Showing posts with label AKU NAK PINDAH. Show all posts
Showing posts with label AKU NAK PINDAH. Show all posts

Sunday, 30 June 2013

bila ex student datang ucap selamat tinggal

yer agak surprise... terharu.  bila derang kumpul duit ramai2 beli hotdog. dan masak kat umah aku.anak murid aku ni. aku pgg derang dari form 4... alhamdulilah skang dah form 2. igt juga kat cikgu garang cam singa ni


mula2 amik gambar ada org tegur.ei kenapa semua tak buka mata


 ha hambik ko... bulat tak mata ai


 ye layankan je la. peace yo.cikgu nak juga 


 ok yg sebelah tu namanya cik pah.paling kecik dlm kelas aku :)


 dulu kan dia suka je dok bergayut2 kat kain aku tuh... kalu aku beli kasut baru dia mg perasan.alert sungguh


 ha kan... dah biasa.siap baring2 kat rumah aku lagi


 bergambar lagi...huhuh.. ramai ckp muka aku cam baru nangis...huhuh


ni ank bujang aku.namanya firdaus,eh en suami la.dulu kawan2 dia selalu kene kan dia sbb nama sama cam en suami


sesungguhnya, wahai anak-anak ku... cikgu terharu sgt dgn kedatangan kamu.terima kasih sbb tolong kemaskan barang cikgu. terima kasih bawakan makanan. halalkan masa yg  cikgu 'curi' dr kamu, yg patutnya cikgu mengajar, tp cikgu tak dpt ajar ats urusan sekolah, mesyuarat, kursus dan sebagainya. maafkan cikgu andai ada terkasar bahasa mahupun perbuatan. IN SHA ALLAH. ada jodoh anjang kita jumpa lagi...

bila hati selembut tisu


 baca surat cinta budak2 pun boleh nangis


part 'tujuan cikgu pindah,pasti sebab kami nakal' oh touching nya saya. tak pernah terdetik pun


yang ni ok sket, sbb ada sebut tahniah.so tak sedih la sgt la


berapa hari je lagi aku akan tinggalkan bumi kenyalang


tempat pertemuan kami laki bini.byk kenangan di sini. pantai tanjung batu :)

Wednesday, 26 June 2013

alhamdulilah,syukur ya ALLAH

penantian selama ini membuahkan hasil
rasanya pindahan kali ni secara besar2an
batch aku majoriti yg minta, dapat... walaupun mengajar tahun 6
macam aku, mmg aku tak sangka
aku ingat tak dpt, selalunya pertukaran bulan jun mmg tak seramai ini.
tup tup dapat, mmg bersyukur la



walaupun terpaksa meninggali buah hati pengarang jantung
aku tetap akur
ini yg dinanti2 kan selama ini
ini yang kami tunggu
ini yang kami mahu
selagi takde sapa2 pindah mmg susah
so kami laki bini decide utk lepaskan aku ke semenanjung dulu
en suami akan menyusul kemudian hari
dlm masa seminggu lagi
mood seperti zaman bercinta will turn on
kalu aku dok meroyan kat blog rindukan en suami
paham2 je la yer
en suami gi kursus kejap pun dah mcm2 aku bt kat rumah ni
ni kan pula lama, berbulan2
demi keluarga tercinta, ayah dan bonda aku harus kuat
aku lebih diperlukan mama abah di kala ini


actually keputusan perpindahan keluar end of may
tiap hari aku check
dan kemuncaknya smlm ada desas desus ckp 26.6 siap bg masa pukul 5 lagi tu
bila check tetap la gagal
sedang enak aku santai2 dgn en suami
kawan call
eka !!!!!!!!! cepat check result dah keluar
mmg menggigil la aku
serba tak kene
lastly kuatkan semangat
login ID, nampak je perkataan TAHNIAH 
aku dah menangis dulu
menangis kenapa?
sukar digambar
perasaan sedih dan gembira dalam satu masa
sedih sbb nak kene tinggalkan en suami masa bulan posa, kesiannya, camne sahur, berbuka dia nanti
sedih sbb nak tinggalkan anak didik ku di sini
sedih sbb nak tinggalkan tmpt yg berbakti pada aku, tmpt pencarian rezeki aku 5 tahun yg lepas
sedih nak tinggalkan kenangan di sini, kenangan en suami usik aku sebelum bercinta
sedih nak tinggalkan shiro


