dia dr luar. camne leh lupa yg en suami di dalam. dah la aku ni jenis bawa hp, tp letak dlm beg... tu pasal la tak tau apa yg berlaku. sabar je la. tadi waktu makan dah kene bebel. handbag berbiji2 ( ehh biji pulak.utas kan?) siap ikut warna tema lagi.tp tak pakai


dinda minta maaf ye kanda.


takde niat pun nak kurung mcm shiro, ye sejak shiro jatuh kami kurung shiro dlm bilik tengah tu. dgn harapan tak nak bg dia gerak banyak...

Tuesday, 16 April 2013

seronok ke kerja satu tmpt dgn suami

Ye.. itu soalan yang sering orang ajukan kepada aku/kami... bagi aku, aku suka jer... cumanya kita tak bersosial sgt la dgn kawan2... kawan hanya di tempat keje. habis keje.. habis... takde nak hangout, shopping segala... en suami tak penah larang. tp entah la.sejak dah kawen ni mmg aku jrg keluar tanpa dia... hubungan mmg rapat, yer la dari rumah sampai ke sekolah, breakfast sekali, lunch sekali, gi sekolah sekali kan. tp idok le setiap hari mkn sama2 pun. kang org kata aku ni tak reti berkawan pulak...


So far, aku takde masalah bila tempat kerja sebumbung dgn suami, senang sket. dia paham keje aku. dia tau bila aku busy. bukan apa, ada suami2 yg tak suka isteri bawa keje balik ke rumah, tp kalu dah namanya cikgu, mana boleh tak bawa keje/buku ke rumah. bersyukur part tu sbb en suami sgt memahami. kalu kat sekolah apa2 jadi aku selalu minta en suami back up aku. antara cth

kalu aku malas turun latihan sukan, dia yg wakilkan.shh.. jgn ckp kat guru besar. ye aku tak suka SUKAN
kalu aku ada meeting yg urgent ke apa, leh minta en suami tgk2 kan budak.
kalu budak demam, en suami yg tlgg hantarkan ke rumah/klinik
kalu tak dpt nak angkat barang yg besar/tinggi dr aku, en suami la jadi mangsa,


tp kadang2 dia pun buli aku gak




 cth, tugas baru, kene buat blog PPDa, aku buat dari A-Z. Jarang sekali kami laki bini diberi tugas yg sama



Tuesday, 5 March 2013

tupperware dan suami




tupperware selalunya dikaitkan dgn ompompuan kan.tp kami ni lain.en suami yg selalu angkut tupperware n beli. tgk2 je ats meja . elknya berbalut. dan selalunya, aku la yg dok pot pet pot pet kat dia. bukan apa... mikirkan time nak pindah nanti. kalu container biasa2 leh la men tinggalkan je. kalu yg tupperware nak tinggalkan, syg kot... jenama tupperware ni dari zaman mama aku lagi.kalu kat umah yg pesyen lama2 dulu masih ada.yg penutup kaler merah tu.dulu2 mana ada warna warni gini... hahah

Sunday, 3 March 2013

hari gotong royong sedunia

assalamualaikum...



hari ni dah hari Ahad.. eh esok sekolah la.. alamak... alamak... alamak... nak cuti lagi boley tak... asal nak Isnin je mesti lemau. tp kalu hari Jumaat happy ya amat. hai la cpt nya weekend berlalu pergi.


this week aktiviti kami laki bini lebih kepada aktiviti pembersihan. ye la, nak sambut 'orang baru' nanti rumah kotor2 abes disondolnya habuk2 bawah meja.ehehhe... dah alang2 buat aktiviti pembersihan, aku buka le almari kasut yg dah sarat dgn muatan. dan kebanyakannya kasut yang tak boleh pakai dah pun.tp tetap nak simpan. tu tabiat buruk aku, dah tau taleh pakai, nak gak simpan buat khazaah. aku pun tak paham kenapa mcm tu. bila beli kasut baru, jenuh garu kepala takde tmpt nak letak.sapa salah? diri sendiri la


