Sunday, 17 March 2013

aku yang pelupa

pelupa ke cuai... dua dua kot... patut kene hukum ni... gara2 kecuaian aku lah, steamer kami rosak... sblm ni tak pernah pun aku lupa tutup. kalu iron biasa tu penah gak la. kih kih kih. nak buek camno tak sengaja.


nasib ada warranty lagi.nanti balik semenanjung jenuh hangkut benda ni pulak


tp sensitip betui garment steamer nih...kalu iron biasa tuh...aku selalu je lupa tutup suis, balik sekolah baru sedar.cer kira bape jam aku biar iron tu begitu... ok je leh guna lagi, sampai skang. so minggu ni back to normal... pakai je iron lama balik... nanti nak iron kain/tudung chiffon kene hati2 la


 ni juga yang tahan



Saturday, 16 March 2013

apa kona dgn instagram?

ngapain dgn instalgram ku ini
upload gambar cam biasa jerp
share kat fb terus
tp masuk kat fb en suami
walhal acc instalgram aku...
haissshhh pelik la
nape cengiitu eh?
sebelum ni ok je
puas godek2 kat setting




sekian ngomelan di malam hari

Thursday, 14 March 2013

rosak mood nak bercuti

minggu depan dah cuti sekolah kan, kan kan... selalunya aku la manusia yg paling excited sekali bila school holiday bermula... tp kali ni...................................... aku tgh berbelah bahagi.



tau sebab apa?


semua gara2 kejadian di lahad datu... kalu ku tahu baik aku balik kampung... mmg marah betul la aku dgn kiram n da geng. habis rosak plan. plan asal nak ke mabul n sipadan island. bila jadi camni...ghrgrgrgrggr... nak ke KK pun aku takut2... hotel sume dah book...eiiiiiiiiiiiiiii... marahnya. ke mana lagi harus ku tuju cuti nanti... 


tak dapat la nak mengimbau nostalgia lama-gambar ats, masa ni mood pengantin baru lagi


wahai kiram n da geng sudah2 la... jgn ganggu kami, jgn ganggu org Sabah. cukup2 la apa yg kamu buat pada wira negara dan juga penduduk di Sabah.. please kami mahukan keamanan negara kami yg dulu. kami tak mahu lagi tgk jalur gemilang membaluti keranda... tak mahu lagi!


bukan hanya kenyalang yang terasa perit, tapi harimau malaya pun turut mengaum kemarahan


pendek kata seantero Malaysia, terasa pedihnya dgn tragedi di lahad datu. ibarat cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya.... YA ALLAH ya tuhanku, lindungilah kami, lindungilah perwira negara kami

Wednesday, 13 March 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 12 : HALAL FOOD AREA DONGSI

hwargggghhh asyik citer pasal shiro je kan... meh sambung pasal Beijing. sambungan dari sini




ok ini dia budak terlebih dos bila terlebih makan...ahahah



 selepas menunaikan solat di hotel, perut berkeroncong bagaikan irama dangdut... kami keluar semula utk cari makanan... sebelum ni aku terperasan kedai makan bertentangan dgn hotel kami tu ada kalimah suci ALLAH.so dgn tak paham sepatah apa pun bahasa cina, aku dgn en suami memberanikan diri ke kedai itu.. masuk je. derang 'ni hao' kat kat kami laki bini... so aku tanya. 'muslim food' dia angguk sambil sebut 'tui tui'.. ha betul la kot tuh... so kami pun masuk.melihatkan persekitarannya yang bersih dan ada ayat2 AL-QURAN, aku bertambah yakin.



tokey dia 2 org tu la.. tgh dok discuss apa la budak 2 org ni sepatah ayat pun tak paham...