tp pada masa yg sama gembira sbb dpt tinggal sebumbung dgn ma parent
gembira sbb dpt jaga rumah, leh berkebun

masa tgh packing brg tadi ada sekumpulan ank murid aku dtg serbu ke rumah
yg ni bukan budak kelas aku, kelas yg aku ajar
entah dari mana derang tahu aku nak pindah.menangis2 la derang...
drama sebabak la kejap. dalam hati dok kata
wahai hati kuatkan semangat jgn la  menitik air mata depan budak2 ni, hilang macho beb :)




surat layang pertama pada hari ini.sayu hati bila baca. panjang karangan ank murid aku ni. siap ckp dia anggap aku cam ibu kandung dia.oh my...very da sedih...maafkan cikgu sayang.cikgu perlu pulang ke kampung halaman.keluarga cikgu lebih perlukan cikgu... awak tak pernah buat salah apa2 kat cikgu... sebenarnya aku sendiri tak tau sapa penghantarnya... rahsia katanya.sungguh aku tak cukup kuat nak berdepan dgn budak kelas aku esok. budak kelas aku mmg baik. jarang nak bt aku jadi tarzan. tadi pun ada yg tanya. tp aku tak ngaku. aku ubah topik... aku tau kalu aku ckp, ada yg nangis. last year aku ckp aku nak isi borang pindah pun dah ada yg menangis. ni kan pulak mmg dpt pindah betul2



Monday, 24 June 2013

bersiaran kembali

moga pertemuan kali ini bukan yang terakhir
tak chipsmore lagi
(*___*)


kejap ada,kejap takde


entah la mengapa mood blogging ku jatuh merudum
tak pernah aku tinggalkan diari online ku sebegitu lama
melainkan cuti sekolah
bukan apa...
keputusan eg tukar belum keluar
patut hujung bulan 5
hari demi hari aku buka web eg tukar
menanti terus menanti
dan
tiap kali tu juga hampa
entah bila nak dpt berita gembira utk kami
doakan yer semoga ada berita baik utk kami laki bini



Wednesday, 17 April 2013

harapan nan satu

assalamualaikum
sejak 2 menjak ni asyik citer pasal kerjaya pulak yer...
oh ya, semalam ramai yg mengagumi kami sbb dok satu sekolah


sebenarnya, suami isteri mmg tak boleh dok satu tempat 
(eh ada akta ke, tp selalunya mmg begitu la, baik swasta, kerajaan, badan berkanun.sama saja)
tp disebabkan masa posting aku masih bujangan,dpt la
ye la... cinta kami kan cinta mee segera
aku posting bln 1, hujung tahun dah kawen. ekspress rakyat tak? kih kih kih


actually masa aku sampai Sarawak aku masih couple dgn org lain
kalu nak tau, kawan yg dok satu U dgn aku pun terkejut
bila pengantin lelaki aku adalah org lain
ye la jodoh kan, apa boleh buat
ALLAH dah atur elok2 dah. bercinta sket punya lama, sekali kawen dgn org lain
nak kata apa kata la, tp aku bersyukur sgt2 sbb dpt en suami


pakej katanya
mak suruh keje bawa balik duit kepuk2
tp dia bg mak menantu
guana... ehhehe
ok dah ubah topik, malu ai




harapan nan satu, harapan yang tidak pernah luntur. moga aku dpt balik semenanjung tahun ini



