Wednesday 23 January 2013

salam maulidurasul

habis la ranap kereta berhias ni bila 2 gergasi menempek di atasnya.



salam maulidurasul. semoga kita semua terus menjadikan sunnah dan ajaran baginda sebagai amalan dan pedoman hidup kita.. tahun ini merupakan tahun ke-5 aku menyambut maulidurasul di Bintulu. seperti tahun2 biasa,  sambutan yg dijalankan sangat meriah... Perarakan akan dilakukan bagi setiap jabatan samada jabatan kerajaan mahupun swasta. Selain itu setiap jabatan dikehendaki melibatkan diri dalam pertandingan sepanduk. Ceramah yang diberikan juga penuh manfaat.





cuba tengok....apa perbezaan dulu dengan sekarang, yg sebelah kanan ni gambar tahun 2010.paling ketara tudung tu lah. selekeh sungguh. lama tak tonjet gitu...yg kedua...gmbr kanan tu masih mood pengantin baru uols... :) muka pun berseri2 lagi.aisehhh.. siap budak dua org tu pgg bunga manggar lagi.tak puas jd raja sehari kot... :) perbezaan yg ketiga... ? malas ckp ah... tensi !



ok.. ni semua gambar sekitar perarakan. cantik je. semua berbaju kurung, warna warni cam waktu raya pulak





pagi2 kalut siapkan budak2 ni



ni pulak geng cikgu cikgi...



YA ALLAH.. gomuk nya aku di sisi mereka. ayat sedapkan hati : mesti sbb cara pemakaian tudung tu.. tudung tu mmg membuatkan pipi aku tersembul dari paksinya.ala tudung yg  melekap terus ke dahi tu.




KELEBIHAN BERSELAWAT :) 




1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)



2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.



3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita. 



4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh. 



5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah. 



6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 



7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain. 



Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi. 



9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya. 



10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat. 



11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain. 



12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 



13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 



14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup. 



15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana. 



16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah. 



17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya. 



18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan. 



19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah. 



20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW. 



21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari. 



22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang. 



23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya. 



24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya. 



25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain. 



26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya. 



27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib. 



28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan. 



29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim. 



30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani





rujukan di sini 



p/s : semua gambar kelabu hasap ni adalah belas ikhsan dari hp cabuk ku. en somi maleh bawa dslr. ha tu la aku bebel kat dia. hangat2 tahi ayam je... skang ni tersadai kat umah.takde nak beriya sgt dah.syg je. dah la nikon + canon tu dah nak sama dgn hantaran aku. tkalu masuk lense... errr pitam... apa2 pun kene WASATIYYAH. oh ya tema maulidurasul tahun ini adalah WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH

8 comments:

  1. gambar yang tahun 2010 tu macam budak sekolah nak balik hostel jer...pastukan knp gambar dgn budak2 mcm gigi kak eka takde....??? pastu gmbr ramai2 tu, akak paling cun...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. adeh.. kata2 mu ini membuatkan akak tersenyum
      1- gmbr 2010, cam budak2 yg curi2 dating waktu outing kan
      2- gmbr dgn budak2... lupa pakai gigi pelesu kot.adeh lawak la nurul ni
      3- ala gmbr tu buat2 cun je tu

      Delete
  2. haha takpe gemuk sebab bahagia :p

    salam maulidur rasul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan.. janjo hati senang.... salam maulidur rasul juga

      Delete
  3. nadia pon hangat2 taik ayam eka.
    dsrl perammmm je dalam rumah. senang tangkap gambar dengan hp je kann :p

    ReplyDelete
  4. tu la pasal nadia.susah kot nak kulu kilir dgn kamera godang tu.. koser koser.walhal, bukan eka yg bawa pun.en somi yg bawa..ehehhe

    ReplyDelete
  5. Kat sini ade jugak perarakan tu eka............. Ida pun tak suka pakai tudung melekapp gitu, nampak aiols pnya pipi taw uols.... ahahahahaa

    ReplyDelete