Thursday, 12 January 2012

WINTER SONATA 7 : NAMI ISLAND l

masuk hari kedua sudah aku dan en somi berada di bumi sonata. kami nak bawa kamu semua ke... pulau nami...tak tau...??? isk isk isk...sapa yg tak tau cer khatam balik citer winter sonata. eh cup, perasan tak ada nami island 1 pulak, cam panjang je stori nami island ni... haruslah tmpt ni la paling aku nak pegi dlm byk2 tmpt di korea... mungkin penangan winter sonata tu memberi kesan yg mendalam pada diri ku. part 1 aku akan stori canne nak ke sana, part 2 pulak kita tempek gambar semata2, setuju? sebelum tu, aku nak korang hayati lagu ni. amik mood winter sonata beb.ngehehe



Saat ku merindukan dirimu
Jiwa meronta kau ku damba
Oh gerhanalah seluruh pancaindera

Ku hilang dalam memori cinta
Membakar seluruh jiwa raga
Hanya kau untukku
Kau tiada dua

Bagaikan siang tiada mentari
Bagai malam tiada cahaya purnama
Tanpamu tiada erti hidup berdua
Ke akhir masa kau ku cinta

Bagaikan syurga tanpa bidadari
Kau ibarat hembusan nafas terakhir
Pulanglah sayang usah kau berpaling
Di sini ku pasrah menanti

Dikau bak salju ditiup bayu
Kan rebah di pangkuan bumi
Ku yakini kasih
Restu Illahi


Ku doa kau hadir
Permaisuri mahligaiku
Hidup mati cinta kita bersama







 ok tempek sket gambar ni kot ada gaya yoo jin n jun sang kan ferasan retis korea pulak...piiiirah



kami gerak awl dari GH,kul 7 cenggitu. oh waktu siang di korea sgt2 aku hargai sbb tgh winter kan, so siang adalah kejap. plus lokasi nami island ni agak jauh.lebih kurang sejam lebih utk sampai ke sini...nami island ni kira di luar seoul la. oleh sbb itu, aku dapatkan khidmat org lain utk guide ke sana. keputusan sepakat ni dicapai masa kat mesia lagi. dapat dari goblog blog2 gak. kalu korg search kat tenet ramai je student kita yg belajar kat sana jadikan aktiviti ni as their part time.yg adik ni, leha namanya service mmg tip top la...kita leh request tmpt mana yg kita nak pegi... tak sama mcm travel agent, aku akan stori pasal ni dlm entry lain sapa nak contact number cakap...  aku di cas RM 600 selama 2 hari...mean hari kedua dan ketiga aku di korea senang lenang la, sbb semua org dah uruskan... hari selebihnya kami main area seoul je...main lompat2 subway... try n eror explore 'negara chpostik' ni.ngeeeee...





 berbekalkan banana milk, aku dan en somi terus ke subway di mana temujanji kami bersama leha... seb baik la senang je nak cam...mana tak nya, kat situ dia sorang je pakai tudung..hehehe...1st time jumpa cam malu2 gak...ehehe...tp pas2 tu ok la... ada 2 cara nak ke nami island

::: by shuttle bus  (line 5 > jongno 3 sam ga > exit 5 > jalan terus ke Jonggak > Tapgol Park > Pagoda Park di insadong. bas bertolak ke nami pada pukul 9.30 pagi, dan akan berlepas dari parking lot office nami island pada pukul 4.00 pm, kalu tak silap time balik ni mmg dah tetap kul 4. tambang bas = 15000 won ( return), dan naik feri ke nami island = 8000 won, so total adalah 23000, duit mesia dalam RM 69.


::: by subway + teksi. actually byk cara nak ke nami by subway, yg penting last stop adalah gapyeong, secara kasar kos naik subway + taxi + feri ke nami = RM 57 ( 7000 + 3700 + 8000= 19000 ) lebih kurang.tp jangan risau la...mmg takkan sesat punya, signboard sgt friendly. diingatkan, route metro subway berubah... later aku akan upload. the best way is tgk route kat dinding subway...confirm tak sesat... dari guesthouse, hyehwa station kami terus ke cheongyangni... pastu bila tgk route kat subway, rupanya kene terus ke hoegi, so kuar balik amik subway ke hoegi




hai ini kami bersama sarung tangan pink



ini persekitaran subway yg bersih, ada kedai juga


 ini subway yg bertajuk korail :)



ini dalam subway, ada map berlampu, so tayah risau terlepas tah mana2


ni pulak salji yg dah mula turun di bukit bukau, snap dr dlm subway, so tak clear sgt


ni pulak penjaja dlm subway jual stokin tgn.aku beli sbb sejuk melampau, yg kaler pink tu tak lut lg


ni pulak bodyguard yg dilantik khas...hehehe


ni pulak kat subway nak ke gapyeong


ehhh...bape byk 'ni pulak' daaaa... dari hoegi kami ke Mangu, dan terus ke Gapyeong. secara keseluruhan  inilah route kami ke nami island



dari hyehwa station (guesthouse) > cheongyangni > hoegi > Mangu > Gapyeong > exit 1


keluar je dari gapyeong station akan nampak macam dataran yg terbentang luas mcm dataran pahlawan...eh..? seberang je jalan besar tu, ada teksi yg menunggu, nampak tak yg kaler putih tu.tayah ckp apa2 pun dia dah tau, sbb rata2 org naik teksi ni utk ke nami island... tp kalu risau2 gak, ckp la NAMINARA REPUBLIC tak pun NAMISEUM. tayah dok cakap omputih panjang2, perabih aliyo jer


station gapyeong

naik teksi lebih kurang 5 minit... bayo guna duit je 3700 won (RM 12) per teksi, taleh pakai T money.... sbb takde tong nak swipe dia tuh :) sampai2 je kat nami, akan nampak cenggini


 berlatar belakangkan bukit/gunung yg dah start nak bersalji

pastu ada nampak zipwire, benda yg pjg blkg kitorang tu...


