Sunday, 10 June 2012

apa yang busy sgt ni???

ha.. awat yang kalut sgt
habaq mai
dari entry sebelum ni lagi dok cakap busy, busy...
dok bt apa???
ok benda yg jadi big issue sgt tuh adalah lampu,
dari mula cuti sampai nak naik flight
asik la dok tgk2 lampu
susah ok nak cari yg betul2 menawan hati kalbu
tp ada gak benda2 lain yg kene setle


1. GERAN KERETA


ni benda yang paling2 penting aku perlu buat...ari senin tu, mingu pertama cuti kami laki bini uruskan benda ni la... actually duit kete dah abes bayar dari bulan lepas lagi...patutnya aku terus amik geran kat bank n pindah hak kat JPJ.tp dah kami kat sarawak, jadi aku gunakan masa balik kampung la tuk uruskan semua benda...kerete ni pandai kan... dah masuk 5 tahun, agak2 dah abes bayar dia bt perangai kan..balik kali ni dah pandai nak bunyi ek ok ek ok dah aku dengar.ke dia penat kene kuda selama 2 minggu non stop.selama ni dok rumah je.bila tuan dia balik. lunyai dikerjakannya...
status : setle !!!

 2. GAZEBO/PERGOLA

seperti yang aku ckp sebelum ni, aku suka benar dgn gazebo/pergola... mmg angan2 aku kalu boleh nak letak gazebo kecik kat laman secoet ni. jadi, aku pun usahakan perkara yg satu ni... mula dgn angan2 je ni, pastu ukur baju di badan sendiri, kalu ikutkan aku nak camni


 ada 2 layer atapnya... tp kamu tau bape harganya... kat 12k??? percaya atau tak? terserah...

haruslah aku tak mampu utk keluarkan nilai sebanyak itu..dari satu kedai melompat ke satu kedai kami survey...ada yg aku call sendiri, nombor dpt dari internet.dari yg 10k sampai la 3k. rata2 harga yg diberikan paling rendah adalah 3.6k.aku tak terkejut sbb sebelum ni mmg aku ada study harga dia mmg dalam range tu je.depends on size n ukiran yg kita nak.makin besar/complicated, makin mahal la iya...kayu skang kan mahal uolss. pastu yg sesuai dgn aku yg budget rendah ni cenggini jer lebih kurang. cuma ukiran kat bumbung nya lain sket. nak jimat kos punya pasal aku request 2 penyandar je. makin byk pakai kayu, makin mahal taw


  saiz 4 x 6, rege? kat mana aku amik? 


akn ku cerita kemudian, biar aku tgk hasilnya camne, baru boleh rekemen pada korang semua kan... dijangkakan pondok aku ni siap sebelum puasa.deposit dah bayar...separuh lagi lepas siap semuanya baru bayar perabih...


3.LANDSKAP

dah ada gazebo, kan best kalu dihiasi dgn rumput hijau, pegi la kami sekeluarga ke kedai pokok. buat pengetahuan, ini adalah 1st time aku masuk nursery dan kenal pasu2 bunga. rumah aku sebelum ni cam padang jarak padang tekukur... tanah kering kegersangan camni...




beli la sebatang dua pokok... bab pokok ni pun aku dpt ilham masa berenti kat rumah rehat juru itu hari...harap pokok aku sihat camtu la... skang ni aku takde mama abh je la jaga...cupp nak tanya, pokok bonsai ( ke bongsai) kene siram hari2 tak. risau sgt.setahu aku tgn aku ni, bukan jenis tgn hijau..aku tanam kaktus tak penah nya hidup... nyampah... g survey byk kedai gak sbb nak dpt rege murah punya pasai.. again... saya ni nak umah lawa tp budget kecik. tak sedar diri... actually survey2 ni yg makan masa.kalu g kedai terus beli, ok... actually aku beli, bukan setakat pokok je...




aku beli la juga river n stepping stone tu... konon2nya turun dari gazebo terus pijak batu2 tu la.eheheh...verangan kan... stepping stone tu aku dpt rege rm 12 sebatang (aaa sebatang ? ke sebilah? ) dan river stone batu putih tu, aku dpt rm 18 utk 20kg.banyak gile kan... baja ke tanah organik tah ... sepaket sama besar dgn beras 20 kg tu baru rm8. kagum aku..murah amat ke mmg harganya camtu.pastu tanam rumput hijau pulak ats tanah organik tu.rumput ni dpt sponsor dari jiran. dia keje kat padang golf, jadi dia berikan pada kami....save budget...dia sendiri yg offer taw...terima kasih jiran !!! aku harap pasni cuti raya tanah hitam tu dipenuhi dgn rumput carpet camni la.


ohsem !!!


