gigih kan... Singapore je pun... sume org pun penah pegi... tapi nak juga share kat sini... poyo tul la ko ni eka... bukan apa.. senang nak jadikan panduan bila re-visit again. eh? re visit? yer... ada benda yg tak kesampaian utk lawatan kali ni. ralat sbb tak dpt bawa ma parent tgk song of the sea kat sentosa island. disebabkan show ni la aku teruja nak bawa derang ke kota singa. sbb masa aku ke singapore beberapa tahun lepas, song of the sea antara show yg menawan hati aku, bermula dari situ, terus pasang niat, satu masa nanti aku nak bawa parent aku ke sini...
lawatan kali ni berbeza dgn trip2 sebelumnya kerana, kali ni aku ke Singapore dgn cara bajet lagi berhemah. sbb apa berhemah. sbb menggunakan pengangkutan awam semata... iaitu bas... i like... benda2 yg bajet ni...just for sharing. ( note : SGD 100 = RM 252 taw, tanggal 12.11.2012 )
:::::TRANSPORTATION:::::
utk ke Singapore, ada 3 cara :
1.naik
bas odyssey kat TUNE HOTEL. bas ni ada 2 sesi, 1st session gerak ke Singapore kul 7pg, balik pukul 7 mlm. 2nd session bertolak pukul 10 dan pulang ke Malaysia pukul 10 mlm. bas ni
BUKAN hanya utk penduduk di tune hotel sahaja. yg dok kat KOZI hotel atau mana2 hotel pun buuuleh.tp kene berjalan siket la :) aku rasa odyssey ni cam ada link dgn tune, sbb masa nak
book tune tu hari, kat part ADD ON ada tulis odyssey coach to RWS.yg menguntungkan adalah penduduk tune hotel la... sbb dpt la kurang 5 ringgit, yg mana rege asal tiket bas adalah RM 30 return.tp yg duduk tune dpt special price
RM 25/pax (return).
tgk.. 4 org baru RM 100 utk bas :) sori, ink abes, so kelabu asap la akunya ketas ni.
once check in kat tune hotel, dia akan bg cam voucher untuk redeem tiket bas kat odyssey.
ingat !!! tiket harus di redeem sehari sebelum berlepas. dan pejabat dia buka office hour taw. andai kata korang terrr check in lewat sila beritahu pihak odyssey. ( Sufian- 072323092/ 0197525077 )
jgn risau utk susah payah nak cari pejabat odyssey... pejabat dia bwh tune hotel danga bay ni jer
ni la tiket bas yg telah di redeem tadi :)
kelebihan naik bas ni adalah.......... tak perlu rushing kat imegresen.sbb odyssey bus setia menanti anda. ko lambat camne pun dia tunggu jer... pergi dan balik. satu lagi, sila igt no plat bas untuk memudahkan urusan dan juga pegisian borang declaration.nanti aku citer k...
2.naik bas awam kat larkin. platform 14. tajuk bas adalah AIR-CON EXPRESS. pergi RM 3.30/pax dan balik <2.5 dolar/pax. total plus minus
RM 10/pax return. lebih lumayan kan... bas ni akan direct terus ke Queen Street, singapore, dekat sgt dgn MRT, Bugis Street n murtabak zam zam tu :)
bas ni sgt la byk, jadi anda tak perlu risau kalu terlepas masa kat imegresen nanti, tunjuk je tiket yg kita beli tadi tu, then terus naik atas,
dgn
syarat bas yg anda naik tu mesti sama cap
jgn buang ye tiet ni, sbb valid utk MALAYSIA dan SINGAPORE
kelebihan naik bas ni : murah, selesa, cepat... sbb ni bas express, dia tak ronda mana2
3. naik bas kat KOTARAYA.. oh yang ni aku tak pasti sbb aku tak penah mencuba.apa2 pun... tanya je org.malu bertanya kawan...sesat cari jalan pulang... :)
:::: ACCOMODATION:::::
disebabkan trip kali ni adalah berjimat cermat. maka kami suami isteri sepakat utk tinggal di Malaysia sajo... jadi setiap hari kami ulang alik ke Singapore... kelemahan guna cara ni adalah... penat kat imegresen la. nak kene turun naik.. hmmm... tp takpe... bajet punya pasai... i sanggup jer. actualy byk hotel di johor ni.tp i prefer u dok area JB. cam aku, pilih tune hotel danga bay.. kenapa?
::: murah
::: ada pakej ke legoland + USS
::: dekat dgn mall, city square n angsana...
::: dekat dgn sumber makanan, tak caya tgk gambar ni...
gambar di ambil dari tune hotel, walking distance dah boleh sampai SEKINCHAN IKAN BAKAR
kelemahan dok tune hotel? sempit... tak payah nak demand sgt. u get wat u paid kan... kalu tanak dok tune, ada 2-3 hotel/motel juga area sini. tp make sure book awal2 specially musim cuti sekolah.pada yg nak stay tune hotel. sila alert sket.tune ni kalu buat promotion mmg gila2. tak tercapai dek akal.
ada ke satu mlm RM 0.25. mmg tak kan dpt di mana2 la kan, tp tu tak masuk ekon n tv :)
selain drp tu, aku perhatikan byk hotel menyediakan pakej ke USS n legoland, antaranya Hotel Seri Malaysia, The Zon Regency
:::: MRT / LRT MAP::::
ni penting utk backpack. map 2012. print sesiap utk merancang perjalanan anda
:::: LAIN2 HAL ::::
bawa bersama
-pen
-wet tisue
-mineral water utk shi2, bawa dari Malaysia jimat sket.imegresen tak marah pun
-rain coat cap watson tak sampai RM 4 (ada game yg kene percik2 dgn air, kat USS mahal)
-jgn bawa chewing gum ke singapore
-kalu smoking pastikan masa kat imegresen jgn bawa satu kotak rokok penuh dan belum diusik
-beli tiket USS via online. murah
-dilarang meludah dan buang sampah
:::: TOTAL EXPENSES ::::
day 1 (
RM 260 per pax)
USS ticket
RM 157 igt dptkan rege m
urah
di sini
tune hotel 4H3M
RM 58 pax
odyssey bas
RM 25 return
day 2 (
RM 80 per pax)
naik public bas kat larkin
RM10 return
pergi Bugis Street, Arab Street, Masjid Sultan, Merlion Park, Marina Bay,Orchard Road by subway, anggaran
RM 10
masuk sentosa island beli EVENING PLAY PASS
RM 60
total day 1 and day 2 =
RM 340 tak masuk makanan dan souvenir, tp utk selamat, spend lebih pun takpe
nota :
makanan dan sourvenir tuk kawan2 ko anggar je RM80 utk sehari, kalu 2 hari = RM 160
. makanan agak mahal specially dlm USS, spend sorang RM50 sekali makan, kalu nak jimat bw bekal taw. kalu kat luar pulak, harga makanan kat Malaysia ko darab kan je dgn dua. murtabak yg glemer tu regenya = 5 dolar, tp besar gile murtabaknya, nasi beriyani = 6 dolar. duit minyak pulak, png ke JB dlm RM50 mmh lumayan
si blacky aku ni. pahtu, tol dlm RM 80 gitu... anggaran saja la...