Thursday 7 March 2013

makin dijaga, makin menjadi2

pernah tak rasa camtu



satu masa dulu aku pernah tak kisah dgn apa yg nak dimakan, maaaaaaaaaaakan lagi berselera, maaaaakan selagi boleh, maaaaaaaaakan sebelum tutup mata, tido la maksud aku... sampai la bila berat badan aku mencanak naik tahun lepas, aku 'mula kisah' dan start control makan.persoalannya...









??????????????????????????????










kenapa makin di diet, makin dikurangkan kuantiti makanan, makin naik berat badan aku, adakah di sebabkan faktor usia yang menyebabkan kadar metabolisma aku  rendah? hehhhh tension rasa... tadi gugel tgk camne nak tingkatkan kadar metabolisme



bersenam 
ini aku mengaku mmg aku malas! 3 bulan sekali baru aku bersenam, last bulan 1 dulu, gi jungle trekking, sampai skang tak pergi2 dah

minum banyak air
yg ni pun kurang, purata aku minum air dlm sehari adalah dlm 4-5 gelas sajork,patutnya 8 gelaskan, dlm 4 liter

campurkan ais dlm air
yg ni lagi la, sbb aku TAK suka ais.percaya atau tidak, kalu makan kat hotel, aku selalu memalukan kaum dgn minta air suam kadang2 ja 'sky juice' aku mmg tak suka air mcm2 ni... bagi aku, aku akan mendapat kepuasan maksimum bila dpt minum air masak

makan lebih kerap (amik snack)
rumah aku mmg tak de snack2 ni. nugget n biskut adalah, tu pun jarang makan. bila waktu malas masak je aku goreng nuget, bila hujan turun je aku cicah biskut + air teh. tak pun kalu awal pagi kene gi meeting. ni yg aku bawa bekal dlm bilik mesyuarat. selalunya kami akan mkn nasi je. tu la demox kot

pedaskan masakan anda
yang ni iya.... aku ada amalkan.tak sah kot tiap kali mkn, takde rasa pedas.hilang nikmat makan oi.. kata org utara kan... :) so pedas itu adalah satu kepuasan...

makan lebih protein (daging merah, ayam tanpa kulit,tauhu,kacang, telur, susu rendah lemak)
tiap kali makan mmg ada, tak ayam, ikan, tak ikan daging...hmm takde masalah part ni

minum kopi
oh no !!!!!!!! aku paaaaaaaaaaaling tak suka kopi. apa saja yang berunsurkan caffeine, sori la. nak minum tu boleh, tp kalu ada pilihan lain, aku lagi rela minum air masak... tp jgn risau kalu aku gi umah korang, korang nak jamu kopi, i tak kisah pun...ehehhe...

minum teh hijau
oh my... ni pun aku tak suka... lain mcm rasanya green tea nih.yek...

elakkan crash diet (mesti makan >1000 kalori)
itu bisa diatur,setiap hari aku mkn > 1000 kalori rasanya..ehhehe

kerap makan jeruk, yogurt,almond,epal bayam, brokoli,ikan salmon,daun saderi,kubis
jeruk? no no no, kata ttc kan... setahun sekali adala makan jeruk pak ali tu... yg lain tu... ok... try utk dpt kan bekalan setiap minggu :)



ni gambar zaman kegemilangan aku... tahun 2011. masa ni berat badan tak cecah angka 40 lagi




tp skang, ni gambar last 2 week kot ni.. kelabu hasap,amik guna hp murah



tadi, tgk kat penimbang ... wooo magic... bertumbuh bagaikan juara. cptnya. naik... sblm ni aku tgk dlm 40- 42 camtu. herggghh malas la nak ckp.aku anggap penimbang tu je la yg rosak, boleh? tadi try check bmi kat sini, mmg dpt 'my weight is desirable' tp aku tooootap la risau... apa kalu berat naik, mmg tak reti2 nak turun dah ek angka tu? aku kalu boleh takmo la dia terus naik dan naik. sbb aku perhatikan 3-4 bulan ni cam laju je berat badan aku ni naik... risau oi..



dapat semua info di sini. credit !

10 comments:

  1. heheh eka.. pelik kan.. makin diet makin berat naik. saya pun tgh diet2 kononnya. tp tiap kali timbang apsal tak turun2 jarum penimbang tu..

    ReplyDelete
  2. Eka, still dlm healthy BMI tak? Kalo yes, x perlu risau. Tapi kalo no, ya... Perlu risau. Hehehe

    ReplyDelete
  3. kak eka, dayah sejak balik raya sini tahun lepas tak turun2 dah berat....masa posa berat turun jadi 45 berat zaman sekolah, lepas raya balik kuching, open house merata terus naik 51 tak turun2....baru2 nie ja cecah 49 lepas tu naik balik sob sob....

    ReplyDelete
  4. he...tapi comel je chinta tengok ;)

    ReplyDelete
  5. taklah tgk masih macam biasa jer..tetap comel

    ReplyDelete
  6. sama laa eka..lagi kontrol lagi mencanak..aduiii

    ReplyDelete
  7. Xpe... Asalkan sehat..xsalah berisi sikit..ros ni lg lah...double berat eka..hahahha

    ReplyDelete
  8. xnampak eka berisi pun.. eka kan kecikkkkk jer...

    ReplyDelete
  9. asalkan berat bersesuaian ok je eka...
    sue ni dh kategori gemuksss... ehhehe

    ReplyDelete
  10. taknampak pun eka.. kecik comel jeeeeeeeeeeeeeeeeee

    ReplyDelete