1. KONSEP
ya benda pertama waktu aku gi kedai wat kitchen cabinet ni, derang tanya aku nak konsep apa...aku rasa mana2 ID pun akan tanya benda ni. kita bahagikan kepada 3 ok
a) Modern
: design yang ada “wooden” element mmg tolak
tepi la kan. Oleh itu, material pilihan ialah chipboard 16mm water
resistant, acrylic, high-gloss 3D, melamine.
b) Kontemporari / klasik / oriental : mana2 je, wooden material
macam solid nyatuh, membrane pressed, chipboard. Ramai jugak
orang yang masih suka pada design klasik ni, ada alur2 kayu
c) country / english style :
Biasanya dapur
yang konsep ni materialnya adalah wooden jugak. Yang hardcore mmg akan
pilih warna kayu putih, kemudian nanti dekorasinya sarat dengan
bunga-bungaan.aku memang suka english style, tp umah aku dah cam rojak skang ni.leh pakcik tukang letak kaler pink kat living hall.kalu ye nak english style eloknya dinding kaler putih...
2. RUANG KERJA
a) kenal pasti dulu nak buat wet & dry kitchen, atau salah 1
sahaja. Ada juga yang wet & dry bersambung dalam satu ruang, ada
juga yang terpisah. cam aku, aku nak buat wet kitchen jerp
b) dalam kepala mesti dah plan nak
masak kat mana, sinki kat mana, nak letak refrigerator kat mana, hob
& hood kat mana yang sesuai (not too near dgn tingkap ya), nak
simpan pinggan mangkuk, nak letak tong sampah, tempat nak terap pinggan
etc, tempat tong gas, mungkin juga nak letak water purifying system ke
kan. Penting juga pikirkan apa barang2 elektrik yang kita pakai kat
dapur & kat mana nak letakkan nanti (kalau ada oven & microwave,
toaster, blender tu bagai, mana nak letak).
c) Information ni amat berguna nak
tentukan design dapur anda nanti tau, samaada nak buat
umah aku jgn berangan nak berpulau pulau nih..sebabnya??? dapur umah sempit amat. so kene sedar diri la...
3. MATERIAL
utk material aku bahagikan pada dua.
i - door
Untuk
step ni, ambillah masa yang secukupnya, perlu rajin survey! Dan jangan
ikut cakap orang ok? Katalah memang dah decide nak pakai chipboard water
resistant / anti-moisture, pastikan anda dapat harga yang sepadan
dengan kualitinya. Jangan chipboard biasa tapi harganya macam
anti-moisture. Jangan tertipu ok! maklumlah kita ni bukan tau selok belok material. Kedai yang murah mungkin cakap saja
water resistant, padahal dia bagi chipboard biasa. camno??? Antara acrylic dan 3D high gloss apa bezanya? Acrylic adalah sejenis lapisan plastik berkualiti yang shiny, berbanding dengan 3D high gloss iaitu kaca yang dispray/sembur dengan warna yang dikehendaki.
a) Acrylic : Acrylic
boleh dibasuh / dilap, dan kering dengan cepat. Tahan terhadap
peluntur, asid & alkali cair, cuaca dan mikrob. Boleh calar, tapi
tak teruk kesannya.
b) Kayu nyatuh/ oak/ semanguk :
kualiti berbeza antara jenis kayu tu. Pastikan anda ‘kenal’ mana satu
nyatuh, mana satu oak / semangkuk.
c) Chipboard : Raaaaamai
orang pilih chipboard sebagai pintu KC. sekarang ni dah baaaanyak
design yang cantik2. ada woodgrain, solid design, decorative design etc.
harga pulak lebih murah dan affordable berbanding acrylic, 3D high
gloss dan kayu. kalau boleh, ambil chipboard yang water-resistant /
anti- moisture TERUTAMA di WET KITCHEN.
d) Melamine :
jenis material ini juga raaamai orang pakai. design yang variety,
kualiti yang bagus, harga yang affordable. Melamine ni kualitinya lebih
kurang sama dengan chipboard.
ii-table tops
a) Granite :
Kelebihan :
kelass kau maria. tp mahal ya amat. selain tahan lama, ia juga mudah dijaga sebab tidak mudah
scratch, tak perlu risau nak letak periuk2 panas direct di atas
permukaannya, kalau tumpah 2mudah je lap dengan kain basah. No
problem at all
Kekurangan : Harga granite ni biasanya
semakin gelap semakin mahal. Ada yang made in china, Malaysia, india,
etc. Pastikan jenis mana yang anda pilih dan sepadan dengan harganya.
b) Solid surface
Ada 3 jenis solid surface : matte, high gloss, satin.
Kelebihan : biasanya joining antara
pieces nya tidak kelihatan. Ia akan Nampak smart dan kemas! Bila join
tak nampak, maka tidak perlu risau dengan kotoran/ daki di celah2
joining. Plus, anda boleh buat sinki customade dengan solid surface ni,
mmg sangat smart!
