Showing posts with label fashioniesta. Show all posts
Showing posts with label fashioniesta. Show all posts

Monday, 10 December 2012

dah kene limit la pulak

sambungan dari sini




akhirnya dpt la juga ke butik fareeda merembat tudung 'sehelai dua'... rupanya sepanjang cuti sekolah ni, butik fareeda (penang) hanya buka Khamis, Jumaat, Sabtu. dah tu siap kene amik nombor sama cam bangi...sabar je la...pastu dia limit kan sorang customer sehelai sahaja. sebab? nak bg semua org merasa, kalu tak limit cpt je habis katanya la. kalu spesis 'tamok bin haloba' cam aku ni, mana cukup selai kan... jadi? camne aku buat, aku guna nama abah n mama, satu lagi nak tau aku amik nama sapa.oh panjang citernya. bukan apa... beli kat butik lebih murah dari beli online. tu yg aku pulun tu...




Tuesday, 30 October 2012

peplum ke pelam

igt lagi tak entry ni...bertarikh 19 oktober, dok peplum sana, peplum sini... sekali berjaya juga memiliki peplum snediri. ha... mmg tak dpt dinafikan lagi.. aku mmg cepat terpengaruh. dlm masa beberapa hari terus paksa en suami dapatkan peplum. siang mlm pagi ptg, dok sebut peplum. dapat la kan

terbukti la sudah, aku adalah spesis manusia yang... nak satu2 benda tu, seboleh2nya dia akan usaha sampai dapat. siang malam dok cari tailor/website/fb/blogshop (aku kan hantu shopping online) yg leh buat peplum. dah tu demand, nak juga sampai ke tangan sebelum raya haji... tgk nak pakai time raya haji jugak2 la tu... masa aku dok menggila nak peplum  ni adalah lebih kurang seminggu sebelum raya haji. aku riki2 dgn semua list yg ada kat fb aku. dan kebanyakkannya jawab, TAK SEMPAT... punyalah kecewa... nasib la eida memberikan idea bernas ( thanx eida)  eida suh cari tailor n tunjuk gambar contoh. akhirnya... jumpa la juga...



agak2 berjaya tak 'mak nya' tu buat peplum aku... dia kata first time dia buat baju camni... harga upah adalah RM 30. murah kan?





aku minta dia buat princess cutting kat baju dan kain tu aku sengaja minta A shape ke mermaid style eh... belasah jerp. gambar ni bukan dibuat2, kebetulan mama call time kami dok pose di pagi raya.. hahaha





agak2 jadi tak peplum aku ni... kalu jadi leh upah mak nya tu buat lagi. seminggu je dia buat, siap sudah. kain pun beli kat kedai dia :) aku rasa kain tu sebenarnya utk baju melayu... tp, ada aku kisah.. hahaha.. demam peplum punya pasal

Friday, 19 October 2012

sana sini peplum

berkenan la pulak design peplum ni. design princess cutting.material yg aku tgk salunya lycra

 aku mmg suka kembang2 + ropol2 ni



cam saloma kekdahnya



cedok dari sini. siap leh amik tempahan lagi.design kain dia cantik.mermaid cutting


sgt  cunn


berkenan?beli kat sini. harganya rm 299


 ni pun ok, buat gi sekolah petang @ kelas tambahan