Saturday, 23 February 2013

kos utk post wedding

entry lapuk sgt.disebabkan ada yg bertanya. meh sini ai nak story





pakej post wedding selama 2 hari, 2 tema, termasuk edit picture adalah RM 200... posing semahunya, tak de limit. which aku rasa sgt berbaloi la... salunya shoot2 gini ada limit masanya.tp ye la yg amik gambar tu pun team en suami jugak... iutkan boleh je nak guna kamera sendiri. tp maleh la kalu buat sendiri nak kene self timer... g tgk kat kamera setup pastu lari laju2 amik gambar... huhhh penat tuh. tu yg en suami upah kawan dia jer...barang2 lain aku summary kan di bawah ni




topi = RM 4.95, aku beli kat kedai yg mcm 2 ringgit tu, kat sini bertajuk SUPER SAVE. mmg save la
baju kemeja en suami = RM75
baju picnic puan isteri = RM 69.90
belon (helium) = RM 32 <-- dapat diskaun
belon (biasa) = RM 1 <-- tak dpt pakai, asyik je pecah
lolipop 2 batang = RM 5
seluar sekolah en suami = RM 25.00
tudung sekolah puan isteri = RM 13.50
make up utk tema picnic = RM 40 tambah dgn bulu mata pelesu = RM 45






actually uniform baju sekolah aku pinjam dgn ank murid aku tu ha... untungkan... cuma tudung je aku beli baru. sbb tudung ank mrid aku tu cam buat aku tak selesa. so TOTAL RM 471.35


p/s gambar secara pukal ada di sini

Thursday, 21 February 2013

melepas rindu

im coming home....hhaha...sapa yg balik sebenarnya ni. aku jemput en suami pukul 4. gara2takut sesak dgn lalu lintas time org balik keje.flight sampai pukul 5.45




5hari en suami meninggalkan daku cukup membuatkan aku berdikari. boleh pun drive sendiri.saja kan.bila dah ada dia jgn harap nak pegang stereng tu.

Wednesday, 20 February 2013

o(╯□╰)o BEIJING PART 6 : king n queen

sambungan dari  BEIJING PART 5 : great wall


masa on da way nak turun utk dptkan bas, kami ada nampak kedai yg tangkap gambar couple guna costume china. aku tak tau costume ni nama apa,kalu korea terkenal dgn hanbok nya.. yg ini???


ok takpe. yg penting bergambar, jumpa satu kedai ni, aku igt tokey dia boleh ckp english, since great wall kan one of tourist attraction,so pegi la kami berdua di situ. kat situ dia tulis gambar saiz sekian2 harganya berapa. so aku pun pilih yg pakej 50 Y tu... siap tunjuk kat 'papan kenyataan' tu. aku point pada harga,pastu dia menggangguk.


ni pengantin lelaki tgh disiapkan oleh pak andam


hahha.. tinggal serkup ni je


sangat cabaran ye bila nak bergambar, sbb pelamin dia kat luar. nak pakai costume ni haruslah kene tanggalkan winter jacket segala.. bayangkan suhu yang -15c or more, sbb kat great wall lagi sejuk tau, disebabkan tiupan angin siberian... mmg superb... sampai ada satu kejadian yg sgt merisaukan aku, en suami krem tgn n kaki dek terlampau beku. terus berlari menyorok bawah meja, sambil peluk tubuh * dgn cara bertinggung sambil tangan dirapat ke dada, sekali tgk cam mangsa rogol pun ada* aku sgt risau.takut anything happen to en suami. masa tu timbul rasa bersalah teramat sangat.sbb semua ini idea gila aku. aku yg ber-iya nak bergambar dgn costume dinasti qing ni... eheheh. lastly tokey kedai suruh kami duduk kat mesin laminate yg panas tu.. baru la rasa heaven :) kalu skang suh aku gi  gesel2 kat mesin laminate tu...tobat aku tak pegi.yg aku peliknya kat sini dah la takde heater, atleast... buatla cam unggun api cam kat nami island tu ke. jd sesekali tourist sejuk leh la bersidai di situ... mmg sejuk gilo la


ok my king dah siap sedia menanti permaisurinya



tara !!! king n queen



benda kat kepala tu merimaskan aku


so pakai snow cap pun jadi lah

last picture


bila dah siap amik gambar, kami pun salin2 baju.. manakala apek sorang ni gi cuci gambar segala.. part ni yg menaikkan darah aku... dia gi cuci ikut suka hati dia, 2 keping gambar dgn pose yg sama, again pose yg SAMA. and he asks me to pay more. aku tunjuk kat pakej yg aku pilih tadi tu, pastu dia ckp, 50 Y tu utk sekeping gambar. ni dia dah cuci 2 keping, aku kene bayar 100. persolannya bila masa aku suh ko cuci 2 keping. pandai o... pastu geng dia mai. geng dia pun ckp benda yg sama. dia dah cuci 2 keping, so aku kene bayar 100 Y (RM 50). masa ni mmg aku ckp kat en suami. kita dah kena ni... hampeh tui. mmg hangin la aku. mula2 aku berkeras, aku ckp aku tak mo amik any gambar from him, tp dia tarik tgn aku suruh bayar 100 Y juga... mmg biadab la kan... disebabkan aku dah maleh nak bertekak + plus tak tahan dgn cuaca sejuk tu, maka aku bg je 100 Y kat dia. sambil berlalu pergi. dgn muka tak puas hati. terus hilang mood nak beli sourvenir kat great wall.