ini sebahagian kasut yang akan dicampak keluar ke tong hijau besar nun


kat tiga plastic gak la, tambah kasut en suami sekali


kasut ni paling syg aku nak buang. tp nak bt camne dah buruk sgt dah.thanx ye kasut, sbb berjasa pada saya


 dan ini antara kasut yg akan di replace nanti...hehehe






p/s :sori gambar sgt kelabu asap.guna henpong buruk je


dan ini yang ditapi melepasi piawai

Wednesday, 20 February 2013

day 3 : wordless





bila en suami tiada, leh je survive sendiri. panjang je akal. cer en suami ada, mmg tak sentuh la aku tin2 ni. sbb aku ada sejarah hitam dgn makhluk yg bernama tin. aku mmg fail bab2 buka tin, dtg la tin mcm mana pun mmg en suami yg handle. disebabkan nak guna juga, lastly aku amik parang. kopek...sabar je la. nasib la isi dia dpt dikeluarkan.buatnya luka kene tangan... nanges. eh wordless la.. taleh bebel

Sunday, 17 February 2013

day 1 :(

day 1.. 
mengharungi liku2 kehidupan di sekolah seorang diri
rasa cam kenangan 5 tahun lepas mengimbau kembali
semuanya kene buat sendiri
nampak sgt sejak dah kawen ni aku bergantung harap pada en suami
isk isk isk







mmg terasa la ketiadaan en suami
di rumah kami mengamalkan konsep KERJASAMA
kalu aku masuk dapur dia pun turun padang sekali
aku umpama chef manakala dia assistant aku
part potong bawang, sayur, cuci pingan mmg aku serah kat en suami
tp kalu part masak, jangan... abes riuh rendah dapur tu
bunyi kuali la apa. baru feel katanya.

paling terasa bila makan mlm semalam
selalunya kami laki bini suka 'makan berebut'
dgn mkn nasi kongsi 1 pinggan
huh berselera o bila berebut2 camni
kau curi lauk aku, aku curi lauk kau... tup2 dah habis? kita tambah lagi. hahaha
tu la kami






TAPI BILA DIA TIADA DI SISI...






semuanya berubah
aku terpaksa minta ex-student aku teman di rumah
pun begitu en suami n parent tetap risau
kejap2 call. sbb derang tau ank derang ni penakut.
dlm pukul 12, mata tak mo lelap lagi
aku semacam sedar dgn tak sedar
kejap2 terjaga. sekali pukul 1.15, pastu 3.30 dan last sekali 5.20
bgn2 tgk org sebelah, oh bukan en suami sob sob sob









Seawal 5.45 bgn pagi, mandi, solat subuh
sambil2 aku bersiap, kejutkan anak murid aku utk solat
teringat lagi kat en suami
selalunya waktu2 camni en suami yang panaskan lauk n masukkan makanan dlm bekal. 
ye la nak harapkan aku semua terkedek2 la nak pakai tudung la baju la. 
kalau ber fareeda senang main sauk je.
ni kalu bawal paham2la.pin sana pin sini
kira bagus aku bukan jenis pompuan yg suka mekap2. 
kalu tak jenuh nak bangun pukul bape la nak conteng2 muka.
eh ada citer tau minggu lepas aku beli eye liner. tiba2 je teringin nak pakia
tgk org pakai cantik je.sekali aku pakai sampai berair mata ni. 
heh. tak payah la pakai pasni.
kang org igt sku sentap dgn en suami pulak pagi2 dah nangis.camne ek uols pakai benda tu










pas dah siap segala, aku gi hantar student aku balik rumah
woh.. adalah pertama kali di Bintulu aku drive pagi2 buta 
nasib la kete tak byk dpn sekolah

kalu tak gabra juga aku ni







dah hanta student, aku pun gi sekolah
sampai sekolah punch, mengajar
takde la tmpt aku nak ngendeng2, mengada2
kalu ada en suami kejap2 dia dtg kat aku, mengadu itu ini
pastu waktu rehat pulak
biasa mkn sama sama...
arini tak merasa la, mkn dgn kakak sebelah aku







pastu tadi, kelas aku bocor pulak, air menitik dari siling. aiya..
tak sempat bg tau guru besar
 kalu ada en suami leh la minta tolong apa yg patut
ye la org laki ni tau sket benda2 gini
balik sekolah buka pintu sunyi je rumah
oh i miss him... sssooOooOoooOOoooo much



jaga diri baik2 ye sayang...


