penantian selama ini membuahkan hasil
rasanya pindahan kali ni secara besar2an
batch aku majoriti yg minta, dapat... walaupun mengajar tahun 6
macam aku, mmg aku tak sangka
aku ingat tak dpt, selalunya pertukaran bulan jun mmg tak seramai ini.
tup tup dapat, mmg bersyukur la
walaupun terpaksa meninggali buah hati pengarang jantung
aku tetap akur
ini yg dinanti2 kan selama ini
ini yang kami tunggu
ini yang kami mahu
selagi takde sapa2 pindah mmg susah
so kami laki bini decide utk lepaskan aku ke semenanjung dulu
en suami akan menyusul kemudian hari
dlm masa seminggu lagi
mood seperti zaman bercinta will turn on
kalu aku dok meroyan kat blog rindukan en suami
paham2 je la yer
en suami gi kursus kejap pun dah mcm2 aku bt kat rumah ni
ni kan pula lama, berbulan2
demi keluarga tercinta, ayah dan bonda aku harus kuat
aku lebih diperlukan mama abah di kala ini
actually keputusan perpindahan keluar end of may
tiap hari aku check
dan kemuncaknya smlm ada desas desus ckp 26.6 siap bg masa pukul 5 lagi tu
bila check tetap la gagal
sedang enak aku santai2 dgn en suami
kawan call
eka !!!!!!!!! cepat check result dah keluar
mmg menggigil la aku
serba tak kene
lastly kuatkan semangat
login ID, nampak je perkataan TAHNIAH
aku dah menangis dulu
menangis kenapa?
sukar digambar
perasaan sedih dan gembira dalam satu masa
sedih sbb nak kene tinggalkan en suami masa bulan posa, kesiannya, camne sahur, berbuka dia nanti
sedih sbb nak tinggalkan anak didik ku di sini
sedih sbb nak tinggalkan tmpt yg berbakti pada aku, tmpt pencarian rezeki aku 5 tahun yg lepas
sedih nak tinggalkan kenangan di sini, kenangan en suami usik aku sebelum bercinta
sedih nak tinggalkan shiro
tp pada masa yg sama gembira sbb dpt tinggal sebumbung dgn ma parent
gembira sbb dpt jaga rumah, leh berkebun
masa tgh packing brg tadi ada sekumpulan ank murid aku dtg serbu ke rumah
yg ni bukan budak kelas aku, kelas yg aku ajar
entah dari mana derang tahu aku nak pindah.menangis2 la derang...
drama sebabak la kejap. dalam hati dok kata
wahai hati kuatkan semangat jgn la menitik air mata depan budak2 ni, hilang macho beb :)
surat layang pertama pada hari ini.sayu hati bila baca. panjang karangan ank murid aku ni. siap ckp dia anggap aku cam ibu kandung dia.oh my...very da sedih...maafkan cikgu sayang.cikgu perlu pulang ke kampung halaman.keluarga cikgu lebih perlukan cikgu... awak tak pernah buat salah apa2 kat cikgu... sebenarnya aku sendiri tak tau sapa penghantarnya... rahsia katanya.sungguh aku tak cukup kuat nak berdepan dgn budak kelas aku esok. budak kelas aku mmg baik. jarang nak bt aku jadi tarzan. tadi pun ada yg tanya. tp aku tak ngaku. aku ubah topik... aku tau kalu aku ckp, ada yg nangis. last year aku ckp aku nak isi borang pindah pun dah ada yg menangis. ni kan pulak mmg dpt pindah betul2