Thursday 24 November 2011

hari penyerahan RM 100 kpd murid sekolah

semalam, dpt emergency call dari pihak sekolah. suh turun utk serahkan duit pada ibu bapa...aku dgn br bgn tidonya....kelam kabut la...mandi ala2 koboi then terus gi sekolah...



aku kene bhg pemeriksaan dokumen, 


manakala en somi bhg penyerahan wang... 


 itu bukti en somi serahkan duit pada ibu2 ye


gambar nampak cam kejam... tp kami terpaksa...kamu tau...mula2 kami dirempuh sampai tertonggeng meja. disebabkan ketidak sabaran mereka...di suruh beratur pun taknak. kalau budak2, mudah la...boleh dimarah2.ni pangkat makcik2,atok2 dah... takkan nak kene marah kot. bukan apa, org suruh beratur nak mudah kan keje... ni tak...tanak bagi kerjasama.akibatnya...terpaksa la ubah tempat spy mereka tak boleh boloskan diri...


jadi, pada ibu2 di luar sana, dah dapat belum duit RM 100... rasanya semenanjung dah dapat lama pun. suka diingatkan... masa nak amik duit tu nanti, sila bawa bersama

-sijil beranak yg original (murid)
-IC penjaga
-surat serah kuasa utk yg berkenaan sahaja (sebenarnya WAKIL tidak dibenarkan, sekiranya keadaan terdesak, sila sertakan surat serah kuasa bersama )


pasal surat wakil tu satu hal, kami diherdik, dimarah... sbb mitak yg bukan2 katanya... kami hanya menjalankan tugas...kalu tak bt mcm tu kang... ada yg nak menyamar.buktinya, dah ada kat tivi nun... dan semalam...ada org cuba bt camtu juga...masalahnya camne dia boleh dapat sijil beranak yg original tu...tu yg kami musykil. bila bapak yg betul dtg tuntut. mula timbul isu... dia kata dia tak dtg amik lagi, padahal namanya dah di sign...ha sudah...nak tak nak, utk tenangkan keadaan, terpaksa la cikgu keluarkan duit sendiri utk ganti balik duit 100 tu...kalu tak kang, gi repot...tak pepasal spr berkampung di sini... susah la.apasal tak masuk je ke akaun masing2...

3 comments:

  1. macam helah mereka yg nak tipo kan......kesian cikgu cuti2 kn keje

    ReplyDelete
  2. btul kan. rasa mcm leceh btul perkara ni. retu nak masuk dlm akaun kan, tp apsal tak jadi. entah la hai. pelik sgt kut.
    apa2 hal, cikgu gak kena tanggung. sok bkk sekolah pun sama, duit pegang byk utk yuran seme. Eh..skang tader dah yer yuran. hihi :D

    ReplyDelete
  3. susu : tu lah dinamakan pengorbanan :)


    kekda : pasni tak de yuran2 apa lagi.lega....hazab tau nak kutip benda2 tu...tetiap pagi dah buang masa tanya sapa nak bayo...bkn nya ada kaunter...kita as guru kelas ni la kene collect.tak pasal2 kene pakai time mengajar...duit derang dpt tu spenuhnya utk derang.ikut la nak bt apa pun...arap guna utk jln yg benar la.sbb ada kes kat sini.bapa guna duit kwamp beli arak la,tu yg sakit hati tu

    ReplyDelete