my 1st time

1st time di rumah ini TANPA kehadiran seorang insan bernama suami


alhamdulilah
en suami selamat sampai di Kuching
baru bape jam en suami meninggali aku
dah mula terasa kesunyian di hati
sangat terasa
masa hantar en suami tadi
laju je air mata ni mengalir
* oh eka, bape hari je dia berkursus, Khamis dah balik pun *
en suami pun sama, mata berkaca je
oh kami mmg emo
sorang menangis, yg sorang lagi pun nak ikut sama
waktu aku salam en suami then dia cium pipi lagi laju air mata aku
ditambah pulak dgn kata2
'tolong jaga diri syg utk abg'
oh my... sebak nya
begini kah rasanya org yg PJJ tu
sungguh aku salute pada kamu semua yg pjj dgn sang suami



malam ni aku minta ex student aku teman
adeh malunya
nampak sgt cikgu dia penakut
semoga pemergian en suami mengajar aku lebih berdikari




percaya tak, bila berjauhan dgn pasangan membuatkan kita lebih menghargai kehadiran mereka di sisi

Tuesday, 12 February 2013

short vacay : miri

tamatlah sudah percutian pendek ku bersama kekasih halalku. Pada hari Sabtu yang lalu, seawal 8 setengah pagi, kami laki bini bertolak dari Bintulu. harapan ku hanya satu, mahu ke sana utk membeli kasut sepasang dua.



selepas 2jam setengah, sampai lah kami laki bini di miri.


inilah hotel yang kami menginap


MERITZ HOTEL (085417888). hotel ni agak baru di Miri. last year aku gi Miri takde lagi.maybe hujung tahun launching kot. disebabkan itu lah 1st time kami menginap di sini. Selalunya aku menginap di Everly Hotel. rate per night utk meritz hotel   (RM 220) lebih murah dari everly. jimat duit ai :) aku tak tau hotel ni berapa bintang. maybe 3 kot. dan hotel ni penuh dgn rakyat Brunei, ye la sebelah je kan. tak jauh mana dah brunei - miri. hujung minggu atau cuti sekolah mmg derang lepak Miri la. derang datang Miri cam kita gi Indon. jadi org kaya raya. rileks + senyum je keluarkan duit beli branded item. aku telan air liur je la


setle urusan check in, amik lift. bilik kami nombor 0920.tingkat 9 yaw...


keluar2 lift, nampak kerusi gergasi ini...ehehehe



decoration dalam hotel sama cam hotel2 lain


sedang mencari bilik. dah jumpa, macam biasa,


 aku akn tgk toilet dulu.lulus! bath tab mmg muat2 utk kami dua :) leh la wat massage n spa.



dalam bilik pun cun je.


apa yang best adalah.. dalam meritz hotel (bersambung) dgn mall. 


so pada yg takde transport sgt la recommand ke sini. dlm mall ada parkson dan beberapa kedai yg lain, ala2 megamall penang juga. so paham2 la. ehhehe... aku sepanjang dok sana buka2 mata je heret en suami gi shopping dah. 1st day kat sana mmg menyoping lama, sbb aku tau day 2 adalah tahun baru cina, byk kedai tutup. as expected bila pegi mmg 2-3 kedai je yg buka. nampak sgt la kebanyakan kedai/butik di conquer mereka. sbb tu kedai byk tutup. aku rasa kalu bangsa ca ya nun alif ni tak de mmg lumpuh la ekonomi negara.



ini uniform kami masa tahun baru cina :)


ni pulak hari ke 3 

puan isteri sibuk cari kasut




en suami pun nak juga.tu kasut belah kiri (merah-hitam) baru berumur seminggu.


habis guana? org lain bila si isteri tak terkawal, si suami cool down kan si isteri. kami tak sama naik



akhirnya dpt la hasil tak seberapa utk 1st trip. dah la tak berplastik. GO GREEN katanya. apa2 je la.