satu masalah di kedai ini adalah, takde buku menu, dia bawa senarai makanan dgn tulisan china nya berserta harga ke aku... so camne nak tau, masakan tu ayam ke ititk ke biri2 ke... lain lah kalu ada gambarajah kan. so leh agak ni ayam ni... oh ini ikan... gitu... pastu aku tanya dia... sebut 'chicken?'... tp dia tak faham la pulak.. haisshsh... ha mula lah aktiviti melukis... nasib la aku cikgu, so bab lukis tu kacang je la.. ceh kacang la sangat... aku lukis kucing, budak kata lembu guana tu.fail la juga la lukisan aku... tp nasib la  makcik ni faham





 ini makanan kami. tp ampun maaf dipinta.lupa tajuknya.ada tofu di situ.1st time mkn tofu.sedap!


 yg ni pun sedap juga.ayam + straw mushroom. 


disebbakan sedap sgt, sampai Malaysia aku cuba buat. jadi tu jadi...tp kene letak capsicum hjau baru menyengat kot. kejapje aku buat, sejak kes msuhroom dlm tin ada lelemak bab* aku terus tak buat.. geram tau. semua pun nak masuk menatang tu apa hal.. try gak cari straw mushroom cap ayam brand tp takde. yg ada cendawan butang tu ja


ok aku sgt tension en suami dpt makan dgn jayanya, bersama chopstick... aku?? ayam asyik terpelanting ja.


jumlah makanan hari ini adalah 57 yuan (RM28.50) lebih kurang camtu la. murah kennnn.... sgt la kenyang... lauk dah la byk. nasi semangkuk... mmg best ar.. pas kenyang, masuk bilik, mata dah ngantuk.. aiyo... jamak maghrib-isya... sini maghrib kan awal (4.55 ptg) ... pastu, terus tido sampai esknya. esok bgn subuh pukul 6 sengah... ye subuh lewat. sbb winter kan siangnya pendek... so mmg puas la tido. kira la tgk bape jam aku tido...heheheh...


TOTAL MAKAN : RM 28.50

demam rupanya

dah nak mlm,baru sempat buka blog.sibuk nya saya.isk isk isk,geleng pala laju2


maaflah ye.sejak ada SHIRO, asyik la citer pasal shiro.bukan apa saya budak baru belajar... ni 1st time 24jam jaga kucing sendiri.kalu dulu nama je ada kucing, tp mama yg jaga, ye la zaman kita belajar.balik sekali sekala. bila dah keje pulak tercampak jauh ke sini.soo... jadi gabra la kejap ttg selok belok penjagaan kucing. nasib ada ramai kawan yang membantu



dalam perjalanan gi klinik tadi, en suami turun gi amik banner, dia leh tido kat situ, nampak 'boboi'


disebabkan kerisauan aku memuncak terhadap shiro yang tak bape lalu nak makan, so aku pun jumpa doc tadi. suruh check kesihatan shiro sekali. lastly apa yg doc dpt dari hasil ujikaji... shiro demam. patut la hidung/mata berair... shiro, sori ye... dan doc dapati kat telinga dia ada kutu. doc dah titik kan ubat dlm tinge dia... semoga shiro cpt sembuh dan makan dgn banyak nya... biar cpt gemuk taw


ni ubat shiri... RM 40.nasib tak mahal sgt. doc bagi 'eye mo' n antibiotik. sama mcm manusia gak derang ni







Tuesday, 12 March 2013

shiro, shiro...

masih lagi pasal shiro. disebabkan shiro tak suka makan 'biskut' dia, aku try cari alternatif lain. beli mcm2 cap, sbb pikir maybe tak kene dgn selera dia.tu yg mengada2 sgt.



smartheart ke friskies ke, semua ada. utk kitten, adult sume aku beli. pun tak jalan. siap bersuap lagi



yg dlm tin juga dia nak, nanti tuan dia nak jalan2 came la nak tinggal ni.haisshh susah hati



smlm bawa shiro makan rumput, lucu tgk kaki dia geli2 pijak rumput. janggal je


 hai la shiro

Monday, 11 March 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 11 : PEARL MARKET

sambungan dari part 10


kini sesi utk mengempiskan poket... 




