Monday, 9 January 2012

WINTER SONATA 4 : GYEOGBOKGUNG PALACE

dalam entry lepas kami dah dapat apa yg dihajati ketika berada di dongdaemun, dan kini kami teruskan lagi perjalanan ke istana yg terbesar, yg dibangunkan oleh Dinasti Joseon,1392 iaitu gyeongbokgung palace (Shining Happiness) berbelit2 lidah nak nyebutnya. Siapa sangka istana ini pernah dibom, dan rosak teruk sewaktu Jepun lancarkan perang. banyak monumen yg dimusnahkan dan terbiar selama 250 tahun, sebelum diperbetulkan semula. untuk ke sini, sila ambil line 3 > gyeongbokgung  station > exit 5. dan inilah rupanya.


 dah rupa cam terowong bawah tanah


 dipercayai, sesiapa sahaja melalui pintu itu, dia akan muda selamanya. weeeee


 hah...melampau kan en somi. siap bersidai lagi kat situ


 keluar keluar je nampak cenggini, nampak sgt istana ni di tgh bangunan yg pesat membangun


pastu terkejut dengar bunyi muzik apatah bising gile...cam bunyi tudung periuk berdesing2... aku agak tu bunyi muzik tradisional korea la... terus laju ke istana tu... rupa2nya ada changing guard ceremony. mmg tepat pada masanya, masa aku pegi tu , tu pun dah nak abes juga... ada video yg aku rakamkan, tp tah mana aku letaknya ... nanti lah kene korek balik...







tetiba en somi bawa kamera tunjuk gambar dia dgn pengawal istana ni. jeles ok.en somi tak ajak pun.dan aku sendiri tak tau waktu bila dia bergambar dgn mamat ni... agaknya waktu org tu tgh berkawad dia tarik kot. tak pa...jap gi aku balas dendam... cari oppa (abg) yg hensem2 kat sini. ini lom masuk dalam lagi, tiket pun belum bayar. ni semua kat luar. cuaca waktu ni sgt la sejuk. dah kejap pakai sarung tgn,kejap tanggalkan, sbb susah nak 'raba' button kamera. mungkin juga dah nak malam...oh masa ni dah nak dekat kul 5, dah nak masuk maghrib pun...

inilah merupakan pintu gerbang istana, atau namanya gwanghwamun

nak tau tak, pintu besar tengah tu merupakan laluan utk raja.. pintu kiri pula untuk askar-askar, kanan untuk kakitangan kerajaan

kat gwanghwamun ni la kene bayar tiket

adakah aku hanya mampu memandang dari jauh.takut dgn saiz mereka kah? atau takut en suami marah

ha...hambik kau...sekali tangkap..2 org terus..tamak hokay

eh ni sorang lagi... ganteng amat. nangis en somi tgk... tah kenapa muka aku rupa itu...dan pak guard tu cam muka bolayan je


takde la... cekeding ni juga la menjadi pujaan hatiku... baru padan dgn si ketot


takut tgk misai dia...tp aku rasa tu misai pelsu je. mcm diletak2 je...


sesungguhnya aku sgt takut disisi mereka ini...saiz mereka sgt besar...ada la dalam 180 cm tingginya..dan haruslah aku paras ketiak atau lebih hina lagi paras pinggang...hwarghhhhh...kerdilnya aku disisi mu...derang ni salunya ada misai dan janggut...sgt serius taw.aku minta amik gambar pun, dia 'hmmmmmm' dengan nada keras. pastu pandang depan je... bukan tau nak wat peace ke apa. yg aku kesiannya derang ni sampai menggigil2 kat luar. agaknya kesejukan... tah bape lapis la baju dlm tu...pastu siap ada yg tersengguk2, kemengantukan... ok, dari gwanghwamun tadi kita akn jumpa ini




Heungnyemun, kat sini akan ada org in charge utk check ticket kita

suka sangat reka bentuk istana dia


berbalik pada sejarah istana ini. berdasarkan sumber yg boleh dipercayai, saiz asal istana adalah 10 kali ganda dari yg skang ni... bayangkan...yg dok ada ni pun penat nak berjalan. kalu yg asal? fitam rasa... ada beberapa bahagian di dalam istana yg penting dan masih dikekalkan walaupun ia sudah dimusnahkan ketika perang jepun-korea pd tahun 1592-1598 antaranya


yg pertama, Geunjeongjeon, tempat upacara rasmi diadakan
cam menteri2 dok meeting sume kat sini la agaknya

Ruangan Tahta Raja , ini merupakan harta nasional Korea Selatan yg paling mahal


kedua, Paviloin Gyeonghoeru yang terbesar di korea


pavilion ini bertiangkan 48 buah tonggak granit dan memiliki kolam bunga teratai


ini pun merupakan harta yang paling berharga bagi mereka


 ohhh... gambar sume nak peluk je kan


amik kesempatan sejuk2 ni :) suhu dalam 3C-5C masa ni


tenang je tgk tasik dia, jgn ada bujang sennag dah le...eh di sarawak je kot ada bujang sng


ketiga, national folk village, mcm muzium yg menceritakan tentang sejarah/budaya negara korea


keempat, the blue house, tmpt kediaman rasmi presiden, nak masuk dlm ni kene book 10 hari before

