Saturday, 12 May 2012

HARAM SAMBUT HARI IBU

mengikut kebiasaannya... setiap tahun mmg aku sambut hari ibu.walaupun dok jauh ni aku akan bg something kat mama. kalu sempat aku pos kan, kalu tak, aku kirim duit suh la beli kek secret recipe ke, BR ke apa... sian kan. pengalaman paling manis masa 5 tahun lepas, masa mula2 aku keje... sebelum jadi cikgu... masa tu takde apa2 komitmen kan... so aku bg rantai tangan emas. sampai skang dia pakai.walupun rantai tangan tu kecik je... tak sebesar mami jarum... nanges dia kat kedai tu... sbb aku suh dia pilih utk diri sendiri

tahun ni, aku dpt info HARAM sambut hari ibu. so dari minggu lepas aku dah bg tau mama, thn ni dan seterusnya kita tayah sambut dah, bukan apa aku takut mama ternanti2, kang terasa pulak... kata aku tak igt kat dia dah... 


hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars.

Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda : “Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka”



Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu. 

saya saaaaaaaaaaaaaayang ibu saya

 

rindu nak jumpa mama... insyaallah 13 hari lagi... sama tak???


ni favourite mama, tetiap minggu mesti dating dgn abah kat TF, gambar ni aku amik kat fb abah td


ini budak aaa... langsung tak kasi chance aku manja2 dgn mama aku taw...eiiiii geram




jom baca ni, sekadar selingan... kadang2 kita tak sedar, kita telah melukai hati kecil si ibu


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

Tetapi

» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai akalnya”.
» Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga



sedih kan tgk gmbr ni, nak nages rasa...

9 comments:

  1. iyer..hari ibu adalah hari hari..bukan ada hari yg khas2 sahaja... :D

    ReplyDelete
  2. Alamak, haram ke eka? Baru tahu...

    ReplyDelete
  3. comelnya mak eka.... hu3...
    tersentuh dgn kata2 dibawah...

    ReplyDelete
  4. kak eka 13 hari lagi?? wahhh bestnya..kami raya nanti baru balik huhuhu lambat lagi tu, tu pun belum tentu balik raya, ermmm kalau raya tak balik hujung tahun pulak ler...

    ReplyDelete
  5. oh mennn...haram kan Eka, saya pun baru tau..tskk..
    tapi hari2 sy akan call mak sy..hari2 hari mak buat sy...:)

    ReplyDelete
  6. 13 hari lg dpt poluk2 msk ya eka....bestnyaa

    ReplyDelete
  7. saya nak share artikel ni: http://keretamayat.blogspot.com/2012/05/hari-ibu-haram.html

    ReplyDelete
  8. Kene jaga hati mak lebih ni Eka...coz, mak kite ni cepat sensitif, di usia mereka, mmg kene akan cuba utk tidak kecil hati, tapi kenkadang kite rasa bersalah sgt2...kalo tak dpt buat ape yg mak kite harapkan dari kita... kenkadang rase nak menangis.. sebab bile kite dah jadi isteri, masa utk bersama mereka, agak terbatas... mmg kite harap sgt dpt bersama mak sentiasa...
    kalo boleh kite nak peluk mak kite hari2..selagi mereka masih ada....

    ReplyDelete
  9. eka, zana rasa sedih baca selingan kat bawah tu.. serius rasa sebak... nnti nak share la kata2 tu.. boleh kan?

    ReplyDelete