psttttt... ada satu benda nak share... jgn gelakkan ae... malu taw. tp perlu, mana tau leh jadikan rujukan org lain jugak... walaupun ni tahun ke-2 jadi isteri org...tp aku masih confuse2...disebabkan itu juga aku batalkan projek mega smlm...hehehe gatai. almaklumlah, skang masa aku bertelur.mana tau ada rezeki kan... usaha saja. tahun lepas rasanya ada juga 'projek mega' di bulan puasa ...tp sedikit terbatas... sbb maleh nak mandi mlm2...sejuk...penakut air. so thn ni terpaksa gugel mengugel cari berkaitan isu yg sama... terpaksa letak kat blog. nanti leh refer sini balik... kitorang ni cpt lupa...ni aku kopipes balik je...layannnnnn
Jika bersetubuh pada malamnya dan mandi wajib dipagi hari (kerana tertidur), adakah sah puasanya?
JAWAPAN
Puasa bagi orang yang terlibat dalam kedua-dua soalan di atas adalah sah sekiranya ia telah berniat untuk puasa di malam hari sebelum azan Subuh.
Kesohihan puasa orang yang belum mandi wajib ini adalah berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku kepada Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan iaitu :-
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ
Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )
Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.
Ummu Salamah menjawab :-
كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )
Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 ) . Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yang paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )
Tetapi ingat, jangan hanya sibuk bertanya hukum puasa sahaja, jangan lupa wajib mandi sebelum tamat waktu Subuh kerana anda perlu solat Fardhu Subuh.
maknanya, mlm ni leh la teruskan projek mega ni... ehehehhehe....gataiii....igt, sah ye kalu mandi waktu subuh dapat dari sini
dear eka, zana dh pernah tanya hal ni dekat ustaz jugak masa puasa thn lepas.. maklumlah masa tu baru 3 minggu kahwin dah berpuasa.. so mood pengantin baru lagi kan.. hihihihi.. so faham2 jer lah..
ReplyDeletetp bila dh dpt penjelasan tu, barulah zana faham.. mmg puasa tu sah cuma kita kena make sure mandi sebelum tamat waktu solat subuh..
tgh subur yer.. so harap ada rezeki yg baik utk eka & husband nnti..
err.. akak still ragu2 bab ni.
ReplyDeleteso, langkah selamat adalah before sahur mandiii.... hihihi.
tp bln puasa ni masih lum ada projek mega kerana akak sudah kecundang puasa 6 ari (termasuk reni). sobsss :(
he he he,,
ReplyDeleteeka................
pose nie......
projek mega tetap projek mega
ehmmm hopely kali nie dapat hasil..aminnn
ReplyDeleteTapikan sis kalu saya, bangun nak sahur tu saya mandi la..tapi time tak hujan ok la, air xbrp nak sejuk tapi kalu time hujan, air dh macam air batu, nak tak nak kne mandi jgk la...
tapi kadang2 tu sebelum tdo pun saya mandi jgk sebab sejuk nak mandi pagi2..
kalau period kita kering sebelom subuh pon tapi masa nak sembahyang subuh baru mandi pon kira sah puasa :)
ReplyDeletehurm....en asben pon ade ckp mcm tu jugak...tp kalau rasa was was...better buat before nak subuh le mandinya....
ReplyDeleteoooo..projek mega ye..? hehe teruskan projek mega cikgu tu ye..hrp2 berhasil la hendaknya..aminn..
ReplyDelete**sy puasa zahir batin..hihi
Info menarik ! BEST!! Nak mintak izin nk share kat blog ida bolehhh ??
ReplyDeleteboleh eida...amik je....pengetahuan bersama
ReplyDeleteselamat berjaya :)
ReplyDeletebagus la eika share ni...wiyah pon tertanya2 gak,,yey dah dpt jawapan!! hehe harap2 berhasil yer eka..mggu dpn turn wiyah plak bertelur heheh
ReplyDeleteoh gitu..kadang2 rasa malas nak bersama sebab malas 'mandi'...Lina ni dah lama tak kira waktu subur..
ReplyDeletethanks for sharing eka..good info for us.. haritu segan silu sy nak tnya kat mak. sib baik mak phm. mak pun kata sah puasa bila mandi wajib selepas wktuh subuh tapi lebih baik sblum wktu subuh sbb kan nak smyang subuh..hehehe
ReplyDeletePape nnt share la ye :)
ReplyDelete