Tuesday 4 September 2012

serba salah

entry basi.patut publish ari senin

semalam kan.. kan... gi mkn pijahat taw... ceh..tu pun nak bg tau org, cam 1st time baru mkn jerp... ok ok bukan itu yg aku nak ckp. nak ckp pasal rungutan mama... bukan la merungut sgt pun. masa balik itu hari, mama ckp 'dah lama tak mkn pizza' dan mmg aku plan nak bawa my mum gi pizza hut ... tp nya tak sempat dek kekangan masa. ralat gak la.tp, nak wat camne... cuti raya kejap je. peh tu, start raya je mmg tak sempat mkn kat luar. asik la memenuhi undangan ke open house sedara mara, dan rakan taulan.








bila balik sini baru teringat. ritu mama ngadu teringin nak mkn pizza... uwaaaaaaaa... sedihnya. rasa bersalah pulak. 'cek minta maaf mama' terus call mama, suh mkn je dgn abah. tp tanak katanya. nak mkn dgn ank menantu.lagi rasa nak nangis, plus kalu dia mkn dgn abh, alamatnya dia makan sorang2 la. abah bukan tekak western. takde nak mekdi / SR / KR segala. tp kalu nasi kandar no satu la...hahha ngalahkan org penang sejati


seriusly aku mahukan kehidupan NORMAL. aku hanya mahu
sentiasa berada disisi mereka selagi hayat dikandung badan
habiskan masa bersama mereka
gembirakan mereka, bahagiakan mereka
massage my mum bila kaki dia lenguh2
picit pala tiap kali mereka demam
kuar shopping sama2 bila hujung minggu
hantar mama/abah g klinik bila mereka tak sihat
teman mereka dikala kesunyian
jalankan tugas sama mcm anak2 yg lain
tolong ngemas rumah 
bla bla bla


kadang terfkir di mana fungsi aku sbg seorang anak (ank tunggal lak tu) bila sakit demam mereka aku hanya mampu berdoa dan call saja... rasa bersalah. tp aku yakin ALLAH lebih tahu.
YA ALLAH YA TUHAN KU... permudahkanlah urusan perpindahan ku.semoga apa yg dihajati tercapai. semoga aku dapat pulang ke kampung halaman demi menjaga org tua ku


aisey.. tiba2 masuk bab pindah pulak.hohoho... doakan ye kawan2

2 comments:

  1. Ida sentiasa doakan untuk eka.... Ada hikmahnya disebalik semua ni.. AMIN~~~

    ReplyDelete
  2. sedih sue baca entry nie... sabar eka... inyallah sue doakan smoga pertukaran eka di permudahkan amin2

    ReplyDelete