Sunday, 10 March 2013

alas meja dan kerusi

baru2 ni my friend tanya berapa kos alas meja dan kerusi yang aku upah satu masa dulu. ingat lagi tak? aku pun dah lupa sebenarnya







jadi terpaksa lah ku korek balik dlm fb. baru tau berapa rm yang aku upah. tu la akibatnya, kalau tak catit dlm blog. eh? tp betul, bila org tanya tak igt. semua ni faktor penuaan. meh sini aku detail kan dgn uols. kot la ada readers di luar sana yg dah bosan dgn meja makan, nak kelainan. leh la contact akak fauziah ni ha. aku pilih warna merah putih sebab nak di match kan dengan dapur ku yg cinonet itu



merah membara.. menaikkan mood utk memasak.kunun



kos semua :
alas meja RM 50
sarung kerusi ber skirt labuh RM 50 x 6 = RM 300
TOTAL = RM 350


 kakak fauziah ni dok kat Kulim yer... dia menawarkan khidmat pengeposan . jd pada sapa yang duduk di selatan tanah air leh aje order.bagi ukuran kerusi anda, then dia buatkan. disebabkan umah akak ni tak jauh dgn aku, so aku amik sendiri je...hehhe

resepi cream puff

ni last 2 week punya keje ni. entah dari mana mood tu datang. terrrrrrajin nak menge'puff'... aku mengamalkan konsep, kalu dah perut teringin, buat jerp... so geledah dlm dapur tgk ada tak bahan... bila cukup semua bahan apa lagi... terus buat... resepi asal cream puff adalah dari blog  k.azlita. kelik la. mmg best blog akak ni. mcm2 ada... tp aku kan selalu derhaka, ada la 2-3 benda yg aku ubah ikut selera tekak ni hasendiri.


RESEPI CREAM PUFF (2 org makan)


 ni la hasil prg yg tak berapa kreatip....harap maaf


bahan puff
100 ml air
2 sudu besar buter
1/2 cawan tepung gandum yang di ayak
2 biji telur yang dipukul
nozzle / plastic

bahan utk cream (inti)
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen


cara-cara mengepuff
1-panaskan oven 200C
2-sapukan butter ats dulang, tinggalkan...
3-di dalam periuk, panaskan butter dan air di atas api.
4-apabila butter+air mendidih, tutup api masukkan tepung gandum, kacau laju2 dgn whisk
5-masukkan telur yg dipukul tadi, kacau cepat2. sehingga menjadi campuran yang pekat
6-sediakan nozle berbentuk bintang (aku takde, so guna plastik jerp, potong hujung sebesar 1 cm)
7-masukkan adunan ke dalam piping bag/plastic
8-pipe kan ke atas dulang dgn bentuk spiral.base dia besar sket,kendian kecik hujung nya tari sket...mcm org buat aiskrim chocotop tu :)
9-sebelum masuk ke dalam oven, percik puff dgn air
10-bakar dgn suhu 200C, di awal 15 minit, kemudian turun kan suhu kpd 180C, dan sambung membakar selama 25 minit
11-bila dah masak, bunyi ting! biarkan saja puff di dalam oven beberapa minit
12-inti/cream boleh dimasukkan setelah puff sejuk

cara-cara buat cream/inti dalam puff
1-masukkan tepung gandum +kastard+gula ke dalam periuk/kuali.
2-masukkan 1-2 sudu susu dahulu, kacau rata jangan berketul ketul.
3-masukkan telur pula dan kacau.
4-masukkan lebihan susu tadi dan kacau di atas api yang sederhana.
5-jangan berhenti mengacau sehinggalah adunan tadi pekat dan licin, sampai bunyi blup blup.. tutup api.
6-sejukkan dan siap sedia masukkan inti/cream dlm piping bag.
7-tobek perut puff sebesar 1 cm then masukkan inti/cream.
8-ulang langkah 7 utk ke semua puff... selesai !