menda ni cam flying fox trs ke nami island. kira ada 2 cara la nak ke nami island ni, satu dgn bergayut2 kat tali tuh, satu lg naik feri...aku idok le...takut...tp en somi macam nak naik je mulanya. dia kan suka benda2 bergayut camtu...naik menatang ni kejap je sampai nami island, lebih kurang 3minit .takpe jgn risau kalu kabel tu putus, jatuh lam tasik tu je


harga 38000KRW terus sampai ke nami island

dari naik feri nak kene beratur... bla bla bla... tp suka je leh menghayati panaroma. alasan ! padahal tak mampu nak naik zip wire tuh.teheheh...ok, canne nak naik feri, terus je ke tmpt org ramai2 tu...mudah jo...takde tmpt lain dah


muka teruja bila dah sampai pulau cinta ni



mula2, g bayo duit sebanyak KRW 8000 (RM24) utk feri n tiket masuk nami


 yippie!!! dah dapat visa utk ke nami island


then masuk ikut pintu ni,tayah risau, immigration tu saja eksen je,takde dia check pasport sume tu


dia nak buat kononnya naminara republic ni negara lain la...padahal masih south korea lagi. mengikut sejarah naminara, nama ini diperoleh daripada seorang panglima perang Korea Selatan, Jeneral Nami yang gagah dan bijak. Disebabkan kebijaksannan dan pengaruh beliau, orang-orang istana kuatir dan risau jika suatu masa nanti, jeneral Nami akan memberontak dan mengambil alih kerajaan, maka beliau telah difitnah dan di hukum pancung semasa berumur 26 tahun pada tahun 1965. Mayat beliau telah disemadikan di pulau tersebut.tp aku tak perasan pulak mana satu kuburnya


ni masa atas feri, tak duduk pun. saja nak menghayati pemandangan luar. dlm 10 minit gak utk sampai ke nami island


tuh yg mulut muncung tu aku tak tau apa motip? mungkin dok main2 dgn asap la tu.jakun


ni masa ats feri, disebabkan puan ahjumma ni sgt comel, so jom kita bergambar togethergather


ok, nak tau tak sapa yg menjemput kami di pintu masuk nami island, nak tau tak tragedi pahit yg berlaku pada en somi? sampai skang berbekas.sian dia...sumenya kene tunggu next entry...sbb dah byk sgt gmbr ni...kang ada yg muak tgk gmbr kami ni...



tips : jgn beli sarung tangan yg dibuat dari mitten ke apa tah, yg berlubang2 tu. kalu boleh beli yg tebal, tak pun dr leather ke...baru tahan dgn cuaca sejuk


14 comments:

  1. Lawanya nami island.. baru sikit tu! Lagi lagi............

    ReplyDelete
  2. eka, xtau pn ada mcm flying fox tu. kalu tau kompom mau cuba! ktorg kna naik feri sumanya. choiiii... (ceh, mcm la berani sgt. hihi)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak bace next entry!! cepat2 sambung..

    hehe asek la suruh org update, blog sendiri dah bersawang da ;p

    ReplyDelete
  4. ermm bestnya pi pulau nami.. saya pun teringin nak ke sana (pulau cinta),harap2 termakbullah satu hari nanti..
    Anyway,salam kenal dari saya (wanie)..suka tgk gmbr awk di korea,cantik2 belaka..

    ReplyDelete
  5. Eka::

    tgk tajuk Entry ni kan, x igt pun winter sonata,
    tp..
    Ingat drama kat astro tahun lepas, mmg best cite tu, lakonan Elly Mazlin,mmg syok tgk gambar kat pulau nami dlm citer tu...

    ahh! bestnye...
    bilekah bole sampai kan...heheeeeee

    ReplyDelete
  6. wah..suke baca!
    lengkap info. kalau JD nk pegi, xyah pening2 carik info. guna blog eka pon da ok kan

    Thanks !

    lagi2..

    ReplyDelete
  7. fuh! puas Eka berjalan, girang saya melihatnye, heeee~ excited, bile nak sampai nami island nih...huuuu~

    ReplyDelete
  8. wah..lama akak xdtg sini.dh lepas ke korea dah dia hehe..kalau org tak tahu,mesti depa kata awak org sana dik ehehe..comel je =)

    ReplyDelete
  9. waaaaa...lamanya x jenguk eka!....dah ke korea rupanya!!!...jeles ok!...

    ReplyDelete
  10. salam, boleh mintak contact si leha tu... kami dah book tiket utk musim bunga nanti

    ReplyDelete
  11. salam, boleh share contact si leha tu... saya dah book tiket utk musim bunga nanti tp tak ambik pakej apa2 pun.. gamble gak nih

    ReplyDelete
  12. salam, boleh share contact si leha tu...

    ReplyDelete
  13. Try msg kat fb leha ni yer http://www.facebook.com/jericle?ref=ts&fref=ts

    ReplyDelete