4.WATER FOUNTAIN

ini pun, awalnya aku tak sangka secepat ini akan ku upah org buat. sbb byk nak pakai duit kan.uols paham la duit reno rumah dah sekian. tapi aku dah terpengaruh dgn hasutan tokey kedai pokok tadi... huhuuh... asalnya aku nak sgt kolam ikan yg atsnya ada jambatan tak pun ala2 camni.






bior gazebo tu terapung ats air.. bila bincang dgn tokey nya, dia gi umah tgk keluasan tapak projek :) ...then design utk aku, dia kata rumah aku tak sesuai utk buat camtu. makan ruang.. boleh buat tapi aku terpaksa korbankan rumput hijau aku tu..oh no no no... setelah buat pertimbangan berhari2, bincang dgn ahli kuarga. sume nak rumput hijau...maka keputusannya adalah.... kami perlukan rumput hijau lebih dari kolam ikan. tp jauh di sudut hati aku, aku rasa sgt tenang bila dengar bunyi air, jadi utk puaskan hati, aku plan nak bt air pancut kecik je. ni pun satu hal, asalnya aku nak camni. bali style... tp dah dia kata makan ruang...

 tak dpt la.. bwerkk !!!

cantik kan

 camni pun best...

pahtu nak tau aku pilih air pancut camne...


simple gile.kecik je camni.huakaka...gasak la!!!




masa aku masuk pejabat tokey ni, aku nampak dia nya sijil2 n qualification dia sume berkaitan dgn exterior designer. rupanya dia ni bukan calang2. masa dia bg name kad kat aku, aku tgk jawatannya adalah landscape consultant. selama ni, aku igt dia tukang kebun biasa jerp... patut la dia tau apa yg sesuai utk rumah aku. utk kolam ni pun dia janji bulan 7 nanti baru siap...aku cuma bayar deposit je, lagi setengah aku kene bank in...hmmm


5.LAMPU




bagi aku bukan senang tau nak cari lampu. naknya dpt aku yg jenis cerewet. gi ramai2(1 famili) , tp persetujuan mesti dicapai dari big bos (aku letew). abah aku yg ckp aku big bos.sbb aku antara yg paling cerewet...abeh kalu ikut en somi, lampu gini nak diletaknya kat porch...mau aku tak ngamuk

lampu gini bukan ke salu letak kat dining area. betulkan aku kalu silap ye, aku pun tak pandai sgt



pastu, abah ckp kontraktor nak bagi lampu dragon ball ni kat setiap tiang pagar... whoaa namo namo

aku sanggup keluarkan duit beli lampu tiang yg lebih kurang cenggini

actually aku dgn en somi berkenan gak lampu ala jepun camni

tp kang jadi caca merba pulak, sbb lampu dinding kat porch aku guna camni


kang english style VS jepun style pulak... nasib la lampu rumah yg sedia ada pakai down light kalu tak jenuh gak nak beli... cuma beli satu je utk letak kat bilik baru n lampu tido bilik aku... ehem ehemmm :) lampu kat living n dining area nanti2 la pulak tunggu rumah tersusun sket. yg luar ni saja pun amik masa kat 2 minggu...sori yer aku tak sempat nak snap gambar2 lampu yg dibeli.sume ni aku amik dari google...balik umah mmg terus tido.tak sempat buat apa2.



6. WEDDING INVITATION

dah namanya cuti sekolah, sana sini la kenduri kawen.tp aku suka je...dpt makan nasi minyak...byk gile sekali makan.naknya zaman skang kan buffet... sendukkan makanan sendiri...penuh la aku letak makanan... sampai ada kes cherry berry terlebih makan ke apa tah la

 ada ke patut budak kuat makan ni dikatanya budak thn 4...tak patut tak patut


 cantik kan pelamin k.ida


 actually k.ida ni teman sekapai aku masa posting ke sarawak dulu ni


tp ats sebab tertentu dia dpt balik semenanjung dah...syok kan !!!


