Monday 9 July 2012

DOA KEBAHAGIAAN SUAMI ISTERI

sejak dua menjak ni isu sensitif ini sering melanda kawan2 aku...sedih. sbb naluri perempuan aku mudah tersentuh bab2 cerai berai ni. sampai la satu tahap tu bila kawan aku citer, scr tak langsung air mata aku menitis laju...en somi jadi saksi nya. jenuh dia pulak yg pujuk aku. aku rasa takde sapa di dunia ni, nak kawen then cerai. aku pun tak tau apa puncanya. ye mmg betul ajal maut jodoh di tangan tuhan. tp seboleh2nya kita mesti nak elakkan. kan??? bodoh lah org tu. kalu mmg mind set dia, nak kawen pastu mitak cerai.




cerita A : dah lama kawen. kat 7 thn camtu... ank 3 org dah. cantik dan baik sgt kakak ni.
cerita B : baru kawen, tak sampai setahun lagi... alhamdulilah dia murah rezeki.bunting pelamin. tepat umo bb 2 bulan, si suami minta cerai


kamu tau apa persamaan kedua2 kes ini. pada mulanya mmg aku geram.sakit hati. sbb kedua2 kes ni libatkan org  ketiga. si suami sukakan perempuan lain. terlintas juga di fikiran, apa yg mereka mahu sebenarnya. yg punya ank pun boleh ditinggali suami. apatah lagi yang takde... <---- sumpah aku takut... tp bila fikirkan balik. semua yg berlaku pasti ada hikmahnya. setiap orang diuji dgn pelbagai ujian. terus aku insaf dan kes ni menyedarkan aku supaya lebih menjaga hubungan aku dgn en somi.
aku yg kadang2




suka marah2 en somi
suka merajuk tak tentu hala
suka arah itu, arah ini... specially bila aku stress dgn keje mula la. abg, tolong jap.
tanak dengar kata
malas bt air, nak compare dgn mama layan abh, mama aku waktu pg, tghari, mlm..complete !!
suka cubit en somi kuat2
berat sebelah, balik umah aku lama, umah dia kejap je, tp ni kehendak abg kan! :)
cakap main lepas jer
ngadap komputer doplohpat jam jrg nak teman dia tgk tivi. kadang dia tgk tv aku kat sbelah main game




terus rasa cam err byk nya salah aku.berdosa nya aku.ampunn abg... syg tau syg bukan isteri yg sempurna utk abang. syg cuba utk berubah menjadi isteri yang lebih baik...harap2 impian ni, bukan hanya hangat2 tahi ayam. bila dengar kes camni aku insaf la kejap.



apa yang aku perhatikan, baik artis mahupun orang kebanyakan, bila bercerai, kes yg remeh pun akan diungkit. nampak cam kecik je, tp bila dipendam lama2 akan menjadi nanah.


Ya allah...peliharalah hubungan kami suami isteri .....bahagiakanlah kami berdua di sampaing zuriat kami nanti insyaallah....


Ya Allah,
mesrakan antara hati hati kami, tunjukkan lah kami jalan yang selamat, lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya. Hindarkan kami daripada segala kejian yang zahir ataupun tersembunyi.


Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci.
Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu.
Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau ridhai.
Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.

Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan
tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan.
Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya.
Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.

Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami,
penglihatan kami,
hati kami,
suami/isteri kami,
keturunan kami dan
ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Aminnn…

5 comments:

  1. semoga hubungan berkekalan sampai ke sorga!

    ReplyDelete
  2. aduh sue pon sll gak buat mcm eka kat en suami ku... huk3 dosa nye diriku ini... hu3 thanks for ingatkan yee dear... inyallah akan cuba berubah menjadi yang terbaik.... buat suamiku dunia dan akhirat amin

    ReplyDelete
  3. sama la Eka, kita bukanlah isteri yg sempurna.. tapi kite berharap agar dpt berubah dan menjaga hati dan perasaan suami kita.. ape yg mampu, kite berdoa dan berusaha, agar, Allah kuatkan dan bahagiakanlah rumahtangga kita..Amin....

    ReplyDelete
  4. Sayu hati baca entry eka ni.. Ida tgh krisis ngan hubby lak skrg ni.. hurm... Semoga baik baik saja.. Malas nak gadoh panjang panjang.. =((

    ReplyDelete
  5. dear eka,

    mmg semua harapkan yg terbaik dlm perkahwinan.. dlm perkahwinan jugak menuntut kita utk belajar dari kesilapan.. sama2lah kita perbaiki kesilapan kita semua demi perkahwinan yg lebih berkat hendaknya..

    ReplyDelete