tu kalu beli betul2 kat butik CR, mesti boleh dpt less. ni beli dlm parkson takde guna la kad carlo rino ko tu eka. esok harinya (CNY) aktiviti laki bini lebih pada bersantai dalam hotel.



sesekali nak berangan jadi datuk n datin kan. apa salahnya



syok kot buka2 mata ada org sediakan bekfes.huh...



petang pulak mandi pool. rumah tak de pool.jakun la sket :)


kalu la rumah aku besar nak je aku beli kusi ni. mlm2 leh kira bintang dgn en somi


apa yang ada dlm fikiran anda bila tgk gambar ini


 ya.. infinity pool kat marina bay sand resorts, singapore kan? 


hakikatnya?? di Malaysia sajo. nak tunggu check in kat marina bay sampai sudah takkan punya. jadi kita gi miri sudeh... kalu check in dlm resort tu mau ribu2 satu mlm... tak mampu den.aku gi singapore tuhari pun amik gambar dari bawah je tak berani nak masuk. bukan taraf aku la masuk hotel mewah2.ehehhehe..



ni gambar sebelum di bogelkan, sekali, staff meritz suruh tanggalkan baju.ala sian suamiku



actually... aku pun tak tau yg pool hotel ni ada view cam infinity pool


oh.. dia? dia mmg perenang no satu negara.



 tapi puan isteri? asyik la menempek kat en suami, takut...


dah la mengalami masalah kependekan, berenang pulak tak pandai.aku try pijak lantai pool tu mmg tenggelam habis la aku dlm air. en suami suruh gi yang kanak2 punya. tp aku tak nak. eksyen kan. tercabar bila tgk sorang budak tu pandai gile berenang dalam kolam org dewasa. so dari situ aku kayuh pelan2... kepak2 kaki dan tangan aku sampai penat satu badan.huhuuhu...



budak yg memanjat tu la pandai gile berenang


*gambar sgt tak clear, hanya menggunakan hp cabuk ku. gmbr tak ikut kronologi, tempek suka hati sajo *
tempat menarik di miri, tgk je la sini... aku malas nak korek balik dlm blog dulu ada cerita pasal2 miri ni.


Sunday, 27 January 2013

jungle trekking la sgt

mesti ramai yg tgh bercuti skang ni kan, sbb esok public holiday... aku mula2 cam.. aik? public holiday? bila buka2 kalender.. oh Thaipusam rupanya. Sarawak tak ambik. so esok sekolah seperti biasa yer adik2... tadi bangun2 sakit satu badan... kenapa???




budak tembun ni 


nak jogging + jungle trekking *kalah betul la kalu pakai tudung kaler cerah ni, warna pink juga ok :)*


one of my azam juga... utk turun kan berat badan kembali mcm zaman ank dara dulu. dah la en suami spesis kurus... risau aku... dia ni makan byk mana pun tak reti2 nak naik... cuma naik tang perut dia je. tp takpe comel... bulat jer.. i suka... menyedari kenaikan berat badan secara mendadak aku dah mula risau, nak nya baru balik dr kampung tuhari... mmg tak terkawal lah makannya... asal berdiri ats weight scale je histeria. benarlah kata org, bila berat dah naik susah nak turun ke berat asal. jadi aku pun ajak en suami ber jungle trekking (1st time)... mencabar juga eh bila meredah hutan yg takde tanda arah. leh sosat den. dan aku rasa itulah yg pertama dan terakhir



lepas ni jogging kat tepi pantai je la, sambil feeling berlari tepi pulau redang. eh? *rindu nak snorkeling*


asyik la terlucut tali nya. kasut ni dah berusia 5 tahun, disebabkan aku tak suka bersukan, elok je smpi skang


cam biasa ambil angin tepi pantai... seberang sana dah Kuantan...


dan ini habuan selepas berjogging... oh itu baru starter...


mine... ada garlic rice lagi


him

mmg burp la. apa lah maknanya aku berjogging sebentar tadi.isk isk... sambil geleng kepala


datuk yg kekenyangan sedang membaca surat khabar