ni pintu masuk. lucky aku simpan sume gmbr yg aku request
dan ni pagar tepinya
seboleh2nya aku nak yg simple. takmo cam pagar dulu dah, ubah selera pulak... pastu, masa balik itu hari, dia kata, harga kene tambah sket kalu nak
dpt pagar cam ats nun. ok aku kata, aku setuju, asalkan aku dpt apa yang
aku nak. tup2 pagi tadi abh tunjuk pagar umah camni.. memang berasap la aku
korang nampak tak perbezaan pagar ats dgn yang bawah, design n material totally diff
ni aku kasi zom lagi. dayang senandung la pulak nyer
skang ni mcm mana???? perlu kah aku
A- hold duit balance 2.5k dia tu <-- ni duit yg dia suh tambah kemudian tu. ikutkan aku dah byr 98 peratus pun, sbb dia ngadu takde modal.k fine.aku malas nak berkira sgt
B- suruh dia tanggalkan pagar tu semula, dan buat ikut kehendak customer aka aku la tu
C- cari org lain tuk sambung buat rumah
mungkin bagi sesetengah pihak. ala lebih kurang la tu. cerewet sgt. ye mmg aku tak nafikan mmg aku cerewet bab2 ni... naknya bahagian exterior, dari luar lagi dah namapak. plus bagi aku benda ni bukan murah taw , jenuh menabung, sorok duit bawah bantal seme nak bt pagar pun, dan sekali buat biarlah puas hati... tadi masa perhimpunan GB dok kalut berucap, aku pun kalut tefon pakcik ni. aku slow talk la dgn dia. cakap nape ye camtu jadinya. aku minta cam lain.. dia bagi yang lain... boleh dia kata 'yang macam aku request tu takde pulak !!' abes tu kenapa perlu tambah 2.5k...oh itu bukan persoalannya.persoalannya kenapa? takleh bincang ke? bg tau je la kat aku/abah/mama. 'kak, yang ni dah takde, boleh pilih yang lain tak?' susah sgt ke. tak pun bawa parent aku gi jumpa supplier design mana yg available lagi...hisshhh. marah betul la aku. sumpah aku rasa cam nak terbang balik semenanjung je ketika ini.
dari pagar cam ats tu,baik pagar cenggini
mood sedih + moody sume ada :(
Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi daripada penjual apabila barang atau perkhidmatan yang dibeli:
- tidak menepati sukatan atau kuantiti yan dinyatakan
- mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan
- tidak mempunyai mutu seperti yang diiklankan
- melebihi tarikh luput guna atau berada dalam keadaan yang tidak memuaskan
- berlaku kemalangan atau kecederaan akibat maklumat yang salah tentang sesuatu barang yang digunakan.
Antara undang-undang yang memberi hak kepada
pengguna untuk menuntut ganti rugi:
- Akta Jualan Barang-barang 1957
- Akta Kontrak 1974
- Akta Insurans 1963 (pindaan 1983)
isk2! jauh beno rupe dia dengan rupe yg Eka minta, sabar je la... pe tindakan Eka skrg?
ReplyDeletesaman je la kalo boleh saman... tak patot la, janji kemain, skrg, bikin lain lak! saya pun marah!
Eka, jauh sangat perbezaannya. Duit suruh tambah pulak. Better eka suruh dia cabut balik, dan cari design serupa macam eka nak.. baru sedap sikit nak tambah duit. Kalau dia taknak? Ugut je cari tukang rumah yang baru.. gerenti dia takut! Ni semua kes dia tengok eka macam ikut je kehendak dia kan... Tu yang die naik minyakkk... grrrrrr !!
ReplyDeleteishh tak sama langsung.. tue laa kalu org melayu camnie laa... sue pilih B
ReplyDeleteEka,
ReplyDeleteMasa sy masuk rumah kitaorg ada problem dgn kitchen cabinet. Table top mmg sgt tak puas hati. Kitaorg pun smpi nak cari kontraktor lain buat. memikirkan dah bayar kat dia 40% (jumlah agak besar)..so kitaorg push jugak nak spt yang kitaorg nak. Kita listkan satu2 apa yang kitaorg tak puas hati. Suh dia baiki apa yang kitaorg tak puas hati. At the end, dia buat jugak la spt yang kitaorg nak...
