Sunday 12 May 2013

SABAH 2013 : PART 4

amacam byk tak gambar ai kat sini... kasihan dia. tadah je la mata tu yer. lepas cuci mata kat dairy farm, kami laki bini terus balik ke hotel. ye trip kali ni lebih pada santai2. kami tak buat kunjungan balas tmpt2 yg kami pegi sebelum ini cth


Kundasang War Memorial *ulang tayang*

SPA ikan sg maroli. kecik molek je aku masa ni. underweight lg, 38kg camtu,skamng? jgn tanya


byk la lagi tmpt2 menarik kat Kundasang-Ranau. klik je link yg aku bg ats tuh. bg aku cukup la sekali sampai dlm seumur hidup. dairy farm lain. pegi selalu pun takpe sbb suasana nya yg menghijau buat aku rasa nyaman je.



Beberapa tahun yang lepas kami stay di Kinabalu Pine Resort *ulang tayang*


Tapi kali ni cari sedikit kelainan, ubah selera katanya


penangan dejavu kinabalu kan, kan kan...beriya beli bunga igt nak rileks dlm bath tab, tp non ado yer


malam tu kul 10 camtu perut terasa lapar, perut aku kan stok leh tahan 3-4 jam je, pastu minta makanan


ni beli kat pekan Kundasang.rm3 kalu tak silap.rangup.mcm kerepek ubi

ni tetamu yang tak diundang. asyik menjerit je la aku


tetamu yang ini takpe lagi. tp en suami telah 'disapa' TETAMU yang satu lagi. nasib la aku tak ikut sama. en suami pun satu dah tau tmpt gitu keluar mlm2 tu bt apa.actually dia amik angin kat dpn tu je. masa tu dlm pukul 12++. aku dah tido masa tu. yg aku sedar, aku marah en suami 'tutup la lampu syg nak tido... ' pastu en suami jawab apa tah.aku pun ckp merapu masa tu.sbb ngantuk kan. esk pagi masa nak blk KK baru la en suami cerita hal sebenar. hoh scary. nasib dia tak cite kat aku smlm, kalu tak, mau tak tido aku mlm tu. buat kamu2 jgn lah risau kalu nak stay sini, 'benda' cami mmg ada pun. di mana2 saja. nak nya hotel yg kejap ada org kejap takde.bila takde dia duduk la 'berehat'jap. apa nak kedekut sgt.dia pun makhluk ciptaan ALLAH. tmpt ini sesuai utk mereka yg cintakan alam semulajadi. bila mlm menjelma, terdengar bunyi unggas cam dok dlm hutan dah kekdahnya.teringat lagi camping masa zaman sekolah dulu. hwarggghh... tatut.. ok



gambar betul2 depan bilik kami


jelas kelihatan lekuk2 di mount kinabalu


masa ni dalam pukul 6 ++ camtu, ke 7? tak igt


bangun2 terus melompat keluar


sbb nampak cerah benderang dah


katil mmg dekat dgn sliding door


mmg laju la aku bangun


layankan aje la merpati dua sejoli walopun tak nampak sgt gunungnya


dslr en suami bt hal,gambar semua jd tak cun.kene antar gi kursus ni,snap pic cantik2 sket2


turun break1st pukul 8, pastu terus check out.nak tau satu rahsia??? kami dua2 tak mandi dari kundasang, sbb nak terjun kat pulau nanti.hohooh... kalu semua ikan timbul di permukaan laut jgn tanya pasaipa



ok muka tak mandi sempat bg jelingan manja utk kamu semua :)


 masa ni dah siap2 nak check out


sekali tau apa jadi kereta yg kami sewa rosak.sejuk agaknya.cuak dah time tu 



sbb plan sampai di pulau dalam pukul 10 camtu.ni masih tercegat kat Kundasang.dah la aku tak penah alami kereta rosak ni.nasib ada technician hotel datang hulurkan bantuan. lega. katanya, ini masalh biasa pada kereta. sebaik saja keta dpt start terus berdesyup laju ke KK. disamping tu sempat la buat suddenly break utk snap picture tepi jalan. pantang nampak view cantik mesti berhenti punya...