kelima, hyangwon jeong berlatar belakangkan gunung berkepala naga


cantik kan struktur binaannya


ok, byk sgt bangunan2 yg best dlm ni. dan setiap reka bentuknya ada alasan tersendiri, contohnya di kawasan istana terdapat pasir. pe motif dia letak pasir tu.... spy pengawal dapat tau musuh/mata mata datang pada waktu malam...kan kalu kita berjalan ats pasir bunyi pssssssst pssssst... camtu kan...so bila pengawal dengar dia terus panggil konco2 nya dan amik tindakan... pastu kalu korang perasan, tile dia kat bawah ni tak sama kan, terjongket sana terjongket sini.itu sebabnya dia tanak org terpeleot pabila hari hujan...dan benda yg aku pgg kat bawah ni digunakan apabila hujan tak henti. bila dah tahap nak banjir tu. dia akan tarik, dan air akan mengalir ikut sistem perparitan bawah tanah...ha gitu...


 aku try tarik, tapi tak dpt pun.tipu apa... ?
 aku rasa, tu tugu peringatan kot...sbb ada tulis benda apa tah kat batu tu.tulisan hangul.tak paham aku

di sekeliling en somi ada 12 patung haiwan yg ada di dalam kalendar mereka.
 

ok.... dah2 la tu kita belajar sejarah... tepu pulak otak tu nanti. plus kalu nak tempek sume gambar di sini jenuh la... ok jom kita layan pengantin baru basi ni berposing...

haiy... cakkkkkkkkk


 aaaaaaaaaaaa !!!


ini saya...


saya sgt teruja bila tgk daun2 merah ni... sampai guling2 dah ha...


ini pulak... suami saya... kami suka snappinx sana sini



biarlah org nak kata kami apa pun, kami akan jadikan dunia ini bagaikan kami yg punya




 biarlah org nak amik gambar kami ke, nak tempek kat harian metro seoul pun takpe. eh?



 kami bahagia dgn apa adanya kami




sapa setuju kalu kami katakan tempat ini benar2 cantik? angkat tangan !!


tips dan info
-palace ni tutup ari selasa, harga masuk = KRW 3000 (RM9), tp check dgn tourism dulu sblm pegi
-ada integrated ticket = KRW 10000 (RM 30) utk masuk sume palace termasuk secret garden di changdeokgung palace, dekat dgn gyeongbok jugak. di seoul ada 5 istana yg berdiri megah di tengah kota
-pukul 11, 1.30, 3.30 ada english translator
-changing guard ceremony ada 2 sesi, 10am atau 3pm,tempoh masa dalam 20 minit
-buka dari pukul 9am - 5pm, tp kami dok situ sampai kene halau. kawasan ni sgt la besar...kene spend kat 1jam +++
-tmpt ni sgt2 cantik. mmg mabeles...ye la taman utk raja2

15 comments:

  1. angkat tangan laju-laju....

    eka mmg awet muda pun..dah lalu bwh terowong tu lagi la awek muda.....sukaaaa

    ReplyDelete
  2. berpinar mata tengok gambar yang super duperb cantik ni!! terutamnya tengok pic gmbr pengantin ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. as-salam eka,
    sama rupanya guard yg kita amik gmbr. masa aku pi aritu dia pakai baju merah lengan pendek tapi ada sarung lengan putih, pastu takde glove..so bila compare dgn gmbr ni lain skit sbb ikut musim. tapi siyes guardnya sama. hehehehe...

    ReplyDelete
  4. susu : wah suka... kalu muda sampai bila2 pun...dari jauh mmg nampak muda su...cer tgk dekat2.wrinkle je nampak


    eida : oh pengantin tak sedar diri tu? mmg begitu.ngengada kan


    fatt : o ya ke... sgt kebetulan... agaknya masa kita gi tu shift dia kot :)

    ReplyDelete
  5. haha tergelak nana bace yg bunyi cam tudung periuk tu..mcm2 eka ni..
    cantiknye ciptaan Allah, subhanallah ade rezeki nak pergi sane la nanti.. =)

    ReplyDelete
  6. *angkat tangan*

    saya setuju tempat tu betul-betul cantik Cikgu Eka..

    ReplyDelete
  7. cantiknya la tempat tu..rasa nak berumah je di situ..

    ReplyDelete
  8. hhohoho..pagi2 dah buat chinta mengembara ke cni...best dan cantik sangat..orang yang berposing lak super duper cutenye..alahai eka o eka...

    ReplyDelete
  9. cantek nye Korea...dowang ade pokok daun color merah la...uniknye ciptaan Allah ini...

    ReplyDelete
  10. gambar eka & husband sgt romantik ok!!!

    gambar semua cantik! maklumlah pemandangan kat sana mmg cantik2 kan..

    ReplyDelete
  11. Wahh..awesome.. sonoklah jenjalan sendiri kan?? wahhhh..nak g lagi!!! Sambil hentak2x kaki..

    ReplyDelete
  12. masyaAllah...bestt yerr eka dpt gi korea!! jeless yerr...at the same time sangat happy dgn eka tauu :)
    happy new year 2012 eka...sorry lmbt wish...hehe

    ReplyDelete
  13. dear frens...thanx for all compliments...syukur berpeluang melihat keindahan ciptaan allah

    ReplyDelete
  14. cantik2nya gambar..terutama yg berdaun merah itu

    ReplyDelete