nampak tak cream dia yang kaler kuning tu







Saturday, 9 March 2013

solid food

wah tajuk solid food
selalunya org yg ada ank je bincang bab solid food ni
tp aku pun nak juga
ye aku pun ada ank, tp ank kucing :)
nak cerita pasal SHIRO kali ni






aku tgh risau
Shiro cam tak bape suka makanan yg keras2ni@filet



mcm ini



dia lagi suka yg dlm tin


apa nak buat eh
aku risau nanti kalu aku dgn en suami gi miri sehari dua camne
tak kan sehari dua pun nak hantar ke 'hotel' kot
aku rasa kalu setakat sehari dua boleh je dia dok rumah
since dia sendiri pun pandai berak kat tmpt dia
aku kalu gi sekolah mmg biar je dlm rumah
bila sampai masanya,
pandai la dia gi toilet sendiri
alhamdulilah.. shiro sungguh menyenangkan
so pada 'ibu2 kucing' diluar sana
camne nak ajar dia makan yg keras2 ni




Thursday, 7 March 2013

birthday mama ke-50

alhamdulilah... TERIMA KASIH ALLAH
kerana memberi kesihatan yang baik kepada mama
kerana mengurniakan MAMA yang sangat penyayang dalam hidup ku






TERIMA KASIH MAMA
kerana melahirkan puteri cumel bernama NURATIKA. wink wink
kerana sentiasa ada di sisi kakak
kerana berjaya mendidik kakak menjadi 'orang'
kerana sabar dengan kerenah kakak
kerana menjadi 'sahabat' yang tidak pernah mengecewakan



YA ALLAH ya tuhanku
panjangkan lah umur mama
murahkan rezeki mama
lindungi lah mama
berkatilah hidup mama




HAPPY BIRTHDAY MAMA


tahun ni sama seperti tahun2 sebelumnya
mama sambut dgn abah je tanpa anakanda disisi
maafkan anakanda sbb tak dapat sambut sama2



doakan perjalanan mereka selamat pergi dan balik,amin.. semoga segala urusan berjalan lancar






makin dijaga, makin menjadi2

pernah tak rasa camtu



satu masa dulu aku pernah tak kisah dgn apa yg nak dimakan, maaaaaaaaaaakan lagi berselera, maaaaakan selagi boleh, maaaaaaaaakan sebelum tutup mata, tido la maksud aku... sampai la bila berat badan aku mencanak naik tahun lepas, aku 'mula kisah' dan start control makan.persoalannya...









??????????????????????????????










kenapa makin di diet, makin dikurangkan kuantiti makanan, makin naik berat badan aku, adakah di sebabkan faktor usia yang menyebabkan kadar metabolisma aku  rendah? hehhhh tension rasa... tadi gugel tgk camne nak tingkatkan kadar metabolisme



bersenam 
ini aku mengaku mmg aku malas! 3 bulan sekali baru aku bersenam, last bulan 1 dulu, gi jungle trekking, sampai skang tak pergi2 dah

minum banyak air
yg ni pun kurang, purata aku minum air dlm sehari adalah dlm 4-5 gelas sajork,patutnya 8 gelaskan, dlm 4 liter

campurkan ais dlm air
yg ni lagi la, sbb aku TAK suka ais.percaya atau tidak, kalu makan kat hotel, aku selalu memalukan kaum dgn minta air suam kadang2 ja 'sky juice' aku mmg tak suka air mcm2 ni... bagi aku, aku akan mendapat kepuasan maksimum bila dpt minum air masak

makan lebih kerap (amik snack)
rumah aku mmg tak de snack2 ni. nugget n biskut adalah, tu pun jarang makan. bila waktu malas masak je aku goreng nuget, bila hujan turun je aku cicah biskut + air teh. tak pun kalu awal pagi kene gi meeting. ni yg aku bawa bekal dlm bilik mesyuarat. selalunya kami akan mkn nasi je. tu la demox kot

pedaskan masakan anda
yang ni iya.... aku ada amalkan.tak sah kot tiap kali mkn, takde rasa pedas.hilang nikmat makan oi.. kata org utara kan... :) so pedas itu adalah satu kepuasan...

makan lebih protein (daging merah, ayam tanpa kulit,tauhu,kacang, telur, susu rendah lemak)
tiap kali makan mmg ada, tak ayam, ikan, tak ikan daging...hmm takde masalah part ni

minum kopi
oh no !!!!!!!! aku paaaaaaaaaaaling tak suka kopi. apa saja yang berunsurkan caffeine, sori la. nak minum tu boleh, tp kalu ada pilihan lain, aku lagi rela minum air masak... tp jgn risau kalu aku gi umah korang, korang nak jamu kopi, i tak kisah pun...ehehhe...

minum teh hijau
oh my... ni pun aku tak suka... lain mcm rasanya green tea nih.yek...

elakkan crash diet (mesti makan >1000 kalori)
itu bisa diatur,setiap hari aku mkn > 1000 kalori rasanya..ehhehe

kerap makan jeruk, yogurt,almond,epal bayam, brokoli,ikan salmon,daun saderi,kubis
jeruk? no no no, kata ttc kan... setahun sekali adala makan jeruk pak ali tu... yg lain tu... ok... try utk dpt kan bekalan setiap minggu :)



ni gambar zaman kegemilangan aku... tahun 2011. masa ni berat badan tak cecah angka 40 lagi




tp skang, ni gambar last 2 week kot ni.. kelabu hasap,amik guna hp murah



tadi, tgk kat penimbang ... wooo magic... bertumbuh bagaikan juara. cptnya. naik... sblm ni aku tgk dlm 40- 42 camtu. herggghh malas la nak ckp.aku anggap penimbang tu je la yg rosak, boleh? tadi try check bmi kat sini, mmg dpt 'my weight is desirable' tp aku tooootap la risau... apa kalu berat naik, mmg tak reti2 nak turun dah ek angka tu? aku kalu boleh takmo la dia terus naik dan naik. sbb aku perhatikan 3-4 bulan ni cam laju je berat badan aku ni naik... risau oi..



dapat semua info di sini. credit !

Wednesday, 6 March 2013

lobster thermidor wif sotong raksasa

ini cerita lapuk. sebelum dpt gaji tuhari, en suami gi beli lobster n sotong raksasa. eh apa nama scientific sotong besar ni... mula2 igt nak buat sotong ketupat tu... tp bila pikir balik, takut tak makan pulak, dah tu nak mkn dgn nasi lak tu,takut muak.so next time la terai. disebabkan en suami request sambal sotong aku cam.. ala sotong besar2 nak buat sambal jerp.. jadi aku tambah la sket.dlm perut sotong tu aku sumbatkan dgn ayam + telur cincang... hasilnya not bad !!!





sotong raksasa yg disumbat dgn ayam + telur...nyummy


pastu si lobster pulak nak buat apa. ari tu dah buat lobster masak garlic. kali ni tak kan nak buat benda yg sama lagi kan... so google punya google... jumpa lobster thermidor... resepi kat sini yer.... ni la jadinya. versi tak kreatip


dari sisi - nampak tak kulit lobster yg kemerahan tu


dari ats - kali ni aku keluarkan isi sesiap senang nak melapah. tu bayam tu eksesori je



Tuesday, 5 March 2013

tupperware dan suami




tupperware selalunya dikaitkan dgn ompompuan kan.tp kami ni lain.en suami yg selalu angkut tupperware n beli. tgk2 je ats meja . elknya berbalut. dan selalunya, aku la yg dok pot pet pot pet kat dia. bukan apa... mikirkan time nak pindah nanti. kalu container biasa2 leh la men tinggalkan je. kalu yg tupperware nak tinggalkan, syg kot... jenama tupperware ni dari zaman mama aku lagi.kalu kat umah yg pesyen lama2 dulu masih ada.yg penutup kaler merah tu.dulu2 mana ada warna warni gini... hahah