7.KASUT

tak tau la kenapa sejak dua menjak ni susah betul aku nak cari kasut.salah peniagakah??? atau supplier??? ke orang cam aku ni yang makin pupus??? maka supplier perbanyakkan kasut saiz besar2 aje.. jadi spesis2 aku tak dpt nak bergaya. asyik la pakai kasut kanak2. marah betul aku... bila berkenan gile dgn satu2 kasut tu, masalah saiz mesti timbul... dari thn lepas lagi aku perhatikan...kasut aku makin berkurang sbb tu aku nak ganti balik warna2 yang takde tu. lastly gi vincci je la..vincci nya saiz 4 je yg betul2 fit dgn kaki aku...yg lain erggghhh kata saiz 4 tp tak muat punnn...tipu ea?


tgk.... byk yg dah rosak


kang g beli kasut kat kedai siam tu baru tau... ha yg tu sesuai dgn aku.tp nya, tapak dia mudah haus.tu aku tak berkenan...pakai kejap je dah haus...asyik la licin bila berjalan.


8.TV BACKDROP/PANEL

"zaman skang org tak pakai dah almari antik camni letak kat muzium bilik je..."


 adoyai terngiang2 lagi si mulut laser itu bersuara.... mesti kecik hati abh kalu dengar statement ni...beysa la uols masa zaman2 mak kita kan derang mmg suka beli almari tv cenggini. kalu la  derangciter canne susahnya nak dapat lemari cenggini sebiji mesti ko nanges berbaldi2. bukan murah tau. jenuh abh aku menabung nak dpt sebiji pun... tup2 ko ckp camtu...sabar je la... tp tu la kene terima hakikat...zaman cpt berubah...dan tak mustahil , 30 thn akn dtg camni yg org gilakan...who knows...tau tak siapa yg bermulut laser tu ckp. ha ni aku nak citer... aku ni minat yg jenis simple2 gini.jadi aku cari la kedai yg leh bt backdrop tv tu





masalah skang raknya mana nak dpt. dina ada suggest cari kat courts, tp tak sempat lak terjah... kang backdrop tv dah siap...raknya tak siap2 lagi...canne nak letak astro segala???



9. KITCHEN CABINET

yang ni lagi best...dalam dok berangan2, tgk dlm entry ni ...dalam dok korek2 tabung.kira saki baki duit yg ada tiba2 cam confirm je en somi nak bt... hm ntah la... kalu ada rezki dpt la. walhal nak survey utk tv kabinet... duit deposit pun dia dah bg... deposit tu cam upah utk org tu design bt dapur la...tp drawing nya lom dpt...org tu tgh design kot.kalu jadi bt camni kan best...tido tak lena aku..





10.MAKAN

Ha part ni mmg takleh nak lari la...asyik makan je,seme benda yg takde kat bintulu ni aku terjah


pizza hut. pelik kat sini nape takde jual benda alah ni,sekali amkan dua sekali aku amik

mekdi, harus serba satu chicken porridge, mc dulexe, apple pie. ralat tak dpt rasa horlic tu. lupa!


laksa penang

famos amos


baskin robbins


tutti frutti

char ko teow

11. IRON

eh kata nak bt sampai 10 je.ok janji ni last...no 11 kami dok survey iron. en somi dok gaduh aku salu rosakkan baju dia, so dia beli iron ni dgn harapan aku tak hangitkan baju dia lagi.ngeeeeee. sampai je bintulu dia terus pasang benda alah ni




cam biasa yg makan masa tu sbb kami dok survey sana sini...nak yg terbaik tp murah...canne??? sgt la mengada2



ok rasanya yg tu je la yg lain2 tu leh settle dalam satu hari...



4 comments:

  1. amboi tu diaaa...sampai 11 benda yg nk disetelkan yg nmpak bz sgt2 ye Eka...:)

    ReplyDelete
  2. kak eka kita sama lah tangan tanam tak menjadi kekeke dulu masa spm amik sains pertanian, tanam pokok tak hidup nasib tak fail projek kakakkak
    dayah dapt rasa kebzan kak eka, dayah pun kalau balik kg cuti mcm nie jugak kelamkabut semua nk buat segera....
    eh iron yang wap tu pun dayah nk jugak amat sesuai untuk orang yang malas nie kekekek

    ReplyDelete
  3. eka nnt jgn lupa review pasal iron tu ye :P

    ReplyDelete