moral of da story, hati2 la dgn tukang gambar. kadang pandai putar belit derang ni. walhal sebelum ke sana, aku sendiri ingatkan en suami. hati2 jangan mcm2.... takut derang amik kesempatan. mmg terkena betul lah...


tips : nak amik gambar bersanding ni dekat QIANANMEN murah, harga 10 yuan je (RM 5) dgn pakej yg sama. masa ni baru aku dgn en suami sedar.rupanya kami kene ketuk kaw2 punya. punya la hangin


masa nak balik, cam biasa



tunggu bas kat tmpt kedai antik ni


bas akan tunggu penuh org dulu. br jalan... selepas 1 jam sampai la di bus stop Deshengmen. oh ya.. satu info di sini. kami balik ikut subway lain tau.tp tak igt jln dah.tiba2 je nmpk Xinjiekou station.. so masuk je lah.

line 4 > Xinjiekou Station > exit A. rasa cam lebih dekat pulak.

kerana ulat

aku buat perangai lagi mlm ni, heheheh... jgn marah. semuanya disebabkan oleh ULAT



aku potong terung utk buat sayur, sekali dlm terung tu ada ulat
ulat buah je pun, tp aku tetap tak boleh, aku tak boleh tgk apa saja yg berkaitan ulat
mula2 tak perasan, sekali tgk.. eh ulat ! apa lagi, terus terrrcampak terung tu ke bawah
tindakan drastik. tak dpt berfiir lagi dah masa tu, kalu ada en suami, dia la tukang buang ulat
aku ada perasaan camni tau, mungkin sbb daya imaginasi aku tinggi
bagi aku, ulat boleh merayap, then masuk dlm anggota badan, perut kembung, 
buncit penuh dgn ulat, pastu beranak kan ulat, ulat keluar dari perut berdozen2
mcm ada cerita dulu2 yg dia mengandungkan lintah


euuuw... tu pun aku tak boleh tu... apa saja yg lembik2 pacat ke cacing ke
eiii... geli eh... dari mereka2 itu baik bg aku lipas takpe lagi. eh tp geli juga la... apa yg aku tak geli eh






hahahha... laju2 hantar msg kat jiran, paham ke?

day 3 : wordless





bila en suami tiada, leh je survive sendiri. panjang je akal. cer en suami ada, mmg tak sentuh la aku tin2 ni. sbb aku ada sejarah hitam dgn makhluk yg bernama tin. aku mmg fail bab2 buka tin, dtg la tin mcm mana pun mmg en suami yg handle. disebabkan nak guna juga, lastly aku amik parang. kopek...sabar je la. nasib la isi dia dpt dikeluarkan.buatnya luka kene tangan... nanges. eh wordless la.. taleh bebel

Monday, 18 February 2013

day 2 : berantakan semuanya

cam biasa bangun pagi, kejut student aku solat
sambil2 dia amik air sembahyang tu aku keluarkan makanan dari peti ais n panaskan makanan
pastu terus mandi, solat, hantar student balik rumah and gi sekolah
sampai sekolah  serba tak kene, dari pagi sampai la balik sekolah


1- handphone tertingal kat rumah, en suami call berbelas2 kali + msg
2- makanan yang dipanaskan tadi tertinggal di rumah, so takde makanan.lapar.
3- terpaksa mkn pisang yg diberi oleh nenek student aku, sbb purse pun tak bawa...
4- dah sampai rumah baru perasan yg kereta tertinggal di sekolah, keluar balik gi amik kereta


jgn marah saya !!! dah mcm org dilamun cinta rasanya ...serba serbi tak kena. haiya...



Sunday, 17 February 2013

AA : lowest fare




haissshh tension aku bila tgk web AA hari ni
nak nya bila tgk lambang O fare tu...
pernah tak rasa betapa sakitnya hati, bagai disiat2 sembilu bisa. eh sembilu?
ye sakit hati

bila 


dah beli tiket balik kampung 
tiba2 
ada promo mengejut camni
kaw kaw punya promo lak tu
sepanjang aku dok ulang alik aku tak penah dpt promo semurah ini time cuti sekolah
selalunya mesti 1k++, 
aku kan penganalisis AA, sejak dok sini la
tu pun disebabkan belon flight adalah pengangkutan utama kami
kalu ikut trend sebelum2 ni tiap kali cuti sekolah harga tiket akan mencanak naik
tp kali ni nya promo betul2 promo, walaupun nampak dia mencanak naik
refer to picture


RM 486??? mmg betul2 murah


harga dia masih masuk akal lagi
harap2 harga begini kekal utk raya nanti yer
sian kami kat seberang ni
kalu la ku tahu ada promo
mmg tak beli lagi dari hari tu
tp tu la aku malas nak mengharap benda yg tak pasti
tunggu punya tunggu sekali harga tak turun2
mau menyesal.



syabas AA. harga mcm ni baru la aku rasa tak tertipu
ni yg buat ai sayang u lebih ni
tp ai dah beli tiket
merajuk la