Thursday, 18 October 2012

gila bayang dgn Kashmir !!

Di kawasan pergunungan, terhampar bunga pelbagai warna. Di puncaknya pula, salji memutih sejauh pandangan mata. Itulah Gulmarg, tanah subur yang juga popular dengan nama ‘Meadow of Flowers’. Dengan ketinggian 2730 meter dari aras laut, Gulmarg nyata mempersona ribuan pelancong dengan keindahan semulajadinya.



Melangkah saja ke Gulmarg, anda pasti terasa seperti berada di sebuah lokasi penggambaran filem Hindi. Taburan bunga dan banjaran (Himalaya) mendatar dengan himpunan pokok pine seperti tersusun dalam lanskap tersendiri. Memberi ilham dan inspirasi, Gulmarg umpama terjemahan mimpi indah bagi pengunjung yang mendambakan ketenangan sejati. Justeru, sesiapa saja yang berpijak di bumi Gulmarg tidak mungkin tidak, akan ‘jatuh hati’ pada wilayah ini. Di sini,haruman bunga loceng biru, Daisy, Forget Me Not dan juga Buttercup akan berterbangan memenuhi deria hidu anda. 





Ingin menikmati pemandangan memukau sambil menghirup udara segar pergunungan, jangan lupa berkunjung ke Nanga Parbhat. Jika cuaca mahu berkompromi dengan anda,di sinilah lokasi tepat para wisata menikmati pemandangan sekitar Gulmarg.
Bagi mereka yang tidak dapat meninggalkan aktiviti riadah, Gulmarg turut dilengkapi dengan kawasan permainan ski dan juga golf yang terbaik di dunia. Luas dan mengagumkan. Hamparan salji yang memutih dan dingin pastinya menggamit anda untuk bermain ski. Namun,jika tidak berani, anda boleh berjalan-jalan sambil bermain salji. 



pertengahan april



musim bunga-bln 5-6



winter-dec until feb maybe


autumn-bln 10

MENARIK TENTANG GULMARG
• Mengambil masa satu jam perjalanan dari Srinagar
• Pernah menjadi lokasi kegemaran Maharaja Jehangir yang mengumpul 21 jenis bunga dari tanah ini.
• Menjadi antara destinasi bulan madu yang popular di dunia.
• Memiliki ladang bunga dengan keluasan lebih 3km luasnya.
• Menyediakan perkhidmatan gondola (bagi mereka yang tidak kecut perut!)
• Ketinggian Gulmark menjadikan ia dataran bersalji sepanjang tahun.


 heaven on earth


 ni yang wat aku gila bayang ni.. tulips!!!


 Pahalgam, Kashmir



kenapa lah AA nya trip ke new delhi dah tak de, kenapa, kenapa... tak sempat nak merasa dah tutup route ke sana... dah alang2 ke sana leh gi taj mahal juga.. wooo.. salah satu kejaiban di dunia tu... oh dia buat gila nak kumpul 7 wonder world pulak. seriusly, kalu aku diizinkan ALLAH utk ke sana, aku nak sangat menyelami peradaban/cara hidup 'saudara' kita di sana.. ramai yg seagama dgn kita... tapi, nasib kita jauh lebih beruntung dari mereka. mereka sgt desperate bab keje... peluang pekerjaan tak byk mcm di negara kita... ada antara mereka menjadikan bidang tourism as sumber pendapatan mereka.. 

kalau lah berpeluang pergi, aku nak pergi tgh bulan 4, dpt merasa 2 benda... bunga-bungaan dan salji-saljian. tp cam aku ckp sebelum ni, bln 4 mmg takde cuti sekolah. so simpan je la niat suci. itu maknanya belum sampai masa lagi utk aku ke sana. pasti ada hikmahnya. hanya ALLAH yang tahu



p/s mungkin pencen nanti (umur 60 ye) baru ada chance guling2 kat kashmir ni :) ic sume dari sini

2 comments:

  1. ha kan.. sampai 3 kalui terpost benda yg sama... awat huruf kecil pulak yg keluar...isk.gasak lah

    ReplyDelete
  2. Eka, memang cikgu tak leh cuti waktu bukan cuti sekolah ye? Guru Besar tak bagi ekk? cakap kat dia, saya nak hanimunnnnnnnnnnnnn.. mana boleh halang.. ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete