Thursday, 19 January 2012

WINTER SONATA 8 : NAMI ISLAND II

PERINGATAN : entry ini sarat dengan gambar !!! dan sudah tentulah gambar kami berdua, so kalu takmo rasa buhsan leh pegi ke next entry. entry ni adalah sambungan dari sini. lama gila tertunggak


lebih kurang 10 minit, dalam feri, kami pun sampai



ni la muka depan Naminara Republic, disambut oleh bunga2 love yg segar bugar


kendian nampak gadis cun dekat dgn han river *fomfuanvogel*... kelas kau maria




nampak tak gadis blkg kami tu. itu lah nami maid statue, ada mitosnya. tapi aku tak tau detail sbb tak pandai baca hangul...  apa yg aku paham dia adalah mermaid yg menanti kekasih hatinya. sian kan... menunggu sampai keras kejung gitu


sapa tau apa yg kami tulis ????


biasa la di korea ni mmg byk sesi autograph....glemer ai


saranghaeyo oppa


sebelum mulakan perjalanan, baik kita atur jadual dulu...


walaupun pulau ni tak la sebesar langkawi, tp jenuh juga nak jalan

naknya dalam suhu yg sejuk camni, rasa cam nak dok dlm bilik je.tp rugi la dtg jauh2 dok dlm bilik je


pantang nampak heater mmg kami serbu terus


banyak sgt patung2 camni kat korea, harubang ke apa tah kenamanya

kalau tak silap ni kat cheongyeongwon garden



rasa ralat gak, sbb takde snow...kalu tak baru betul winter sonata



sapa tau ni kat mana



sapa yang fanatik dgn Kdrama,

kalu tak tau mmg nak kena la

ni la tmpt winter sonata .... 1st kiss

ada bran???? agaagaga...aku sendiri pun rasa cam nak gelak tgk gmbr ni. bwerk!


oh itu adalah menara buku.. disusun susun buku tu sampai la jadi cenggini

tak sah kalu ke nami tak naik beskal kan. konon2 cam retis korea la tu...ceh


ada macam2 jenis basikal, kitorang amik yg couple dan HARUS lah kaler pink

 KRW 6000 utk setiap 30 minit


 okk la juga nek neskal ni... save energy... kalu nak jalan guna kaki, penat juga rasanya


kayuh punya kayuh tetiba nampak pulak love2 ni di merata2 tmpt,yerp everywhere is love


rasanya mmg ada a person in charge utk bt love ni


 sume pokok dah membotakkan diri, bayangkan kalu pegi time peak winter


 akhirnya tiba lah tmpt yg aku nanti2 kan sgt, metasequoia lane ... walaupun tak seperti yg aku bayangkan... ye aku akur dgn perubahan musim...


 so next time kalu betul2 nak tgk putih suci kene la gi bln 1

mmg salji turun dgn lebatnya... tp susah la kot, sbb bln 1 dah start skolah...tgk sume pokok togel je.


aktiviti melompat harus la ada. oh ada cerita tragis di sebalik gambar kedua itu


berbekas sehingga ke hari ini. masa en suami cuba melompat, kamera godang dia terkena ke mulutnya.abes, pe lagi... pecah la...terbelah dua.masa tu aku dah mula nak nages...aku tau sakit sgt...bila tgk secara dekat mmg nampak terbelah...masa tu mula la pikir, nak kene jahit ke apa ni...nak cari spital kat mana dlm pulau ni. tp en somi cakap dia cuba bertahan...


dah rupa mulut angelina jolie. masa ni belum membengkak lagi...sian kan syg ai


 walaupun mulut sakit, hati nak berjalan tak pernah padam oleh pemilik si kaki kuat berjalan

 kalau tak silap ni adalah statue yoo jin n jun sang. betul ke... tak suka gmbr ni nampk aku sgt katik


masa ni dah nak pulangkan basikal, sbb perut dah start berkeroncong irama dangdut


sebelum makan, kita gi solat dulu...kat mana nak solat?


pegi kedai yg bertentangan dgn nami historium

masuk dalam Japaneese Bistro, naik tangga tingkat 1,


dpn tu ada snow man ni, then masuk je dlm restoran Japanese tu


 yg tak bestnya, laluan nak ke surau penuh dgn patung vogel...sedih giler


 tp nak bt camne, asalkan niat kita tak terpesong udah le


tempat dia ok la... di sini taleh la nak demand sgt.asalkan terlidung dari public dah alhamdulilah. diingatkan... ini berdasarkan pengalaman tau. di surau ni mmg ada penunjuk kiblat berupa meja kecik dan letaknya di lantai. sila double check...sbb masa kitorang pegi itu hari, aku la gatai2 check...arah kiblat tu salah...berlawanan arah. aku tak salahkan pihak derang mungkin derang tak tau arah tu adalah tetap...derang igt leh ubah sesuka hati kot... so make sure sblm solat check dulu ok... pas jamak, kitorang terus mamam. ada satu je kedai halal food di nami island ni.


kedai ni letaknya di antara nami historium & winter sonata photo gallery



tajuk kedai adalah DRAMA CAFE ataupun nama lainnya cafe Yeonga Jiga. bukan qhapla jinga aaa... :)


 kedai ni mmg penuh dgn gambar winter sonta


blur kejap bila 1st time dihidangkan dgn makanan korea

kami order a smallwillo basket of korea KRW 5000


makanan ni di letak dalam bekas besi, sebelum makan, kene goncang dulu, dalam tu ada nasi + kimchi + telur... oh first time makan kimchi dalam hidup aku... rasa nya semua org tau apa tu kimchi kan. macam mana dgn penerimaan tekak utk makanan korea ni? 1st time la katakan... hm ok la... boleh makan hingga licinnya... mula2 aku risau dgn en somi, sbb en somi kalu benda yg tak kene dgn selera tekak dia, dia mmg tak mkn.tp nasib la makanan tu ok. ke lapar en daus? oh, seperti biasa air adalah free.


keluar je dari kedai makan nampak 'love'. aku apa lagi.. terus ckp kat en suami. sila amik tempat


 ni dah on da way nak ke main entrance


 sempat main baba cakkk kat sini


pesyen lama la oi ... celah2 pokok pun jadi keja kan


 oh sedihnya dah nak balik dah... cuppp aku baru perasan tajuk feri tu nami maid



tau tak masa nak balik ni jumpa dgn org mesia... sekali lagi aku melompat2 suka bila nampak org yg pandai ckp melayu...dan sekali lagi kebetulan.. cikgu juga derang tu...laki bini ngajar kat selayang... terus aku bt kesimpulan cikgu cikgi ni mmg suka berjalan2 time cuti skolah...balas dendam gamaknya



tabik hormat dgn bendera kita yg hampir koyak...sedih


waduh2 ala2 titanic la pulak. nak naik virgo star cruise tak mampu. ni la jadinya


kalu dah titanic, kate winslet mesti ada kan... bwerkkkkkkkk


FAKTA TENTANG NAMI ISLAND


nami island berbentuk seakan daun


ramai kanak2 ribena yg gi lawatan sambil belajar...aku main teka ja ni.


  tp rasanya betul la. sbb ada sorg dewasa yg guide derang.dah tentu la cikgu dia kan, btw, comel tak kami :)


sgt banyak binatang2 comel di sekeliling kita, ada tupai, ostrich, arnab


 love sana sini ... sesuai dinobatkan sbg pulau cinta


korean suka susun batu tinggi2 then buat wish... kononnya impian derang akan tercapai la dgn cara tu


byk sgt vandalisme...eh kategori vandal ke kalu men conteng2, tp kerajaan korea cam tak kisah je


sangat byk gambar tak senonoh, jadi sila awasi mata anak anda.. juga suami anda... malu ai


jadi, kesimpulannya.. pulau nami ini adalah OK !


ada yang bertanya, berapa masa yg diperuntukan semasa berada di pulau nami...bagi aku, it depends. tp kitorang spend time lebih kurang 2 jam...mana lagi tmpt yg best di korea??? cer tgk sini 

6 comments:

  1. eka, for me & hubby kn, makanan goncang2 tu paling sedap skali kt korea. hehehe. ktorg siap amek video menggoncang menda tu. syoookkkk ;)

    ReplyDelete
  2. enjoy nya tgk gambar Eka, plg best yang naik beskal=))

    tapi::
    teruknya patung cmtu ada kat surau ekkk....

    ReplyDelete
  3. beatnya eka.. teruja tgk gmbr2 eka.. bilalah dpt pehi ni hihi..

    suka tgk eka n hubs berbasikal tu. comey eka! *sila jgn kembng sgt hikhiks* tp byk patung2 vogel.. segan pulak huu~~

    ReplyDelete
  4. Seronok ya kat sana:) memang sesuai tmpat nak berhanimun:)

    ReplyDelete
  5. huuu..bila la peluang dpt gi ni..heee.. manyak syiokkkk

    ReplyDelete
  6. Bestnyaa.. yeke bulan 1 winter? Anniversary ida bulan 1.. agak2 dapat pergi tak.. nak kecek hubby la.. hihihi

    ReplyDelete