Kekurangan :
penjagaan perlu cermat. Tidak digalakkan letak periuk panas direct di
atas permukaan, tidak digalakkan juga memotong di atas permukaan solid
surface ni always use cutting board. Tidak digalakkan berdiri di atas
countertop anda ya. Kalau sinki anda pun ialah solid surface, pasti
jangan tuang air panas ke dalam sinki, melainkan anda lalukan dengan air
sejuk / air paip!
c) Tiles
Paling
raaaamai orang suka letak tiles. Tiles sudah memadai sebab terlalu
baaanyak pilihan tiles untuk countertop anda. Latest design 2 x 2 yang
memang cun melecun, harga berbeza. Dari belasan ringgit sekeping hingga
yang ratusan ringgit pun ada
Kelebihan : lebih murah dari granite & solid surface. Banyak pilihan tiles. Tahan lama jugak.
Kekurangan : Nampak joining antara pieces. So kena rajin sental daki kat celah2 ok?
d) Marble
Marble pun ok jugak sekarang, banyak design baru sekarang, tahan lama jugak.
Kelebihan : biasanya kalau stone-based material ni tak leceh sangat nak jaga. Sama macam granite.
Kekurangan : Cuma marble mungkin lebih senang scratch berbanding granit. Tapi boleh polished!
e) Chipboard (water resistant / anti-moisture)
Chipboard pun raaamai orang suka juga. Sekarang dah banyak pilihan.
Kelebihan
: harga lebih murah berbanding material yang stone-based. Sekarang dah
ada yang water resistant & anti moisture, jadi tak perlu risau
chipboard anda ‘kembang’ lagi
Kekurangan : tidak digalakkan letak
periuk panas direct di atas permukaannnya, always pakai lapik. Strictly
memang tak boleh memotong direct atas permukaannya jugak ok, always use
cutting board. Kalau nak lap, pastikan kain lap tidak terlalu basah,
walau dah anti-moisture kita mesti go back to basic di mana material
jenis ni bukan stone-based ok? Kalau tumpah kalau boleh lap dengan cepat
sebab khuatir akan tinggalkan ‘stain’ yang susah nak dikeluarkan.
4. DECIDE
Jangan
risau survey banyak tempat, sebab biasanya kalau setakat depa datang
rumah, buat measurement, buat rough planned, it wont cost us anything!
Explain kepada mereka, apa konsep anda, ruang kerja macamana yang anda
mahukan dan material yang anda minat. Let them buat kerja mereka!
Bila dah
dapat harga & rough design dari mereka. Timbang betul-betul apa
service yang depa boleh bagi selain dari membina KC kita. Maksudnya,
adakah harga yang diletakkan tu termasuk dengan aksesori yang kita nak
atau tidak, apa material yang diorg propose untuk engsel2 pintu2 cabinet
tu, handle pintu, ada soft-close atau tidak etc.
Kalau ada
peluang, mintak kontraktor tunjukkan projek2 yang beliau dah pernah
buat. Biar lebih sikit kerja kita, tapi puas hati dengan hasil kerja
mereka. Harus ingat pelaburan anda bukan sikit, dan takkan lah nak
berganti KC setahun sekali macam langsir kan?:)
5. OBSERVE KEJE KONTRAKTOR
cam biasa, masa derang tgh buat KC ni, gi la pantau... bukan saja KC. apa2 je la.supaya apa yang diidamkan mendapat kepuasan maksima...antara link yang membantu kita utk bt KC adalah
MIECO chipboard : http://www.mieco.com.my/
Granite : http://www.stoneace.net/granite.html
Solid Surface : http://solidtop.com.my/
Tiles : http://www.kimgres.com/
dapat info dari sini
wow! cantik la dapur umah Eka nnt, tak sabar nak tgk hasilnye... hehehe...
ReplyDeleteKC CiM Lshape sama lbhkrg cam dlm pic tu, tp kaler biru. Cuma old pesen skit coz build 7yr ago. Masih elok lg, almklumla jarang masak. Hehe
ReplyDeletethanks eka share info ni.. sgt berguna.. even xdelah skrg nak reno umah.. hehehe
ReplyDeleteWah detail.. :) ros serah pd en.asben je hal ni sbb die graphic design.. Rumah skrg kondo, dia buat solid surface n dapur kabinet warna lime apple green, cara penggunaan ros dia nmpak kasar.. So kalau ade rezeki umah landed dia xmau buat mcm tu dah..hahahahah... Nk buat yang jenis tahan lasak :p
ReplyDeleteEka,
ReplyDeleteTable top granite yang paling cun..duit pun cun jugak..hehe
good info! thanks for sharing ticer =)
ReplyDeletethanks eka 4 da info xpyhla aku cr2 lg..hahhaha...muahkkss
ReplyDeletethanx ats respon uols.mlm nanti i reply komen ok...
ReplyDeleteAkak tgh tgk komen orang je kat forum kalo nak carik kontraktor ni. at least, kita dah tau hasil kerja derang. sng la sket. Ada byk2 kontraktor pun pening jugak.
ReplyDeleteHi dear, just drop by menjenguk blog2 yang cited entry KC dari blog kami;)
ReplyDeleteHappy to read this entry. Harap ada yang dapat manfaat ya;)