Wednesday, 27 February 2013

dulu lain, sekarang lain

terkadang hati kecilku berkata
buat apa la nak amik hati dgn budak yg baru nak mengenali dunia
yg baru setahun jagung
tp entah, insiden pagi tadi betul2 menghantui aku


selama 5 tahun aku mengajar
aku bukan lah jenis guru yang suka merajuk
mahupun terasa hati
sbb aku anggap semua ni cabaran guru zaman sekarang
kalu zaman dulu2
murid-murid memang takut dgn cikgu
dengar bunyi enjin motor cikgu mmg bertempiaran lari dok tempat masing2
apatah lagi dengar bunyi tapak kasut cikgu lagi la senyap sunyi
nowdays takde la mcm tu
sedangkan aku sendiri pun dgn budak besar cam tahun 6 tu aku lg suka buat mcm kawan, di luar
kalau di dalam bilik darjah, aku lah berkuasa...hahahhaa



dgn ex student tahun lepas.skang dah form 1.besar dia lagi dari cikgu, nak bergambar dgn cikgu sgt kan


tp hati aku terguris tadi. first time kot aku terbawa2 sampai ke rumah teringat insiden tadi
seorang murid tahun 4 menengking aku
semuanya gara2 straw
aku terkejut bila dia menggigit straw yg dipotong kecil (utk projek seni )
kiraya kalu tertelan straw tu mmg masuk spital la
esok hari confirm uols nampak muka ai di dada akhbar :)
disebabkan aku terkejut tgk perbuatan budak yg berumur 10 tahun tu
sbb takut tertelan 
aku terus ckp 'jgn gigit' 
dia terus mendengus 'herrrgggh.... tau la saya cikgu'
dengan suara yg kuat dan dahi berkerut
aku cam... aikk aku yang kena balik
disebabkan dia tak luah lagi straw dlm mulut tu
aku genggam lengan dia then cakap 'keluarkan straw dlm mulut tu'
dia ludah + luah straw sambil buat muka tak puas hati
disebabkan aku rasa kelakuan dia tak sesuai dgn tindakannya
aku terus tegur
dgn harapan murid lain tidak mengikut perbuatannya tadi
aku cuba highlight kan yg cikgu tegur sbb cikgu sayangkan kamu
semua yang lain terdiam
aku tak mau dia tertelan straw salah kah cikgu menegurnya
ramai2 sebut 'tak'
budak yg menengking aku tadi semakin menunjukkan rasa marah nya...
aku tau dia berdendam dgn aku
ikutkan hati rasa cam nak menangis je time tu, tp control beb
nak jadi cikgu, jiwa mesti kental




baca tu Eka, jangan marah, tarik nafas, hembus, tarik, hembus... 


minggu depan berlangsungnya program guru penyayang
cikgu2 menyambut kedatangan murid di pintu gate sekolah
sambil memberi ucapan selamat
ok, cikgu yg ucap
kalu dulu, kita yg ucapkan, SELAMAT PAGI CIKGU, betul?
lepas ni upin ipin kene tukar la, takde lagi selamat pagi cikgu
sebaliknya bertukar kpd SELAMAT PAGI MURID-MURID
ucap sorang2, ada 2000 student, 2000 kali la cikgu ucap :)
itu lah beza guru dulu dgn sekarang






9 comments:

  1. ha? cikgu yang kena bg salam? betul punya terbalik ni eka...

    ReplyDelete
  2. ye aida.apa boleh buat, terbalik pun terbalik la

    ReplyDelete
  3. pulak camtu... penyayang pun.. agak2 la kan.. ni budak dah pandai nengking2 kita ni apa hal.. dah beso ada harapan jadi taiko tu kang.
    susah skg ni. nak2 jenis makpak pun tak kesah kan perangai anak.
    kerja mulia ni eka... sabar bebanyak ya.. :)

    ReplyDelete
  4. eka sabar lah yer...kakak has pun cikgu jugak...setakat mak ayah diaorang datang rumah marah2 tu memang dah lali...yang ugut pun ada...budak2 sekarang susah sket nak respect cikgu sebab mak ayah sendiri tak respect kat cikgu..

    ReplyDelete
  5. budak2 zaman sekarang ni pantang ditegur...
    tak macam zaman kite dulu...
    patutnyer die bersyukur dapat teacher yg penyayang mcm eka ni..

    ReplyDelete
  6. mmg besar cabaran guru skarang kan eka..dlu kalao kena rotan takut nak gtau mak..skang ni mak yg tlg pegi marah cikgu..

    ReplyDelete
  7. memang beza cikgu dulu dgn skrg..kalo dulu kite takut gile dgn cikgu..kena marah, rotan n denda tu biasa n dah lali..tp skrg sumenya dh terbalik..cikgu yg kena bg salam kt murid2 pulak..aduhai..sabar je lah eka..jd pendidik ni mmg byk cabaran dan kena byk sabar..tp ingat pahalanya ckup besar...:)

    ReplyDelete
  8. Sian kt cikgu2 skrg..huhu..hope eka tabah ye

    ReplyDelete