ni hao... hehhehe... last time masa ke Korea, masuk je hotel/kedai org akan ucap 'anyeong haseyo'. kali ni... tukar jadi ni hao pulak... aku igt kan ni hao ni apa khabar.. rupa nya... dia mcm ucap selamat sejahtera juga la pun...sbb asal aku turun je dari hotel mesti org dok ni hoa ni hoa kami laki bini. ok dah takmo bebel. nak story pengalaman tak seberapa ai ke negara Tembok Besar China ni... oh ya... sebelum ni ada yg bertanya kami ke mana. jadi tak perlu ckp lagi kot. tgk tajuk entry pun dah tau. yer.. kami ke BEIJING :)
:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
dengan lafaz bismillahhirahmanirrahim...
perjalanan ke Beijing dimulakan, dengan berbekalkan subway map yg di print dari printer canon MP145, maka berjalan lah kami laki bini di sekitar Beijing. flight dari KL ke Beijing adalah 6.35 pm, 20.12.2012. yer.. hari ni genap sebulan kami ke sana, segala memori masih tersemat abadi. byk kenangan indah dicipta sepanjang berada di sana. walaupun percutian ini patutnya tepat pada hari anniversary, tp takpe la. nak buat camne kan... walaupun lewat dua minggu ... kita hanya mampu merancang, tuhan yg menentukan
kami naik AA sajork... ya. dgn AA, everyone can fly :)
sesungguhnya, setiap tahun, kami tidak pernah ada aim, tahun ni nak sambut kat sini, thn depan nak sambut kat sana. oh... org yg kurang kemampuan cam kami ikut je arah angin. kebetulan AA buat promo ke Beijing masa tu, kami grab jer la.. eh ye ke promo... tak igt dah... apa2 pun thanx to ALLAH. kalu tidak dengan keizinanNYA, tak sampai la kami ke sana... alhamdulilah dgn rezeki yg diberikan...
kehidupan dlm flight malas nak citer, sama cam flight2 lain. yg bestnya, ada seat kosong sebelah aku... so apa lagi aku buka pengadang tengahnya then baring ats riba en suami... aku kan pendek, muat la. bg aku, ini dah cukup selesa, lebih dari premium seat... mmg tido je la ats flight tuh. mknan yg dibeli pun tak mkn... penat kot. sbb dr pagi aku uruskan hal shipping kerete. so mlm tu tido la seenaknya. selepas 7 jam lebih kurang 1.30 pagi sampai la kami di Beijing.
sampai2 je disambut dgn permaidani yg berwarna putih.nampak tak nampak tak???
suhu waktu ni adalah -10... oh ya ini bukan suhu yg paling rendah yer. sepanjang kami di Beijing, rata2 suhunya adalah -15. bayangkan... walaupun ini bukan kali pertama, aku tetap jakun. biarlah org nak kata aku kampung ke apa.lantak lah :) terlebih excited kekdahnya. sampai lupa nak sarung winter jacket. maklumlah dari ats lg dah nampak permukaan bumi diliputi salji. org dok sibuk transform tukar uniform , pakat2 jadi penguin aku rileks je. lastly keluar2 pintu kapal, menggigil la haku... bayangkan aku pakai sandal je dr kl. nyaris nak terjatuh tergolek sbb licin. oh seksa ye bila jln ats snow ni. bayangkan kalu jln ats ais camne...sama la kesnya... licin o... procedure melepasi imegresen sama mcm negara2 lain. tp tunggu nanti ko nak balik ke negara asal...detail gila sampai hangin kami laki bini.... kabel tuk charging pun dia check.pelik betul. ok stop bebel...
tengok, rupa cam org baru balik shopping je. beg2 tu penuh dgn winter jacket je pun. bayangkan masa balik nanti berapa beg yg akan beranak tuk letak barang shopping
disebabkan kami sampai awal pagi, dan time tu subway tak beroperasi lagi, makanya.. kami rehat2 saja di epot... makan segala... chatting2 sampai pukul 6. ha lama kan chatting... bukan chatting... mengutuk ada la. bukan aku. en suami la... sejak pijak je kaki di beijing en suami tak puas hati dgn sistem di epot tu. bayangkan ye, kami di angkut ke terminal yg satu lagi dgn menaiki bas (waiting time ada kat 10 minit kot, sbb dia tunggu org penuh br bas bergerak ke terminal satu lagi) berdiri dgn sgt sesak cam sardin tin... no train at that time... aku pun pd mulanya cam terkejut gak. sbb setahu aku china ni sistem dia setanding dgn negara maju lain... tapi... takpe la simpan je dlm hati... tp tidak en suami. en suami punya la dok compare dgn sistem kat incheon airport. sabar je la... incheon epot mmg taleh nak kata apa la... dlm airport pun ada train sendiri... serba serbi canggih manggih. aku try sedapkan hati dia mungkin satu hari nanti ada train utk angkut passenger dr perut kapal terus ke building.. pok pek pok pek sampai pukul 6 camtu, kami pun mula beredar dari epot
dari epot ke town, kami naik airport express train
tak perlu risau sesat ke apa, signboard sana sini. mmg friendly... pegi je ke B2 terus.... sampai kat kaunter bayar 25 yuan / per ( RM 13 camtu, nak mudah bahagi dua jerp ) yg bagusnya, ha yang ni aku puji... nak masuk subway di beijing mcm nak naik kapal terbang sbb kene scan beg segala. brg2 yg boleh meletup, tajam2 sume tak boleh bawa yaw... ok bersambung...
tips : the train will start operation on 6.25 am, and last train from beijing airport is 11.10 pm
baca cerita beijing eka,terimbas kembali kenangan akak ke beijing dulu..hehe..
ReplyDeleteseronok sgt..
sambung cepat eka....... ;p
ReplyDeleteMak aiii sejuk tu..mujur standby baju sejuk bnyk2..teringin nk merasa salji kt negara org.bila yer???nk kena kumpul duit dulu ni..nnt nk g bleh mintk tunjuk ajar eka..heee
ReplyDeletebestnya..cepat sambung tak sabor dh nie..
ReplyDelete