Monday, 1 April 2013

shopping sampai nak terlepas flight

assalamualaikum
happy monday uols
ada antara sekolah yg cuti lagi hari ni sbb amik ester day kan, kan?
sekolah aku tidak :)


makanya... bgn2 pagi bermulalah aksi tolak menolak di ats katil
en somi tolak aku, aku tolak en suami
masing2 tanak turun dari katil utk mandi gi sekolah
apa??? igt tua2 ni takde ke penyakit camtu...ada...........kami la
aku yg tua camni pun buruk perangai
apatah lagi budak2 kan
arini gi sekolah monyok je semua
jadi cikgu suruh berdiri buat lompat bintang, manis la sket muka tu
ehhehhe
cikgu dia pun sama sebenarnya.tp bila nampak ini ats meja


::
::
::
::
::

::
::
::
::
::
::
V

senyum sampai telinga


ohhh apakah ia??? beg... 
ni antara barang yang menyebabkan aku hampir terlepas flight
tak sedar shopping punya pasal 
actually bukan shopping semata, spend time kat spa dah berejam
pastu masa shopping jadi sikit la
tgk2 jam dah lewat
laju2 bergegas, tak sempat nak grab bag ats ni
mmg sedih, balik Sarawak masih teringatkan handbag
tp kalu dah nak tu pelbagai cara yg dia buat
sebolehnya akan usaha sampai dpt
kebetulan kawan sekolah aku pun gi KK
jadi aku minta tlg dia belikan
nasib la ada gambar ni utk rujukan



laju2 tag kat kawan aku tu... nasib la dia jumpa. tq kak wan



less 50 percent tu yg ralat sgt kalu tak dpt
biasa la aku ni, kalu tak less mana mampu nak beli beg
tunggu less br dpt beli. ehehhe



en suami pun support, katanya ganti beg sekolah yg shiro cakarkan dulu
heh !!! mana boleh tak sama jenama tau.tak kira ganti balik <--ckp dalam hati je la
oh ya aku takde citer kot pasal beg yg dicakar shiro ni
salah aku gak, balik sekolah letak beg bawah meja
shiro apa lagi.sedap la dok asah kuku
nak tgk kesan cakar beg sekolah aku tu
meh aku tunjuk


nampak tak dlm bulatan tu. dari jauh mmg tak perasan pun



sume nya angkara si comel ini



en suami senyum je bila tgk kesan cakar tu. takde pun nak marah shiro
ye la sapa yg tergamak nak marah kat makhluk ALLAH se'cute' itu
apa2 pun tq abang.. abang la manusia yg paling memahami :)




Saturday, 30 March 2013

SINGAPORE PART 1

bajet ke Singapore di sini


ya ampun baru ku perasan, trip ke Singapore tahun lepas, ye ulang sekali lagi TAHUN LEPAS tak ku update di sini. serius lupa. byk makan semut agaknya.asyik update trip ke Beijing je... ni pulak gigih nak update trip ke Sabah. sungguh mengada2. tanpa membuang masa, mari kita recall memory beberapa bulan yg lepas... ketuk kepala sket. takut ada tips yang tertinggal. bukan apa saja nak naikkan semangat orang 'tu' yg akan ke Singapore tak berapa jam je lagi... siapa yer??? wink wink




::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Percutian kali ini lebih kepada family vacation... Hari pertama di Singapore kami memperuntukan masa di USS semata2. tak pergi tmpt lain pun. ye la tiket mahal, mesti la spend masa semaksimum mungkin. Tanggal 12.11.2012, tepat pukul 7 pagi, kami sekeluarga siap sedia menunggu bas di hadapan Tune Hotel Danga Bay. ye kami stay kat tune hotel jerp. kata nak jimat kan :) kami naik bas bertajuk Odyssey (Sufian- 072323092/ 0197525077) aku beli sesiap masa nak book tune hotel. harga RM 25/pax return. camne nak book, rujuk sini... sebelum keluar bilik pastikan anda membawa


confirmation ticket yg dah dibeli online, kalu belum beli, selamat beratur kat USS yg panjang berjela tu yer


passport + declaration form yg kaler putih, ni pihak odyssey yg berikan



dan ini pulak tiket bas, tgk betul2 naik bas A ke B, ada beza taw



breakfast kat sekinchan ikan bakar.jgn lupa bawa air, haus nanti. beli je kat 7eleven bawah tune hotel


finally ni la bas yg kami naik... mana odyssey nya??? tak kisah la mana3.asalkan sampai USS


dalam pukul 8.15 gitu, bas bertolak dari danga bay. semuanya berjalan lancar, sampai kat kastam kene bawa semua beg turun utk di check. (tips : catat no plat bas, kang tercari2 pulak bas mana yg dinaik tadi) smooth je. tak byk cekadak pun kat imegresen singapore. tak lama pastu, sampai la ke USS.



bas akan berhenti di basement USS yer. 



so cari escalator terdekat naik ke tingkat 1... sesampai sahaja perkarangan USS, kami sekeluarga menangkap gambar barang sekeping dua. sekeping dua??? ahahahah.. pastu terus masuk. tunjuk tiket yg di print kat pintu masuk USS... staff USS akan scan bar code di situ.



 ha.. dah jumpa bebola sakti tu



 ha.. abah tu sukew latew...


tourist from China, mulanya dia nak amik gambar dgn mama,tp kami tumpang menyibuk


jom bergambar kat batu geliga sakti ni


 lambang USS katanya

 tema merah hitam yaw :)


 gambar bersama en suami tak byk pun


family vacay katanya :)



 ini mereka2 yang sedang membeli tiket.panjang kan kene beratur, cuti sekolah biasalah



USS terbahagi kepada 7 section, HOLLYWOOD, NEW YORK, SCI-FI CITY, ANCIENT EGYPT, THE LOST WORLD, FAR FAR AWAY, dan MADAGASCAR.



masuk-masuk je dah sampai HOLLYWOOD uols. nanti i citer apa yg ada kat sana. ngantuk sudah... 





peringatan :
1.pada smoker pastikan bekalan rokok tidak penuh sekotak, mesti kurang dari separuh, itu pesanan driver bas,
2.jgn bawa chewing gum
3.jgn meludah dan buang sampah sesuka hati.
4.bawa mineral water dan wet tissue senang nak shi shi
5.sampai je kat HOLLYWOOD amik maps n schedule
6.antara show yang tak boleh anda lepaskan adalah, kalu terlepas juga, mmg menyesal tak sudah la
::: light camera,action by steven speilberg <-- show yg bagi effect angin, ribut, api segala.
::: transformers the ride 3D <--kalu ramai org, ckp kat staff yg jaga tu SINGLE RIDER. terus dia bg naik
::: revenge of the mummy <--takleh bawa beg, letak kat locker, free 30mn pertama1st 30 min
::: Jurrasic park rapids adventure <-- yg naik bot bulat menyusuri sungai, kene pakai rain coat
::: water world <-- dlm sehari 2-3 kali saja, beri keutamaan pada live show ni.best, letup sana, letup sini.
::: Shrek 4D adventures <-- ok ok je la 4D dia, bila donkey bersin mercik hingus tu ke kita.ehehhe
::: Madagascar : A crate Adventure <-- sebiji mcm ITS A SMALL WORLD kat disneyland
surau ada kat SCI-FI CITY

Friday, 29 March 2013

reVISIT again !!

alhamdulilah tamat sudah percutian pendek kami ke Sabah


ingat lagi entry ini? dalam dok 50-50 nak pegi tak pegi tu. lastly kami decide pegi juga. pukul 12 mlm baru pack baju, esk pagi kul 7 dah bertolak.. mmg super kalut sampai barang itu ini tertinggal.









sebenarnya kami pergi tanpa pengetahuan parent, pada mulanya la. dah sampai epot baru ckp. niat asal mmg tanak ckp, tp tak leh la, aku tak sampai hati nak nipu... ye la setiap hari mama aku call... dia tanya mkn kat mana, buat apa... kene pulak dia call time aku nak naik flight siap dgr org wat announcement segala...  ha terpaksa la berterus terang. dan seperti yg dijangka kan, mmg parent aku risau ya amat. taleh tido la diaorang mlm tu, takut geng kiram ada kat KK katanya.. aku dah cuba yakinkan derang ckp KK is ok. jauh dari lahad datu... my parent lega la sikit. tu kalu bg tau awal2 confirm mama abah menentang habis habisan utk izinkan aku ke sabah...






disebabkan last minute decide nak ke KK, maka banyak benda yang tertinggal specially tripod. bila tripod tertinggal, maka tak byk la gambar kami berdua2an. hmmm... mungkin juga balasan  sbb tak dpt restu/izin ma parent pada awalnya. lawatan aku kali ini juga sedikit sebanyak mengecewakan aku dari pelbagai sudut.byk tragedi yg menimpa kami