Pearl Market adalah sejenis mall, kat sini bukan ada pearl semata2, mcm2 ada... dan harga pulak, kalu tak tawar mmg menyesal tak sudah. derang ni suka letak harga yg jauh  lebih tinggi, sampai 3-4 kali ganda.jadi pada yg nak ke sini bargain skill korang mesti A++. hati mau kental. kalu tak confirm menyesagigit jari kemudian hari... camne nak ke sini.line yg sama dgn Temple of Heaven juga



line 5 > Tian Tan Dong Men Station > exit A2


dari subway, ke kiri akan nampak pemandangan seperti itu, nampak  jalan atas = jejantas


 naik je jejantas tu, ha terus sampai...belakang aku tu la Pearl Market la


ha nampak... ni yg dinamakan pearl market. pearl sebesar alam di hadapan mall


shopping mall ni mcm mall kat Malaysia jugak. di buka pada pukul 9am dan tutup 9pm. ada yg berpesan, kalu nak beli pearl kat sini, sila lah minta cert dari diorang. takut kang ko igt pure pearl...sekali... ahahha... terkena sudah...


dari barang elektronik yg kecik tu sampai ke besar. mcm2 ada


alas meja, kotak tisu semanya dar sutera


en suami dok survey power bank masa ni


hah longgokan mutiara.. ala2 pasar filipin pulak dah


dia mcm ni kali 1 line tu jual pearl semua nak pearl juga


jadi senang la kita nak runding2 harga... ni pulak jade. aku tak bape minat la jade ke pearl ke...


ni pulak souvenir


aku perhatikan rege dia mahal sket... dari qianmen


so survey je dulu


ni bahagian seramik


selain daripada tu carpet, cosmetic, kipas, baju sejuk, seluar, stokin, baju tido, cheongsam, boots pun ada jual... eh pendek kata, segala keperluan la... cuma bahan mentah mcm ayam itik bawang tu, tidak la pulak aku pasti... sampai kan kedai yg menawarkan khidmat urut kaki pun ada.mcm tau2 ja... so pada yg akki shopping tayah risau la... agak2 kaki dah lenguh leh la buat massage..harga kat sini camne... ok ok je la. snow cap leh dpt dlm 20 yuan (RM 10) saja...  aku beli boots, nak tgk ta...ehhehe.. gedix kan. bukan apa, berdasarkan pengalaman, annti mesti org tanya mahal tak boot einter jacket kat sana. nanti aku tak igt pulak.so sini aku tulis seisap utk rujukan2 kamu.baik hati tak ai.. baik kan... :)


yg kaler cream tu 60 yuan (RM 30) sajork



 dan winter jacket super teban 200 yuan (RM 100) yang kaler merah ang2 tu


camne nak tawar menawar kat sini. jgn risau, calculator kan ada... hehehe. tekan je bape harga yg korang nak... dan kebanyakan peniaga kat sini pandai ckp English... basic english. dan jgn terkejut, some of them will greet u as 'hai org Malaysia, apa khabar, murah2, take a look' tapi take a look dia bunyi camni 'tekeluke' aku mula2 tak dpt nak tangkap, apa kebenda tekeluke tekeluke ni, bila dah lama2 baru dpt tangkap. abes tiap kali kita lalu sume dok sebut tekeluka...heheh..


dok dlm ni mmg tak sedar, nak nya time shopping kan... mmg ralit la tgk barang.. plus tak nampak dunia luar. jadi mmg tak tau kejadian alam siang ke mlm ke. sedar2 dah pukul 3. so terpaksa la balik utk menunaikan tanggungjawab pada sang pencipta... dalam mall ni jgn harap la nak ada surau... aku tinjau2 gak port nak solat, tapi takde la pulak... kalu cam gi Korea tahun lepas, kami selalu solat bawah tangga atau mana2 tempat yg bersih. tp  di sini aku cam tak bape selesa.. 


so balik la kami ke hotel dengan hati yg tenang, sbb apa yg dihajati telah tercapai... 




kos utk kali ini :
kasut RM30
Jacket RM 100
Topi RM 10
TOTAL RM 140