 ni la yang dinamakan Sabah- The land below the wind


 correction sket! The land below the sky , baru betul


gunung kinabalu di sebalik awan itu.nampak tak


selpas 1 jam 40 minit camtu sampai la kami di Jesselton Point. ingat! nak masuk pulau gi kat sini tau


kat sini ada banyak pakej yang disajikan dengan harga yg berpatutan



malangnya aku tak igt harga dah, sbb semua catatan hilang entah ke mana.maafkan daku.ni la padahnya kalu buat entry lambat2... ok ok aku try recall sebaik mungkin ok.kalu ada yg salah tu minta maaf. nenek dah tua.nyanyuk. kalau tak silap aku, aku amik kat kaunter no 11. Disebabkan 3 tahun lepas aku dah island hoping ke Pulau Manukan, Mamutik dan Gaya maka tahun ni en suami nak kitorang santai dgn satu pulau jer. sbb trip kali ni mcm aku ckp sblm ni lebih pada nak santai2an.rileks mkn dgn tenang tak mo rushing2. jadi aku pilih Pulau Manukan. kalu tak silap aku harga utk sorang RM 36



pakej pulau manukan sahaja RM 20 
terminal fee RM 3.00 (kalau tak silap, dia bagi harga student katanya, wah bajet muda remaja)
conservation fee 3.00
snorkeling equiment RM 10
Total = RM 36.00 per pax



 selain daripada tu ada juga aktivit air yang disediakan seperti parasailing *ulang tayang*


banana boat *ulang tayang*


dan banyak lagi, kali ni kami tak naik apa2 pun, cukup la sekali itu.ehehehe



sini la tmptnya naik bot utk ke pulau yg aku maksudkan tadi



 tak sampai 20 minit rasa nya dah sampai, perjalanan tak lama mcm nak ke Redang/ Perhentian


 en suami kemain berehat kan? dia santai tido dulu sebaik sampai di manukan.bertabah je la aku ni


 bunga yang dibeli di Kundasang. konon nak letak dlm bath tab


 the only gambar puan isteri, magic tak?



tak percaya kan? selaunya puan isteri mesti syok sendiri. dok pose sana sini.tu la malang tidak berbau.ada cerita menyayat hari di sebalik panggilan pulau kali ini.nak tau????

camera aku hilang, tenggelam di dalam lautan yang luas ini.jangan dapat kat tentera sulu dah la



Manukan Island.leh tahan yer walaupun hanya dgn hp




kecewa mmg kecewa, aku sayang kan kamera ni, sbb kualiti dia boleh tahan setanding dslr aku. dah tu leh rendam dalam air




tp benda dah berlaku kan, nak buat camne, nak juga aku share dgn en blog camne kejadian ni boleh berlaku. boleh aku labelkan sbg miss comunication. masa tu aku dah frust cari coral yg cantik sama mcm beberapa tahun lepas, so aku surrender naik ke darat manakala en suami pergi cari port coral yang cantik.*mood tak puas hati* pada waktu ni, aku rasa en suami takde bg kamera pun kat aku, dan aku setia menanti en suami di gigi pantai. tunggu dan terus menunggu sampai naik bosan. pastu aku lambai kat en suami, ckp nak kamera, nak snap picture. masa ni la masing2 baru sedar yg kamera kami dah hilang.ada dua kemungkinan yg dpt aku simpulkan


1-sebelum en suami ke tengah laut, en suami dah pass kamera ke aku, aku yg lalai atau apa, entah aku sendiri pun tak pasti

2-dan mungkin juga en suami sangkut kamera kat lengan dia.masa dia berenang dia tak sedar yg tali tu terlucut dari pegangannya


ni la masalahnya bila laki bini diambang senja. faktor2 penuaan jelas kelihatan. suka sgt lupa. masa mula2 tu mmg berangin la juga aku. tp bila fikir balik. sama2 salah.wat pe nak gado kan. jadi terima lah seadanya. terimalah kenyataan.  dslr mmg tak bawa. jd semua gambar diambil dgn waterproof kamera. i phone sampingan je. gmbr ats tu sume hasil i phone. nasib la ada gak gatal2 amik guna iphone.kalu tak mmg takde satu kenangan pun la



update 21.5... rupanya aku ada tulis nota kat i phone perbelanjaan ke pulau


terminal fee RM 3.60 x 2
ferry service RM 20 x 2
conservation fee RM 3 x 2
life jacket + snorkling equipment RM 10 x 2
makanan beli sblm bertolak ke pulau. depan jesselton point je RM 10

2 comments:

  1. Cantik sungguh pemandangan d Sabah....

    ReplyDelete
  2. ooo camera under water hilang kat situ.. alahaii sayangnye eka.. xpe la.. nanti beli baru.. hehehhee

    ReplyDelete