::: org yg aku deal utk kereta sewa hilang entah ke mana, call tak jawab, msg tak angkat
::: hotel yg kami book last minute call, ckp air kat hotel ada poblem... tangki over flow ke apa tah
::: sblm sampai epot berlaku drama sebabak dgn en suami, merajuk segala.nanti aku ceritakan
::: kamera waterproof aku hilang
::: sampai di pulau, kami tak dpt cari spot coral yg cantik sama spr 3 thn lepas masa kami ke sini.sgt kecewa
::: masa nak balik nyaris nak tertinggal flight sbb ralit menyoping

Tuesday, 26 March 2013

short update

maafkan daku.dah lama tak conteng2kat blog.komen uols pun ai tak reply.nanti blk dr bercuti i reply k..ala mcm tak biasa. bila sekolah cuti,maka blog i pun menyepi.dan bermula lah hobi cikgu pink mengumpul sabun2hotel.eh sapa ada hobi camtu juga.aku suka je kutip bawa balik sabun shampo yg hotel bg.veri da kampung kata org.lantak la.ai suka.


apa khabar dia sekarang.rindunya....

Saturday, 23 March 2013

minggu paling sibuk di dunia

yer jatuh kepada....................
minggu ini la. cuma free hari rabu jer.tu pun balik2 rumah terkejut tgk badan shiro berlumuran dgn warna purple + biru. nak tau kenapa? sbb ini...


kat fb aku dah letak, stogrem aku letak, blog pun aku nak letak. 


sapa pakai benda alah ni masa zmn sekolah dulu, angkat tangan... benda ini bukan hanya digunakan untuk baju ye tuan tuan dan puan puan, tetapi untuk haiwan ini juga.



mungkin dia dah bosan dgn warna putih di badannya...maka dia mengambil keputusan untuk mencelup dirinya sendiri menjadi warna purple. aku tak tau camne dia golek2 kan badan dia di atas nila tu. sbb sebaik saja sampai ke rumah aku tgk badan dia dah bertukar warna. disebabkan terkejut terus aku amik dia rendam dalam air.rugi pulak rasa sbb tak sempat snap picture dia kene nila. dah la warna pekat lagi tu tak campur dgn air kan. habis dinding toilet aku kaler purple... nasib la bila curah denga air dpt tanggal.





hari ni last tido dgn shiro.esok pagi nak hantar shiro masuk hotel... sbb tuan dan puan nak berjalan sampai mingu hadapan.mesti rindu kat shiro nanti.... jaga diri ye shiro. duduk hotel jgn nakal2 taw... jgn main2 nila lagi taw.nanti org marah awak nanti



entry smlm,tp tak sempat post.kini aku sudah sampai di destinasi cinta,baru post



Tuesday, 19 March 2013

kes silap org lagi :)

godek2blog,sekali nampak entry yg patut publish tahun lepas.tahun lepas?hahaha...sabar je la. camne leh ada lg yg tertinggal ni.





baru2 ni ada aku ckp sekolah aku bt camping. waktu mlm ada persembahan bg setiap unit beruniform. ada la sorang budak tu dok dekat2 dgn aku, bila aku mengesot ke tepi, dia pun turut sama mengesot... sekali dia cuit aku n nak berbisik sesuatu ke aku.bila aku toeh je muka ke dia... ehhhh cikgu !!! hahhaha... aku gelak dia pun gelak... dia minta maaf sbb salah org. lawak toi la



 camne la leh salah org


 cikgu sket punya vogue ni...ehehhehe


ye... kalu berdiri mmg nak sama saiz sbb spesis terancam cikgu nya. tp dpt beza kan...


ngantuk

siaran langsung dari bilik mesyuarat...minggu ni,dijangkakan aktiviti harian aku sgt padat. dr kul 7 sampai 5.ngantuk sgt.smlm mesyuarat aset, hari ni kewangan,esk bengkel,lusa kelas tambahan..oh my..mmg patut kene bercuti nih.ni apa yg org dok ckp kat dpn dah tak masuk kepala otak.bila otak penat,hilang daya fokus...kan...



kerja rumah utk hari ini... 


nampaknya... tak dpt juga la menyemak buku budak hari ni.ats meja aku tu dah mcm twin towe.penuh buku.tak sempat nak buat sbb kene fokus pd keje pentadbiran.maafkan cikgu wahai ank murid...tiada niat utk mengabaikan kamu semua.


ps : i need 'bibik'rite now