sebelum aku mulakan entry ni, aku nak uji minda korang dulu, sapa kenal mamat ni?
oh ensem betoi la anak teruna ni, sebaik tak jumpa, kalu tak bawa balik mesia dah
soalan kedua, sapa tau mamat ni femes dgn citer apa? ye... salah satunya dalam citer MY GIRL, ingat tak korang masa Yoo Rin cakap pada Gong Chan, ” if you can hold your breath and make wish during this period of time, that wish will come true". maksudnya kene tahan napas sampai la lift tu mencanak naik ke tingkat ats spy wish kita tercapai... so haruslah aku pun pegi ke lokasi penggambaran utk tunaikan 'hajat' aku dgn en daus... oh tidak.. khurafat semua tu :) tapi aku pegi la juga... semua ni leh dapat kat kawasan yeouido park.camne nak sebut? pandai2 korang la...kalu aku ajar kang salah... sbb korean nya pronounce ni lain mcm sket. org panggil bus, dia panggil bassser.. ada slang sket la
:::::::::::::::::::::::::::::::
niat hati nak terus ke yeouido park, tp tersinggah dongdaemun jap.cari winter coat + sutera korea yg dihajati semalam tak dpt... daripada menyesal kendian ari baik beli kan. tido asyik dok mimpi je. tak sennang gak hati aku...gambar tak byk kat sini...kain sutera yg dibeli pun tak sempat snap..takpe la nanti raya akuu pakai :) ceyyy... buat baju raya tu... insyaallah sedondon seme 1 famili.
cara nak ke sini adalah check balik entry dongdaemun then cari bangunan D tingkat 2
kedai ni agak tercorok. hujung skali yg pastinya ada subtitle melayu kat dinding tuh... actually aku takut2 nak pose kat sini...ahjumaa tu tgk aku pelik je.... masa nak turun tu sempat lagi beli delimanjoo ni buat bekal atas subway
sgt sedap... muka oily gila...lantak p situ
dalam tu ada inti apatah.rege? oh tak igt sudah.maaf. agak2 2500won camtu je kot. makan sambil berjalan.kalu ank murid buat tau marah...haisy! tak lama lepas tu naik subway, kami pun sampai la ke yeouido park di mana letaknya 63 building n tempat2 menarik spr MBS, MBC, SBS and KBS buildings . oh ya, canne nak ke sini?ok naik subway line 5 > yeouinaru station > exit 3
tmpt ni mmg mendamaikan. ramai yg cycling di waktu petang... leh sewa beskal lagi... jalan depan sket, tak la sket, dalam 15-20 minit kot jumpa la 63 building (63 빌딩 or 육삼 빌딩), antara bangunan tertinggi di korea
tp aku rasa kalu ikut exit 4 lagi cepat kot. tak pasti!
sekali tengok building ni tak de apa yg best pun... cuma ada office dalamnya.tp dek penangan citer my girl tu la yg jadi femes... apa je yg ada dlm ni? dalam ni ada sea world, ala mcm aquaria lebih kurang, wax museum mcm kat peak tower hong kong dulu tu.ada imax theatre sky art, sky deck.. ni yg gerun ni. kta pijak je lantai nampak org di tingkat bawah...lantai transparent la kekdahnya..seram...utk org yg gayat. ni pemandangan dari atas 63 building...
banyak betul jambatan kat han river ni, tak silap aku dekat 27 buah jambatan
turun je dah malam, actually belom malam lagi...disebabkan winter, siang pendek...so kul 5 lebih dah kalut nak gelap.. bawah ni adalah menara berkembar LG dikenali sbg Manhantan Seoul
ada 34 tingkat, dan tinggi lebih kurang 144m
masa ni dok kalut2 berlari
nak kejar cruise. yg pukul 6.20 sbb ada magic show, kalu terlepas mmg babai la, sbb last show
en somi sempat perli aku, cruise ni je yg mampu abg bawa syg
nak bawa naik virgo star cruise idok le kot. tgk... en kapten sedang jaga lalu lintas
cute korean girl... yg sbelah tu korean girl tak bape nak jadi... mata ja sepet
masa aku snap picture dgn gadis ni, seme org beratur nak bergambar dgn dia juga...tetiba datang satu suara berbisik di telinga aku 'sayang, abg nak bergambar dgn gadis tu boleh tak' aduhai..suami saya sgt cumel... dia takut aku marah + jeles + atau sewaktu dgnnya la tu... leh main minta izin pula. ala setakat nak bergambar, tak de nya aku nak jeles kan
tapi ni dah lebih la kan...sket punya rapat tu... tido luar kang!!!
actually cruise ni ada 3 jenis, ada yg magic show, concert dan dinner buffet... yg buffet tu haruslah aku tolak mentah2... tah apa yg disajinya karang tak tau le... so kitorang pilih magic show. harga KRW 14000 (RM42) sorang. eh bila convert to RM rasa cam mahal pulak... tu yg tak suka tu...tips penting dari aku, kalu nak shopping ke apa JANGAN convert to duit mesia 1st.... nanti ko mesti berbelah bahgi.cruise ni akan gerak dari yeouido-yanghwa-yeouido. ada time dia aku sertakan di bawah ok... masuk je dalam cruise terus ke deck bawah utk magic show
gambar ni masa di deck atas. frsh air. kejap je dok atas ni...tak sempat verangan cam leoardo dicarpio + kate winslet dah gigil2... korea ni sejuk dia lain mcm la...
sejuk + windy... ini lah jadinya
kalu tak silap ni kat banpo bridge kot
pantulan cahaya lampu
sapu, celup dan makan. yummy!
yang ni pulak topokki.rasa cam kuey koci kuah dia pedas gile
oh kalu ckp bab makanan serah la ke aku... ada satu lagi makanan korea bertajuk twiggim. ada udang sotong, seaweed. sgt rangup. then cicah dgn kicap cair cam sushi tu. mabeles... bila perut kenyang. kami pun pulang. dgn hati yang senang. jalan sambil melenggang. sampai subway kene serang. org ramai bukan kepalang. eh...ni bukan pantun ye. otak biol dah tuan tanah ni
oh gambar ats skali tu aku dgn tourist guide tgh tunggu subway...dalam subway seperti biasa.masing2 bt hal masing2... aku hanya mampu melihat gelagat mereka... balik sempat beli kasut utk kegunaan hari esok... tamat sudah hari kedua di bumi sonata... kesimpulannya, tak byk sgt tmpt yg dijejaki, sbb perjalanan agak jauh, dari nami=dongdaemun=hangang park...camne dgn hari ketiga? yeay! adakah lebih exciting?
masa utk naik cruise :
11:00, 13:00, 14:00, 15:30 (magic show),
16:40, 18:20 (magic show),
19:30, 20:40 (live concert),
19:30 (dinner buffet),
Bes.bes :)
ReplyDeleteehhehhe....rasa cam nak repeat lagi pun ada
ReplyDeleteseronokkkkk...tak sabar nak baca n3 continue nnt
ReplyDeleteeka,
ReplyDeletewahhhh aritu pegi x sempat nak soping sangat.. jelesss..
psstt eka ni 'berani' ek cuba makanan lain dr yg lain haha..