Monday 2 July 2012

my 1st pavlova

akhirnya. mesti uols tau kan apa yg i buat semalam...hehehhe.. dah teringin sgt. so paksa en somi cari bahan segala... wat sendiri... sian kan... tak tau la jadi ke tak. nampak gaya cam jadi.tp rasa dia aku tak pasti since aku tak penah makan pavlova sebelum ni

ni la gayanya bila 1st try. tak reti la nak deko2.tp utk tahap amatur leh dpt B+ dah kot.ngee



dari pengalaman org, derang kata rasanya rangup di luar, pastu dlm dia rasa cam marsmallow.. ha ciri2 tu semua ada pada pavlova aku... jadi aku simpulkan, cubaan pertama aku ni berjaya lah... betul la kot tu... pada yg tak penah cuba, meh sini aku bg tau... ceyyy eksen...padahal dia pun baru je cuba semalam...pavlova terbahagi kepada 2 bahagian. 1st layer yg bawah dia org panggil apa crust ke apa dan satu lagi topping dia letak whipping cream n buah-buahan


1st layer / crust / base

  • 4 biji telur (Putih telur je taw, jgn derhaka !)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 sudu teh cuka
  • 1/2 sudu besar tepung jagung (saya guna 1 sudu)

topping


  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1 1/2 sudu besar gula halus
  • 1/2 sudu teh esen vanilla

cara-caranya :

1-putar putih telur sampai kembang 10-15minit gak. canne nak tau dah kembang, bila terbalikkan mangkuk tu dia tak jatuh balik/tak ngalir keluar.




2-masukkan gula kastor satu sudu demi satu sudu.putar sampai gula tu betul2 sebati. bila pegang dia tak rasa cam biji2. rasa smooth je, tu maknannya gula dah larut la tuh. ni org panggil meringue. tiba2 teringat nama ank murid ku iglesias meringgai. besar mana dah la ni

3-masukkan esen vanilla + cuka + tepung jagung. kacau kejap je.



 cer tgk perbezaan gambar 1, 2 dan 3.. bior dia jadi sampai getu yer...



4- ready utk masak, panaskan oven (pre heat) sesiap dgn suhu 140C api bawah sajork...biar dia kat situ. igt ni suhu utk pre heat sajo. jap gi nak bakar lain lak suhunya...


5-sementara nak panas, amik kertas minyak dan mula melukis. aku nak buat bentuk bulat. patutnya adunan ni utk 1 pavlova, tp aku degil.aku jadikan dia dua ketul. maknanya nanti pavlova aku 2 layer la...gitu...




6. dah siap melukis, amik dulang pembakar, pastu letak je adunan tadi ke atas baking paper. wat cam atas, pastikan kita wat adunan cam mangkuk, biar kat tepi tu ada benteng pertahanan... rasionalnya... supaya mudah nak letak whipping cream kat tgh tu. ada paham ke :) agak2 oven dah panas masukkan aje la dulang ni dlm oven. jangan lupa turunkan suhu tu. kang hangit lak pavlova uols... panaskan pavlova ni dgn suhu 110C selama 1jam 15minit. itu utk oven aku la. kalu oven korang yg canggih manggih tu aku tak pasti.keep on jeling2 la.takut hangit lak kang...ni rupa dah siap. PERINGATAN... pas buni ting!! tu jgn terus diangkat pavlova ni. kang terkejut merekah teruk... so biar dia dok dlm oven tu kejap... regangkan sikit pintu oven tu. bila dah cukup sejuk. sampai suhu bilik, baru la letak whipping cream.. ok?





bab whipping cream ni ada mcm2 kekdah...aku beli yg siap dah...so aku tayah nak campur gula + esen vanilla. aku main spray je.heheh.. mudah kan? ni whipping cream yg aku gunakan. sesuai utk org malas cam aku




tp, utk uols yg rajin, sila lah buat whipping cream sendiri, ada yg dlm kotak tu. putar sampai kental (10-15minit) pastu masukkan je gula halus n esen vanilla.bila dah siap, cam biasa bedakkan pavlova pastu mekap la apa yg patut... disebabkan pavlova ni teramat manis, maka eloklah kiranya disajikan dgn buah buahan yg masam, macam kiwi, stoberi, blackberry blueberry. heheeheh tetiba teringat mama aku nak beli buah blackberry.haisyy mcm2... disebabkan kat sini stoberi mahal sgt (kat rm30 utk 10 biji gitu) siap import dani nuzelen ke mana tah, maka aku beli kiwi,epal dgn anggur je.kiwi pun ada 2 jenis.aku pi beli yg gold punya.kata org gold ni manis. igt.... kalu korang nak beli buah kiwi... sila beli yang tak gold punya ok.oh 1st time beli kiwi ok. disebabkan ada lebihan coklat dlm esbok so, aku conteng2 lagi ats pavlova tu... superbbb




ni dah comot mot mot dah...cari piping tak jumpa. tu bukti dah lama tak baking.heheh



baru ku tahu, pavlova ni asal usulnya dari negara omputih...jauhnya dtg ye... cara pembuatannya pun lebih kurang cam macaron gak...










6 comments:

  1. Pandainye eka buat!! Nampak menyelerakan sungguh!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Eka! tak sangka la eMMe, tgk tu dah boleh wat pavlova, pergh!!! ingatkan Eka nak beli makan je, ni buat utk makan... bangga la Me tgk Eka...

    ReplyDelete
  3. sedap! nasib la kena pantang gula..kalo tak dah try dah ni...hehe

    ReplyDelete
  4. cantiklah ni.. rajinnya buat.. mesti sedapp...

    hari ni pun saya dapat rezeki makan pavlova lagi.. member opis beli yg besar kongsi²... errmmm sedappp...

    ReplyDelete
  5. eida : nampak je menyelerakan.hehhee

    emme : emme pun leh bt sendiri percaya lah.ikut je resepi tu

    nana : acik nana berpantang la dulu ye...nanti mkn puas2

    masya : ala biasa2 jer ni masya.sedap tu sedap gak dgn buah2an

    ReplyDelete
  6. wow eka..hebat..hebat..akak kat sini pun tak penah mkn pavlova..
    buat apatah lagi..huhuhu

    ReplyDelete