sama seperti tahun sebelumnya, aku adalah pemohon tegar eg tukar
walaupun eg tukar tak pernah be nice dgn aku, asyik la slow
tp aku tetap setia dgn dia
kenapa????
ya sbb nak pindah
moga impian aku utk dekat dgn insan tersayang akan tercapai
keberadaan aku amat penting di sisi mama abah waktu ini
selagi hayat dikandung badan akan ku cuba utk bahagiakan mereka
akan ku jaga mereka sebaikanya
aku mahu jadi mesin urut tatkala mama/abah mengeluh sakit badan dan lutut
aku mahu jadi superhero bila mereka dlm kesusahan, cth hantar mereka ke klinik
sampai bila nak harap jiran tetangga tolong jenguk2 kan, naknya aku tunggal kan.
aku yakin mama abah hidup dlm kesunyian tanpa kehadiran anakanda sorang ni
oh dah dah.nangis nanti.aku antara manusia yg paling sensitif bila sebut pasal parent.
k bye...

Thursday, 24 May 2012

hanya kerana aku mengajar tahun 6

tadi aku call putrajaya 
tanya kenapa permohonan perpindahan aku tak diluluskan
lama juga sembang dgn dia... dia pun baik je...
mula2 dia tanya aku
alasan apa nak pindah... aku ckp la ancaman luar, dia akur.
sbb dia sendiri ckp, dia takleh jamin keselamatan aku kat sini. 
if anything happens??? sbb benda2 gini di luar kawalan kita


pastu sampai kat alasan kedua
aku ckp aku anak tunggal, bila berlaku sakit dmm tak de sapa tolong hantar parent
paham2 la uols sakit tua bukan kenal masa...  mama lak tak leh drive. 
cer imagine mama abh terpaksa harapkan bantuan atau belas kasihan jiran2 je la... 
kalu tetiba abh sakit waktu mlm, boleh ke nak ketuk pintu2 jiran sesuka hati
org nak rehat segala
atleast kalu ada sedara mara, kakak abang lain cerita sbb ada pertalian darah.
sedih ok ngenangkan nasib abah thn lepas
patutnya umo2 cenggini aku protect derang
aku tampil ke hadapan menjadi wira pada derang di saat derang memerlukan aku
tp tak, aku hanya mampu mendengar keluh kesah abahmelalui fon
rasa cam aku ni anak tak guna
waktu aku kecik dulu aku demam sikit pun derang terus bawa spital??? bila turn derang??? aku???
terus lah aku jadi sebak, dgn tak semena menanya
menangis ngalir air mata sampai keluar air hingus sume...siap bunyi soottttt sretttt sot sret...eiii.
aku tak leh la
mmg sensitif kalu bab parent ni
ni pun masa menaip masih tersedu sedan
mengada kan

ok, buat pengetahun, rayuan utk pertukaran bulan 6 adalah tidak wujud... katanya la
dan antara sebab aku tak dpt pindah adalah ........
"aku guru tahun 6"
JPN tanak luluskan, kalu ikut kelayakan, tempoh dok sini
mmg dah layak sgt dah katanya
cume hanya kerana aku guru tahun 6 jerp.. abes, guana nya aku nak kuar, 
start posting sini mmg dah kene ngajar thn 6
guru sains pun cukup2 je
tp kalu itu jawapannya, aku redho... dan sedang mengumpul kekuatan utk tinggal di sini lagi
nampaknya kerjaya aku, sekali lagi menuntut pengorbanan utk ke sekian kalinya
doakan aku wahai kawan2, semoga aku dan en suami selamat berada di tempat org
hujung thn cuba mintak, mintak dan mintk
Inchik tu suggest bt pertukaran bersama hujung thn nanti
so that kami laki bini sama2 tinggalkan sarawak
yg aku risau, kang en somi dpt pindah, aku tak dpt... matik!!!
melopong ko kat sini sorang2


adeh...lap air mata lagik !!!



Thursday, 10 May 2012

R.I.S.A.U

ada sesuatu yang merisaukan aku
desas desus menyatakan
pertukaran bulan jun ni
tidak boleh libatkan guru tahun 6
phewwwwwww... nak nages rasanya
9 hari je lagi keputusan pertukaran aku akan keluar
mmg tak senang duduk dah ni ha
ada tak sesiapa yang bertugas bhg perpindahan guru2 tak
TOLONG SAYA !!!