Monday 22 August 2011

kalau ini ramadhan yg terakhir :(

sedar tak sedar, ramadhan dah sampai ke penghujungnya... alhamdulilah diberikan peluang sekali lagi untuk menunaikan ibadahNYA..cuma cukupkah bekalan yg aku perolehi... bila ditilik, masih banyak yang perlu dibaiki... jadi dalam beberapa hari sahaja lagi, marilah kita sama2 menghayati ramadhan yg sebenar...gunakan sebaiknya bulan yang penuh keberkatan ini, insyaallah...


Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini.. 



ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR……


4 comments:

  1. sebak.

    setahun lagi kita tatau apakah kita bertemu atau tidak dgn Ramadhan.
    Apa pun, moga kita dipanjangkan usia dan ditetapkan iman, dan dpt mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah :)

    ReplyDelete
  2. nice post!

    berdoalah agar masih ada peluang ramdhan akan dtg..subhanallah

    ReplyDelete
  3. hm..terawih Lina ni pun lompong2 apatah lagi nak qiyamulail..rasa tak cukup amal ibadat ni sbb asyik sibuk dengan dunia..

    ReplyDelete