Mmg boleh lantik kontraktor lain utk buat..tapi ia akan meningkatkan kos kita. Syok la dia dpt duit kita..keje tak semenggah.
Lagi 1, seblm dia pasang sesuatu..make sure kita verify benda tu sama tak dgn apa yang kita nak. Sbb bila dah siap pasang susah nak tanggal.. Just boleh share apa yang pernah dialami jer..
kalau i la~ i mintak dye ganti balik macam yg i nak...kalau x, boleh report kat tribunal pengguna
ReplyDeletekalau noora konfem noora suh dia bukak and pasang baru..ape nak tambah2...janji mcm ne jadi mcm ne...hmmmm...hari tu rumah abah mentua noora pun bnyk jadi kes mcm ni,tapi nasibla kitorang dok dekat,salah sket je sound,dan yang pasti eka jangan bayar habis...hold dulu..ishh geram!
ReplyDeleteemme : idok le sampai saman menyaman kot...i ni tak bape nak kaya...tak mampu nak bayar upah loyer pun
ReplyDeleteeida : mmg jauh beza pun.eka tak tau la dia tgk guna pancaindera yg mana... tu ar pasal eka terlampau ikut sgt.suh tambah duit, tambah... sekali hasilnya tak seberapa
su : tu la ayat yg akak salu dengar.tp abh tu sian. jirannya pasal.dia pulak asik la dok tanya.tu yg terpaksa bt dgn dia.
honeylily : gud idea... report kat tribunal je kan. tp dia tu tah ada lesen ke tak tu,
cik puan tipah : ye tak ye juga kan.dah byk kita melabur dgn dia.sonok ar dia camtu...cam eka ni balance tinggal 2.5 k je.dari rege asal berpuluh2 tu...vongox tol. masalahnya yang dia suka bt keputusan sendiri. dah takde ko bagi tau la dulu. bukan terus asang.tanya kita dulu, utk pilih design lain...parent eka pulak bukan sokmo ada kat umah tu..amik kesempatan la dia.patut la lambat kemain dia nak pasang pagar,rupanya sbb ni kot
thanx noora sbb memahami...mmg geram...hanya org yg penah rasa je akan paham kan?eka pun nak hold dulu duit tu... lantakkk
ReplyDeletesaya juga sangat cerewet! jangan bagi muka eka..betul ckp eka tu, instead of terus buat, die patut consult eka dulu..kalau dia bgtau dari awal maybe kite tak sakit hati sangat kan..ini dah siap then bagi alasan benda takde.mmg saje cari pasal ooo
ReplyDeleteeka, jauh beza sgt la yunk.. better mintak buat yg baru jer.. kalau hold duit tu, x dpt pulak design yg eka nak kan? so better suruh buat yg macam eka request.. tunjukkn bukti masa eka request tu.. eka jgn tmbh bayaran selagi diaorangx tukar k..
ReplyDeletekalau bab macam ni, mmg kita kena bersuara lebih kan.. nanti kita pulak yg nak pandang benda yg kita x suka setiap hari..
kalau dayah kan kak eka, dayah hold dulu duit tu dngn suh dia bukak balik mcm mana pun,jauh sangat lari nya, kalau tak bak buka balik mintka ganti rugi ja, suh dia bayar balik jumlah kerugian yang dia dah buat salah tu, kak eka kena tegas, bukan senang nk kumpul duit nak besarkan rumah...ish geram dayah ehheh
ReplyDeletenana : memang saja cari pasal...bukan tak boleh dibawa berbincang... agak2 la kalu nak unutng pun...dari zaman batu lagi kot style gini
ReplyDeletezana : tu la pasal zana. sbb benda nak pakai lama.bukan sehari dua.bengang toi. budak tadika pun dpt beza apa yg eka nak dgn yg dia bg.dah tau takde ckp awal2 bukan main pasang terus
dayah : tu la yg akak nak bt.suh buka juga2. dah call tadi... thanx dayah sbb memahami
thanx juga pada kawan2 di atas yg sgt2 memahami
Eka.. Klau kos bawah 25k, blh tuntut kat ttpm(kpdnkk). Byr rm5 je untuk bukak fail.
ReplyDeleteDia patut betgjawab atas kejernya.
anonymous : ala kalu lebih dari 25k pulak canne.takleh tuntut ea...adeh la
ReplyDeleteAja-aja fighting! Yang penting, hak kita sebagai pengguna.. Kita membeli untuk kepuasan diri kita.. Dah perabis banyak tapi tak puas, tak best juga kak! Penat tu himpun duit. Buat aduan! Tak pun, hold je RM2.5K tu...hehehe
ReplyDeletekalo lebih 25k tuntut kat mahkamah ler Eka..pakai peguam. Kalo kes bawah 25k dia trus ke Tribunal tu sbb lebih direct. tkde drag2 kes. kalo btul dia byk tak buat macam apa Eka buat, leh guna lawyer. Eka boleh mulakan dgn antar surat tak puas hati (sbb kalo mula nak buat legal action suppose mmg kena guna black n white). Ini sendiri pun buleh buat. Tak perlu guna lawyer. Bagi dia masa smpai 14 hari (contoh), utk buat balik apa Eka nak, then kalo dlm masa 14 hari tak buat gak, Eka dah leh start ngan legal action, cari legal firm utk hantar surat saman.
ReplyDeleteItu lah awal utk bukak kes yg tak guna tribunal.
betul2 guna kan kuasa kita sebagai pengguna..kalu dier tak nak bawa kes ke TTPM yang penting ader segala bukti @ atau pun dapatkan nasihat dari pihak TTPM dahulu mengenai situasi eka nie..
ReplyDeleteIshk..mana boleh lebih krg. We pay for it, then kita yg akn mengadap brthn2, tk bestla klau evryday kita pndg benda yg kita tk suka. So now, mmg kena prtimbangkn option a, b & c u tu.
ReplyDeletewaaa itu org betol2 bikin panas laa eka.. kalau ain, ain suruh dia cabot balik pagar tu.. pastu ain x bayar tambahan duit tuk pagar.. ain suruh settle semua.. pastu ain carik org lain, buat pagar sahaja.. kerja2 tukang dia yg x settle tu dia kena settle kan.. ni kalau ain ni.. mmg dah berkoyan hangin kat pakcik tuh.. mmg sgt hangin.. kalau dia xnak bg kerja sama cakap ajerk, kita laporkan kan pengguna.. gunakan kuasa yang ada..
ReplyDeletekak eka, baik akak tuntut kat tribunal.. plg max boleh tuntut 25k.. so, kak eka kira2 yang mana nak tuntut as long as tak exceed dari 25k.. jgn kira kos semua yg renovate, sebab tak semua yg kak eka tak puas ati kan...
ReplyDeletetapi mcm kak eka ckp, yg tukang tu jiran akak kan.. apapon bawa berbincang la dulu.. mungkin kak eka boleh slow talk, cakap nak tukar.. dan baki payment kak eka hold la dulu..
lagi satu, kak eka ada perjanjian hitam putih tak? dan make sure, lepas semua tu, minta resit setiap apa yg kak eka bayar..
satu nasihat saya.. lepas2 ni, even setakat baiki mesin basuh ke, baiki paip sekali pon, minta resit.. sebab dengan adanya resit tu, memang senang nak pergi tuntut kat tribunal..
oh ya, mcm mana kak eka bayar ek? online banking ke? kalau boleh kak eka print screen semua bukti2 pembayaran... kalau bayar cash, request resit.. dan semua payment pasal rumah, kak eka compile and put in 1 file..